Buat bakal ayah hebat... tolong ambil tahu pemakanan isteri masa pregnant... kadang bila terlalu pahit mulut.... isteri anda dah tak mampu nak makan apa2....
& Percaya atau tak... kalau suami pujuk... mesti isteri akan makan walaupun payah...
Ada sebab kenapa ibu hamil perlu minum susu setiap hari....
#kisahbenar
Sis, saya mula hamil lewat 30an.. Saya bukanlah penggemar susu, tak kira lah sebelum saya hamil sehinggalah waktu hamil.. Saya tak boleh nak telan.. Bau susu tu buat saya rasa nak muntah..
Morning sickness saya pun agak teruk, dari awal saya mengandung sehingga 35 weeks baru beransur ok.. Saya hanya boleh minum air buah laici dan barli sahaja.. Selain air tu, saya akan terus muntah.. Ini serius
Dalam tempoh hamil, saya hanya minum beberapa kali sahaja susu.. Itu pun susu kambing segar.. Itu pun suami saya yang paksa..
Alhamdulillah saya beranak secara normal, saya tak percaya itu anak saya.. Putih, gebu dan melepak!
Setelah setahun melahirkan, saya merasakan kalsium dalam badan saya berkurangan.. Pinggang dan bahu saya sentiasa lenguh2 dan lebih parah lagi gigi mudah pecah bila saya mengunyah benda keras dan mula tanggal dengan kerap..
Saya bertanya kepada Doktor, doktor menerangkan apabila kalsium badan kita diambil oleh anak ketika hamil, kita perlu menambah kalsium iaitu melalui susu.. Sebab ia adalah protein terbaik untuk ibu mengandung.. Sekian
.
.
.
Mommy perlu tahu, susu adalah minuman yang kaya dengan protein.. Some mommys alah pada susu atau tidak menjadikan susu sebagai suplimen tambahan waktu hamil. No problem... mommy boleh saja dapatkan nutrisi protein dari sumber makanan lain seperti protein haiwan atau dari sumber kekacang seperti soya.
.
.
Bakal ibu disarankan minum susu dua gelas sehari bagi memenuhi keperluan kalsium tambahan untuk pertumbuhan tulang dan otak janin juga untuk kesihatan. Kekurangan kalsium, boleh mengundang OSTEOPOROSIS kepada si ibu..
.
.
Minum susu bukan saja sihat, ia juga praktikal kerana menjadi lima elemen yang menyempurnakan kekurangan nutrisi makanan. Selain protein, zat penting lain yang diperlukan adalah asid folat, AA(asid linoleat) dan DHA(dicosahexaenoic).
Ketiga-tiga asid ini membantu perkembangan janin terutama semasa pembentukan organ dalam tubuh, pertumbuhan jaringan otak dan mengelak janin daripada mengalami kecacatan.
Gizi ini boleh diperolehi melalui pengambilan makanan harian, namun susu memastikan pengambilan zat tersebut mencukupi setiap hari.
Asid Folat, AA dan DHA terdapat dalam susu khusus yang diformulakan khas(ditambah kandungan nutrisi) untuk ibuhamil, ia tidak sama seperti susu biasa.
Ia juga diperkaya dengan Vitamin C, Vitamin B-Complex dan kandungan kurang lemak dan kolestrol.
Ok ada juga mommys yang tak boleh minum susu tepung, ada yang mudah kena cirit birit dan sebagainya.. Mommy boleh cuba susu kambing segar atau susu kurma.. Ia bebas dari bahan pengawet..
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!
Search