Sebab tu rokok.. asap rokok sangat bahaya utk bayi... ibu hamil & sesiapa saja.... =(
Musim raya ni... tolong alert mommies & semua..
Buat perokok... tolonglah kesiankan org lain!
Ini #kisahbenar dari tuan @khairil khaider ...
NASIHAT HARI RAYA UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK KECIL
Tahun lepas merupakan tahun pertama anak aku Maryam Nafeesa nak sambut raya pertamanya di Malaysia dan baru berusia 7 bulan masa tu tak silap aku.
Tapi Allah beri ujian kat aku sekeluarga pada Aidulfitri tahun lepas dapat tahu Maryam Nafeesa terkena jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia) masa tu pada hari raya ke-2.
Mungkin silap aku tidak kawal orang cium-cium anak aku tak tentu hala, lagi-lagi ada orang yang merokok dengan selamber hisap rokok kat tempat yang ada bayi-bayi kecil ni.
Lepas badan anak aku demam panas, mertua aku pun suggestkan aku untuk bawa jumpa Dr. pakar kanak-kanak di HUKM, Cheras dan malam tu doktor segera masukkan anak aku ke ICU sebab penafasan dia dah kurang dan mengalami batuk yang sangat teruk.
Hampir seminggu lebih juga dia dalam ICU dengan macam-macam jenis wayar, suntikkan dan paip yang doktor masukkan dalam badan anak aku masa tu, Ya Allah! tak tahu nak cakap masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu, sedih sangat aku tengok anak aku telentang sakit dalam bilik ICU tu.
Alhamdulilah, lepas berkampung kat HUKM hampir 2 minggu lebih waktu raya, anak aku kembali sihat dengan izin Allah, dan sekarang harapnya Allah izinkan dia untuk sambut raya tahun ni dengan meriah walaupun kat Amerika. hehe
Ni antara tanda-tanda seorang bayi yang di jangkiti jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia):
1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit
Dan ni aku nak nasihatkan, mintak tolong sangat-sangat kat ibu bapa yang ada anak kecil, Tolong! Tolong! Tolong! kawal bayi-bayi korang dengan cara:
1) Jauhi dari dekat dengan orang yang merokok, kalau ko tengah dukung bayi.
2) Jauhi dari bagi orang cium anak kau sesuka hati (kita tak tahu apa penyakit yang ada kat orang tu)
3) Kawal anak dari bermain dengan anak-anak kecil lain yang tak sihat.
4) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
5) Kalau anak kau mula ada ciri-ciri kat atas cepat-cepat pergi bawa jumpa doktor (dan aku suggestkan kalau di area lembah klang korang bawa pergi HUKM, sebab HUKM antara hospital yang mempunyai pakar kanak-kanak terbaik di Malaysia, memang WIN!)
6) Mencegah lebih baik dari merawat!
Aku doakan agar hari raya tahun ini disambut dengan kebaikkan dan kemeriahan selepas melalui tarbiyyah ramadhan selama sebulan.
Aku harap tulisan dari pengalaman ini dapat di #SHARE agar dapat memberi manfaat buat semua insya-Allah!
Nota: Gambar dibawah ialah contoh yang diambil dari google yang sama suasana yang dihadapi anak aku tahun lepas, moga Allah lindungi anak-anak kecil kita dan kita dari segala jenis penyakit.
Khairil Khider
Bapa kepada Maryam dan Mardhiyah
Amerika Syarikat
「tanda-tanda hamil 2 minggu」的推薦目錄:
tanda-tanda hamil 2 minggu 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
Siapa pernah ada pengalaman lahirkan bayi pramatang?
Kelahiran pramatang biasanya berlaku pada usia kandungan 28-37 minggu.
Makna kata bayi lahir tak cukup bulan sebab ibu mengalami tanda-tanda berikut:
✅berlakunya pendarahan atau turun darah.
✅rasa kekejangan pada perut atau cramp.
✅berlaku kontraksi secara tetap.
Tentu saja, setiap ibu tidak mahu melalui situasi ini.. kerana kelahiran pramatang ini memberi risiko yang tinggi kepada bayi.
Ketahui tahap-tahap kelahiran pramatang 👇👇
1. Late preterm iaitu lahir antara 34-37 minggu.
2. Moderately preterm iaitu lahir antara 31-34 minggu.
3. Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu.
4. Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah 28 minggu.
Siapa ibu yang berisiko melahirkan kelahiran pramatang?
🤰 Pernah ada sejarah kelahiran pramatang terdahulu.
🤰 Kelahiran kembar.
🤰 Jarak kurang dari 6 bulan kehamilan sebelum ni.
🤰 Ibu yang ada masalah pada uterus, pangkal rahim dan placenta previa.
🤰 Ibu yang mengalami kekurangan nutrien semasa hamil.
🤰 Ibu yang kerap stress dan mengalami kemurangan.
🤰 Ibu yang tidak naik berat badan yang sepatutnya semasa hami.
🤰 Ibu yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis yg kronik.
🤰 Air ketuban yang banyak.
🤰 Ibu yang mengalami masalah fibroid.
Makanlah makanan yang berkhasiat untuk anak.. kawal perasaan dan stabilkan emosi. Jangan paksa diri untuk kekal kuat sedangkan diri sendiri penat dan tak larat.
Sayangkan kandungan anda. Jangan biarkan anak jadi mangsa keadaan. Jagalah kesihatan.
Copyrights 9bulan10hari silakan SHARE 😍😍
tanda-tanda hamil 2 minggu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Penduduk di Pulau Pinang digemparkan dengan berita yang menyayat hati tentang seorang wanita, dikenali sebagai Azian - telah meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya dua hari lepas selepas melahirkan anaknya.
Perkhabaran tentang berita ini dikongsi oleh Penang Kini. Allahyarham Azian terkorban setelah mengalami tumpahan darah yang banyak selepas bersalin. Pemergian Allahyarham Azian pasti akan dirasai oleh pasangan dan keluarga terdekat.
Betapa kuat seorang wanita, mengharungi detik-detik cemas demi melahirkan insan yang tercinta. Diharapkan perkongsian ini akan membuka mata dan minda masyarakat untuk lebih menghargai insan yang digelar "ibu".
Semoga Saudara Nashif (suami mangsa) dan anak-anaknya tabah dalam mengharungi cabaran ini. Salam takziah.
Apa itu tumpah darah?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pakar perbidanan dan sakit puan -- pertumpahan darah adalah satu peristiwa pendarahan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas bersalin.
Ia dikenali sebagai post-partum hemorrhage. Biasanya, pendarahan memang berlaku selepas bersalin. Darah mungkin keluar daripada rahim atau kerana koyakan ketika proses bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin iaitu:
Tumpah darah primer -- berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran (selalunya ketika di hospital)
Tumpah darah sekunder -- berlaku antara tempoh 24 jam sehingga 6 minggu selepas bersalin. (biasanya ketika di rumah)
Akan tetapi, pertumpahan darah yang serius adalah apabila mangsa kehilangan darah hingga 500 ml untuk bersalin biasa dan 1 liter untuk bersalin secara pembedahan.
Mengapa tumpah darah terjadi?
Tumpah darah boleh terjadi akibat beberapa perkara. Wanita terbuka untuk kehilangan darah apabila mereka tidak mendapat perhatian doktor sepenuhnya. Ia juga ditambah dengan keletihan selepas bersalin.
Antara sebab-sebab mengapa tumpah darah terjadi adalah:
Uri atau cebisan uri tertinggal di dalam rahim.
Rahim tidak mengecut
Luka besar di bahagian pangkal rahim, faraj atau saluran peranakan.
Hamil pada usia 40 tahun ke atas
Terkena jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis)
Darah sukar beku (thrombocytopenia)
Wanita hamil yang kurang sel darah merah (anemia)
Kelahiran secara pembedahan caesarean
Kelahiran secara paksa (induction of labour)
Kelahiran yang menggunakan Forceps atau Vacuum
Bayi besar dan berat melebihi 4kg
Tumpah darah ketika bersalin sebelum ini
Bersalin melebihi 5 kali
Simptom-simptom yang harus diteliti
Komplikasi tumpah darah yang teruk boleh menyebabkan rahim dibuang atau mengundang maut. Hingga tahun 2005, hampir 14% daripada kes kematian selepas bersalin berpunca daripada pertumpahan darah.
Ramai wanita menjadi mangsa peristiwa menyayat hati ini kerana mereka tidak sedar dengan simptom-simptom pertumpahan darah yang boleh membawa maut.
Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda ada simptom-simptom ini, selepas 24 jam bersalin:
Tekanan darah menurun
Degupan jantung meningkat
Pening, sakit kepala, ingin pitam
Menggigil dan berpeluh
Darah keluar dalam jumlah yang banyak
Darah keluar dalam bentuk ketulan
Tuala wanita yang dipakai perlu kerap disalin (setiap jam)
Darah keluar berbau busuk (akibat terkena jangkitan)
Badan keletihan melampau
Nasihat daripada doktor pakar
Apakah yang akan dilakukan oleh doktor pakar untuk mengurangkan risiko tumpah darah selepas bersalin? Biasanya, doktor akan memberikan suntikan ubat Syntocinon (oxytocin) untuk mengurangkan kehilangan darah. Ubat ini akan membantu uri untuk mudah tertanggal.
Namun, doktor pakar menasihatkan semua wanita yang ingin bersalin untuk sentiasa menjalani pemeriksaan antenatal. Jika anda pernah ada sejarah pertumpahan darah, anda disarankan untuk bersalin di hospital yang dilengkapi dengan bank darah.
Malah, segera dapatkan rawatan jika ada tanda-tanda awal pendarahan. Jangan bersalin tanpa bidan atau doktor bertauliah. Amalkan makan makanan yang tinggi dengan zat besi seperti kerang, hati, sayur-sayuran hijau dan jambu batu merah.
Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda! Kongsikan artikel ini untuk memberi pengetahuan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin atau hamil di luar sana tentang risiko "tumpah darah". Semoga anda semakin kuat, wanita-wanita sekalian! Jaga kesihatan anda, ya! -SumberPinangKini
#CopyPaste
#SharingIsCaring
tanda-tanda hamil 2 minggu 在 Ciri-ciri Hamil Muda Usia 1-8 Minggu, Kira-kira Apa Saja ya ... 的美食出口停車場
Ciri-ciri Hamil Muda Usia 1-8 Minggu, Kira-kira Apa Saja ya, Moms? Moms, ciri-ciri kehamilan pada setiap perempuan bisa saja berbeda-beda. ... <看更多>