Tips ke Taman Tugu, Kuala Lumpur
✅Pergi awal pagi
Kami solat Subuh di Masjid Negara. Selepas solat, terus ke Taman Tugu. 645 pagi dah sampai depan gate, tapi masih berkunci. Gate mula dibuka kepada umum tepat jam 7 pagi. Itupun kereta dah berderet beratur nak masuk parking.
✅Waze “Taman Tugu Nursery Entrance”
Ada beberapa kawasan parking berdekatan. Tapi yang paling dekat dengan entrance Taman Tugu adalah kat sini. Parking FREE, nak masuk trekking pun FREE!
✅Follow routes/ Check Point
For first timer, nak mudah better follow routes asal. Check point 1 sehingga Check point 30, then akan jumpa balik Check point 1 untuk ke kawasan parking kereta. Kalau dah pergi dua tiga kali, maybe boleh try routes lain. Ada secondary line dan ada banyak shortcuts. Don’t worry, korang tak akan sesat sebab banyak signage yang ada untuk setiap CP!
✅Trek mudah dan selamat
Overall experience memang best sebab trek yang santai-santai. Trek di lereng-lereng bukit yang rata dan ada juga trek yang kena naik dan turun tangga. Sesuai untuk rekreasi/riadah untuk seisi keluarga termasuk anak-anak.
✅Back to Nature
Nak rasa masuk hutan / “back to nature”, memang best sini. Boleh tengok monyet, siulan burung dan bunyi cengkerik. Boleh belajar tentang pelbagai jenis tumbuhan dan pokok. Siap ada label dan boleh baca banyak info. Buat masa ni, buaian dan gazebo ditutup kepada umum. Beberapa routes lain ada yang ditutup. Routes yang ada sekarang pun dah best, dalam 1 jam dah boleh settle. Kemudahan seperti toilet ada disediakan di kawasan parking.
Itulah sedikit-sebanyak info yang korang perlu tahu kalau plan nak pergi Taman Tugu.
Happy weekend 😍
#tamantuguforesttrail
#tamantugu
#kualalumpur
#penalencong
同時也有62部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Ralat: Hari ini, 19 Mac 2012, dengan sekali lafaz, kakak kepada selebriti popular, Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran di Masjid At Taqwa, Tam...
taman negara 在 Facebook 的最佳解答
My second last episode before I sign off as a traveller. Jom ikut sophia pi taman negara. It is my first time here and I was so happy dapat jumpa orang asli 😍😍😍 @diariseorangtraveller 11.30am dekat @tv3malaysia!
taman negara 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
YAB Perdana Menteri pada 8 September lalu, telah mengumumkan peralihan Lembah Klang iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berkuatkuasa 10 September 2021.
Seperti yang dimaklumkan, antara kelonggaran yang dinikmati penduduk di negeri-negeri Fasa 2 PPN termasuklah kebenaran dine-in di premis kedai makan dan aktiviti pelancongan di dalam negeri yang sama bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri, saya dapati ramai penduduk di Lembah Klang yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu baru-baru ini dengan membawa keluarga, termasuk anak-anak kecil, ke pusat beli-belah dan juga berkelah di taman-taman rekreasi.
Saya faham ramai yang teruja dengan kelonggaran ini terutamanya setelah hampir tiga (3) bulan berada di dalam Fasa 1 PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh sebelum itu. Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti seperti ini pasti menyebabkan berlakunya perkumpulan orang ramai dan pematuhan SOP yang rendah.
Penting untuk saya ingatkan bahawa vaksinasi lengkap bukan alasan untuk kita leka dalam melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Tindakan-tindakan ini kelihatan mudah tetapi ia mampu melindungi kita daripada jangkitan virus COVID-19.
Berdasarkan pemantauan dan analisa yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), situasi penularan jangkitan COVID-19 di Lembah Klang mula menunjukkan trend penurunan. Pastinya perkembangan yang positif ini akan membantu memastikan Pelan Pemulihan Negara berjalan lancar dan selamat.
Saya juga sebelum ini telah nyatakan beberapa kali tentang sasaran Kerajaan untuk mula beralih kepada fasa endemik pada akhir Oktober ini. Namun untuk merealisasikan sasaran ini, ia memerlukan kerjasama seluruh masyarakat untuk terus mematuhi SOP serta mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri.
Jika perkara ini gagal untuk diamalkan dan dipatuhi, kebimbangan saya adalah kita tidak akan mampu beralih ke fasa endemik, sekaligus membantutkan usaha pemulihan negara oleh Kerajaan.
Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi Kerajaan tetapi juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan. Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.
Sehubungan itu, saya amat berharap agar seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ingatlah, kejayaan membendung pandemik ini melibatkan penglibatan dan pendekatan menyeluruh Kerajaan serta masyarakat.
Kredit foto : Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia
taman negara 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Ralat: Hari ini, 19 Mac 2012, dengan sekali lafaz, kakak kepada selebriti popular, Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, jam 10.02 pagi tadi.
Sebelum ini desas desus mengatakan Noor Nabila dan Engku Emran bercinta akhirnya terjawab dengan majlis pernikahan mereka yang berlangsung hari ini. Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa dan bekas isteri Sharnaaz Ahmad kelihatan sangat jelita dalam persalinan busana akad nikahnya.
Untuk info, desas desus mengenai percintaan Noor Nabila dan Engku Emran ini mula dicetuskan apabila satu muat naik foto mereka bersama di dalam sebuah kereta ini. Foto dengan kapsyen berbunyi “Choppy until you came along” ini menjadi bualan hangat warganet.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga masjid yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
taman negara 在 Megat Farezi Youtube 的最佳貼文
Kali terakhir menjejakkan kaki masuk hutan Taman Negara Pahang ini adalah ketika berusia 7 tahun bersama ibu bapa dan adik beradik. Terbaru pada tahun 2020 (Urrghhh Covid19) ketika PKPP akhir Julai lalu
Dulu rasanya ketika kecil takdelah penat sangat. Rasa macam tak banyak mendaki (hiking) je. Seronok!! Kenapa sekarang rasa perjalanan dalam hutan lebih kepada naik bukit eh? Tercungap- cungap kami. Faktor umur keberangkalian...
Cuma yang bestnya berbanding dulu time kat sini, takde pacat. Hahaha
Apapun setelah berpuluh tahun tak jejak masuk hutan berusia ratusan jutaan tahun ini, akhirnya dapat direalisasikan pada tahun 2020 tahun penuh cabaran!
#rainforest #tamannegara #tamannegarapahang #tamannegarakualatahan #hutan #hiking #travel #tahunmelawatmalaysia #2020 #pkp #cuticutimalaysia #fareasy #nationalpark
taman negara 在 Megat Farezi Youtube 的最讚貼文
Malam-malam mencari haiwan liar di Taman Negara Pahang. Haiwan apa yang kami jumpa? katanya ada Kongkang, Gajah, Tapir, Tupai Terbang Kucing hutan mahupun Beruang Panda.....
#tamannegara #nationalpark #mutiaratamannegara #tamannegarapahang #travel #cuticutimalaysia #malaysia #hutan #resort #faizdickie #fareasy #nightsafari