#祝大家衛塞節快樂
對我而言,Siddharta Gautama 太子是這世上展現叛逆最”成功”而且影响我们最深远的一位人物。
要是年輕的他不叛逆、不掙脫父皇給他的枷鎖及牽絆、不鼓起勇氣追尋夢想,我們是無法享有他所說出來的佛法。
要是当初他没有这份勇气,
要是当初他父皇赶尽杀绝,
要是当初他老婆苦苦哀求,
要是当初他舍不得孩子,
这一切,就不存在了。
希望和大家在今天一同記住Siddharta Gautama 太子這份勇氣,选择和别人不一样的勇气。对他而言,真理大于一切。
叛逆,要是毁坏自己、毁坏别人,要不得。
叛逆,要是改善自己、改善别人,必成经典。
南无释迦牟尼佛
南无释迦牟尼佛
南无释迦牟尼佛
图里这一片菩提叶是去拜访Lumbini(佛陀出生地)捡到的落叶,作为连结。
以量
07/05/2020
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「siddharta」的推薦目錄:
- 關於siddharta 在 冯以量 Facebook 的精選貼文
- 關於siddharta 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於siddharta 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於siddharta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於siddharta 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於siddharta 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於siddharta 在 Siddharta | Ljubljana | Facebook 的評價
- 關於siddharta 在 Siddharta Gautama - Pinterest 的評價
siddharta 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[I Kuan Tao: Agama ‘Buddha’ Baru]
I Kuan Tao atau Yiguandao adalah sebuah agama baru yang bermula dari China dan sekarang berkembang pesat di Taiwan, Korea Selatan dan Jepun. Malah mereka juga sudah bertapak di Malaysia dan Indonesia. Dari sudut populasi mereka juga ada peningkatan dari saban dekat.
Perkataan I Kuan Tao memberi maksud Kesatuan Jalan Ketuhanan. Aliran dan konsep kepercayaan agama ini, dibina oleh Guru Wang Jueyi (1821-1884) di China. Ia dikenali sebagai aliran Maitreya. Mereka mendakwa Buddha akhir zaman (Maitreya) itu muncul di dalam aliran dan kepercayaan mereka ini.
Di Indonesia mereka mengaku sebagai penganut Buddha kerana itu salah satu cara mereka untuk dapat mengamalkan agama mereka. Walaupun terdapat krisis dan perdebatan yang besar di kalangan Buddhis sendiri.
Sejarah
I Kuan Tao adalah sebuah agama baru yang diasaskan oleh beberapa tokoh keagamaan antaranya adalah Wang Jueyi, Lu Chong, dan Chang Tianran. Di dalam kepercayaan I Kuan Tao mereka beriman kepada adanya Dewi Ibu yang dikenali sebagai Lao Mu. Lao Mu dikatakan telah mengutuskan 10 orang Buddha ke dunia ini untuk menyelamatkan manusia. Tujuh orang Buddha yang terawal telah diutuskan sejak bermulanya tamadun manusia, manakala tiga Buddha terakhir pula diutuskan untuk tugas penyelamatan.
Mereka membahagikan tiga zaman untuk tiga Buddha terakhir ini iaitu : Zaman cahaya Hijau, cahaya Merah, dan cahaya Putih. Pada Zaman cahaya Hijau, Dewi Lao Mu telah mengutuskan Buddha Dipankara iaitu dianggar sekitar 3000 SM. Buddha Dipankara adalah Buddha kuno yang datang membawa ajaran untuk menyelamatkan manusia dari sengsara dan duka. Setelah Buddha Dipankara, lahirnya pula Buddha seterusnya yang bernama Siddharta Gautama pada tahun 567 SM. Siddharta Gautama adalah Buddha yang paling terkenal yang diikuti sampai sekarang. Ia dikenali sebagai zaman cahaya Merah, zaman cahaya Merah ini akan berakhir sehingga zaman lahirnya Buddha Maitreya. Pada zaman Buddha Maitreya inilah ia dikenali sebagai zaman cahaya Putih atau zaman terakhir. [1]
Buddha Maitreya dikatakan Buddha akhir zaman. Ia disebut di dalam kitab suci Buddha iaitu dalam Sutta Pitaka, bahagian Digha Nikaya V, buku Cakkavati Sihanada Sutta.[2] I Kuan Tao mempercayai Buddha Maitreya itu sudah diutuskan ke dunia ini, iaitu pemimpin mereka bernama Lu Zhong I yang lahir pada tahun 1849 M.
Akan tetapi ajaran I Kuan Tao sudah diasaskan sebelum beliau lagi iaitu dimulakan oleh Guru Wang Jueyi (1821-1884) dan beliau mengasaskan I Kuan Tao pada tahun 1877 M. Setelah Wang Jueyi mengasaskan agama ini lalu ia digantikan oleh Lu Zhong I dan pada tahun 1905 dan beliau mendakwa beliau adalah Buddha Maitreya yang diutuskan pada akhir zaman. Dari sinilah doktrin yang dikatakan “Jalan Buddha Terakhir” atau cahaya Putih itu mula mula disusun dan dikembangkan secara meluas oleh pemimpin I Kuan Tao yang seterusnya yang bernama Zhang Tianran (1889-1947).
Zhang Tianran dilahirkan di kawasan Shandong, China. Beliau sangat terkenal dan individu yang menggembangkan ajaran I Kuan Tao ke beberapa buah negara. Beliau dikenali sebagai jelmaan semula (inkarnasi) Jigong yang dikenali sebagai Crazy Monk yang merupakan salah seorang sami besar pada suatu ketika dahulu.
Kepercayaan
Agama I Kuan Tao juga merupakan sinkretisme (campuran) dari fahaman Konfusianisme, Taoisme, Xiantiandao, Buddhisme dan agama traditional Cina. Asas kepada sumber doktrin agama mereka tidak jauh beza dengan bentuk-bentuk kepercayaan cina khusus gabungan dari ajaran Buddhisme, Taoisme dan Konfusianisme. Akan tetapi mereka mendakwa mengikut ajaran I Kuan Tao dengan penambahan doktrin baru iaitu mempercayai Lu Zhong I adalah Buddha Maitreya yang lahir akhir zaman.
Selain ibu dewi Lou Mu, mereka juga menyembah dewa-dew dalam Daoisme dan juga mengangkat beberapa individu selain Buddha seperti Lao Tze, Kong Fu Tze, Jesus, dan nabi Muhammad. Mereka juga memiliki doktrin seperti agama Buddha iaitu lingkaran hidup (samsara) dan juga nirvana.
Mereka juga memiliki ibadat mereka tersendiri dengan memiliki beberapa kod rahsia di bahagian tangan. Malah terkenal ibadat rahsia yang mereka lakukan di dalam sebuah bilik gelap dan dipasang lilin, mereka akan berbicara soal agama dan membaca ajaran mereka disusuli dengan syarat yang ketat iaitu setelah lilin itu terpadam, apa yang dibicarakan di dalam bilik itu tidak boleh dibawa keluar atau disampaikan kepada orang lain.
Kesimpulan
I Kuan Tao mendakwa mereka adalah aliran pengikut Buddha Maitreya yang diramalkan oleh Siddharta Gautama Buddha dahulu.
Hasil dari kepercayaan kewujudan Buddha akhir zaman inilah lahirnya ramai orang yang mendakwa diri mereka adalah Buddha Maitreya. Selain dari Lu Zhong I masih terdapat ramai orang yang mengaku sebagai Buddha Maitreya terutama di China. Antara yang terkenal adalah seorang perempuan yang bernama Wu Zetian.[3] Masing-masing akan membawa pengaruh yang tersendiri. Akan tetapi hal ini dibantah keras oleh penganut Buddha yang lain. Ini kerana mereka percaya Buddha Maitreya belum lagi datang manakala orang yang telah mengaku sebagai Buddha Maitreya sebelum ini dituduh sebagai pendusta.
Walaubagaimanapun, ajaran ini begitu cepat berkembang. Antara faktornya adalan, pertama ajaran ini memperkenalkan secara mendalam mengenai penciptaan alam semesta yang tidak dibincangkan di dalam agama cina yang lain. Kedua, mereka sinkretis (mencampurkan ajaran dan budaya) agama cina yang lain ke dalam agama mereka sehingga memiliki pakej yang dilihat lengkap. Ketiga, ajarannya sangat traditional dan sangat serasi dengan idea orang cina.[4] Antara faktor inilah mereka melebarkan sayap penyebaran ajaran mereka ke seluruh Asia.
Nota kaki
___________
[1] Lihat- (2004). Encylopedia of New Religons, jurnalis Edward Irons, A Lion Book, England, hlm 245-246
[2] Lihat Sutta Pitaka, bahagian Digha Nikaya V, buku Cakkavati Sihanada Sutta, ayat 25
[3] Lihat Tansen Sen. Buddhism, (2016). Diplomacy, and Trade: The Realignment of India–China Relations 600-1400, Rowman & Littlefield Publishers, USA, hlm 93-96
[4] Lihat Aleksey A. Maslov (). Xiantiandao and Yiguandao Sects, National Research University Higher School of Economics- https://es.coursera.org/learn/religions-society-china/lecture/xefE5/xiantiandao-and-yiguandao-sects
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
siddharta 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
Agama Caodai: Penyembah Dajjal?
Agama Caodai adalah agama yang wujud di Vietnam sekitar tahun 1926. Ia diasaskan oleh seorang bangsa Vietnam yang bernama Ngo Van Chieu. Caodai adalah agama yang ketiga terbesar di Vietnam selepas daripada Buddha dan Kristian. ‘Cao’ bermaksud ‘tertinggi’ manakala ‘Dai’ bermaksud ‘istana’. Caodai merujuk kepada istana yang besar di mana tempat tuhan berada. Ia juga boleh dikenali sebagai kerajaan syurga. Perkataan ini juga digunakan sebagai nama simbolik tuhan mereka.
Agama Caodai adalah sebuah agama sinkretis yang menggabungkan unsur-unsur dari doktrin agama utama di dunia antaranya adalah agama Buddha, Konfusianisme, Kristian, Hindu, Islam, Yahudi, Taoisme, dan juga Geniisme (kepercayaan asal Vietnam). Pusat utama agama mereka adalah di Tay Ninh, Vietnam. Agama ini juga memiliki pendirian seperti Baha’i yang ingin menyatukan agama-agama lain di bawah agama mereka.
Caodai mengiktiraf semua tokoh-tokoh agama seperti Siddharta Gautama Buddha, Jesus, Kong Fu Tze, Lao Tze, nabi Muhammad dan tokoh lain kerana bagi mereka kesemuanya membawa seruan yang sama. Patung tokoh-tokoh tersebut diukir dan diletakkan di dalam rumah ibadat mereka.
Sejarah
Mengikut kepercayaan Caodai, mereka membahagikan sejarah agama mereka kepada tiga peringkat penurunan wahyu. Peringkat pertama sekitar tahun 2500 SM, ketika itu tuhan Cao Dai menurunkan wahyu kepada pemimpin agama untuk mengasaskan agama Yahudi di Timur Tengah, Hindu di India dan ahli falsafah di China. Beberapa ribu tahun kemudian, peringkat kedua mereka mendakwa tuhan telah menurunkan kepada Siddharta Buddha untuk mengasaskan agama Buddha, Lao Tze untuk mengasas Taoisme, Kong Fu Tze pula untuk mengasas Konfusianisme, dan Jesus untuk mengasaskan agama Kristian.[1]
Setelah itu pada peringkat ketiga pada tahun 1919, mereka percaya tuhan telah menurunkan wahyu kepada Ngo Van Chieu, di mana beliau telah disampaikan agama Caodai untuk membimbing manusia. Beliau adalah pengasas kepada Caodia, beliau lahir pada 1878 dan meninggal pada 1932.
Ngo Van Chieu, asalnya beliau merupakan seorang penjawat awam kerajaan Cochinchina. Dan beliau mula menerima panggilan wahyu yang disebut Duc Cao Dai yang mana beliau percaya itu sebagai tuhan Cao Dai. Beliau mendakwa dilantik menjadi utusan bagi umat zaman ini. Setelah tiga tahun belajar dan beribadah kepada Tuhan, beliau berkongsi penemuan rohaninya itu dengan masyarakat di Saigon. Pada akhir tahun 1926, beliau mendapat arahan daripada tuhan Cao Dai untuk mengasaskan agama baru. Beliau mendakwa tuhan mengarahnya untuk melantik Le Van Trung (1876-1934) untuk menjadi seorang Giao Tong (ketua agama).[2] Agama Caodai secara rasmi ditubuhkan pada 26 September tahun 1926 bersama dengan sekumpulan 247 pengikutnya.
Pada tahun 1975, Komunis telah mengambil alih Vietnam, segala aktiviti penganut Caodai telah dihadkan oleh kerajaan Komunis. Akan tetapi setelah berlaku perjuangan dan usaha mereka untuk terus mengamalkan agama ini maka pada tahun 1997 agama mereka menerima kelulusan rasmi daripada kerajaan untuk terus diamalkan.
Kepercayaan
Konsep awal penciptaan Caodai sama seperti Taoisme. Mereka percaya sebelum wujudnya alam ini terdapat satu kuasa yang dikenali sebagai Monad, Tao dan dikenali juga sebagai tuhan. Ia tidak terbentuk, tidak berwarna, tidak bernama, tidak berubah-ubah dan memiliki kekuatan dan memiliki kekekalan. Monad atau tuhan membahagikan roh-Nya ke beberapa bahagian, dan menciptakan alam semesta, dunia, haiwan dan segala-galanya. Hasilnya kesemua makluk di alam ini mengandungi sebahagian daripada roh tuhan. Mereka juga menerima doktrin dalam Taoisme iaitu Am (Yin) dan Duong (Yang) dualiti yang membentuk keseimbangan yang harmoni di alam semesta.[3]
Oleh disebabkan itu mereka juga wujud kepercayaan kepada dua tuhan utama, menurut Oliver L. Victor dalam buku beliau Caodai Spiritism menjelaskan bahawa Cao Dai merupakan Tuhan Tertinggi. Manakala Dieu Tri Kim Mau atau juga dikenali Duc Phat Mau adalah Dewi Ibu. Mereka masing-masing mewakili keseimbangan Yin dan Yang. Cao Dai dilihat sebagai pusat alam semesta, Bapa kepada semua makhluk. Manakala Duc Phat Mau disanjungi sebagai Ibu alam semesta, bertanggungjawab untuk memberi bentuk yang boleh dilihat, kesedaran dan emosi untuk semua kehidupan.[4]
Dalam agama Caodai juga mengajar mengenai kewujudan syurga dan neraka. Bagi mereka, syurga dan neraka adalah destinasi yang terakhir bagi semua makhluk. Mereka juga percaya kepada wujudnya Samsara seperti kepercayaan dalam agama Buddha. Samsara bermaksud kelahiran kembali (reinkarnasi) manusia.
Mereka juga percaya kepada adanya hukum Karma. Kepercayaan bahawa kehidupan masa depan seseorang amat dipengaruhi oleh perbuatan yang diamalkan dalam kehidupan hari ini. Konsep ini juga terdapat dalam agama Hindu dan Buddha. Mereka dilarang membunuh makhluk hidup, dilarang berzina, dan juga dilarang meminum arak.
Agama Caodai adalah sebuah ajaran yang merai kepercayaan universal, sekira dilihat kepada sistem kepercayaan dan doktrin yang diajarkan di dalam agama ini, terdapat banyak doktrin agama lain diambil khususnya doktrin dalam agama Tao dan Buddha. Boleh dilihat kepada cara mereka sembahyang, berdoa, tidak melakukan kekerasan (ahimsa), vegetarian, dan mereka juga percaya di akhir nanti sekiranya seseorang melakukan karma baik dia akan bergabung dengan tuhan di syurga dan terlepas reinkarnasi (kelahiran semula). Dalam agama Hindu, konsep ini dikenali sebagai Mokhsa.
Caodia juga percaya bahawa tuhan selalu melihat manusia dan makhluknya melalui mata kirinya. Sebab itulah di setiap rumah ibadat Caodai didapati banyak gambar piramid yang memiliki satu mata. Ia seakan simbol Illumanati. Agama Caodai juga memiliki amalan spiritual hasil pengaruh Taoisme yang mana mereka dapat berkomunikasi dengan roh yang mati dalam Séances (alam ghaib). Perbuatan itu telah diharamkan oleh kerajaan Vietnam dan amalan itu sudah tidak dilakukan lagi pada hari ini.
Ritual
Mereka bersembahyang sebanyak empat kali sehari, iaitu pada pukul enam pagi, dua belas tengah hari, enam petang, dan pukul dua belas malam. Di setiap sembahyang mereka, mereka akan memakai pakaian berwarna putih dan dalam upacara itu dimainkan alat muzik untuk bersembahyang. Kebanyakkan yang datang bersembahyang bukan sahaja dari kalangan penganut Caodai sahaja, malah terdapat penganut Kristian dan juga Buddha yang turut serta bersembahyang.
Jika diperhatikan di dalam rumah ibadat mereka terdapat pengkelasan warna kepada orang yang yang bersembahyang. Pakaian putih bagi mereka yang benar-benar menganut Caodai manakala penganut agama lain perlu memakai jubah warna lain. Contohnya berjubah kuning adalah bagi penganut Buddha, berjubah biru adalah penganut Taoisme, sementara yang berjubah merah adalah penganut Konfusianisme. Bagi mereka perbezaan dalam keimanan itu tidak boleh dijadikan sumber perselisihan kerana mereka juga percaya kepada semua tokoh-tokoh agama.
Kitab Suci
Kitab suci agama Caodai menggunakan bahasa Vietnam. Kitab itu disebut sebagai Thanh Ngon Hiep Tuyen, yang merupakan kumpulan khutbah yang diterima oleh para pemimpin Caodai. Kitab ini menggariskan peraturan dan batas bagi aspek agama, pendidikan, perkahwinan, dan lain-lain. Terdapat sepuluh bahagian di dalam Kitab Suci dengan kandungan berikut:
1) Hierarki pembesar-pembesar agama
2) Permulaan dan pangkat orang dipercayai
3) Penubuhan organisasi
4) Lima larangan
5) Empat perintah
6) Pendidikan
7) Larangan
8) Undang-undang dan peraturan-peraturan
9) Peraturan dunia
10) Tempat meditasi
Kesimpulan
Ngo Van Chieu pada awal umurnya pernah berkerja dengan kerajaan Perancis dan beliau juga telah mengembara ke banyak tempat. Beliau begitu berminat dengan agama dan falsafah yang berkembang di China. Kecenderungannya terhadap agama-agama di China begitu jelas apabila ia diterima pakai kepada doktrin agama beliau sendiri. Agama ini juga merupakan sebuah agama sinkretisme yang mana terdapat percampuran budaya, agama dan kepercayaan ke dalam satu bekas.
Bukan Ngo Van Chieu seorang sahaja yang memiliki pemikiran yang mengakui semua agama dan menyeru kepada perdamaian. Sebelum itu sudah ada Mirza Hussein Ali yang mengasaskan agama Baha’i di Iran. Ia bentuk pemikiran yang rigid dan hanya mencampur adukkan doktrin-doktrin agama lain lalu mengatakan ia adalah agama baru yang diperkenalkan oleh beliau.
Satu perkara yan menarik adalah simbol agama Caodai begitu menarik minat golongan yang gemar kepada teori konspirasi. Sudah terdapat banyak artikel dan penulisan yang mengatakan agama Caodai adalah sebuah agama anti-Chirst dan merupakan agama Dajjal. Kesemua hujah yang dikemukakan itu adalah tidak kukuh dan berdiri di atas falasi semata-mata. Kita hendaklah berhati-hati dalam mengkaji.
Berbalik kepada simbol mata dan piramid di dalam agama Caodai. Menurut mereka mata berfungsi untuk selalu memperingatkan kepada penganut Caodai bahawa Tuhan sentiasa melihat segala-galanya. Malah satu mata kiri Tuhan dalam Caodai terdapat begitu luas tafsirannya. Apa yang perlu diketahui bukanlah disebabkan dengan adanya simbol yang berbentuk demikian maka agama Caodai tidak diadili dengan rasional dan menuduh ia sebagai agama Jahat. Sebagai seorang muslim, kita inginkan non muslim memahami agama kita dan kita juga sering membersihkan gelaran ‘pengganas’ yang sering dilabel kepada muslim. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kita sendiri perlu memahami agama orang lain dengan adil sebelum mahu orang memahami agama kita dengan baik.
Rujukan:
[1] Lihat Oliver, Victor L. (1976). Caodai Spiritism: A Study of Religion in Vietnamese Society, Brill Academic Pub, Netherlands, hlm 9
[2] Lihat – Jurnal David Burnett (2004). Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England, hlm 236
[3] Lihat Oliver, Victor L. (1976). Caodai Spiritism: A Study of Religion in Vietnamese Society, Brill Academic Pub, Netherlands, hlm 8
[4] Lihat ibid, hlm 8-9
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
siddharta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
siddharta 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
siddharta 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
siddharta 在 Siddharta Gautama - Pinterest 的美食出口停車場
15/abr/2022 - Explore a pasta "Siddharta Gautama" de Yeshua Marshall no Pinterest. Veja mais ideias sobre budismo, budismo frases, budista. ... <看更多>
siddharta 在 Siddharta | Ljubljana | Facebook 的美食出口停車場
Siddharta , 盧比安納。 97899 個讚· 642 人正在談論這個。 Siddharta's official FB. [email protected] [email protected] [email protected]. ... <看更多>