Majlis Konvokesyen Universiti Kolej Antarabangsa PICOMS, MAIWP (Siri I)
Di awal pagi, seiring dengan kedatangan anak dhuha, saya bergerak meninggalkan Cyberjaya tujuan Majlis Konvokesyen PICOMS kali ke 11. Seramai 1,111 graduan akan bergraduan bagi sesi 2019/2020.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Menteri di JPM (Bhg Agama). Tahniah semua graduan.
Ini kali pertama saya menghadiri majlis konvokesyen PICOMS & ini juga kali pertama air mata berjejeran turun atas pelitup muka saya. Terdapat tiga graduan yang diberikan anugerah secara anumerta kerana mereka sudah kembali ke Rahmatullah. Sudah pasti ibu bapa mereka yang berada dalam dewan akan menitis air mata mereka. Saya melihat mereka naik ke atas pantas dengan linangan air mata.
Kisah tragedi ini diungkap sebagai naratif sedih oleh Dekan, Fakulti Kesihatan. Saya telah meminta ucapan beliau untuk saya upload dalam media sosial saya. Ini sebahagian dpd teks ucapan naratif sedih.
"Cendarawasih si burung pintar
Terbang tunduk mencari sarang
Manis berkasih cuma sebentar
Datang yang elok dia menghilang
Tiada kata yang mampu diungkapkan bagi menggambarkan kedukaan seluruh warga Fakulti Farmasi dan seterusnya warga PICOMs di atas pemergian serentak tiga anak dari jurusan Diploma Farmasi. Pelajar2 yang kami sayangi ini iaitu Sharifah Farisha Bt Syed Fathi, Ayuni Syazwanie Bt. Sabri dan Nor Adilah Bt. Mohd Safwan telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 17 dan 18 September 2020 akibat keracunan gas karbon monoksida.
Sejarah hitam ini telah terpahat di kala mereka bercuti bersama dan singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya sebelum meneruskan perjalanan pulang abadi ke Gurun dan Sg. Petani; percutian terakhir yang mengamit detik hitam.
Aturan Allah yang Maha Esa, Sharifah Farisha telah pergi di lokasi kejadian manakala Ayuni Syazwanie meninggal dunia ketika bertarung nyawa di Hospital Seberang Jaya. Pasangan kembar istimewa Nor Adilah dan Nor Aqilah ketika itu dilaporkan kritikal. Lebih menambah kedukaan kami Nor Adilah yang pada awalnya juga terselamat disahkan meninggal dunia ketika di rawat Unit Rawatan Rapi (ICU), TLDM, Lumut pada 18 September."
Al-Fatihah.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「ucapan meninggal dunia」的推薦目錄:
- 關於ucapan meninggal dunia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於ucapan meninggal dunia 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於ucapan meninggal dunia 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
- 關於ucapan meninggal dunia 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於ucapan meninggal dunia 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於ucapan meninggal dunia 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於ucapan meninggal dunia 在 Ucapan Duka Cita - Dr. (HC) Ir. H. Arifin Panigoro Meninggal ... 的評價
- 關於ucapan meninggal dunia 在 Paman Brigadir J Meninggal Dunia Pasca Beri Ucapan Duka ... 的評價
ucapan meninggal dunia 在 Facebook 的最讚貼文
Sahabat Nabi ada juga dari kalangan Autisme?
Baik, sebagai seorang bapa yang ada anak OKU autisme, apabila saya baca balik kisah Abu Zar dan perasan akan ada beberapa kelakuan beliau yang boleh dikaitkan dengan autism.
(note: autism bukanlah kehinaan, ianya hanyalah kelainan upaya yang di anugerah Allah kepada insan terpilih)
Bagi yang belum tahu, Autisme adalah kelainan cara berfikir sehingga mereka terasing dari masyarakat, selalu kelihatan stress, anti social, dan berkelakuan pelik.
Autisme boleh dikesan dari kanak kanak yang tidak menoleh apabila dipanggil namanya, mudah mengamuk, selalu bersikap kurang ajar dan tidak bermain dengan rakan sebaya. Autisme tidak berjangkit, tidak boleh disembuhkan tapi boleh di kawal melalui pengalaman yang berkesan.
Autisme juga adalah pengetahuan baru ummat manusia kerana lelaki pertama yang dikesan autisme adalah Donald Gray Triplett yang lahir pada tahun 1933 dan sekarang berumur 86 tahun (masih hidup), Doktor yang kaji kepelikan beliau adalah Dr Leo Kanner, dan waktu itu belum dilebel autism tetapi "Case 1".
Sebelum tahun 1933, kanak kanak yang ada masalah autism dituduh telah dirasuk oleh roh jahat, (rujuk Victor of Aveyron, 1798) hinggalah kajian menyeluruh dikeluarkan pada tahun 1943 terhadap nasib kanak-kanak yang mempunyai masalah sama seperti Donald Triplett maka sedarlah kita bahawa telah wujud ‘Case 1’ ini sekian lama dan mula dilebel sebagai Autisme. (diambil dari Bahasa Latin dan Greek yang bermaksud “Menyendiri”
Maka apabila ciri ciri Autisme telah dikenal pasti, maka mari kita kaji kisah Sahabat Nabi yang bernama Abu Zar dan kepelikkan beliau. Adakah sifat suka menyendiri beliau selari dengan Autisme?
Al kisahnya, Abu Zar bukan berasal dari Mekah, beliau datang dari jauh (Ghifar) untuk mencari orang mengaku Nabi, dan cara beliau mencari Nabi adalah dengan tidak bertanya, cukup hanya dengan meninjau keadaan sekeliling, dengar-dengar cakap orang lalu cuba mencari sendiri.
Baik, salah satu cari Autisme, iaitu bila ada apa-apa masalah, sukar nak bertanya dan suka selesaikan cara sendiri.
Kemudian beliau didatangi Saidina Ali yang nampak Abu Zar ni macam pelik lalu ajak bermalam di rumahnya, Abu Zar setuju menumpang di rumah Ali R.A dan membisu di sana, Pagi keluar cari Nabi melalui pusing pusing sekitar Mekah, pulang terus tidur rumah Saidina Ali, sampai hari ke tiga, bila Ali R.A bertanya, barulah beliau bercerita nak cari Nabi.
(tak pelik ke?, ada tetamu menumpang tidur di rumah kita dan tidak bercerita apa tujuan datang hinggalah ditanya pada hari ketiga)
Maka pendek cerita, Saidina Ali bawa beliau jumpa Nabi dan terus beliau masuk Islam, dan Nabi mungkin dah perasan sifat pelik pada Abu zar dan larang Abu Zar istiharkan Islamnya secara terang terang, kerana zaman itu orang masuk islam akan diseksa, tapi Abu Zar selamba pergi depan Kaabah dan menjerit bagitahu dia sudah masuk islam.
Terus beliau kena pukul sampai pengsan hinggalah di selamatkan oleh Ibnu Abbas R.A, tapi adakah beliau serik?
Esok beliau pergi lagi depan kaabah dan jerit lagi bahawa dia dah masuk Islam, kena pukul lagi, dan hari ketiga beliau buat lagi dan hampir mati dibunuh hinggalah Ibnu Abbas bagitahu kepada orang yang nak bunuh Abu Zar bahawa kaum Abu Zar duduk di jalan kita berniaga, tak selamat nanti kita nak melintas di sana.
Dari kisah ini, Maka terjawablah soalan dari sorang pembaca sebelum ini bertanya: “kenapa Abu Zar engkar arahan Nabi lalu pergi menjerit depan Kaabah, dan sanggup dipukul berkali kali hampir mati?”
Ada yang jawab Itulah Iman Mualaf, sanggup mati demi kebenaran, tapi yang pelik, engkar arahan Nabi pun tak betul juga, maka bila di kaji sifat Autisme, maka memang mereka ada sifat agak sukar memahami arahan atau mematuhi arahan, pengalaman anak saya sendiri, ada benda yang merbahaya dan kita sudah larang, tapi tetap di buatnya, maka untuk itu saya boleh faham kenapa Abu Zar sanggup berkelakuan aneh yang membahayakan nyawanya sebab cara mereka berfikir tak sama.
Kerana kepelikkan ini, pernah Nabi bertanya kepada Abu Zar, apa nak buat jika kamu nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab Abu Zar R.A akan di pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya agar jangan guna pedang, bersabarlah (serahkan kepada pemerintah untuk menjatuhkan hokum)
Lalu Abu Zar meminta jawatan menjadi Pemerintah. Jawab Nabi:
”Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” (Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, walaupun Abu Zar seorang yang warak dan zuhud, tapi Nabi tidak memberikan jawatan dalam kerajaan kepada beliau kerana ada kelemahan dalam bab menguruskan tanggung jawab.
Namun zuhud beliau sangat dipuji Nabi Muhammad SAW, sabda Nabi: Siapa nak lihat bagaimana zuhudnya Nabi Isa, lihatlah Abu Zar!
Abu Zar juga terkenal dengan mulutnya yang lancang dalam berkata kata, (jika autism mereka akan dituduh kurang ajar) tapi itulah yang selalu terjadi, beliau selalu berdebat dengan sahabat lain terutama isu hidup secara zuhud, pernah beliau berdebat dengan Bilal, dan bila pendapat bilal tidak selari dengan dirinya, beliau berkata kepada bilal: “mak kau hitam!”
Bilal r.a sangat sedih dengan hinaan melibatkan warna kulit dan terus mengadu pada Nabi Muhammad SAW,dan Nabi bersabda, “Wahai, Abu Zar. Engkau telah menghinakannya dengan merendahkan ibunya. Di dalam dirimu terdapat sifat jahiliyah.” (HR. Bukhari).
Kalimat tersebut terdengar bagaikan petir di telinga Abu Zar. Lantas dia menangis, dan menghampiri Rasulullah, lalu berkata, “Wahai, Rasulullah. Beristigfarlah untukku. Mintakanlah ampunan dari Allah untukku.”
Kemudian dia keluar dari masjid sambil menangis dan terus meletakkan kepalanya di atas tanah yang dilalui Bilal dan berkata, “Demi Allah, wahai Bilal. Aku tidak akan mengangkat pipiku, kecuali engkau memijaknya dengan kakimu. Engkaulah orang yang mulia dan akulah yang hina.”
Lantas Bilal pun menangis dan terus mencium pipi Abu Zar dan mereka berpelukan sambil menangis.
Ada juga Kisah Abu Zar di marah Rasulullah,
Alkisahnya, bila turun ayat tentang lallatul qadar lebih baik dari seribu bulan, terus Abu Zar Tanya:
"Wahai Rasulullah beritahu kepadaku mengenai malam Lailatul Qadar, adakah ia di bulan Ramadan atau selain daripadanya?"
“bulan Ramadan."
"Adakah ia ada sampai kiamat?”
“Ya, sampai kimat”
"JIka bulan Ramadan, bahagian mana?”
"Carilah kamu pada 10 yang terawal dan 10 yang terakhir."
“Mana satu yang 20 itu tadi wahai Rasulullah?"
"Carilah pada 10 malam terakhir dan jangan tanya aku lagi selepas daripada ini."
"Wahai Rasulullah, Aku bersumpah ke atas engkau dengan hak aku ke atas engkau, boleh tak engkau memberitahu aku mana satu 10 malam itu?"
Maka Rasulullah marah dan berkata: "Carilah pada tujuh yang terakhir, dan jangan kamu tanya aku lagi selepas daripada ini”
Aduhhh Abu Zar kena marah.. tapi jika fikir balik, Bukankah salah satu sifat Autisme suka Tanya soalan sampai dia rasa puas atau sampai kena marah? Fikir fikirkanlah, namun terima kasih kepada Abu Zar kerana dari solannya dapat kita focus mencari malam Al qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Terima kasih Abu Zar!
Ada jugak kisah Abu Zar tanya soalan yang sama berulang kali sebab macam tak setuju dengan satu hadis.
Begini kisahnya..
Satu hari Rasulullah SAW bersabda tidaklah seorang hamba Allah yang mengucapkan La ilaha illallah kemudian mati dengan beriman kepada Nya tanpa syirik kecuali ia pasti akan memasuki syurga.
Abu Zar bertanya : Walaupun jikalau ia berzina dan mencuri?
Baginda menjawab : walaupun ia berzina dan mencuri.
Abu zar mendesak : walaupun ia berzina dan mencuri ?
Baginda menegaskan : Walaupun ia berzina dan mencuri ;
Ulang ulamg Abu Zar tanya dan nabi dengan tenang jawab jawapan yang sama..
Dan dikatakan waktu meriwayatkan hadis ini Abu zar berkata: "Siapa yang beriman pada Allah pasti masuk syurga tak kira si penzina dan pencuri walaupun Abu Zar tidak menyukainya."
Woha!
Namun, walaupun dalam keadaan sedemikian, Rasulullah sangat sayang pada Abu Zar, dan banyak hadis tentang tauhid diajar Nabi kepada Abu Zar.
Ada satu lagi sifat pelik Abu Zar, ada satu waktu dalam perang, Nabi wajibkan mereka yang hanya ada binatang tunggangan sahaja ikut berperang, Abu Zar nak ikut tapi untanya sakit tidak mampu berjalan, dan beliau sudah jauh tertinggal di belakang, lalu Abu Zar tetap datang ke medan perang dengan mendukung Unta di atas belakangnya, melihat kejadian ini Nabi Muhammad SAW bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan hidup bersendirian, dan mati bersendirian.
Maka selepas kewafatan Rasulllah, Sabdaan Nabi adalah benar yang mana Abu Zar telah diasingkan oleh orang ramai kerana sifatnya yang sangat tegas berkenaan harta, katanya Nabi hidup miskin sahaja, tapi kenapa zaman sekarang ramai orang islam hidup mewah?
Maka dari tindakkanya itu membuatkan orang kaya Islam berasa tidak selesa dan mengadu pada pemerintah, tapi Abu zar selamba berdebat dengan Muawiyyah, dan berdebat dengan Usman Khalifah islam waktu itu, akhirnya beliau di arah berpindah ke Damascus.
Namun selepas di ketahui kehidupannya di sana tidak gembira sebab terpaksa hidup dikalangan orang islam yang mulai hidup bermewah-mewah, lalu Usman benarkan Abu Zar pindah ke Madinah, pun Abu Zar tak seronok sebab orang Islam di Madinah juga sedang hidup mewah tak macam zaman Nabi lalu beliau minta izin untuk tinggal jauh di padang pasir.
Note: Inipun ciri autisme, tidak boleh terima perubahan, dan lebih suka menyendiri dari hidup bermasyarakat, Khalifah Usman faham tentang pendirian Abu Zar dan benarkan beliau tinggal di padang pasir bernama Rubza jauh dari kehidupan bermasyarakat.
Walaupun beliau hidup bersama isteri dan anak perempuan dipadang pasir jauh dari masyarakat, tapi dari masa ke semasa, ramai Tabien datang belajar hadis daripada beliau.
Mendengar Abu zar mengasingkan diri, Raya Syrira pernah kirim 300 dinar emas tapi abu Zar tolak kerana tidak mahu hidup mewah, beliau nak hidup zuhud macam Nabi, dan bila ada sahabat lain melawat beliau dan melihat rumahnya sangat uzur lalu bertanya, mana pergi semua perabot dalam rumah ini?, jawab Abu Zar perabot semua sudah di hantar ke syurga.
Zuhud abu Zar bukan di buat-buat, malahan sewaktu Nabi Muhammad SAW hidup lagi, Kerana hidup terlalu zuhud, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, Abu Zar berjalan di atas bumi sezuhud Nabi Isa anak Maryam.
Akhirnya Abu Zar meninggal di padang pasir hanya ditemani isterinya, menangis isterinya kerana nak tutup dengan kain kafan pun tiada kain yang sebesar jasar Abu Zar R.A, tapi sebelum meninggal Abu Zar bagitahu kepada isterinya, jangan bersedih, walaupun saya akan mati bersendirian di sini, tapi Nabi Muhammad SAW memberitahu, akan ada Satu Kabilah orang beriman akan sempat melihat jenazahnya.
Maka selepas kematiannya tiba tiba muncul rombongan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abdullah bin Mas'ud.
Ketika pandangan Ibnu Mas'ud jatuh ke mayat Abu Dzar Al-Ghifari. Air matanya tumpah membasahi janggut lalu berkata, "Benarlah ucapan Rasulullah, kamu berjalan sendirian, mati sendirian, dan dibangkitkan juga sendirian"
Abu Zar telah pergi meninggalkan kita semua, tapi hadisnya bersama Nabi kekal hingga akhir zaman, pesan Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar:
"Hai Abu Zar, sesungguhnya kau dari keluargaku, dan aku akan berwasiat kepadamu, maka ingat-ingatlah, kerana wasiat ini menghimpun segala kebaikan dan pelaksanaannya.
Hai Abu Zar, sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat kepada-Nya. Maka bila nyata engkau tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat engkau.
Hai Abu Zar, dua macam nikmat, kebanyakan manusia rugi, kerana tidak mempergunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu sihat dan waktu lapang.
Hai Abu Zar, gunakan lima sebelum tibanya yang lima, gunakanlah masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan kekayaanmu sebelum miskinmu, dan kesempatanmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.
Hai Abu Zar, awaslah jangan menangguh-nangguh sangat perbuatanmu, kerana engkau tergantung pada hari ini, dan bukan pada hari yang sesudahnya, maka apabila esok hari itu juga hakmu, maka lakukan sebagaimana hari ini, dan bila esok itu bukan hakmu, maka engkau tidak menyesal kerana tidak memperlambat apa yang harus kau perbuat hari ini.
Hai Abu Zar, sayanglah pada umurmu, lebih daripada kesayanganmu terhadap wang emas dan perakmu.
Hai Abu Zar, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah seorang alim yang tidak berguna dengan ilmunya dan siapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang-orang kepadanya, maka ia tidak akan mendapat bau syurga.
Hai Abu Zar, jika kau ditanya sesuatu yang tidak kau ketahui, maka jawablah, saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang tidak kau ketahui, supaya selamat dari siksa Allah pada hari kiamat.
Hai Abu Zar, maut akan datang secara tiba-tiba, dan siapa menanam kebaikan pasti akan menuai kebaikan. Dan siapa yang menanam kejahatan pasti akan menuai kemenyesalan, dan bagi tiap-tiap penanam hasil apa yang ditanamnya,
Hai Abu Zar, Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya itu bagaikan bukit besar yan dikhuatiri akan jatuh padanya, sedang orang kafir memandang dosanya itu bagaikan lalat yang hingap di atas hidungnya.
Hai Abu Zar, Allah telah menjadikan kesenanganku dalam sembahyang dan aku puas dengan sembahyang itu sebagaimana puas orang lapar dengan makanan dan orang haus dengan air, sedang orang lapar jika makan kenyang dan orang haus jika minum puas, dan aku tidak merasa kenyang dari sembahyang ( Yakni tidak jemu-jemu sembahyang).
Hai Abu Zar, sesungguhnya selama kau bersembahyang, maka bererti kau sedang mengetuk pintu rahmat Tuhan dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti akan dibukakan baginya.
Hai Abu Zar, tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti.
Hai Abu Zar, dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.
Hai Abu Zar,Allah telah berfirman dan bermaksud: "Aku tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaKu, jika ia merasa aman daripadaku di dunia maka akan Aku takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia merasa takut kepadaKu di dunia Aku amankan ia di hari kiamat."
Okey, banyak lagi pesanan dari Rasulullah kepada Abu Zar R.a, cukup ini yang sempat saya sampaikan, balik kepada topik asal, adakah Abu Zar seorang mild autism?
Dari sejarah yang kita baca, Nampak macam ada ciri seperti itu bermakna kepada ibu bapa yang ada anak Autisme, jangan putus asa, sebab ada Autisme yang sudah menjadi Hafiz, ahli perniagaan, doktor, guru dan insyaAllah jika kena dengan perjalanan hidupnya, mampu menjadi seorang Dae yang berjuang untuk agama Allah.
Wallahu’alam.
Ps: Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat penulis semata mata. Jika ada fakta yang lebih tepat dari pandangan penulis, maka pendapat penulis tertolak serta merta. Semua yang baik dari Allah dan semua yang tidak baik adalah dari kelemahan saya sendiri.
(Dipetik dari buku Hamka.keretamayat)
ucapan meninggal dunia 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
Bahasa Istana
Kesetiaan kepada Raja & Negara. Tiada Raja, tiada negara. Menghormati Raja kita dan institusi beraja adalah dengan menggunakan bahasa istana yang betul sewaktu menghadap baginda.
Following protocol will make you look good. Jom 👍
Tuanku (panggilan kepada Raja)
Beta (panggilan diri Raja)
Patik (saya)
Baginda (dia)
Hari keputeraan (hari lahir)
Berangkat Lepas (berlepas)
Berangkat tiba (sampai)
Titah (ucapan)
Ke Sungai (Ke bilik air)
Air seni (buang air kecil)
Kurang periksa (tidak tahu)
Sembah maklum (beritahu)
Mempersembahkan (menyampaikan bagi awam)
Mengurniakan / menganugerahkan (menyampaikan bagi raja)
Mewasalkan (menyampaikan sesuatu oleh raja kepada raja)
Menghadap (bertemu)
Paduka Ayahanda (bapa kepada raja)
Paduka Bonda (ibu kepada raja)
Paduka Anakanda (Anak raja)
Nenda (Nenek)
Menjunjung duli (angkat sembah)
Menjunjung titah (menurut arahan)
Bersemayam (duduk / tinggal)
Daulat (berisi / sarat)
Pohon periksa (ingin mengetahui)
Istana (rumah raja)
Pondok / teratak (rumah orang awam)
Pacal Pondok (pasangan orang awam)
Pacal didik (anak orang awam)
Hamba Tua (Ibu / bapa orang awam)
Persilaan / menyila (menjemput)
Warkah (surat / dokumen)
Hulu (kepala)
Bersiram (mandi)
Santap (makan untuk raja)
Ayap (makan untuk awam)
Menyempurnakan (merasmikan)
Menjunjung Titah (Menurut arahan)
Berangkat (pergi)
Limpah perkenan (izin)
Gering (sakit)
Mangkat (meninggal dunia)
Ampun (minta maaf)
Makam / Langgar (kubur raja)
Almarhum (allahyarham)
Bercemar Duli (hadir bersama rakyat)
Berkenan (bersetuju / sudi)
Murka (marah)
Cendera kenangan (hadiah kepada raja)
Kurniaan (hadiah oleh raja)
singgahsana/ takhta (kerusi)
Beradu (tidur)
Persalinan (pakaian raja)
Kaus (kasut)
Menjunjung kasih / menjunjung kurnia (Terima kasih)
molek (sangat baik)
Sila share sekiranya membantu & bermanfaat.
Protocol: You do it right, nobody remembers. You do it wrong, nobody forgets~ S.A.R
0193300410
#protokol
#etiket
#protocol
#etiquette
#grooming
#adab
#hormat
#penampilan
ucapan meninggal dunia 在 Paman Brigadir J Meninggal Dunia Pasca Beri Ucapan Duka ... 的美食出口停車場

TRIBUN-VIDEO.COM - Paman Brigadir J meninggal dunia secara mendadak pasca memberikan ucapan duka di rumah duka pada Selasa (12/7/2022). ... <看更多>
ucapan meninggal dunia 在 Ucapan Duka Cita - Dr. (HC) Ir. H. Arifin Panigoro Meninggal ... 的美食出口停車場
Meninggal Dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Keluarga besar Sinar Mas turut berduka cita atas meninggalnya Dr. (HC) Ir ... ... <看更多>