“Mana sijil kahwin, Zarief?” tanya Yazmeen, tangannya memeluk tubuh.
“London, saya tak bawa balik. Sebab lepas seminggu ini kami akan pulang semula ke London. Kalau ibu nak juga, saya akan minta kawan saya fakskan.” Jawab Zarief yakin! Yakin benda itu ada walaupun sebenarnya tiada.
Aleeya agak terperanjat. Dia tidak memikirkan hal itu tadi.
Yazmeen merengus. ‘Yakin.. meyakinkan!’ bisik hatinya.
“Apa warna kegemaran Aleeya?”
“Pink!”
“Berapa umur Aleeya?”
“27 tahun, tarikh lahir 13 Mac.”
“Siapa Azmeen?”
“Gabungan nama Azhar dan Yazmeen.”
“Apa masakan kegemaran Aleeya?”
“Masak lemak ikan masin.”
Selamba sahaja Zarief menjawab soalan Yazmeen yang tanpa henti itu. Bertubi-tubi macam peluru berpandu. Kalau perang mulut, agaknya Yazmeen boleh menang! Zarief pun tidak mahu mengaku kalah. Tidak langsung tercicir buang sesaat. Dia menyambut semua soalan itu dengan tenang. Tak ada gugup, tak ada gagap! Rasa macam di dalam perlawanan tenis. Kiri kanan.. kiri kanan... kiri kanan... toingg!! Rafael Nadal score!
“Ibu, sudahlah tu. Dah tentu abang Zarief memang suaminya kak chaq!” tegur Yazid. Dia mengelengkan kepalanya. Pelik melihat ibunya!
Yazmeen terdiam.
“Sudah. Kak chaq mesti penat! Mari Yazid bawak kakak ke bilik! Ermm... rasa kena tidur dekat bilik tetamu lah kot!”
“Aik... bilik kak chaq kan ada?” tanya Aleeya.
“Takkan kamu nak tidur atas katil bujang!” jawab Yazmeen.
Aleeya terdiam. Dia memandang Zarief. ‘Terlupa!’ Aleeya menepuk dahinya.
“Jom sayang, you need a rest!” Zarief menarik tangan Aleeya, mengekori Yazid dari belakang. Aleeya hanya mengikut sahaja.
“Ohh... Zarief!”
Zarief berpaling ke arah Yazmeen.
“Ya ibu.”
Langkah Aleeya juga terhenti dan seraya memandang ibunya.
“Kalau betul kamu suami Aleeya, mana tanda lahir Aleeya?”
#SuamikuEncikPerfect10
Antara scene paling syok... 😆
「suamikuencikperfect10」的推薦目錄:
- 關於suamikuencikperfect10 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
- 關於suamikuencikperfect10 在 Syamnuriezmil Facebook 的精選貼文
- 關於suamikuencikperfect10 在 Syamnuriezmil Facebook 的最讚貼文
- 關於suamikuencikperfect10 在 #suamikuencikperfect10 - YouTube 的評價
- 關於suamikuencikperfect10 在 #suamikuencikperfect10 - Explore - Facebook 的評價
- 關於suamikuencikperfect10 在 Best #suamiku hashtags for Instagram, TikTok, YouTube in 2023 的評價
suamikuencikperfect10 在 Syamnuriezmil Facebook 的精選貼文
“Maafkanlah anak saya, Aleeya. Setahu saya, dia tidak pernah berniat untuk melakukan yang tidak baik terhadap awak. Kalau dia mahu, dia sudah melakukan sehari selepas dia kenal awak. Dia tak akan tunggu 5 tahun berkawan dengan awak untuk membuat awak macam ini, Aleeya. Pasti ada sebabnya. Dia tak mahu kehilangan awak!” Syed Mustapha cuba memujuk Aleeya. Serba sedikit cerita tentang Aleeya dan Syed Muzaffar sudah diberitahu Syarifah Haslina. Dia perlukan informasi itu supaya dapat memujuk Aleeya. Jauh dari sudut hati Syed Mustapha, dia tahu Syed Muzaffar tidak berniat buruk ke atas Aleeya.
“Saya percaya, dia mahu bertanggungjawab. Kalau dia diberi peluang, saya tahu, dia tidak akan mensia-siakannya. Awak tak mahukan kalau anak awak diejek kerana tidak berbapa dan dibinkan dengan Abdullah?”
Aleeya tersentak. Dia mengusap perutnya. Sudah tentu dia tidak mahu!
“Tapi anak ini tidak bersalah.”
“Orang luar tidak pernah menganggap begitu! Awak ingat masyarat boleh terima kalau anak-anak berbinkan Abdullah, kalau itu anak lelaki, saya rasa masih boleh terima sebabnya dia tidak memerlukan wali. Kalau anak itu, perempuan? Macam mana?”
Aleeya hiba. Dia tidak berfikir sehingga ke tahap itu!
“Aleeya, berilah Muzaffar peluang menebus kesalahannya terhadap awak. Berilah peluang kepada anak awak, mengenali bapanya, saya sebagai atoknya dan juga opahnya. Kami boleh berikan dia keluarga yang bahagia yang tidak boleh keluarga awak berikan!”
Syed Mustapha menyentuh perihal keluarga, Aleeya jadi pasrah. Aleeya memang mahukan sebuah keluarga yang bahagia, itu sememangnya yang dia idamkan dari dulu lagi. Tetapi, dia tidak mampu untuk berikan semua itu! Entah, Yazmeen akan membuangnya kalaulah sudah tahu, dia mengandung anak luar nikah. Aleeya menjadi serba salah. Dia tidak tahu, macam mana hendak membuat keputusan!
Tiba-tiba, telefon Syed Mustapha berbunyi.
“What? Far pengsan? Okay! Abang ke hospital sekarang!”
.
.
#SuamikuEncikPerfect10
Cerita ni awai2x gelak... mai belakang sedih. 😭
suamikuencikperfect10 在 Syamnuriezmil Facebook 的最讚貼文
Adaptasi - swipe left for more.
Habis ni start shooting AAH pula.
Kita tunggu wish list bila tahun pula.
#tolongsempurnakanceritamami dan #BukanKahwinPaksa - writer yg sama tulis semua buku2x ni - #terlanjurmencintaimu #suamikuencikperfect10 #suamitanpacinta #awaksangatnakal #cikserbatahu #Tuananasmikael #dramamrgrey #isteribukanuntukdisewa #AyatAyatHalal #diabidadaridarisyurga #ManuskripCinta #perempuanpalingbahagia
Fuh...
So...
jangan lupa tengok cerita episod akhir #tolongsempurnakanceritamami malam ni kat astro dan episod pertama #bukankahwinpaksa esok tauuu...
suamikuencikperfect10 在 #suamikuencikperfect10 - Explore - Facebook 的美食出口停車場
explore #suamikuencikperfect10 at Facebook. ... <看更多>
suamikuencikperfect10 在 Best #suamiku hashtags for Instagram, TikTok, YouTube in 2023 的美食出口停車場
#suamiku #suamikusyurgaku #suamikusurgaku #suamikupalingsweet #suamikusayang #suamikuencikperfect10 #suamikuat #diasuamiku #terimakasihsuamiku ... ... <看更多>
suamikuencikperfect10 在 #suamikuencikperfect10 - YouTube 的美食出口停車場
You're offline. Check your connection. Retry. ... <看更多>