Apa perkataan paling sesuai untuk rezeki dalam Bahasa English!?
Ada yang cakap, wealth, luck, health, fate. Blessings, sustenance, property, means of living, livelihood, income, subsistence, sustenance, food, nourishment, good fortune… etc..
Tapi semua tu mempunyai maksud berbeza.
Kita orang melayu memang guna perkataan REZEKI pinjam dari Bahasa arab sebab Rezeki ni ianya ada kaitan dengan Ketuhanan.
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, anak yang ramai adalah rezeki, hati yang tenang adalah rezeki, muka tak hensem tapi mampu bahagia adalah rezeki yang mana semua oitu automatic terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi.
Mungkin sebab itu ada kajian kes bunuh diri banyak berlaku pada orang yang tidak beragama kerana mereka tidak faham konsep rezeki, dan sudah tentu ada juga kes bunuh diri pada orang beragama yang salah faham konsep rezeki.
Sebab konsep rezeki adalah berdamai dengan takdir, semua Allah dah set from the top, Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, atau GAGAL mencapai sesuatu, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga memilih untuk mati.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, ini rezeki saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.
Bila kita putus cinta, ini rezeki saya, ingatlah semua orang akan mati, mencintai Nabi, maka Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ini rezeki kita, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Jangan pernah sedih lihat rezeki orang, itu rezeki mereka, semua orang ada rezeki tersendiri..
Sungguh ter Kadang manusia selalu bersedih kerana Allah belum bagi rezeki yang diminta.. Tapi kita lupa bahawa masih banyak rezeki yang baik pada kita, Allah belum ambil..
Akhir kata, Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.
Semoga rezeki kita sampai syurga!
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1,480的網紅Alisa Spencer,也在其Youtube影片中提到,Have you ever loved someone where you just felt right but also wrong at the same time? // Pernahkah anda mencintai seseorang itu, rasanya tepat sekali...
「salah mencintai」的推薦目錄:
- 關於salah mencintai 在 Facebook 的精選貼文
- 關於salah mencintai 在 Facebook 的精選貼文
- 關於salah mencintai 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於salah mencintai 在 Alisa Spencer Youtube 的最佳貼文
- 關於salah mencintai 在 SALAH MENCINTAI ( OFFICIAL LYRIC VIDEO ) - YouTube 的評價
- 關於salah mencintai 在 Fany Zee - Salah Mencintai - ( Official Music VIdeo ) - YouTube 的評價
- 關於salah mencintai 在 Salah Mencintai _ Fany Zee | By Live Nonton Bareng 的評價
- 關於salah mencintai 在 Youtube Trending Stats of BETRAND PETO PUTRA ONSU 的評價
- 關於salah mencintai 在 Lagu Baru Betrand Peto “Salah Mencintai” Langsung ... 的評價
- 關於salah mencintai 在 "Salah Mencintai" dari Betrand Peto Jadi Trending di YouTube 的評價
- 關於salah mencintai 在 "Salah Mencintai" Dari Betrand Peto Jadi Trending Di YouTube 的評價
salah mencintai 在 Facebook 的精選貼文
Posted @withregram • @malaysiaolivehouse #BingkisanJumaat : Mukmin Itu Sifatnya Saling Berkasih Sayang
.
Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ' (HR Muslim No: 4685)
Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan.
Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.
Saling berkasih sayang, hati pun tenang 🤗
.
Malaysiaku Aafiyat
.
#OliveHouse
#AafiyatLifestyle
#MudahnyaAafiyat
#SalamJumaat
#MalaysiakuAafiyat
#MalaysiaPrihatin
salah mencintai 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
Gila Kuasa Adalah Satu Penyakit Di Akhir Zaman
1. Dua orang lelaki pernah brtemu Rasulullah lalu meminta drpd Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah menegur mereka dgn berkata...“Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya.” (HR al-Bukhari)
.
2. Seorang tokoh sufi yg terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akn menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad..“Tidak ada seorang lelaki yg gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akn terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”
.
3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini..“Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyai ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa...
.
4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau...“Tiada yg benar langsung buat si hamba yg mencintai kemasyhuran.”
.
Oleh itu,Berhati-hatilh dgn mereka yang terkena penyakit ini. Kecintaan terhadap kuasa akn mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat... Amat sukar mencari pemimpin yg bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri...
.
Semoga Allah swt membimbing kita
salah mencintai 在 Alisa Spencer Youtube 的最佳貼文
Have you ever loved someone where you just felt right but also wrong at the same time? // Pernahkah anda mencintai seseorang itu, rasanya tepat sekali, tetapi di waktu yang salah?
It has been a while since my last cover on May, I guess? Been sooo busy with studies ?
So, here you go. Enjoy my short cover by Fiersa Besari ft. Tantri - Waktu yang Salah. Hope you like it!! ❤️❤️
I do not own any of this song and no copyright intended.
Don’t forget to check em’ out as well!
Original song :
https://youtu.be/XJXKfq26N_w
Instrumentals :
https://youtu.be/M6sPS4-LzHQ
salah mencintai 在 Fany Zee - Salah Mencintai - ( Official Music VIdeo ) - YouTube 的美食出口停車場
Official Music Video - Fany Zee - Salah Mencintai Artist: Fany Zee Title: Salah Mencintai Composer: Faisal Asahan Arr: Decky Ryan ... ... <看更多>
salah mencintai 在 Salah Mencintai _ Fany Zee | By Live Nonton Bareng 的美食出口停車場
Salah Mencintai _ Fany Zee · More from Live Nonton Bareng · Related Pages. ... <看更多>
salah mencintai 在 SALAH MENCINTAI ( OFFICIAL LYRIC VIDEO ) - YouTube 的美食出口停車場
Hai MOP Lovers! MOP Music adalah salah satu program unggulan MOP Channel yang selalu dinantikan oleh MOP Lovers, Video kali ini adalah ... ... <看更多>