Fasa 'infant' (bayi kecil 0-3 bulan) di kenali sebagai fasa trimester ke-4. Iaitu sambungan daripada 3 trimester kehamilan yang telah bayi manusia lalui. Bezanya, kali ini, untuk trimester yang ke-4 ini, iaitu pada 3 bulan pertama usia bayi selepas di lahirkan, bayi harus melalui fasa ini di luar rahim ➡ alam dunia.
Nama lain fasa trimester ke-4 ini ialah fasa 'belum menetas'. Ia ibarat fasa peralihan untuk bayi. Ia seperti fasa telur ayam di eram oleh ibunya sekitar 21 hari sebelum menetas🐣. Kita lihat 🔄 telur telah keluar dari perut ibu ayam, namun kekal di dalam sarung telurnya. Ha, begitulah ibaratnya bayi 'infant' 💡
Maka, cara menenangkan dan menidurkan bayi 'infant' sangat berbeza dengan bayi besar atau 'toddler' (kanak-kanak) . Cara paling berkesan untuk tenangkan dan buat bayi 'infant' lena ialah bila bersama ibu atau ayahnya : berpeluk, berdukung, berdodoi, bergendong, mengempeng... Ini kerana bayi 'infant' telah tidur di dalam badan ibu (dalam rahim) selama 9 bulan kandungan. Maka inilah punca mengapa bayi manusia mudah tenang dan lena bila mendapat sentuhan badan manusia (skin to skin).
Namun BEZA UTAMA rahim dengan ibu (atau ayah) manusia ialah : rahim itu ibarat mesin yang tak perlukan rehat manakala ibu manusia ialah makhluk yang ada batas. Maka, ia menyebabkan pada suatu tahap, ibu manusia tidak mampu lagi nak terus memeluk, berdukung, mengendong dan membenarkan anak mengempeng berjam-jam dalam sehari sedangkan ibu juga perlukan rehat dan membuat urusan hidup yang lain.
Maka, di sinilah ibubapa boleh beralih kepada sumber bantuan tambahan: bantuan dari manusia lain (ahli keluarga) atau alat. Meminta bantuan tambahan BUKAN petanda ibu lemah dan lembik. Ia petanda ibu cukup KUAT untuk menyedari hakikat dan mengakui bahawa sebagai manusia biasa, adalah normal untuk dia perlukan bantuan tambahan.
Jika ibu tidak boleh mendapatkan bantuan dari ahli keluarga lain,maka alat bantu tenang dan tidur seperti bedung, buaian, sumber bunyian white noise dan puting adalah alternatif terbaik. Mengapa saya sebut 'alternatif'? :
❤ Berpeluk/bergendong/berdakap ➡ alternatifnya bedung.
💙 Berdodoi/bertepuk ➡ alternatifnya buaian.
💚 Bunyi degup jantung ibu, pernafasan dan suara ibu ➡ alternatifnya sebarang bunyi white noise.
💜 Mengempeng ➡ alternatifnya puting tiruan.
Maka, ibu ganti cara tidur bayi 'infant' sahaja: daripada bergantung kepada ibu 💯, kepada alat bantuan tambahan bila ibu perlukan. Maksudnya ,bayi 'infant' tetap perlu bergantung kepada 'sesuatu' untuk boleh tenang dan lena. 'Sesuatu' itu boleh jadi samada : ibu VS alat. Bayi 'infant' TIDAK BOLEH tidur tanpa mana-mana salah satu, kecuali jika bayi 'infant' itu ialah bayi dari kategori 'easy going'.
Namun🔜🔜🔜🔜 enough is enough. Sampai masa, bayi perlu berdikari dan memang boleh tidur berdikari TANPA PERLU LAGI BERGANTUNG KEPADA MANUSIA ATAU ALAT.
Bukankah manusia adalah mamalia tercanggih yang hidup di muka bumi ini? Jadi tiada istilah bayi manusia tidak boleh 'tidur sendiri' apabila sampai waktunya. Dia hanya perlu di ajar dan di latih sahaja.
Maka, usia 'selepas menetas'lah tanda bermulanya bayi manusia sudah secara berperingkat boleh di latih tidur berdikari (sleep training). Iaitu bermula 4 bulan. Adakah sleep training wajib? Oh tidak. Ia pilihan. Namun, jika ibu tak pernah latih, tak mahu latih atau tak tahu latih, maka ibu tak boleh berharap anak akan tahu buat sendiri. Faktanya, bukan semua anak akhirnya akan tahu tidur sendiri. Jadi, jika ibu pilih untuk harapkan nasib baik sahaja, teruskan menanti dan berharap sahajalah yang ibu boleh buat. Untung nasib timbul, tak untung nasib tenggelam. Begitulah..
Apa bukti saintifik usia 4 bulan adalah permulaan usia sesuai 'sleep training'? Mengapa tak sesuai nak 'sleep training' ketika 'infant'? ⏩⏩
☑ Jam biologi tidur - bangun bayi manusia hanya mula berfungsi selepas usia 12 minggu (3 bulan) ke atas. Ini kerana, badan bayi kecil tidak menghasilkan hormon tidurnya sendiri sebelum usia 3 bulan. Inilah sebab tidur bayi kecil caca-marba dan berterabur. Jadi, bagaimana nak sleep training jika hormon tidur tiada atau belum berkesan?
☑ Peningkatan kecekapan hormon tidur di hasilkan badan bayi selepas usia 3 bulan dan kapasiti perut bayi yang semakin membesar membolehkan bayi tidur lebih panjang tanpa perlu kerap bangun menyusu. Maka, 'kerap lapar' sudah tak lagi jadi isu gangguan jalan kejayaan sleep training.
☑ Secara perkembangan mental pula, bayi mula masuk dunia peristiwa (world of event) pada usia +/- 19 minggu. Iaitu bayi faham bahawa setiap peristiwa terdiri daripada beberapa episod kejadian pendek yang mengikuti antara satu sama lain. Misalnya bola getah yang melantun itu terdiri daripada episod : bola turun ➡ bola naik ➡ berulang kali ➡ kelajuan menurun ➡ bola akhirnya berhenti. Maka, kerana itulah, selepas usia 4 bulan, bayi sebenarnya telah boleh faham bahawa tidur juga adalah sejenis peristiwa. Maka, ibu ajarkan lah tentang bagaimana peristiwa tidur itu harus bermula, berlaku dan berakhir. Bayi sudah boleh berkerjasama untuk menjayakan peristiwa tidur dan tak lagi perlu harap ibu saja yang tolong 'buatkan'.
☑ Bayi yang telah lepas usia menetas mempunyai kemahiran menenteramkan diri ( self soothing) yang lebih berbanding bayi infant. Misalnya dah boleh hisap jari untuk tenangkan diri, dah boleh meniarap untuk merasa aman memeluk 'sesuatu' dan dah boleh membebel lagu sendiri atau main air liur untuk hiburkan diri.
Kredit : Baby Language
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE SYDNEY
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
sleepsmart 在 ienaeliena.com Facebook 的最佳貼文
Penyakit jantung kardiovaskular (CVD) merupakan salah satu sebab kematian yang utama di Malaysia. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan pada tahun 2017, lebih daripada 13.2% daripada sebab kematian ialah penyakit jantung kardiovaskular.
.
Malahan ianya bukan sahaja meragut nyawa tetapi ia juga menggugat kesihatan ramai orang yang lebih muda terutamanya.
Walaupun anda muda , Jangan menganggap bahawa penyakit jantung hanya membimbangkan orang yang lebih tua kerana ianya juga menggugat kesihatan anak muda.
Disini cik iena nak ajak korang semua sertai Bengkel "Heart Smart Anlene" yang dianjurkan oleh @fonterra.my sempena menyambut Hari Jantung Sedunia melalui usaha mendidik warga Malaysia mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung.
Dengan menggunakan tagline "Eat Smart, Move Smart, Sleep Smart" diharapkan dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan menjaga JANTUNG anda :)
Bengkel ini akan di adakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September 2018 ( @pantaihospitalkualalumpur ) dan ianya adalah percuma.
Menampilkan Datuk Dr. Sanjiv Joshi dan Puan Megawati Suzari sebagai Speaker .
Datuk Dr. Sanjiv Joshi merupakan Kardiologist di Hospital Pantai Kuala Lumpur Manakala Puan Megawati Suzari merupakan Pengarah Pembangunan Produk Baru Saintifik dan Hal Ehwal Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia.
Jom sama2 tingkatkan kesedaran kita terhadap penjagaan jantung kita supaya kita dapat kekal sihat dan cergas sepanjang hari.
.
Daftar di
www.pantai.com.my
#anlene #anleneMalaysia #dairyforlife #fonterra #fonterraMalaysia #hospitalpantaikualalumpur #pantaihospitalkualalumpur
#heartsmart #eatsmart #movesmart #sleepsmart #eatmovesleepsmart #blogger #bloggermy #malaysianblogger #bloggermalaysia #ienaeliena
sleepsmart 在 ienaeliena.com Facebook 的精選貼文
Tahukah anda Penyakit jantung kardiovaskular (CVD) merupakan salah satu sebab kematian yang utama di Malaysia.
Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan pada tahun 2017, lebih daripada 13.2% daripada sebab kematian ialah penyakit jantung kardiovaskular.
Malahan ianya bukan sahaja meragut nyawa tetapi ia juga menggugat kesihatan ramai orang yang lebih muda terutamanya.
Walaupun anda muda , Jangan menganggap bahawa penyakit jantung hanya membimbangkan orang yang lebih tua kerana ianya juga menggugat kesihatan anak muda.
Hampir 1 daripada setiap 4 pesakit yang mengalami masalah jantung berusia 50 tahun ke bawah. Usia minimum pesakit-pesakit di Malaysia ialah 58.5 tahun, manakala di Thailand ialah 63.5 tahun dan di Singapura ialah antara 68.3 – 69.2 tahun.
Pemahamannya disini adalah rakyat Malaysia, secara umumnya, mengalami masalah kesihatan jantung pada usia yang lebih muda berbanding negara-negara jiran.
Wah kalau nak tulis kat sini macam banyak pula. Nanti Cik iena share di blog la .
Apa2 pun disini cik iena nak ajak korang semua sertai Bengkel "Heart Smart Anlene" yang dianjurkan oleh @fonterra.my sempena menyambut Hari Jantung Sedunia melalui usaha mendidik warga Malaysia mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung.
Dengan menggunakan tagline "Eat Smart, Move Smart, Sleep Smart" diharapkan dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan menjaga JANTUNG anda :)
Untuk pengetahuan anda Bengkel ini akan di adakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September 2018 ( @pantaihospitalkualalumpur ) .
Ianya akan menampilkan Datuk Dr. Sanjiv Joshi dan Puan Megawati Suzari sebagai Speaker .
Datuk Dr. Sanjiv Joshi merupakan Kardiologist di Hospital Pantai Kuala Lumpur Manakala Puan Megawati Suzari merupakan Pengarah Pembangunan Produk Baru Saintifik dan Hal Ehwal Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia.
Selain daripada itu bengkel ini juga turut menampilkan Muhammad Izzat Sallehan selaku Pakar Fisiologi Senior di Pantai Integrate Rehab Service Sdn. Bhd, Liew Yen Lee selaku Pakar Nutrisi Senior di Fonterra Brands Malaysia dan juga Dr. Kong Min Han, Pakar Hidung, Telinga dan Tekak di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan anda lagi bengkel yang dianjurkan ini juga adalah percuma . Anda cuma perlu mendaftar di www.pantai.com.my
Jom sama2 tingkatkan kesedaran kita terhadap penjagaan jantung kita supaya kita dapat kekal sihat dan cergas sepanjang hari.
Boleh ajak kakak2, abang2 saudara mara, mak ayah sertai sekali . Disini juga nanti anda boleh kemukakan segala soalan segala kemusykilan tentang perkara yang berkaitan jantung khususnya.
#anlene #anleneMalaysia #dairyforlife #fonterra #fonterraMalaysia #hospitalpantaikualalumpur #pantaihospitalkualalumpur
#heartsmart #eatsmart #movesmart #sleepsmart #eatmovesleepsmart #blogger #bloggermy #malaysianblogger #bloggermalaysia #ienaeliena