“Ada satu yang kurang...”
“Senyuman?”
“Tudung? Mana tudung? Semalam dah elok... hari ini telanjang pulak.”
Aku lari masuk ke dalam semula ambil tudung mak. Lari sana lari sini, dah serupa marathon saja. Aku dah letih lari dalam rumah.
“Perfect.”
Bila tak biasa berjogging, tiba-tiba berjongging, rasa kejang kot kaki. Makin lama, makin perlahanlah langkah aku. Tuan Anas dah ke depan. Aku terkedek-kedek. Memang tak adalah nak berlari macam dia.
“Mana kedai mamaknya tuan? Setahu saya kedai mamak depan tu saja. Ini dah ke mana?”
Aku sudah terduduk tepi jalan. Letih. Gila jauh mamat ni berlari. Sudahlah tak bawa air mineral ke apa ke... kalau jumpa air longkang ni pun sanggup aku minum. Tudung pun dah basah ni.
“Kita pergi kedai depan sana tu lah. Apa kelas depan ni. Tak namalah berjogging Cik Ayu.”
“Tuan pergi kedai sanalah, saya pergi kedai sini. Nanti kita jumpa dekat rumah eh. Deal?”
“Saya ajak awak jogging untuk teman saya. Awak pula suruh saya jogging berlainan arah. Ni siapa bos? Awak ke, saya, Cik Ayu?”
“Aduh... kalau ini namanya ujian, saya tarik dirilah tuan. Boleh lumpuh kaki saya kejar tuan ni.”
“Ini namanya ujian stamina. Selalu duduk dalam rumah, tak bersenam, badan naik ketul-ketul, jadi malas. So, setiap pagi, kena jogging macam ni. Barulah sihat, barulah kuat.”
“Tuan, saya ni bersihkan istana tuan tu, pun dah cukup bersenam dahlah tuan. Apa kata, kita tukar, tuan jadi saya, saya jadi tuan. Haaa... baru ada akai, nak bersenam ke tidak!”
“Jangan banyak alasanlah Cik Ayu. Bangun... bangun. Nanti punggung jadi lebar, sebab lepas jogging terus duduk.”
Terus aku bangun, menepuk punggung aku.
“Apa awak buat?”
“Masukkan baliklah punggungnya.”
Tuan Anas ketawa besar. Ketawa pi lah... aku dah tak larat ni. Kalau teksi lalu memang aku tahan balik.
#TuanAnasMikael
Cerita ni sebelum adaptasi duk masuk carta nombor satu aje. Buku ke 10. Cerita yg menaikkan nama syamnuriezmil. Siapalah tatau TAM.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「tuananasmikael」的推薦目錄:
- 關於tuananasmikael 在 Syamnuriezmil Facebook 的精選貼文
- 關於tuananasmikael 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
- 關於tuananasmikael 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
- 關於tuananasmikael 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於tuananasmikael 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於tuananasmikael 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於tuananasmikael 在 Tuan Anas Mikael (tuananasmikael) - Profile - Pinterest 的評價
- 關於tuananasmikael 在 Hi Hi Bye Bye (Smule video cover by TuanAnasMikael) - YouTube 的評價
- 關於tuananasmikael 在 Tuan Anas Mikael Mulai 9 November Ini Youtube - Otosection 的評價
tuananasmikael 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
Weh...
#TuanAnasMikael
Ada kat astro prima sekarang...
Rindu pula abang TAM ni...
tuananasmikael 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
“Motor tak boleh nak start.”
“Laaa... ni motor ke?”
“Takkan basikal pulak!”
“Ingat besi buruk!”
Cepat-cepat aku menutup side mirror di tepi, kiri dan kanan.
“Apa yang awak buat tu?”
“Tutup telinga dialah tuan. Tuan kata dia besi buruk. Bagi tuan, besi buruklah. Bagi saya, inilah intan permata.”
Mengata motor aku besi buruk pulak. Dengar dek dia karang... langsung tak boleh jalan pulak!
Tuan Anas ketawa. “Itu telinga dia ya?”
“Yelah...”
“Jomlah ikut saya.”
“Ke mana?”
“Takut seminggu ni, awak banyak tekanan. Jadi, eloklah kita pergi check kepala otak awak tu.”
Aku mencebik bibir. Haih mamat ni, mulut tak cukup premium. Kena top up lagi. Ada ke kata aku yang gila. Motor aku ni yang gila. EH... tak sayang, mummy tak cakap macam tu eh. Hidup balik eh...
“Cepatlah baby... mummy dapat cuti 24 jam saja ni!”
Lagi besar gelak Tuan Anas. “Apa? Baby... mummy? Saya nak pengsan!”
“Tuan ni... Inilah gaya memujuk sang anak tau. Anak saya ni tengah merajuk, seminggu saya tak start dia, gara-gara seminggu saya kena buat kerja tuan. Tuan pergilah masuk dalam rumah. Sibuk dekat luar ni...”
“Saya tengah fikir...”
“Fikir apa pulak?”
“Kalau saya merajuk... takkan awak nak baby dan mummy kan saya pulak?”
“Dah kenapa pula saya nak pujuk tuan kalau tuan merajuk? Tuan pujuklah diri sendiri, siapa suruh merajuk dengan saya.”
“Dengan motor yang tak ada hati dan perasaan ni, awak boleh pujuk macam dia ada hati dan perasaan. Dengan saya, yang sememangnya ada hati dan perasaan, dan banyak makan hati dan perasaan dengan awak... awak tak nak pujuk saya? Tak adil!”
“Time will heal the pain sebab saya ada selamanya untuk tuan. Tapi motor tak boleh, sebab saya nak pakai dia sekarang. Jadi, kenalah pujuk!”
“Alasan...”
“Lagipun, tuan ada orang yang dah parking dalam hati tuan yang boleh pujuk tuan. Apalah pula saya yang kena pujuk...”
“Sebab awak buat saya merajuk, awaklah kena pujuk...”
“Sekarang saya tak buat tuan merajuk, buat apa saya yang nak kena pujuk?”
“Saya kata KALAU...”
“So, bila tuan merajuklah baru saya akan fikir cara macam mana nak pujuk...”
“Saya tunggu.”
“Kalau tuan buat-buat merajuk, tuan siappp...”
#TuanAnasMikael
Cerita ni pun... boleh baca ulang2x.
Astro tak mo buat ulangan pulak hat ni.
Drama syok.
tuananasmikael 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
tuananasmikael 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
tuananasmikael 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
tuananasmikael 在 Hi Hi Bye Bye (Smule video cover by TuanAnasMikael) - YouTube 的美食出口停車場
#Smule #SmuleMalay #SmuleTerbaik. SMULE - Hi Hi Bye Bye (Smule video cover by TuanAnasMikael). 119 views119 views. Aug 18, 2016. 1. Dislike. Share. Save. ... <看更多>
tuananasmikael 在 Tuan Anas Mikael Mulai 9 November Ini Youtube - Otosection 的美食出口停車場
saksikan #tuananasmikael mulai 9 november ini …. . Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Astro Ria Video Terbaru 2020 2021 ... ... <看更多>
tuananasmikael 在 Tuan Anas Mikael (tuananasmikael) - Profile - Pinterest 的美食出口停車場
Save space on your device. Sign up. T. Tuan Anas Mikael. @tuananasmikael. 0 followers. ·. 0 following. Follow. tuananasmikael hasn't saved any Pins yet. ... <看更多>