Saya ada lima anak yang suka bertanya macam macam soalan.
“Ayah, apa tanda orang beriman?”
“Tandanya, bila dengar cerita agama, bertambah keimanan, dengar nama Allah, rasa takut, bila buat baik, rasa gembira, bila buat jahat, rasa menyesal, itu semua tanda beriman”
“Ayah, apa tanda cinta pada Nabi?”
“Kita akan selawat tiap kali namanya di sebut, kita akan tiru Sunnah baginda, dan bila lihat orang ikut Sunnah, kiita rasa seronok, dan nak buat sama, rasa Ghibtah!”
“Ayah, apa tanda solat kita diterima”
“Dalam Alquran bagitahu, orang solat tidak berkeluh kesah, maka jika korang sabar, sukur tak merungut, itu tanda solat korang dan cegah korang dari buat dosa dan maksiat, Alhamdulilah”
“Ayah, apa tanda orang berilmu?”
“Tandanya, bila dia ada, masalah orang ramai akan selesai, Salman Parisi pandai perang, maka ilmunya selesaikan masalah perang Khandak, dulu kawan ayah pandai English, orang panggil dia Kamus bergerak, tak payah buka kamus jika dia ada, Nabi Muhammad SAW pula, Al quran bergerak, lagi hebat! Jadi kemana sahaja orang berilmu pergi,. Dia akan dapat selesaikan masalah orang, menjadi tempat rujuk”
“Macam Ayah lah!”
“Amin.., untuk berhadapan dengan lima anak ayah macam korang yang suka Tanya soalan bertubi tubi, ayah kena ada Ilmu sedikit sebanyak”
“Ayah, apa tanda orang dapat hakikat zikir?”
“Orang yang bila kita tengok dia, kita akan teringat Allah”
“Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikram?”
“Hmm, orang yang bila dia ada semua orang seronok sebab dia ringan tulang, dan bila dia takde, orang akan rindu sebab dia pandai ambik hati semua orang”
“Ok, Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikhlas?”
“Tandanya dia istiqamah, dan apa tindakan dia kita rasa aura yang baik”
“Macam mana tu?”
“Contoh jika dia ikhlas basuh pinggan, dia akan siapkan sampai singkipun berkilat”
“Ok, last ayah, apa tanda dapat hakikat dakwah?”
“Orang yang pergi mana manapun, dia yang akan pengaruhi orang, bukan orang pengaruhi dia, jika kawan dia tak solat, dia akan pengaruhi kawannya bersolat, jika rumah tu tak ada majlis taklim, bila dia datang, rumah itu akan berjaya hidupkan taklim, pendek kata dia macam penjual minyak wangi, orang akan dapat baunya yang wangi secara percuma”
“Okey, dah siap tugasan saya”
“Tugasan apa pulak?”
“Tadi Bonda cakap, jika nak main internet, kena jawab soalan Bonda, iaitu apa tanda dapat Hakikat enam sifat sahabat, tugasan selesai, terima kasih ayah!”
Woha!
Ps: Soalan anak yang pelik pelik, ada saya tulis dalam buku KISAH ANAK BINI, nak beli rujuk Komen.
「sabar dan ikhlas dalam cinta」的推薦目錄:
sabar dan ikhlas dalam cinta 在 Facebook 的最讚貼文
Ulangkaji 5 nikmat hidup...
Satu hari Anak bertanya:
“wahai ayah, Apa yang paling penting dalam hidup?”
Lalu saya Tanya anak balik:
“Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Senang cerita, wahai Anakku, ada lima perkara paling penting dalam hidup iaitu:-
1) Agama:
Pertama kita kena sedar kita sedang berada dalam nikmat yang paling besar, tiada nikmat yang paling besar dari nikmat dapat beriman kepada Allah. jagalah agama sepanjang hidup ini kerana inilah perara yang paling utama! Dengan agama, kita layak masuk syurga tapi layak juga masuk neraka kerana abaikan agama, maka carilah ilmu agama, amal dan sampaikan, faham?
(anak angguk tanda faham)
2) Keluarga:
Nabi adalah orang yang paling baik dengan keluarganya, memeluk dan mencium anak anak, bergurau senda, dan lain lain, maka hidup ini akan sepi tanpa cinta dan semua orang perlukan cinta, sebaik baik cinta pada manusia adalah pada keluarga, dan di hujung usia, jika orang yang kita sayang sakit dah lumpuh, dengan cintalah kita akan mampu menjaganya hingga hujung hayat, sanggup suap makan, sanggup basuh najisnya, peluk dan belai dengan penuh ikhlas, semua itu adalah cinta.
Korang main game online dengan kawan, ayah panggil ajak makan, korang cakap kejap!, geme sedang online tak boleh pause nanti kawan perli, lalu ayah dan bonda makan tanpa korang padahal jika korang sakit terlantar ada kawan game korang nak suap makan? Nak tukar lamping korang jika terlantar?
Kawan ni kita borak sampai kedai kopi tutup, lepas tu sembang lagi sambil berdiri sebab banyak topik best, tapi esok kita lumpuh ada dia datang hari hari nak mandikan kita?, nak tukar basuh kencing berak?, suap makan? Ada?
Maka jagalah hubungan dengan ibu ayah, selalu jengah ayah dan ibu walaupun kita sibuk, selalu cari masa agar dapat Bersama orang yang kita sayang, si ibu bapa pula luangkan masa dengan anak, dan tolong hidup ini jangan sakitkan hati orang yang kita sayangi atau orang yang sayangi kita. Tolong!
Hidup terlalu singkat untuk bergaduh maka berdamai dengan semua ahli keluarga adalah tujuan utama cinta dalam untuk meneruskan hidup yang Bahagia, faham?
(anak angguk tanda faham)
3) Kesihatan
Nabi menjaga kesihatan, maka makanlah dengan ilmu, dan bersenamlah dengan ilmu, bersukanlah dengan ilmu, beriadahlah dengan ilmu, usahakan agar kesihatan kita membuatkan kita lebih mampu beribadat dan lebih bermanfaat kepada keluarga. Ayah Alhamdulillah mampu derma darah tiap enam bulan, mampu (hiking) naik puncak tertinggi Malaysia (daki kinabalu), mampu menyelam (diving) dan berenang(snorkeling), kini dah boleh berkuda, Alhamdulillah, sangat seronok hidup bila sihat (dan nikmat ini akan hilang bila tua)
Maka Buatlah target kita yang nak jaga pasangan kita yang sakit, bukan pasangan kita yang nak kena jaga kita yang sakit. Bila kita sakit siapa yang nak jaga kita? Allah! Dia selalu ada bagi mereka yang bersabar. Faham?
(anak angguk tanda faham)
4) Kerjaya
Hidup perlukan wang dalam poket agar kita boleh tolong orang, makanan atas meja agar anak bini tak lapar, dan stok makanan dalam peti ais agar anak bini tak risau, barulah hidup kita tak menyusahkan orang, maka carilah ilmu agar dapat mencari wang tanpa abaikan agama, cari wang dan meriahkan keluarga, cari wang tanpa abaikan kesihatan dan cinta. Cari wang perintah Allah!
Rukun Islam yang wajib ada dua tempat perlu pada wang, iaitu zakat dan haji, maka carilah kerjaya yang boleh banyak dapat wang, tanpa abaikan agama dan keluarga, insyaAllah. Target jadi orang kaya yang baik, jangan target nak jadi kaya perasan baik. Jangan sengaja jadi orang miskin.
Rezeki berganda akan sentiasa ada bagi orang yang berusaha, maka fahami zaman kamu cara wang bekerja, maka mudahkan wang itu datang ke poket kita. Dah banyak wang jangan lupa bantu orang, sungguh tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Faham?
(anak angguk tanda faham)
5) Masa lapang.
Masa lapang adalah nikmat kelima terbesar selepas kerjaya, kesihatan, cinta, dan agama.
Maka masa lapang adalah masa lapang, jangan sibuk kerja sampai tak ada masa lapang, dan fitrah manusia perlukan masa lapang untuk “me time”, buat apa yang kita suka, baru tak stress, orang panggil HOBI.
Hobi ayah adalah membaca, menonton dan menulis, tapi pastikan hobi kita bukan bertaraf ‘end user’, iaitu hanya untuk kepuasan kita, biarlah hobi yang boleh dikongsi dengan orang lain dan memberi kebaikkan, lagi bagus jika hobi kita dapat membantu agama, dapat membantu keluarga, dapat membantu kesihatan dan dapat wang! Oleh sebab itu, apa yang ayah tonton, baca, ayah akan tulis balik dengan bahasa yang mudah agar orang boleh ambik manfaat dari pengalaman ayah. Nampak tak?
Akhir kata, sungguh dalam hidup ini, susunlah hidup dengan baik, ingat lima perkara yang ayah ceritakan tadi, dan sungguh hidup ini adalah untuk di urus, bukan untuk di risaukan, bila kita berjaya, kita kena urusan kejayaan agar kejayaan kita tak menjadi sebab masuk neraka, (dunia ini dipenuhi oleh orang yang gagal uruskan kejayaan sampai lupa tuhan)
Dan bila kita gagal, kita juga kena uruskan kegagagalan agar tidak menjadi sebab masuk neraka. (dunia ini juga dipenuhi oleh orang yang gagal uruskan kegagagalan hingga buat perkara yang bukan bukan, buat jenayah dan bunuh diri-nauzubillah!)
Sungguh, kerisauan sebenar bukanlah untuk dunia, tapi akhirat. Faham?
(Anak tak angguk, tapi terus tunduk suasana sunyi sepi, saya toleh, semua anak dah tidur. Adohai)
Takpe, ayah tulis balik pesanan ini, dan satu hari waktu mengeteh di kubur ayah sambil membaca pesanan ini, bacakan sama untuk ayah, Al Baqarah.
Woha!
Jemput follow chanel youtube saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang nota agama kepada diri: InsyaAllah
https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)
sabar dan ikhlas dalam cinta 在 Facebook 的最佳解答
Salam. Abang kereta mayat. Kenapa laki bini orang islam pun gadoh dan cerai berai, bukankah islam dah ajar penganutnya jadi baik?
*****
Salam.
Orang baik dan jahat ada dalam semua agama. Dalam Islam cerita di neraka nanti ada orang islam masuk tau! Bermakna laki yang seksa bini atau bini yang derhaka pada laki tolonglah baca selok belok di neraka agar korang tak rasa janggal di sana...
Bab cerai dalam islam sungguh Allah dah tahu sifat manusia, sebab tu dalam Islam ni hukum cerai adalah halal, sebab manusia memang akan ada sifat suka gadoh gaduh, tak puas hati sini sana, tak bersyukur, suka mengeluh, suka salahkan orang dan sebagainya.
Bayangkan jika Islam letak hokum haram bercerai, maka meranalah mereka-mereka yang ada masalah rumahtangga bila dapat pasangan kaki pukul, penyakit kelamin, atau baru tahu transgender dan sebagainya.
Nampak tak?
Fatwa mana katabila korang dah jadi orang islam, korang terus jadi baik?, sebab islam, ni proses ajar manusia jadi ahli syurga, ajar manusia berubah KE ARAH YANG BENAR. manusia pulak ada macam macam tabiat dan perangai. Jadi Islam nak ajar ubah tabiat dan perangai ke tempat yang betul sebelum masuk syurga dan syurga itu pulak ada tingkat tingkat dia ikut level baik kita tahap mana.
Sebab tu jangan pernah tengok orang islam jika nak faham islam. Macam kereta yang baik jangan tengok pemandu. Tengok kereta!
Habis tu nak tengok apa? Tengoklah Al quran dan hadis dan ajarannya. Orang boleh berubah. Al quran tidak akan berubah selamanya!
Bab masalah rumah tangga.. hmmmm...
Ok. Jadi sini saya nak bagi contoh paling klasik, bila ada 'gengster' masuk islam. Iaitu kisah Saidina Umar R.a.
Sebelum masuk Islam, Sayidina Umar merupakan seorang yang pemarah dan sangat memusuhi Islam. Namun, setelah beliau memeluk Islam, beliau masih bersifat dengan pemarah tetapi kemarahannya adalah untuk perkara-perkara yang dibenci Allah dan beliau sangat memusuhi musuh-musuh Islam.
Nampak tak?
Jadi.. korang yang suka mengeluh dengan pasangan, sepatutnya ubah kepada mengeluh pada diri sendiri yang banyak dosa, macam tu, macam teori Sains belajar di sekolah dulu, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah ke medium yang lain, lebih kurang begitulah.
Jadi kita semua masih dalam proses belajar jadi ahli syurga, belajar jadi baik, marah pada tempatnya, syukur pada tempatnya, mengeluh pada tempatnya, lebih kurang begitulah.
Jadi dalam bab laki bini selalu bergaduh walaupun orang Islam, tak payah cerita jauh, mari tengok parti politik orang islam di Malaysia.
Rujuk PAS dan PAN, bergaduh bercerai pergi kahwin parti BERSATU, UMNO dan BERSATU dulu satu keluarga, dah bercerai, dan sekarang Alhamdulillah, PAS dan UMNO dah berkahwin. lepas tu Pas kahwin pulak dengan Muafakat dan Perikatan.
Mungkin lepas ni, PAN, BERSATU dan PKR nak bermadu dengan PAS mana tahu?
Woha!
Jadi balik kepada rumah tangga, bagaimana nak atasi masalah ini?
Jawapannya, lepas perang dunia kedua, Maulana Ilyas seorang ulama tabligh terkenal telah kaji antara sebab orang islam suka bergaduh adalah kerana masing masing berdakwah guna kitab MASAIL, (kitab hokum hakam).
Masing masing tafsir Al quran dan Hadis tak selari lalu jatuh hokum kafir mengakfir, halal membunuh dan sebagainya.
Lalu Maulana Ilyas berharap umat islam dapat berdakwah guna kitab hadis FADHAIL (Kitab kelebihan amal) agar suasana kasih sayang lebih mudah terbentuk, tapi masalahnya kitab Kompilasi kelebihan amal belum wujud lepas perang dunia ke dua, Kitab yang ada bercampur antara KELEBIHAN dan HUKUM HAKAM.
Maka terpaksalah Sesesorang di lantik menulis kitab himpunan kelebihan amal dalam skala paling besar, lalu Maulana Zakariya juga seorang ulamak hadis terkenal telah menulis kitab tersebut.
Maka akhirnya siaplah Kitab Fadail amal yang menjadi rujukan Jemaah Tabligh dalam berdakwah, dalam kitab tu ada kelebihan solat, kelebihan puasa, kelebihan Al quran, kelebihan zikir, kelebihan puasa, kelebihan haji, kelebihan selawat, kelebihan sedekah, kelebihan berdakwah dan macam macam lagi.
Kitab tu dengar cerita mendapat tempat kedua paling banyak di cetak selepas Al quran dan telah di alih Bahasa kepada lebih 200 bahasa.
Lalu tersebarlah Jemaah tabligh ke seluruh dunia bawak kitab Fadhail amal dan takde pun nak gaduh sesama mereka walau ada macam-macam mazhab, berbeza latar belakang keturunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde gaduh. Nothing to hide.
Tapi lepas dah dekat nak seratus tahun jemaah dakwah tersebar ke seluruh dunia, baru baru ni ada gaduh sikit orang tabligh India dan Pakistan dan Bangladesh.
Tapi tak lah melarat seluruh dunia, beberapa tempat sahaja, katanya punca gaduh sebab guna Hukum Hakam berebut jawatan, adohai..
Berebut jawatan ni memang boleh gadoh ek?
Maka bila gaduh, guna hukum masail, memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam, kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Siapa buat bidaah-kafir! Darah mereka halal! siapa lantik amirsab bukan ulamak-haram! kena lantik ulamak sahaja, dan macam macam lah..
Itu yang jadi perang sama islam, luar dari Tabligh lagi dahsyat, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah, Abu Sayyaflah ,Parti sana kafirkan parti sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!
Note: Orang Tabligh tak abaikan kitab hokum hakam, mereka ada kelas tersendiri bersama maulana dan ustaz untuk pelajari semua hokum hakam, Cuma bila berdakwah, mereka akan guna kitab Fadhail kerana manusia suka kepada kelebihan, dan Allah tahu kehendak manusia, sebab tu dalam Al quran dan hadis banyak cerita kelebihan amal, rujuk sejarah, perintah solat, puasa, zakat dan haji turun pada fasa kedua dakwah di Madinah, di Mekkah Nabi berdakwah dengan kelebihan menjadi orang Islam. Kelebihan bersabar, kelebihan tolong menolong.
Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam), lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib kemas rumah, takde dalam hadis, itu ini begitu begini.
Eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail (hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, bawak bini tengok wayang dan jalan jalan takde dalam hadis, suruh bini pakai gelang emas takdendslam hadis. lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab, jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam) dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala sekian sekian, Bini bila solat, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah, diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah. Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang! kucing kurap masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas, jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab bunuh binatang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, ikhlas dan istiqamah (wah dah keluar sound arab) Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah! Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, aku baca untuk pesanan kepada diri aku sendiri, semoga aku dan korang semua selamat dari azab binatang bisa dalam kubur. Amin… Okey, dah penat membebel, Bini aku mintak tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap.
Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang orang perempuan kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde Menteri Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bila keinginan kita tak sama dengan pasangan, maka tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae(terbuka), dan hadis Masail (hukum hakam) dalam majlis Infradi(tertutup), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Ps2: Saya tak sehebat Maulana Zakaria, satu hati nanti saya harap ada ustaz yang layak dapat tulis buku kelebihan amal untuk kehidupan suami isteri yang patuh Syariah macam Maulana Zakaria, ada hadis dan syarah hadis yang boleh di baca macam taklim, sementera tunggu ustaz tu tulis, saya dah tulis buku kisah kehidupan laki bini, ada kisah masalah rumah tangga, masalah anak, masalah hantu, masalah dajjal, masalah gay, masalah isu semasa, dan lain-lain yang mana dalam cerita terselit hadis kelebihan amal dan sejarah islam yang boleh korang renung dan ambik iktibar, jangan kata abang kereta mayat tak payung!
Woha!