Singgang kelantanese style
Bahan
Daging
halia 1 inci (hiris)
lengkuas 1 inci (hiris)
bawang merah 1 (hiris)
bawang putih 2 (hiris)
lada kering 5/6 (potong kecik)
biji ketumbar 1sudu teh (tumbuk kasar)
asam keping 2
budu 1 sudu teh (tak nak letak pun xpe)
Cara
1. Daging di tumis dgn bahan-bahan hiris&tumbuk dahulu tanpa air (mati awas) agar rasa bahan masuk dalam daging. (RAHSIA Kesedapan singgang)
2. Masukkan air & asam keping, rebus sampai daging empuk.
3. Masukkan budu & perasa, Siap.
Sumber : Tengku Syazwanie
Kredit:lubuk resepi viral
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過9萬的網紅beby _toratora,也在其Youtube影片中提到,?️SAMBAL BELACAN GORENG KAK LIN?️ @sambal_belacangoreng_kaklin ✅ 100% Homemade, Tuang jer.. boleh terus dimakan ✅ Menggunakan bahan semulajadi yang ...
「cara agar putih」的推薦目錄:
- 關於cara agar putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於cara agar putih 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於cara agar putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於cara agar putih 在 beby _toratora Youtube 的精選貼文
- 關於cara agar putih 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於cara agar putih 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於cara agar putih 在 8 Cara Memutihkan Kulit, Membuat Agar PUTIH Alami, Mulus ... 的評價
- 關於cara agar putih 在 TIPS MEMUTIHKAN KULIT BADAN AKU PERMANEN! CUMA ... 的評價
cara agar putih 在 Facebook 的最讚貼文
(Terdampar Ke Pentas Ceramah Zakir Naik)
Lampu lampu terang menyuluh wajah saya, kedengaran dari jauh orang menjerit:
“Naik!”
“Naik!”
“Naik!”
Sayapun toleh belakang, dan melihat lautan manusia. Di depan saya ada pentas besar, bersama kerusi dan microphone.
“Naik!”
Jerit orang ramai. Secara spontan saya terus naik dan duduk di kerusi, tiba tiba semua orang diam.
Lantas berlarilah seorang lelaki berkopiah ke arah saya, di telinganya ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.
“Mana Zakir Naik?”
Tanya dia, bukan pada saya, tapi pada alat bantu dengar sebab matanya tak pandang pada saya.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”
Kata mamat berkopiah tu lagi.
“Ok OK”
Baru sekarang dia pandang wajah saya, dan berkata:
“Maaf Bro, patut Zakir Naik duduk sini,tapi dia ke tandas pula, jadi sementara dia datang, boleh tak bagi ceramah tentang Islam dan Sains?”
Belum sempat saya angguk, dia terus blah.
Suasana sunyi sepi.
Sayapun apa lagi, terus berceramah di pentas Zakir Naik dengan gaya perasan bagu, adohai.
*****
“Asalamuailaikum
Saya bukan Zakir Naik, Saya Keretamayat Naik!
Brothers semua!
Dunia ini penuh dengan formula sains, air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen H plus yang terikat kepada ion Hidroksida OH ,minus. Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih.
(saya berhenti telan air liur dan sambung ceramah)
Siapa cipta air? Allah!
Siapa cipta Hydrogen? Allah!
Siapa cipta Oksigen? Allah!
Siapa cipta formula H2O? Ahli sains kah? No! Allah! Yes! Allah!
Bila formula ini wujud? Kata ahli sains, hidrogen dan oksigen wujud selepas Big Bang. Tapi Formula H2O wujud bila? sebelum Big Bang? Atau selepas Big Bang?
Bagi kita orang islam percaya dan yakin, Allah cipta air, dan Allah cipta formula bagi air.
Dunia ini dijadikan sempurna dengan formulanya, dari formula simple, panjang darab lebar untuk dapat luas, kepada lebih rumit seperti daya bahagi luas permukaan akan mendapat nilai Tekanan, dan bagaimana perubahan suhu boleh mempengaruhi nilai Tekanan dan Kadar Aliran, sehingga kepada formula yang lebih rumit seperti pembentukkan besi, tembaga, perak dan emas!
Jika lihat pada system suria, setiap planet bergerak pada orbit dengan kiraan yang tepat, bumi berputar 24 jam menjadualkan siang malam, bulan berputar selama 30 hari mengelilingi bumi menghasilkan jadual bulan, dan bumi berputar 360 mengelilingi matahari menghasilkan jadual tahun masihi dan tahun lompat.
Siapa yang cipta semua ini? - Allah!
Siapa yang cipta pada factor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain? - Allah!
Apabila Allah yang cipta alam ini dengan sangat sempurna, sehingga jika ada letupan bintang lalu muncul meteor sesat nak hentam bumi, tapi tiba tiba kerana gravity di planet lain lebih kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain. Formula juga tu!
Nampak seolah-olah kewujudan planet lain ni sebagai satu kaedah bagaimana Allah nak lindungi bumi guna formula yang ahli sains belum jumpa.
Yang kita tahu, jika ada tahi bintang terlepas daripada radar gravity planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera.
Subhanallah, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so protection? Jawapannya, sebab Allah yang cipta alam ini, dan Allah telah guna hokum logic untuk jaga alam ini, kerana dunia darul asbab.
Teringat kisah Nabi Isa turun dari langit ke masjid aqsa, sampai di bumbung mintak tangga, orang tanya: kenapa mintak tangga?, Tuan baru turun dari langit dengan cara terbang.
Jawab nabi Isa: Dunia ni darul Asbab.
Nak kalahkan Dajal, Nabi isa guna pedang, waktu perang badar, nak lawan orang kafir yang lengkap bersenjata, ada sahabat bagitahu tiada pedang, jadi tak nak pergi perang, Nabi suruh guna kayu. Bermakna kena guna asbab, atau dalam bahasa sains, logic, formula, common sense. Inilah dunia, tapi orang islam, bila sakit, perlu makan ubat, Cuma jangan yakin ubat boleh bagi sembuh.
Pendek kata, orang kafir, guna sains dan yakin dengan sains.
Manakala orang islam guna sains, tapi jangan yakin dengan sains, guna dengan tangan, tapi dalam hati nafi makluk, dan isbatkan Allah sahaja, Ini adalah hakikat iman.
Balik kepada formula tadi, formula faktor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain, subhanallah.
Itu kat luar angkasa, kat dalam badan kitapun ada formula.
Ahli sains panggil Artificial Inteligent, akan bagaimana proses makanan dalam perut, mengasingkan zat, pembebasan peluh, proses asing air kencing, kejadian tahik, pengeluaran kuku, pecutan air mani, cirit birit, dan macam macam lagi.
Semua tu ada formula, kalau kaji, iman kita akan meningkat, Subhanallah.
Tapi saya lebih suka nak cerita formula dalam bab agama.
Sebab dalam bab dosa dan pahala pun ada formula sebenarnya.
Contoh, Nabi adam dan Siti Hawa, pasangan manusia pertama di cipta Allah. Bagaimana mereka yang boleh berdialog dengan Tuhan tiba tiba buat dosa.
Ada formula dia.
Dan Allah benarkan kejadian dosa ini berdasarkan formula, seperti mana hari ini jika kita masak nasik, nasik masak sebab ada formula. Orang kafir bunuh orang islam, mati orang islam sebab orang kafir bunuh guna formula, Allah benarkan kejadian itu, sebab dunia darul asbab.
Tapi Allah Maha berkuasa, boleh ubah formula yang sudah sunatullah, waktu tu munculah istilah “mukjizat” atau “keramat” yang ahli sains panggil “paranormal” atau black magic, atau nisbah satu dalam sejuta.
Contoh waktu Nabi Ibrahim a.s kena campak dalam api, ikut formula, akan terbakarlah nabi Ibrahim a.s, tapi Allah telah ubah dengan firman pada api: Sejuk dan sejahtera. Maka api yang sama hanguskan tali yang mengikat tubuh Nabi Ibrahim, (ikut formula asal), tapi api yang sama menyejukkan dan menyejahterakan Nabi Ibrahim hingga rasa sejuk selesa macam dalam ‘air cond’.(Allah ubah formula baru terpakai untuk nabi Ibrahim sahaja)
Jadi balik kisah Nabi adam dan Siti Hawa buat dosa, apa formula dia?
Pertama nafsu, dalam syurga Allah cipta pohon larangan, boleh makan semua buah, kecuali dari pohon larangan, nafsu makan, nafsu nak rasa, ada pada Nabi adam dan Siti Hawa, tapi mereka masih mampu tahan. Lalu datang syaitan memujuk nafsu, Allah benarkan syaitan datang dengan kuasa memujuk, tapi syaitan takde kuasa nak ambik buah dan suap ke mulut Nabi adam dan Siti Hawa, tapi syaitan tahu, tak jalan jika pujuk Nabi adam, so syaitan fokus pada Siti Hawa. Panjang cerita, lengkap semua formula, akhirnya Hawa buat dosa pertama, dan dihukum di buang dari syurga.
Nabi adam pula akhirnya buat dosa juga, tapi formulanya lebih sikit, selain pujukan syaitan dan nafsu, ada tambahan pujukan dari perempuan.
Lalu Nabi adam dan Siti Hawa terbuang di dunia sebagai pendosa, lalu mereka bertaubat, dan Allah ampunkan dosa mereka, akhirnya mereka kembali ke syurga.
Masuk syurga pun ada formula, iaitu bertaubat dan zahirkan taubat.
So formula terbuat dosa dah ada, formula ampunkan dosa pun ada, iaitu Taubat Nasuha.
Tapi dalam bab dosa, Allah tak buat formula simple macam formula nak buat air, H2O misalnya, tapi Allah letak pemalar x.
Contoh nak cari kecerunan, Y=mX + c. yang mana X adalah pemalar.
Maka dalam berbuat dosa, selain hasutan syaitan, godaaan nafsu, faktor persekitaran, genetik dan sebagainya, masih ada pemalar x, iaitu tahap iman kita, inilah yang bakal menentukan dosa terbuat atau tak? Di tentukan oleh Pemalar kita sendiri.
Disinilah firman Allah, Bukan saya yang menzalimi kamu, tapi kamu yang menzalimi diri kamu sendiri.
Pemalar tu, yang merupakan “kuasa membuat pilhan” telah di salah guna buat Nabi adam dan Siti Hawa berdosa, dan kita ulang lagi dosa yang sama, namun berita baik, Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani, ada formula untuk Taubat di terima juga, dah di cerita dalam Al quran dan hadis, tinggal nak amal sahaja.
Faham tak?
Tanya saya pada audience yang kelihatan tertidur, adohai.
Lepas tu bangun sorang laki berserban dan berjamban menjerit:
“Woi Naik?, kami mahu Zakir naik! Bukan Mayat naik! Apa merepek formula bagai?”
Nampaknya formula untuk menarik perhatian audience gagal, Nampak sangat pemalar x saya fail. Hu hu.
Habis tu Zakir Naik mana? Saya kat mana ni? Saya dah mati ke? Kenapa saya duduk sini? Bukan saya sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke? Adohai.
Eh? Rasa nak kencing pulak, Tahan jangan tak tahan!
Belum sempat saya turun dari pentas Zakir Naik, tiba tiba ada ramai penonton cuba bertanya soalan pada saya.
Arghh, sudah, saya bukannya terer macam Zakir Naik.
“Salam malam wahai saudara Hamka”
Tanya sorang penonton memakai tudung labuh. Perempuan yang masih muda berkaca mata.
“err, salam malam”
Jawab saya. Wanita tadi terus bertanya soalan:
“Apa pendapat anda tentang Vaksin yang masuk benda haram dalam tubuh manusia? Halal ke haram?.”
Alamak, susah gila soalan, tapi saya jawab jugaklah, sebab nanti brother pakai kopiah tu marah, susah nanti.
Brother, sister! Bila sakit ada formula, amalan imunisasi dan vaksinisasi ini juga ada formula, dan ada kaedah racun jadi ubat bila betul dia punya formula, rujuk kalam al-Imam Nasirussunnah Muhammad ibn Idris as-Syafie rahimahullah di dalam kitab induk mazhab Syafie, al-Umm telah berKata as-Syafie :
“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesembuhan akan terhasil daripadanya: maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya untuk memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya.”
Tiba tiba semua orang tepuk tangan! Jawapan saya sangat hebatkah? Saya toleh belakang rupanya Dr Zakir Naik telah ada di belakang saya dan hulurkan salam, tapi tiba tiba saya terdengar hon yang sangat kuat, lalu lampu lampu pentas bertukar menjadi lampu lori.
Saya rupanya sedang duduk kerusi kiri keretamayat, sahabat saya encik Zaki sedang pandu keretamayat lengkap dengan PPE SOP punya pakaian, Lori besar Berjaya kami elakkan, saya toleh belakang keretamayat, ada mayat berbungkus plastik putih.
Kami rupanya sedang menuju tanah perkuburan Islam, hari ini giliran orang lain, sampai masa giliran kita. Cantik kan gambar ini? Ini sebenarnya gambar dari dalam keranda dalam keretamayat.
Sungguh keretamayat itu sahala jalannya, buat sehabis baik sebelum tumpang.
Woha!
cara agar putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Bismillahhirahmanirahim..
Pagi ini sarapan agak berat dengan nasi lemak.
Penyediaan paling cepat zaman sekarang dah boleh masak nasi lemak guna rice cooker.
Saya tak ada gadjet yang lebih canggih dan moden untuk masak nasi lemak😅
Rice cooker ni adalah hadiah pemberian dari kawan suami semasa hari perkahwinan kami.
Klasik sungguhkan...😊banyak jasanya pada kami..kami sungguh menghargai pemberian kwn².
Terima kasih.
Saya bukan nak cerita tentang rice cooker sebenarnya..😄
Hari ni saya nak berkongsi resepi nasi lemak dan sambal tumis dari air tangan saya.
Bahan nasi lemak utk 6 orang makan:
2 cawan beras di basuh dan di toskan airnya
3 cawan santan cair
½ inchi halia di mayang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan di simpul mati
Garam secukup rasa
Cara²nya:
1. Basuh beras dan toskan airnya,masukkan ke dalam rice cooker..ketepikan sebentar.
2. Masukkan santan cair,daun pandan,halia dan garam ke dalam rice cooker berisi beras.
3. Bolehlah dimasak beras & bahan² tadi menggunakan rice cooker.
4. Setelah masak,gemburkan nasi sedikit dan masukkan bawang besar dan gaul rata agar kena pada keseluruhan nasi yg telah masak tadi.
5. Saya tambah masa dalam 5 minit untuk pastikan nasi benar² masak dan aroma bawang naik wangi.
Bahan² & cara membuat sambal tumis pula..
Yang ini tiada sukatan yg tetap.Saya guna bahan ikut suka hati saya je ni😄
Cili kering saya rebus dahulu kemudian blend bersama bawang rose,bawang putih dan halia.
Panaskan minyak masak,tumiskan bahan² yg diblender.Masukkan sedikit gula,air asam jawa dan sedikit belacan..tumis hingga sambal bertukar warna menjadi kemerah²an.
Bila dah mendidih,masukkan bawang besar yang di potong bulat..gaulkan.
Masukkan garam secukup rasa.
Boleh juga campurkan ikan bilis di dalam sambal tumis tadi.Nak goreng berasingan dan masukkan kemudian selepas sambal dah dimasak atau nak tumiskan sekali dalam bahan² tadi pun boleh juga.
Ok siap..silakan share resepi ini.
Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Mak Tua saya,Rahmah Binti
cara agar putih 在 beby _toratora Youtube 的精選貼文
?️SAMBAL BELACAN GORENG KAK LIN?️ @sambal_belacangoreng_kaklin
✅ 100% Homemade, Tuang jer.. boleh terus dimakan
✅ Menggunakan bahan semulajadi yang segar
✅ Boleh dijadikan perencah nasi goreng, bihun goreng, kangkung/bendi/terung goreng belacan, air asam, cicah dengan keropok, nugget dan macam² lagi mengikut kreativiti anda.
✅ Bertambah nasi tanpa disedari
✅ Jimat masa dan tenaga.. tidak perlu menumbuk lagi.
✅ Rasanya yang just on point.. pedas, manis, masam, masin.. tak perlu adjust apa².
✅ Bau belacan tidak melekat di tangan sesudah makan
✅ Produk Muslim
✅ 250ml
Ramuan
? Cili hidup, cili api hijau dan merah
? Belacan didatangkan khas dari utara, bersih pembuatannya.
? Garam, Gula. Asam Jawa
? Limau kasturi
? Bawang Putih
? Minyak
Cara penyimpanan
➡️ Simpan dalam petisejuk selepas dibuka agar tahan lebih lama. Tetapi dari feedback.. tak sempat simpan lama pun sebab sedap sangat
wasap.my/601126446437/naksambalkak
nak postage murah beli di SHOPEE kita
https://shopee.com.my/product/15954492/9041209036?smtt=0.15955828-1618404549.3
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/aIhFVzhApqA/hqdefault.jpg)
cara agar putih 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Sekali pandang dessert ni pun dah nampak 'menggiurkan'. Rupanya yang cantik berkilat dengan warna-warni daripada pelbagai jenis buah-buahan segar. Makan pula sejuk-sejuk, fuhhh memang nikmat sangat!
Resepi Agar-Agar Cermin Buah, Cantik Berkilat Bikin Hati Terpikat
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Agar-Agar Cermin Buah
Bahan-bahan (Agar-agar Putih)
1 paket serbuk puding vanila
1 liter air
Bahan-bahan (Agar-agar Buah)
1 paket serbuk agar-agar
1 liter air
1 cwn gula
buah tembikai
buah tembikai susu
buah strawberi
buah limau tin
buah laici tin
Cara memasak
1. Agar-agar Putih: Didihkan air dan masukkan serbuk puding vanila. Kacau sebati dan tuangkan larutan tersebut ke dalam acuan.
2. Keraskan agar-agar tersebut sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Potong agar-agar putih dan susun semula agar-agar tersebut ke dalam acuan.
4. Masukkan buah-buahan dan agar-agar putih yang telah di potong secara berselang-seli ke dalam acuan.
5. Agar-agar Buah: Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut.
6. Tuangkan larutan ni ke dalam acuan tadi.
7. Keraskan semula selama 30 minit – 1 jam sebelum dihidangkan.
8. Agar-Agar Cermin Buah siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tasty Glass Fruit Pudding Recipe That Everyone Will Love
This dessert texture is very 'seductive'. The mirror glaze cosists with various colors from several fresh fruits. Imagine when it is eaten cold, definitely very yummy and tasty!
Glass Fruit Pudding Recipe
Ingredients (White Jelly)
1 packet vanilla pudding powder
1 liter water
Ingredients (Fruits Jelly)
1 packet agar-agar powder
1 liter water
1 cup of sugar
watermelon
honeydew
strawberries
canned mandarin
canned lychee
Cooking methods
1. White Jelly: Boil water and add in vanilla pudding powder. Stir well and pour the mixture into the mold.
2. Set the agar-agar for at least 1 hour.
3. Cut the white part and arrange it back into the mold.
4. Pour the fruit jelly mixture into and add in selection of fruits that have been cut.
5. Fruits Jelly: Boil water, add in agar-agar powder and sugar into the pot. Cook until sugar dissolves.
6. Pour this mixture into the previous mold.
7. Set them back for 30 minutes – 1 hour before serving.
8. Glass Fruit Pudding is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #agaragarcerminbuah #glassfruitpudding #agaragarbuah #agaragarkaca #mirrorjelly #cake #pudding #dessert #pencucimulut #agaragar #jelly #resepimudah #resepimudahdansimple #dessertrecipe #resepiagaragarbuah #cantikberkilat #buahbuahan #fruit #pudding
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/I7xzC7IeI34/hqdefault.jpg)
cara agar putih 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Yummynya tengok kek pandan ni..teksturnya yang licin ni memang menarik betul..rasa lembut dan lemak berkrim pula memang sedap la kalau dimakan waktu sejuk-sejuk..nak buat pun tak susah tau ??
Resepi Kek Lapis Kastad Pandan Gebu | Soft Custard Pandan Layer Cake Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan (Adunan Pandan)
4 kuning telur
1/4 cwn gula kastor
1/4 cwn minyak jagung
1/4 cwn pes pandan + sedikit air
1 1/4 cwn tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
Bahan-bahan (Adunan Telur)
4 putih telur
1/4 sk serbuk tartar
Bahan-bahan (Adunan Kastad)
400 ml santan
200 gm pes pandan + sedikit air
600 ml air
1/2 cwn gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung jagung
1 sk garam
1 sk pewarna hijau
Cara memasak
1. KEK PANDAN: Campurkan telur kuning bersama gula kastor. Kacau campuran menggunakan pemukul telur sehingga gula larut.
2. Tambahkan pes pandan, minyak jagung, tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan serbuk penaik. Kacau rata dan ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga berbuih kecil dan masukkan serbuk tartar. Teruskan memukul sehingga soft peak.
4. Masukkan campuran putih telur dan serbuk tartar yang telah dipukul sedikit demi sedikit ke dalam adunan kek. Gaul perlahan hingga sebati dengan menggunakan teknik kaup balik.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang beralaskan baking paper.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Bakar selama 25-30 minit.
7. Biarkan kek sejuk dan potong kepada dua lapisan.
8. ADUNAN KASTAD: Satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
9. Masak adunan menggunakan api perlahan sehingga pekat.
10. Apabila adunan kelihatan berkilat, tutupkan api dan ketepikan.
11. KEK LAPIS PANDAN: Tuangkan adunan kastad ke dalam loyang dan ratakan menggunakan spatula.
12. Kemudian, lapiskan kek di atasnya dan tambahkan satu lagi lapisan adunan kastad. Ulang langkah yang sama pada lapisan kek kedua.
13. Biarkan kek di dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dihidangkan.
14. Hiaskan kek dengan serbuk kelapa kering dan hirisan daun pandan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Pandan Mixture)
4 egg yolks
1/4 cup of castor sugar
1/4 cup of corn oil
1/4 cup of pandan paste + bit of water
1 1/4 cups of self-raising flour
1 tsp of baking powder
Ingredients (Egg Mixture)
4 egg whites
1/4 tsp of tartar powder
Ingredients (Custard Mixture)
400 ml coconut milk
200 gm pandan paste + bit of water
600 ml water
1/2 cup of castor sugar
10 gm jelly powder (agar-agar)
100 gm corn flour
1 tsp of salt
1 tsp of green food coloring
Cooking methods
1. PANDAN CAKE: Mix egg yolks with sugar. Stir them using a whisk until the sugar is dissolved.
2. Then, add in pandan paste, corn oil, self-raising flour bit by bit and baking powder. Stir them well and set aside.
3. Beat egg whites forming small bubbles and add in tartar powder. Continue to beat until soft peak.
4. Add in beaten egg white and tartar powder into cake batter bit by bit. Slowly fold them using folding-technique until well combined.
5. Pour the batter into a 7-inch round baking pan lined with baking paper.
6. Preheat the oven at 170°C. Bake for 25-30 minutes.
7. Let it cool and cut into 2 layers.
8. CUSTARD MIXTURE: Combine all ingredients and stir well.
9. Cook over low heat until thicken.
10. When the custard appears shiny, turn off the heat and set aside.
11. PANDAN LAYER CAKE: Pour custard mixture into a baking pan and smoothen using spatula.
12. Then, place a layer of cake over it and add in one more custard mixture layer. Repeat the same steps on second layer cake.
13. Chill the cake inside the refrigerator for 3-4 hours before serve.
14. Decorate the cake with dried coconut flakes and sliced pandan leaves.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#kek #kekpandan #keklapispandan #keklapis #kastad #dessert #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#lemankakap #kdboom #nntaca #makenon
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/WYbvasW7fro/hqdefault.jpg)
cara agar putih 在 TIPS MEMUTIHKAN KULIT BADAN AKU PERMANEN! CUMA ... 的美食出口停車場
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Tenang harini aku UPDATE lagi gimana caranya dapetin kulit badan yang mulus, putih,bersih cuma modal NIAT & BAHAN ALAMI! Gapercaya? ... <看更多>
cara agar putih 在 8 Cara Memutihkan Kulit, Membuat Agar PUTIH Alami, Mulus ... 的美食出口停車場
8 Tips Pemutih Kulit alami, cara cepat untuk Memutihkan kulit Agar Menjadi Putih, Cerah alami terutama wajah / muka, Badan & Tubuh yang putih bersih, ... ... <看更多>