Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu.
Mohon mendoakan agar roh Allahyarham Tokcik Ya yang disayangi ditempatkan di kalangan para salihin dan dikurniakan Jannatul Firdaus. Semoga Tokcik Ya sekeluarga diberikan ketabahan bagi mendepani kehilangan besar ini.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Allahumma Aamiin.
同時也有312部Youtube影片,追蹤數超過3萬的網紅LAN SOLO,也在其Youtube影片中提到,suKAROKs ‼️ “Suka suka karoks” ? Projek baru weiii.. ada lagu yg lu orang suka karoks? Nak gua karoks lagu peberet lu orang? Tulis kat ruangan komen...
syurga 在 Facebook 的最讚貼文
🌸 •┈◎❅❀❦ ﷽ ❦❀❅◎┈•🌺
Assalamualaikum & Selamat Pagi
🌹Sahabat Syurga🌹
*JUMAAT 01 OKTOBER/24 SAFAR 1443H* tentang *IBUBAPA*..💖🐝🐝
❝Jika kita kata kita rindukan orang tua kita. Ketahuilah bahawa orang tua kita merindui kita 10x ganda dari rasa rindu kita itu.❞🕌🕋'
•┈┈┈┈•✿❁✿••✿❁✿•┈┈┈┈•
syurga 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
[VIDEO] Innalillahiwainnailaihiroji’un. Salam takziah buat Azmi sekeluarga. Moga tabah melalui ujian Allah.. Anak syurga❤️😢
syurga 在 LAN SOLO Youtube 的最讚貼文
suKAROKs ‼️
“Suka suka karoks” ?
Projek baru weiii.. ada lagu yg lu orang suka karoks? Nak gua karoks lagu peberet lu orang? Tulis kat ruangan komen okayyy..
? DI PENJARA JANJI - suKAROKs by Lan Solo
Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cintaku yang terakhir
Sungguh tak pernah 'ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara
Dia tempatku sandar
Angan kupendamkan
Satu percintaan
Yang bisa kujadikan
Tangga-tanggaku
Ke pintu syurga
Meleraikan rindu
Mengecap bahgia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan
Cinta yang aku mimpi
Projek : suKAROKs
Vocal : Lan Solo
Studio : Solo Studio
Mixing : Razlan
Videographer : Sheila Razlan
Music Video : Lan Sheila
Produce by : LS Projects
syurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
Hadiah hari bapa paling best pernah saya terima seumur hidup ini.
Semalam saya ada urusan keluar Kawasan rentas daerah (dengan kebenaran Polis)
Bila saya balik rumah, mereka kejutkan saya dengan Video ini, berkaca jugak mata lelaki ini bersyukur atas nikmat anak anak.
Sungguh saya dikurnia nikmat yang banyak, ada anak lelaki, ada anak perempuan, ada anak OKU, lengkap semua!-Alhamdulillah.
Lepas tu saya tahu behind the scene nak buatkan video sebegini tidak mudah, kena ada telefon , kena ada pencahayaan, dan paling penting, anak anak yang mahu bekerja sama, walaupun anak syurga! tahnah pada isteri yang berjaya kumpulkan anak anak, rakam mereka berucap, lepas tu edit.
Jadi kepada mereka yang masih ada bapa, cuba korang adik beradik buat rakam jawapan untuk soalan ini:
"Kenapa saya sayang ayah?"
"Apa kenangan terindah bersama ayah?"
"Kenapa kena marah dengan ayah?"
"Apa hadiah hari jadi paling best?"
"Bila kali terkahir cakap I LOVE YOU pada ayah?"
"Ada apa apa nak pesan dekat ayah?"
"Ucapan selamat hari bapa"
lepas dah rakam, abang long ke, adik pandai gemers ke, tolong edit macam dalam video ini dan hantar pada Whatsaap ayah korang, tentu si ayah akan bercucuran air mata kesyukuran sebab ada anak anak yang best macam korang. Rindu terubat zaman PKP tak boleh balik kampung ada pulak video ucapan sebegini, wow!
Nak lagi best, hadiahkan buku “Ngeteh Di Kubur Ayah”
Woha!
Ok, selamat hari bapa, ada orang potong bawang pulak.
Link video: https://youtu.be/zs7Kcb4kpYs
syurga 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E