Ada beberapa individu pm saya ‘screenshot’ pertama & bertanya kenapa saya ‘double standard’ dalam posting berkenaan isu predator seksual tetapi kes Zamri Vinoth pula saya berdiam diri.
Saya bersangka baik mereka yang bertanya itu baru ‘follow’ saya sejak kes isu predator seksual. Mungkin juga mereka ini ingin memprovokasi & bukannya benar-benar serius dalam isu predator seksual. Namun saya bersangka baik.
Untuk makluman yang bertanya, ketika Zamri Vinoth ditahan polis pada 25 Julai 2018 untuk siasatan atas tuduhan rogol, saya berada di Mesir bersama Bro Shah Kirit & Abu Shariz atas jemputan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir untuk mengendalikan kursus dakwah kepada pelajar Malaysia di sana.
Saya menerima berita beliau ditahan lebih kurang jam 5pagi Mesir (11pagi waktu Malaysia). Saya terus menghubungi isteri beliau & memberitahunya bahawa usah risau tentang perbelanjaan harian kerana InshaAllah kami akan membantu mereka.
Saya juga memaklumkan kepada isteri beliau bahawa kami akan menyokong Zamri jikalau dia memang tidak terlibat & kami tidak akan menyokongnya andai dia terlibat!
Setelah polis melengkapkan siasatan, tiada pendakwaan kerana Zamri mempunyai alibi ke atas pertuduhan tersebut. Zamri telah menyaman seorang individu bernama Arun Doraisamy kerana memfitnahnya. Saya tabik kepada Zamri kerana berani mengambil tindakan saman terhadap individu yang memfitnahnya.
Prinsip saya jelas. Yang salah itu tetap salah walaupun diri sendiri apatahlagi sahabat seperjuangan. Yang tak bersalah tetap tak bersalah walaupun dari orang yang memusuhi & membenci saya.
Prinsip saya memang begitu. Saya tidak akan komen apa apa kes yang saya tidak tahu latarbelakang & bukti-buktinya. Saya memilih untuk bersikap neutral bagi memberikan keadilan kepada yang dituduh & menuduh.
Pada 28 April 2019, beliau sekali lagi ditahan polis untuk membantu siasatan atas tuduhan menghina agama Hindu. Pada 29 April 2019, saya terus memuatnaik status yang dengan jelas saya mengatakan;
“Andai beliau (Zamri) terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam danundang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.”
Namun hasil siasatan polis dalam kes ini juga didapati Zamri tidak bersalah kes diklasifikasikan sebagai NFA.
Saya konsisten dengan prinsip saya. Saya tidak memihak kepadanya dengan mengatakan ianya adalah fitnah atau cubaan menjatuhkannya kerana saya perlu berlaku adil kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Persoalan kepada mereka yang bertanya atau menuduh saya bersikap ‘double standard’;
“Apa pula prinsip anda?”
Pada waktu yang sama, terdapat beberapa portal berita melaporkan kononnya Zamri Vinoth mempunyai rekod jenayah merogol dan sebagainya. Zamri bertindak memberikan amaran saman akan dilakukan jikalau mereka tidak memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf.
SAYS & FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/06/25/correction-to-our-report-on-zamri-vinoth/ telah membuat pembetulan & permohonan maaf secara terbuka kepada Zamri Vinoth. https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2101142439996731/?d=n
Tidak cukup dengan itu, diberikan pelbagai label-label kepada saya & Zamri Vinoth kerana ketaasuban ataupun kemalasan membaca & mengkaji yang menyebabkan sel sel otak tidak berkembang dengan baik.
Is ok je untuk berbeza pendapat dan sebagainya tetapi menuduh & mengeluarkan kenyataan fitnah? Ajaran Islam manakah yang mengajar anda begitu? Saya & Zamri telahpun mengambil tindakan saman terhadap beberapa individu yang tidak serik megeluarkan kenyataan fitnah sebagai pengajaran.
Nasihat saya kepada mereka yang telah membuat tuduhan & fitnah secara bertulis terhadap kami, anda diberikan masa 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta memadamkan kenyataan anda yang berbentuk fitnah terhadap kami. Sila hantar link permohonan maaf anda ke Facebook kami.
SAYS & FMT telah memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf kerana jelas ianya tidak benar. Anda boleh padamkan status dan enggan meminta maaf tetapi tidak mengapa, identiti anda semua telah dikenalpasti & segala bukti-bukti telah kami miliki.
Telah berulangkali kami membiarkan & memaafkan tetapi ada yang masih meneruskan tuduhan & fitnah mereka. Kemaafan perlu diseimbangkan dengan keadilan & pengajaran untuk masa hadapan. Kemaafan ada masa & tempatnya begitu juga keadilan juga perlu ditegakkan.
Jikalau hanya menggunakan konsep kemaafan tanpa neraca pertimbangan keadilan, tiada perlunya Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam & para sahabat Radiyallahuanhum berjihad & tidak ada perlunya hukum qisas di dalam Islam.
Jikalau memang fitnah, saman mereka yang memfitnah. Kami tidak suka memainkan emosi masyarakat & menagih simpati. Kebenaran akan terbukti jua.
*Kami tidak akan komen kes-kes lain yang pengadunya tidak datang kepada kami & kami tidak tahu bukti-buktinya. Kami hanya komen kes yang pengadu datang kepada kami beserta bukti-bukti yang telah kami sahkan keasliannya.
同時也有20部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Ada orang Tanya, OK tak hantar anak PPKI? Alkishanya, hari ni cikgu serahkan kerja sekolah anak sepanjang tahun, tak banyak sebab PKP, tapi bila saya...
「tabik」的推薦目錄:
- 關於tabik 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於tabik 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於tabik 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於tabik 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於tabik 在 Aznil Nawawi Youtube 的精選貼文
- 關於tabik 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
- 關於tabik 在 Tabik - Facebook - 登录或注册 的評價
- 關於tabik 在 tabik - YouTube 的評價
- 關於tabik 在 9 Tabik ideas | love wallpaper, cute couple art ... - Pinterest 的評價
tabik 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 54)
London
Sejak awal 2000, saya kerap ke London untuk seminar tahunan & mesyuarat penasihat Syariah bagi beberapa bank & dana Islam. 3-4 kali setahun. Kota London sudah sebati dengan saya. Lapangan terbang Heathrow amat intim seolah2 setiap kali saya sampai, ia akan tersenyum kepada saya; "Welcome back to London my good friend".
Saya juga tersenyum lebar setiap kali saya menjejak kaki di jambatan udara menghubungi kapal terbang dengan lapangan terbang. Udara London yang segar memang mengasyikkan. Setiap langkah di atas lantai lapangan terbang Heathrow seolah2 memahat idea & mimpi baru. Memang London yang terkenal dengan kepelbagaian (diversity) & kesungguhannya (intensity) adalah resepi bagi berani & suka untuk berimpian.
Selepas habis seminar atau mesyuarat resmi, saya ada dua aktiviti utama. Lawati library di universiti & majlis sosialisi dengan rakan2 di London dari pelbagai bangsa & kepercayaan. Kedua2nya amat kaya & berisi. Kadang2 lebih subur dari seminar. Perbincangan di atas meja makan di London selalunya mengenyangkan minda. Kalau di tempat lain, hanya kenyang perut. Di sini, jarang minda & emosi tak kenyang.
Saya juga sudah pandai cari restoran Malaysia di London. Saya juga sudah pandai bershopping. Ini aktiviti biasa apabila terbang jauh di tempat orang. Ada tarikan mencari makanan pilihan & membeli belah mencari hadiah buah tangan.
Apabila saya ke London, saya akan cuba berjumpa dengan rakan2 pelajar Malaysia yang saya kenal. Saya selalu buat ini sehinggalah tahun 2020 bila pandemik menyerang dunia. Di awal tahun 2000, saudara (Dr.) Azam Adil masih membuat PhD beliau di SOAS. Saya akan bawa buku2 yang diperlukan beliau dari Malaysia. Kami juga kerap berjumpa di kedai2 makan. Sewaktu saya membuat PhD di awal 1990an, saya akan tumpang tidur dirumahnya bila saya di London. Beliau berjaya menamatkan PhD di SOAS 3 tahun tepat. Tabik spring.
Saya sudah semakin kerap terbang. Hati dah rasa tak selesa bekerja di agensi kerajaan (UIAM). Tidak mungkin saya akan terus sebegini. Untuk terbang lebih tinggi & kerap saya kena bebas seperti seekor burung. Resign?
Nanti cerita seterusnya.
#terbangbersamamdb
MDB
tabik 在 Facebook 的最佳貼文
DAP pernah mengatakan mereka junjung Perlembagaan Persekutuan. Namun itu hanya indah khabar dari rupa. Bagaimana tindakan mempertahankan penceroboh tanah itu boleh dikira sebagai menjunjung Perlembagaan Persekutuan?
MCA juga berlumba untuk ‘membantu’ pekebun haram ini. Di manakah Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang?
Saya tidak terkejut dengan tindakan DAP kerana sebelum ini mereka juga mempertahankan kuil yang dibina secara haram.
Saya sempat menonton beberapa video yang ditularkan tentang kejadian pekebun durian haram di Raub yang memaki penguatkuasa. Tabik kepada penguatkuasa yang bersabar menahan makian dari penceroboh haram.
Semasa menceroboh tanah tiada pula mereka memohon surat kebenaran menanam durian, tetapi apabila penguatkuasa menjalankan tugas penguatkuasaan diminta pula penguatkuasa untuk tunjuk surat.
Undang-undang untuk diikuti bukan untuk digubal sesuka hati ikut selera politik atau bangsawan. Dunia mungkin terlepas, di Padang Mahsyar tidak mungkin terlepas.
tabik 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Ada orang Tanya, OK tak hantar anak PPKI?
Alkishanya, hari ni cikgu serahkan kerja sekolah anak sepanjang tahun, tak banyak sebab PKP, tapi bila saya tengok hasil kerja sekolah anak syurga, rasa seronok sangat. Teruja dan terharu pun ada!
Sebelum PPKI, anak ada saya hantar tadika biasa, tiga bijik saya hantar, dan kerja sekolah biasanya kosong, buku latihan beli mahal mahal tak terusik pun, cikgu cakap anak saya tak bagi kerja sama.
Faham, anak OKU.. sob sob.. cikgu pula tiada kemahiran layan anak OKU, saya faham.
Alhamdulillah, tahun 2020, anak dapat masuk belajar di PPKI, cikgu pun terlatih, Alhamdulillah, anak dari tak nak pakai baju kepada tak nak tanggal baju sebab seronok sangat. Banyak kerja sekolah sebelum ni Nampak dalam wasap cikgu sahaja, hari ni dapat semak, memang banyak anak syurga dah belajar, Alhamdulillah, dalam video ni sebahagian sahaja.
Nak tengok, klik link video. https://youtu.be/7qEgaMKPIRA
Bila Tengok hasil seni anak walau tujuh tahun, Nampak kemas dan cantik.
Jadi kat sini, saya nak ucap Terima kasih kepada semua cikgu PPKI yang sabar dan tabah mengajar anak syurga kami semua.
Terima kasih cikgu! Bayangkan saya berdiri ankat kaki sambal buat tabik dan dalam hati berbisik: “Saya kagum dari jauh”.
Woha!
tabik 在 Aznil Nawawi Youtube 的精選貼文
Tabik lah kat korang!!! Apa lagi yg dapat kami katakan selain ucapan jutaan Terima Kasih ?
tabik 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam perey! ?
.
Tangga sampei abis. Mesti ada di kalangan ktk org pernah molah benda tok di sekolah dolok nak? Di asrama ka? Hahahaha. Tsenyum2 jak aku ngenang kumpun zaman skolah dolok. Abis nemiak rompuan rambut panjang jadi mangsa iron, tapi lekak sidak masah rambut, seranto2 bebau angus. HAHAHAHAHA. Maap k! Bah kembali semula!
.
“Its okay gagal SPM, gagal SPM sik bermaksud selama-lamanya gagal!” Kids, ayat tok sik dpt dipakei gik kinek tok! Ktk org hanya boleh madah gia jika ktk org dah bena2 berusaha tapi rezeki sik memihak ajak. I sik maok anak2 muda dibungakan hatinya dengan ayat2 ‘its ok gagal, SPM bukan penentu masa depan” padahal, sidak nok madah gia tek sik belajar, sikda inisiatif nak berjaya, pg exam sekda persediaan! Choi!
.
Oi, mana2 urang nak didiat ktk org berjaya ya mungkin wujud, tapi sik semua ya betol. Ntah2 scam k nyuroh ko masok bisnes. Atau attention seeker madahnya tek dolok gagal kakya mampu jadi kaya, mok pemes bah biasa la zaman kinek semua nak pemes! Bagey masok syurga jak bila pemes ya sik ku paham! Tok tabik! Rasaku org nok bjaya eh, lokek nya nak madah ngan org gney nya bjaya. Sebab apa? Sebab nya tauk pahit nya nak bjaya ya. Sikkan la semudah ya nya nak nupik ktk org cara nya bjaya? Usahalah sendirik! Sekda kejayaan ya dtg gia jak koh! Ada pengorbanan nya! Jgn jadi pemalas, makanan pun ko mintak, tok mintak suap agik. Kacak muka ko?! Ha, sidak nemiak bagus mbaco ku ngerepak tuk. Jgn nak macam2 ktk urang mintak tupik jak jak, haie hey!
.
Mulakan perjalanan kejayaan ktk org di Swinburne! Sayangnya kaum bumiputra sik menggunakan kelebihan yg disedia kerajaan Negeri Sarawak utk belajar di Swinburne! Banyak dah info tentang Skim Bursari BP40 yg i dah share dlm video, bah mohon Skim Bursari BP40 kinek, terhad utk 100 orang jak k! Yuran Swinburne, sama rega ngan IPTA jak! Tekan link debah!
.
https://yayasansarawak.org.my/my/laman-utama/
.
https://swinburne.edu.my/apply-now/bp40/bm.html
.
Boleh cek page fb sidak utk any offer yang sidak sediakan kepada yg ingin belajar sitok, klik debah;
.
https://www.facebook.com/swinburnesarawak/
.
#TheNgektsai
#swinburnesarawak
.
Ps : yahh, sik boleh bersentuhan kata Vajeena n Syai. Sama2 lah kita bersosial distancing pada masa tok k! Semoga lekas2 wabak tok hilang sak kita semua kembali kepada rutin biasa kita, dan lebih beringat2 di masa hadapan tentang peristiwa2 hitam macam tok. Amin...
tabik 在 tabik - YouTube 的美食出口停車場
Provided to YouTube by IIP-DDS tabik · Peti The Kid tabik ℗ Petike Released on: 2022-11-02 Producer: Péter Szombathelyi Music Publisher: Red ... ... <看更多>
tabik 在 9 Tabik ideas | love wallpaper, cute couple art ... - Pinterest 的美食出口停車場
Apr 13, 2020 - Explore Tajbik Rahman's board "tabik" on Pinterest. See more ideas about love wallpaper, cute couple art, couple wallpaper. ... <看更多>
tabik 在 Tabik - Facebook - 登录或注册 的美食出口停車場
8,703 个赞 • 8,672 位粉丝. 帖子. 简介. 照片. 视频. 展开. 帖子. 简介. 照片. 视频. 照片. Tabik 拍的照片. 相册. 展开. Tabik 拍的照片. 相册. ... <看更多>