KITA BUKAN TAKSUBBER.. TAPI HATI HATI DALAM MEMBUAT RUMUSAN, ANDAIAN DAN SINDIRAN.. HEBAT KITA, HEBAT LAGI ALLAH...
Kejadian sekarang mengingatkan aku kepada tragedi yang menimpa salah seorang motivator terkenal suatu ketika dahulu.
Juga dikaitkan dengan isu seksual apabila salah seorang "mahasiswi"nya pada sekitar tahun 2014 telah mendakwa arwah prof izzi melakukan tindakan meraba dibahagian sensitifnya.
Bagi yang tidak mengenali beliau, beliau merupakan seorang pensyarah dan juga motivator yang terkenal dengan tagline " Renung-renungkan dan selamat beramal".
Apa yang buat isu ini panas ialah tindakan mahasiswi itu kemudiannya yang menyebarkan "surat laporan polisnya" di media sosial miliknya sehinggakan mengundang spekulasi dan "hukuman netizen kepada Prof Izzi".
Sama ada kejadian hitam itu benar-benar terjadi atau tak masa tu masih dalam siasatan.
Tapi, desakan demi desakan rakyat Malaysia ketika itu sehingga menyerang akaun peribadi beliau secara tidak langsung memberi impak kepada Prof Izzi itu sendiri.
Pihak UiTM tempat beliau bekerja telah "merehatkan beliau" daripada terus menjadi pensyarah di sana.
Kes ini berakhir dengan khabar kematian Prof Izzi itu sendiri.
Menurut beberapa kenalan rapat Prof izzi, ada dua versi kisah beliau sebelum kematiannya.
1. Beliau tertekan dengan kritikan di media sosial hingga membawa kepada kematiannya.
2. Mahasiswi terbabit mengakui yang laporan dibuat itu hanyalah fitnah yang dibuat.
Namun demikian, kebenaran disebalik kisah arwah masih belum dirungkai sepenuhnya. Wallahualam
Tapi apa yang pasti netizen Malaysia "MENGHUKUM" beliau mendahului keputusan hakim dan hasil siasatan polis.
Pun demikian, semoga peristiwa ni jadi pengajaran bermakna buat semua supaya berhati-hati dalam mendedahkan "aib" yang dianggap untuk kepentingan kemaslahatan.
Belum pasti bukti itu benar. Boleh jadi benar boleh jadi tidak. Adalah sebaiknya perkara ini disahkan oleh mereka yang ada kuasa.
Jangan jadikan ini bahan yang akan memecahbelahkan. Boleh jadi, itu asbab kehancuran ummat.
Benar atau salah, tiada manusia yang maksum. Di dunia ini, kita ada mahkamah yang mengangkat " kemulian undang-undang "
Mereka bersalah atau tidak, mereka juga ada hak untuk membela diri.
Kita hormati prinsip rukun negara ke 4. Jika kita sendiri mendahului "undang-undang itu sendiri" masihkah boleh dianggap kita warganegara sejati?
Sekian.
Apa-apa pun. Semoga Allah merahmati pemergian Prof Izzi. Salah atau benar kisah beliau itu antara dia dengan sang pencipta.
Al-Fatihah.
#uniknyamalaysia
Kredit : Aznan Malik
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過24的網紅Neng Kho Razali,也在其Youtube影片中提到,"FLIGHT" Medium : Acrylic Ekspresi kemerdekaan melalui teknik acrylic pouring. Lima jari berbentuk bulu burung (kebebasan): Lima Prinsip Rukun Nega...
「rukun negara malaysia」的推薦目錄:
- 關於rukun negara malaysia 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於rukun negara malaysia 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於rukun negara malaysia 在 Rykarl Gaming Facebook 的最佳解答
- 關於rukun negara malaysia 在 Neng Kho Razali Youtube 的精選貼文
- 關於rukun negara malaysia 在 Wani Kayrie Youtube 的最讚貼文
- 關於rukun negara malaysia 在 Warner Music Malaysia Youtube 的精選貼文
rukun negara malaysia 在 Facebook 的最佳貼文
Selamat Hari Malaysia…
(Bacaan yang bakal merubah masa depan anda-woha!)
Malaysia ada sistem pendidikan yang agak bagus!
Alkisahnya, Pelancong luar negara bila datang Malaysia, mereka puji rakyat kita bagus sebab sangat bersopan santun dan 90 peratus rakyat kita pandai cakap English!
Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!
Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al quran, dan taranum kita bagus!
Bila ada pergaduhan politik, tukar kerejaan baru ni, rakyat kita tak suka berdemo, tak suka berperang, tak suka merusuh, walau hidup pelbagai bangsa tapi masih kekalkan keamanan, ini buatkan pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.
Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus! Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!
Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh rakyat kita adalah sangat bagus!
Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan orang kita sangat bagus!
Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew atau lain lain NGO.
Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan banyak lebih dari dua bijik, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi kita sangat bagus!
Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!
Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!
Lepas tu Malaysia antara negara yang aktif di media sosial. Celebrity internet ramai. Tentera bawang pun cekap, Bermakna kelajuan dan capaian internet kita bagus!
Cuma, ada sikit masalah pada Pendidikan negara, sebab Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam, bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah, prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?
Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?
Ada rakyat Malaysia percaya makcik mimpi. Percaya pada Ayah pin, percaya pada ajaran sesat.
Ada rakyat Malaysia percaya bumi ni rata? Orang tak pernah ke bulan, Serius!
Ada rakyat Malaysia percaya tahyul, tangkal, bomoh.
Ada rakyat Malaysia percaya pada manifesto dan janji ahli politik.
Ada rakyat Malaysia percaya pada skim cepat kaya,
Ada rakyat Malaysia percaya pada temberang ‘pakar’ motivasi.
Ada rakyat Malaysia percaya pada janji air liur, ceramah jual air liur.
Paling parah, Ada rakyat Malaysia anti vaksin tanpa ilmu dan percaya pada teori konspirasi, siap dari kalangan pendidik pun anti vaksin, adohai..
Maka pesan saya, jom kita semua balik kepada Rukun Negara.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, kita balik pada akidah yang betul, yakin yang betul, insyaAllah tak kena tipu. Banyakkan baca Tafsir Al quran, dan kitab Taklim, biar hati cerah sikit dengan Nur Al quran dan Nur Hadis.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, kita sangka baiklah, jangan anggap Raja kita ni ejen dajjal ke, konspirasi ke, sungguh Taat Ulum Amri adalah perintah Allah. Jika kita tak nak taat kepada Ketua Negara, maka Syaitan akan jadi ketua kita, lalu mudahlah kita kena tipu. Tolong Banyakkan luang masa baca buku yang betul,dan ber kawan dengan kawan yang positif, semua itu akan bantu kita menjadi rasional.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN, Kenalah follow, barulah kita tak terdedah pada Scammer yang akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa hak kita dalam perlembagaan, kena banyak membaca bahan berilmiah.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, Sila patuh SOP, Fahami kehakiman, fahami sebab akibat, banyakkan baca berkenaan Sebab serta akibat dari kegalalan patuhi undang undang.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN, ini penting yang mana semua rakyat Malaysia kena ada etika menulis, atau etika membawang, yang mana semua tu nak kena jaga hati dan perasaan sesame kita,yang mana kalau kita ni kurang membaca, maka kita miskin kosa kata, maka kita akan miskin dalam berkata-kata, hingga bila kita bercakap, orang tahu kita bodoh.
Eh? Semua bab Rukun Negara ada kaitan dengan membaca, Iqra Ayat pertama Al quran, hayatilah..
Selamat hari Malaysia. Selamat jadikan kira rakyat Malaysia sebagai Rakyat membaca.
Sungguh Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!
Woha!
Ps: Sambutan Hari Malaysia jaga SOP, duduk rumah, sambil makan nasi goreng bungkus telor Bersama ikan goreng dan sebuah buku, Luar rumah Jalur Gemilang berkibar megah, Selamat Hari Malaysia.
rukun negara malaysia 在 Rykarl Gaming Facebook 的最佳解答
Sapa tak hafal rukun negara, sila hafal ye..
.
SELAMAT HARI MALAYSIA GUYS!!!
rukun negara malaysia 在 Neng Kho Razali Youtube 的精選貼文
"FLIGHT"
Medium : Acrylic
Ekspresi kemerdekaan melalui teknik acrylic pouring.
Lima jari berbentuk bulu burung (kebebasan): Lima Prinsip Rukun Negara.
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
rukun negara malaysia 在 Wani Kayrie Youtube 的最讚貼文
#LIMAPRINSIPRUKUNNEGARA #PELANCARAN
rukun negara malaysia 在 Warner Music Malaysia Youtube 的精選貼文
Bersempena sambutan kemerdekaan yang ke-62 tahun ni, WMM telah tanya artis kesayangan korang dengan beberapa soalan berkaitan dengan negara kita, Malaysia.
Di video ini, kita buat ala kuiz pulak! Geng Borneo VS Geng Semenanjung - rasanya siapa menang? Ha, korang pulak tengok video, sambil-sambil tu korang boleh try teka sekali!
Selamat menyambut hari Merdeka semua!
#MerdekaKahAnda? #Merdeka #RakyatMalaysia
SUBSCRIBE KE WARNER MUSIC MALAYSIA
https://www.youtube.com/WarnerMusicMalaysia?sub_confirmation=1