【MALAY TRANSLATION BELOW】
在影片分享關於「疫情」時
總會有人抱怨「別種族」這件事
恩?大家不都很希望馬來西亞不要再有種族問題
為什麼自己要打臉自己☹️
馬來西亞一直以來都被「種族問題」操控的很嚴重
那是政客利用的武器來玩弄人心
但疫情這件事情
我們不應該再針對「種族」
這樣馬來西亞的種族問題要怎麼進步
大家竟然都共同的面對這個疫情困難了
那不是應該團結起來嗎?
——————
你在華人圈裡
抱怨其他種族大家一起得到共鳴
自己心裡很愉快
同樣的
別的種族也在他們的圈子裡
抱怨其他種族
那華人有沒有違法不戴口罩的
一定有
其他種族有沒有遵守規矩戴口罩的
一定有
到最後你會發現
「抱怨結果只有仇恨」
大家都有共同敵人(covid19)
希望政府人民可以一起抵抗同一個敵人
(雖然有點難和理想化,但也只能希望可以了)
不要針對種族
我們針對政府,針對人民
這個針對不是情緒化的罵
而是希望可以一起提醒,甚至如果可以為了更好的馬來西亞而投訴給相關單位
我知道這樣說太夢幻了
但如果要無助絕望的無奈
那我覺得繼續樂觀的正面的面對
那至少還有成功的機會
團結起來一起面對這個苦難
加油
馬來西亞加油
世界加油
(如果有心人士幫我翻譯馬來文英文大力分享出去那一定很棒)
(感謝網友【LI YUN】幫我翻譯!)
Pada video yang sebelum ini saya telah berkongsi dengan rakan –rakan tentang penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita sentiasa berhati- hati dan mengelakkan isu perkauman yang boleh memudaratkan perpaduan berbilang kaum yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh negara sejak zaman pascamerdeka. Walau bagaimanapun, masih ada lagi rakan-rakan yang mengungkitkan isu sensitif ini di media sosial. Contohnya, mereka bersesal-sesalan bahawa kaum yang berlainan bangsa menyumbang kepada penularan wabak pandemik COVID-19. Mengapakah fenomena sebegini berlaku di negara kita? Selama ini, ahli-ahli politik memanipulasi isu perkauman untuk memecahbelahkan hubungan rakyat berbilang kaum demi mencapai cita-cita politik mereka yang penuh keagresifan. Kita janganlah menjadi mangsa politik dan berprasangka untuk menuding jari kepada sebarang kaum serta beranggapan bahawa mereka perlu memikul tanggungjawab atas penularan wabak pandemik tersebut. Nescaya negara kita gagal mencapai kemajuan dan kemakmuran seandainya isu perkauman yang boleh menjejaskan silaturahim yang erat sesama kaum ini masih wujud dan tidak ditangani dari akar umbinya. Dalam masa yang kritikal ini, perpaduan berbilang kaum perlu dikekalkan dan diperkukuh untuk menghadapi dan menempuhi cabaran penularan wabak pandemik COVID-19. #PerpaduanAsasPembinaanNegara
___________________
Kami sebagai bangsa Cina, kami sentiasa berhubung dan berinteraksi sesama komuniti kaum tersendiri dan tentunya acap kali mendengar rungutan seperti mempersalahkan kaum lain kerana ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan, pastinya bergema dengan rungutan tersebut kerana mengalami pengalaman yang sama. Dari sudut yang berbeza, kemungkinan besar komuniti kaum yang lain, kemungkinan mereka mempunyai syak wasangka yang sama, mereka juga mungkin bersungut- sungut terhadap ketidakpatuhan SOP bagi kaum –kaum lain. Hakikat yang menyedihkan dan membimbangkan, selain segelintir kaum Cina masih tidak memakai topeng muka ataupun memakainya dengan cara yang betul, terdapat juga segelintir kaum lain berkelakuan yang sama. Mereka tidak mematuhi SOP yang ditetapkan di samping tidak menjalankan sebarang cara pencegahan wabak COVID-19. Usahlah sentiasa mengungkitkan isu perkauman, janganlah kita bersesalan bagai batak lari. Kita semuanya anak Malaysia. Rintangan yang perlu kita harungi dan tempuh pada masa ini ialah penularan wabak pandemik –COVID-19. Marilah kita bersama-sama mencegah dan menewaskan penularan wabak COVID-19 tanpa mengira berlainan bangsa, agama dan budaya. Usahlah menuding jari kepada kaum tertentu dan bersesal-sesalan. Janganlah mengambil enteng akan wabak ini. Marilah kita memikul tanggungjawab untuk menjaga diri kita. Usahlah menuduhkan dan menyalahkan siapa- siapa dan beranggapan mereka yang bertanggungjawab atas penularan wabak COVID -19. Semoga pihak kerajaan dan rakyat Malaysia berganding bahu dan memberikan komitmen untuk membendung penularan wabak pandemik –COVID-19. Kita anak Malaysia. Patuhi segala SOP dan sesuaikan diri dengan norma baharu. Langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya perlulah dilaksanakan dengan sempurna oleh setiap rakyat Malaysia. #KITAANAKMALAYSIA #KITAJAGADIRIKITA
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「perpaduanasaspembinaannegara」的推薦目錄:
- 關於perpaduanasaspembinaannegara 在 西西歪 Ccwhyao Facebook 的最佳貼文
- 關於perpaduanasaspembinaannegara 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於perpaduanasaspembinaannegara 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於perpaduanasaspembinaannegara 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於perpaduanasaspembinaannegara 在 The Royal Johor - PERPADUAN ASAS KEPADA PEMBINAAN ... 的評價
perpaduanasaspembinaannegara 在 The Royal Johor - PERPADUAN ASAS KEPADA PEMBINAAN ... 的美食出口停車場
PERPADUAN ASAS KEPADA PEMBINAAN NEGERI – YM CHE' PUAN KHALEEDA YM Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam menasihatkan masyarakat berbilang bangsa di negeri... ... <看更多>