Cara membuat Nugget Homemade Tempura
Bahan bahan yang diperlukan adalah:
Isi ayam ( saya guna 3 keping bahagian dada)*.
2 biji telur *.
1/2 bawang merah besar (bawang kecil pun boleh) *.
3-4 ulas bawang putih *.
5 sudu kecil tepung ubi *.
Tepung serbaguna (saya guna tepung Bestari).
Butter (apa apa jenis boleh).
Sedikit garam dan serbuk lada hitam. *
1.Kisar semua bahan bertanda* = isi ayam, telur, bawang, tepung ubi, garam dan serbuk lada hitam. Untuk baby 2 tahun ke bawah tak perlu letak garam dan serbuk lada hitam. Boleh tambah sayur-sayur untuk lebih khasiat. Nasi pun boleh jika jenis susah makan nasi. Nyumnyum. Baby mesti suka!.
2.Dah siap kisar semua bahan. Sediakan loyang yang sesuai. Plastik tak sesuai. Sapu nipis butter pada permukaan dalamnya. (Untuk elak isi nuget melekat.) Masukkan semua bahan kisaran tadi. Ratakan.
3.Kukuskan sehingga masak.
4.Dah siap kukus bermaksud Masak sudah. Potong ikut bentuk yang di sukai. Tak kisah bentuk bulat atau empat segi, bentuk bunga pun boleh. Bentuk ‘I Love You’ lagi boleh. Sweet ngat.
5.Kemudian bancuh tepung serbaguna dengan sedikit air. Tidak terlalu pekat, tidak juga terlalu cair. Macam nak goreng pisang tu.
6.Masukkan ketulan nuget tadi. Pastikan tersalut semua permukaan, dan goreng! Jika mahu nuget ‘crunchy’ macam nuget biasa boleh golek di atas serbuk roti dulu sebelum menggoreng.
Siap! Kiri dengan serbuk roti. Kanan tanpa serbuk roti. Terus goreng lepas salut tepung tadi. Ala tempura gitu. Selamat mencuba dan jimat berbelanja!
Kredit:Puan Nurul’ain SMZ.
「cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti」的推薦目錄:
- 關於cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 Cara Membuat Nugget Nasi - YouTube 的評價
- 關於cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 NASI TAK HABIS KITA BUAT NUGGET NASI ,LEBIH SIHAT ... 的評價
- 關於cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 RESEP CEMILAN ENAK DARI NASI SISA || COCK BUAT IDE ... 的評價
- 關於cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 Cara Membuat Nugget Nasi Enak Baluran Tepung Panir 的評價
cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 NASI TAK HABIS KITA BUAT NUGGET NASI ,LEBIH SIHAT ... 的美食出口停車場
cara buat nugget homemade by kak nur @tip tanpa guna bread crumbs. Nuraini Carey72•31K views · 9:29 · Go to channel · Lebihan roti kita buat ... ... <看更多>
cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 RESEP CEMILAN ENAK DARI NASI SISA || COCK BUAT IDE ... 的美食出口停車場
- 4 sdm penuh tepung terigu - 1/4 sdt garam - 100 ml air ( kurangi air kalo ingin lebih kental) - Tepung panir secukupnya. ... <看更多>
cara membuat nugget nasi tanpa tepung roti 在 Cara Membuat Nugget Nasi - YouTube 的美食出口停車場
Lebihan roti kita buat Nugget Ayam Sedap. Che Nom•387K ... Cara membuat Nugget Homemade cuman pake nasi dan tepung | NUGGET NASI | Dapur Mom's Qom. ... <看更多>