Antara tempat favorite nak makan time awal-awal kerja di KL dulu adalah di RSMY Medan Tuanku. Kalau ada member-member datang dari jauh atau nak lepak-lepak makan dengan member lepas kerja, memang aku akan singgah di RSMY Medan Tuanku sebab dekat dengan office di Jalan Raja Laut. Siapa pernah makan kat sini?
Menu favorite aku semestinya Cheese Naan bersama Keema atau AluAnda. Kalau nak makan berat sikit, aku akan order Nasi Beriani. Tapi, bila dah pindah office dari Jalan Raja Laut ke KL Sentral, lama giler dah tak datang sini. Teringin weh nak makan Cheese Naan.
Weekend ni free takde ke mana-mana, so aku decided nak singgah di RSMY Cawangan Masjid India. Aku pun baru tahu, actually ni la first outlet RSMY. Betul-betul depan Semua House dan dekat je dari Lulu Hypermarket tu.
Alhamdulillah, rezeki dapat jumpa owner RSMY sendiri iaitu Datin @ida.dy Sempat la tanya beberapa soalan sebab dulu ingatkan RSMY ni kepunyaan orang Pakistan atau Mamak, haha. Adoi. Rupanya, tauke dia orang Terengganu je boh! Thanks Datin atas perkongsian cerita dan pengalaman. Really inspiring 🙏
So guys, kalau korang teringin nak makan Cheese Naan yang sedap atau Nasi Beriani di KL, korang boleh singgah di mana-mana cawangan RSMY. Sekarang ni dah ada 5 cawangan.
Check it out @rsmy_
The best Cheese Naan in town!
#rsmy
#rsmybestcheesenaan
#rsmymasjidindia
#PenaBersantap
#PenaberkalaDotCom @ RSMY CAW Masjid India
Search