“Buka bonet.”
“Penuh.”
“Hah?”
“Sementara tunggu kau sampai, aku pergi beli barang untuk Aayan.”
“Aayan siapa?”
“Anak Aaisyah... Eh, aku kena sebut anak aku. Anak aku. Nanti aku kantoi pula.”
“Ah, kau ni...”
“Kau kena pangku beg kau.”
“Kenapa dengan tempat duduk belakang? Kau beli apa lagi? Barang untuk Aaisyah pula ke?”
“Aku beli buku. Baju kahwin. Dan... Ada beberapa barang Aayan lagi. Patut ke aku beli barang Aaisyah? Aku tak ada beli apa-apa pula untuk dia.”
“Hesy...”
“Inilah masalah bila pakai kereta sport. Sebab itu, orang dah ada anak... Pakai kereta mini van. Nampaknya aku kena cari satu mini van. Kau tengok, car seat baby pun... Dah makan space!”
Hakim berdiri tegak depan pintu.
Dia memandang aku.
“Apa lagi, masuklah. Baegopa! (Aku lapar!)”
“Ha... Tujuh jam menunggu aku sampai, tak lapar pula kau ya. Seronok shopping, tak ingat dunia. Dah la aku ni mengantuk, kerja banyak, kena maki dengan Datuk Fateen lagi... Kawan tak guna la, kawan tak jaga kawan la...Dan sekarang aku kena pangku beg aku pula.”
“Yang kau bawa beg macam kau nak pindah ke sini ni kenapa? Siap bawa bantal keliling pinggang. Kenapa? Kalau terhempas bantal-bantal tu boleh jadi pelampung ke?”
“Tak guna.”
Aku tersengih.
“Masuklah cepat. Aku banyak kerja lain.”
Hakim masuk ke dalam kereta. Cukup marah dia kena pangku beg dia. Travel macam perempuan, semua nak dibawanya. Dia sempat memandang ke arah tempat duduk belakang.
“Buku apalah yang kau beli ni?”
Tangan panjang Hakim mencapai salah sebuah buku.
“Kenapa kau beli buku tetek ni?”
“Hesy... Bukan buku teteklah. Buku about breastfeeding. Aaisyah ada masalah nak keluarkan susu dan aku belilah buku tu. Kebetulan aku ternampak masa aku nak beli cincin.”
Dan...
Lebih teruk gelengan kepalanya.
“Mwo? Mwo? (Apa? Apa?) Jangan pandang aku macam tu la. Bukan aku buat jenayah pun.”
“Kahwin ajelah betul-betul sebab kau dah macam kahwin betul-betul aje.”
“Baguslah.”
“Apa yang bagus?”
“Kau sendiri nampak macam aku kahwin betul-betul. Nampaknya... Aku memang di jalan yang betul!”
#MrGroom
同時也有15部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Raya PKP tahun ni, tak boleh ziarah ke mana mana, nak pergi solat raya pun tak cukup tempat, maka sambutlah dengan sekadar kebiasaan norma baru. Sob S...
「tempat makan anak」的推薦目錄:
tempat makan anak 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Sebelum Ini Bekerja Selama 5 Tahun, Saya Mula Rasa Bosan Dengan Melakukan Perkara Yang Sama, Saya Nekad Untuk Mulakan Bisnes Sendiri!
Saya bina bisnes kerana saya nak buat keputusan sendiri!
Ketika berbisnes dengan orang lain, saya tak boleh buat keputusan sendiri, apabila bisnes lingkup saya juga tiada tempat untuk berpegang. Sampai satu ketika rumah saya terpaksa dijual dan kereta hampir ditarik.
Sebelum nak mula bisnes, mindset kena betul, hati kena ikhlas dan tindakan kena yakin. Tetapi bagaimana nak yakin dengan tindakan jika tiada MenThor?
Saya tercari-cari mentor untuk membimbing saya. Tetapi kebanyakannya mereka mengajar secara umum sahaja. Akhirnya saya menemui MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman, satu-satunya MenThor yang faham produk setiap anak didiknya.
Datuk Wira bagi impact yang sangat powerful untuk saya di Titanium Circle.
Perbezaan paling ketara saya berada di Titanium adalah Freedom of Time and Money. Jika dulu pendapatan bulanan saya hanya cukup makan. Alhamdulillah, kini rezeki saya bukan sahaja mampu untuk menampung keluarga saya malah mampu untuk berkongsi rezeki dengan orang lain yang tak berkemampuan juga.
100 Usahawan Jutawan | 20 Industri - Real People, Real Business, Real Results!
Nak kebebasan masa dan kewangan seperti Mohamad Radzi? Dapatkan bimbingan MenThor sekarang. Who's next? Siapa Next usahawan jutawan RichWorks?
Tulis “Saya Usahawan Jutawan” sekarang!
#TitanSummit2021
#BangsaUsahawanDigital
#SatuMisiBantuTheNation
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
tempat makan anak 在 Facebook 的精選貼文
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Ulang kaji ksah sebelum PKP,
Alkisahnya anak perempuan umur 13 tahun mengadu ada masalah di asrama, saya pun suruh dia senaraikan sepuluh masalah itu:
Katanya:
1.kawan suka mencarut.
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing.
3.Warden tak bagi bawa telefon.
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat.
5.Ayah ambik lambat waktu cuti.
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar.
7. Baju sukan hilang kena curi
8.cicak berak atas berus gigi
9.kena ejek sabab baju sama
10. Pingan makan hilang.
Okey, Alhamdulillah dia nak mengadu, jadi saya jawab lebih kurang..
1.kawan suka mencarut. (Jangan rapat sangat dengan kawan macam tu, cari kawan yang suka berzikir, dan jadikan diri kita seorang yang jaga lidah)
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing. (pilih kawan yang perangai macam penjual minyak wangi, kawan yang ramai, kita boleh pilih)
3.Warden tak bagi bawa telefon. (ayah setuju, tak bagus langung bawa smartphone ke asrama)
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat. (nanti pergi belajar oversea Bahasa English lagi pekat)
5.Ayah ambik lambat waktu cuti. (maaf, ayah agak sibuk, tapi anak lelaki semua balik naik bas, na ayah tetap ambik walaupun jauh 90km, tak sanggup tengok na naik bas macam abang-abang)
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar. (bincang dengan cikgu, dan ketua kelas, nak duduk kerusi depan sekali, benda boleh bincang)
7. Baju sukan hilang kena curi (Pakai dulu baju sukan mana yang ada, dan lain kali tulis nama baju besar besar kat Kawasan dalam tudung diluar baju biar pencuri malu)
8.cicak berak atas berus gigi (basuh jer lah, beli baru dekat koperasi)
9.kena ejek sabab baju sama (ayah orang lelaki, bangga jika ada baju sama dengan kawan, jadi maaf tak dapat bantu bab ini)
10. Pingan makan hilang. (ayah call warden ganti pingan baru, ayah akan bayarkan)
Okey, begitulah lebih kurang masalah terbesar anak mengadu pada ayahnya, lepas tu saya suruh dia senaraikan 10 kelebihan duduk asrama, katanya:
1.Dapat belajar berdikari.
2.Dapat ramai sangat kawan
3.Dapat kenal budaya terengganu.
4.Bangun awal subuh
5.Sekolah yang luas, banyak kemudahan (dulu dia sekolah rendah sekolah agama yang kecil sahaja)
6.Banyak program keagamaan
7.Ayah ambik bukan naik bas. (tak macam abang abang)
8.Tak bergaduh dengan adik dan ayah.
9.Banyak masa belajar sebab tak kena jemur baju, angkat baju, lipat baju macam kat rumah.
10.rindu menambah kasih sayang.
Haha ha, kelagar jugak tengok cara anak berfikir, rupanya seronok duduk asrama sebab kat rumah selalu kena suruh sampai gaduh gaduh, ha ha.
Lepas tu saya tanya dia satu soalan:
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Emak saya pun dah mati, dan saya tak sedih sangat sebab saya tahu emak saya orang islam dan tempatnya di syurga, Cuma saya takut saya lambat masuk syurga sebab banyak dosa..
“Mak, Hamka ada mimpi mak pakai baju emas tersenyum di tempat indah, rindu pada mak, tapi takpe, Allah ambik mak dalam keadaaan mak seorang islam. Terima kasih Ya Allah”
Jadi anakku di asrama, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Kepada Allah, aku menyebut nyebut nikmat hidup dalam keadaan beriman ini.
Oh Tuhan yang boleh membolak balikkan hati manusia, kasihanlah kami yang hina dan banyak dosa ini, janganlah kau matikan kami tanpa iman, dan andai kata umur pendek baik untuk kami, pendekkan umur kami, jika umur Panjang baik untuk kami, maka panjangkan umur kami,
Tiada daya upaya melainkan dengan Izinmu.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Terima kasih. Alhamdulillah
Semoga kita semua Woha sampai Syurga.
tempat makan anak 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Raya PKP tahun ni, tak boleh ziarah ke mana mana, nak pergi solat raya pun tak cukup tempat, maka sambutlah dengan sekadar kebiasaan norma baru. Sob Sob..
Sama sama Takbir, Anak jadi Imam, Anak baca Khutbah, ayah pantau sahaja, juga sama sama masak, sama sama makan, bermaaf maafan, lepas tu layan Sarkas.
Meriahnya hidup!
Woha!
Syukur atas segala nikmat. Dapat Raya bersama keluarga tercinta. Semoga Kekal sampai Syurga.
tempat makan anak 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Balik rumah mertua di Bandar Pusat Jengka, anak macam biasa berlari naik turun rumah kayu, dan melompat dari kerusi ke kerusi, terjun dalam kolah, sepahkan barang atuknya dan macam macam?, masuk hari kedua, maka saya kena buat sesuatu. Untuk bagi dia sedikit bertenang.
Apa yang menarik di Bandar Pusat Jengka? Di KL atau bandar besar, kita tahu banyak tempat boleh bawa anak autism pergi, jadi di kawasan Felda Pahang, nak ke mana?
Nak pergi mandi kolam hari hujan, playground pun basah, sekali waktu isi minyak Nampak iklan ada zoo.
Wah, anak autism suka Zoo, dia akan leka di sana, terus saya bawa.
Jadi alang alang dah ke zoo, saya rakam, dan videokan, nanti balik rumah dia jugak yang terjua tengok aksi dia bagi makan pada arnab dan lain lain binatang.
https://youtu.be/mWMj1AGxtGU
Saya share video tanpa dapat apa apa promosipun dari zoo sana, saya sengaja share sebab nak bagitahu..
Kita semua sibuk: tapi luangkanlah masa bersama anak syurga masing masing demi perkembangan minda dan pengalamannya.
Semoga Allah tambahkan lagi masa lapang kepada kita semua untuk di isi dengan ibadat dan usaha membantu insan di sekeliling kita.
Amin
tempat makan anak 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Kuih Tradisi Baba Nyonya & Cina Peranakan Malaysia
Kuih Ketayap (Kuih Dadar) merupakan sebuah hidangan berperisa pandan dan mempunyai kelapa yang diparut dimasak bersama gula melaka ataupun gula sawit.
Berasal dari resepi Baba Nyonya, kuih ini dianggar berusia lebih 60 tahun dan ia adalah sebuah kuih yang penting dalam menu Baba Nyonya.
Kuih Ketayap atau Kuih Dadar menjadi kuih kegemaran oleh Budaya Nyonya atau Cina Peranakan pada waktu dulu dimana ia dibawa oleh keturunan Cina yang berasimilasi di Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan bercampur kahwin dengan rakyat tempatan
Bahagian luar yang berwarna hijau kuih ini dibuat daripada tepung, telur, garam dan juga ekstrak daun pandan. Namun kebanyakkan peniaga zaman sekarang lebih cenderung menggunakan pewarna untuk kemudahan mereka. Akibatnya, kuih tersebut kehilangan bau dan aroma pandan yang menjadi nota rasa yang penting buat kuih ini.
Pada waktu sekarang, kuih ini akan dijumpai digerai kuih jalanan, kopitiam dan beberapa tempat spesifik. Boleh korang kongsikan, dekat mana kalian jumpa kuih ni?
Kuih Ketayap Bahagian 1: https://www.youtube.com/watch?v=J6JswXljeyg
Mengimbau memori sejak kecil, TOK adalah rakan akrab yang mendidik anak cucu mengenai tradisi dan budaya kulinari tempatan. Atuk dan neneklah yang memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rasa, aroma, warna dan tekstur yang terdapat dalam ribuan makanan yang disuap sebelum kita mengenali namanya.
Melalui siri Resepi Tok, hos Destinasi TV, Fendi Mohammad
(https://instagram.com/official_fendi....) akan membawa anda semua pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mempelajari sejarah di sebalik hidangan-hidangan tradisi yang sudah dinikmati ratusan tahun di bumi bertuah ini.
Resepi Tok bakal mendedahkan kepada anda, rahsia di sebalik makanan tradisi yang enak, proses pembuatannya dan yang paling penting kupasan rasa yang menyelerakan oleh Fendi.
#ResepiTok #KuihKetayap #DestinasiTV
Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freem...
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.