Sekali bau masakan Tempoyak ni, fuh aroma dia memang mantap beb. Apa lagi, mari buat Udang Masak Lemak Tempoyak berlemak ni!
🛒 Korang semua perlukan 🛒
1 gengaman Petai (potong separuh)
2 Helai Daun Kunyit (Potong halus-halus)
8 Ekor Udang
10 Biji Cili Padi
2 Inci Kunyit
5 Sudu Tempoyak
1 Cawan Air
1 Asam Keping
200ml Krim Kelapa Rasaku
Gula
Garam
😋 Cara Membuat Udang Masak Lemak Tempoyak 😋
1️⃣ Potonglan Petai, Daun Kunyit dan Udang
2️⃣ Kisarkan Cili Padi dan Kunyit sehingga halus tanpa meletakkan air.
3️⃣ Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali sekali dengan Tempoyak
4️⃣ Selepas meletakkan air dan daun kunyit dalam kuali, masukkan asam keping untuk menaikkan masamnya.
5️⃣ Masukkan Udang dan Petai yang dipotong tadi.
6️⃣ Letakkan Krim Kelapa Rasaku dan jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Haa..mudah je kan buat resepi ini? Kalau korang tak tahu nak beli Krim Kelapa Rasaku ini, haa cepat-cepat beli dekat laman rasmi Shopee & Lazada Rasaku okay! 🤤
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Rasa nak makan gulai tempoyak? Ikan Patin? Nak rentas negeri masih lagi PKP. Jom beli ikan patin di Laziz Patin dan cuba 4 resepi mudah ni! Menu 1: I...
rasa tempoyak 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
HARI NI MEKYAA NAK SHARE RESEPI
PATIN TEMPOYAK YANG PADU, PEDAS,PEKAT MELIKAT😋(resepi kelate)
Bahan-bahan:
Bawang merah
Tempoyak
Nenas
Lada burung(cili padi)
Bungo kate
Daun kesum
Sedikit kunyit hidup
Blend semua bahan di atas kecuali bungo kate dan daun kesum. Nak pedas banyakkan lada,perlu ingat lebihkan tempoyak ye.
Masukkan bahan yang telah diblend tadi, masukkan air biarkan menggelegak, and then masukkan ikan.
Biarkan menggelegak sekali lagi sehingga ikan masak. Pas tu masukkan garam, gula, serbuk perasa, asm keping, bungo kate dan daun kesum.. Rasa dan siap😋😋💗
Mekyaa suka share resepi yang cepat mudah dan campak-campak😆😬😬.
Yang tak suka ikan patin, boleh buat ikan lain jugekkk..kembong pon bolee
Kredit : Myra Edora
rasa tempoyak 在 Facebook 的最佳貼文
Sebelum dapat merentas negeri, kita rehearsal dulu merentas jauh sikit hari ni ke Beranang haha 😂 Bukan apa rindu nak makan lauk2 kampung kat Medan Selera Peladang, Beranang.
Aku pernah makan 2 kali kat sini sebelum PKP 1.0 dulu. Ada macam2 jenis lauk2 kampung kat sini. Yang meniaga pun makcik2 je. Korang tau la bila orang lama yang masak kan, dia punya rasa tu kalau pekena memang berdesup ingat kampung terus haha 😂
Ada kat medan selera ni ada 4-5 gerai yang menyediakan lauk2 makan tengahari. Kalau tanya aku mana satu gerai yang sedap? Maaf aku tak boleh decide sebab semuanya sedap2. Mungkin Beranang ni sempadan Mantin so menu2 dia kebanyakannya pedas2.
Korang kena try Rebung Masak Lemak, Asam Pedas Ikan Pari, Pajeri Nenas, Lemak Pucuk Ubi Petai, Patin Masak Tempoyak, Ayam Masak Merah, Keli Salai Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi. Even ayam goreng dia pun rangup2 dan dihidang panas2 😍
Kalau bawak mak abah korang ke sini, mesti dorang suka sebab lauk2 dia sedap. Kat bawah ni aku share location ye kot korang nak try makan kat sini nanti 😍👍
Medan Selera Peladang
(betul2 sebelah pejabat Peladang)
https://maps.app.goo.gl/j3pvhHyMPjB13W4D9
Waktu Operasi
Setiap hari dari pukul 11AM - 4PM
#BotakMakan
#foodreview
#kitasupportkita
rasa tempoyak 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Rasa nak makan gulai tempoyak? Ikan Patin? Nak rentas negeri masih lagi PKP. Jom beli ikan patin di Laziz Patin dan cuba 4 resepi mudah ni!
Menu 1: Ikan Patin Goreng Berlado
Menu 2: Patin Gulai Tempoyak
Menu 3: Udang Masak Gulai Tempoyak
Menu 4: Pais Tempoyak Ikan Pari
Dapatkan produk Laziz Patin di:
Shopee: www.lazizpatin.com/shopee
Ejen Laziz: www.lazizpatin.com/ejen
Website: www.lazizpatin.com
#destinasitv #laziz #ikanpatin
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
rasa tempoyak 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.co/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
https://bit.ly/2Y0uZ3R
- - - - - - - - - - - - - - - -
Apa khabar semua? Selamat datang ke episod terbaru Pilihan Terbaik. Seperti biasa dalam rancangan ini, Amal dan Azry akan menilai satu jenis makanan yang mempunyai 3 perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan mahal. Di akhir rancangan ini, kami akan memilih satu masakan yang berbaloi dari segi rasa dan harga, dan akhirnya menjadi pilihan terbaik! Dalam episod minggu ini, kami akan mencuba 3 jenis masakan Ikan Patin yang berbeza harga nya.
Ikan Patin merupakan salah satu ikan air tawar yang terkenal di Malaysia terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan ini mempunyai isi yang lembut dan berlemak membuatkan masakkan nya lebih enak dan lazat.
Hidangan paling popular untuk ikan patin ini tentulah tak lain tak bukan, masak gulai tempoyak. Di Temerloh Catering Seksyen 13 ini, kami mencuba ikan patin sangkar masak gulai tempoyak yang berharga RM14 seketul. Tambahan jika dimakan bersama ulam-ulaman dan ikan pekasam, ia mampu menaikkan kesedapan menu tersebut.
?Lokasi 1 » Temerloh Catering, Seksyen 13
86, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, 40100 Shah Alam
☎️ Telefon » 03-5524 6890
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang
- - - - - - - - - - - - - - - -
Menu yang disajikan di Dapur Mokde sedikit berlainan kerana kami mencuba Ikan Patin Pais Tempoyak yang hanya berharga RM64 seekor. Pais tempoyak disini lebih menarik berbanding di restoran lain kerana ikan patin ini dibakar bersama pes tempoyak yang pedas-pedas manis, ditambahkan bersama taburan petai dan daun kunyit diatas nya. Aroma tempoyak bakar mampu memikat hati pelanggan yang datang.
?Lokasi 2 » Dapur Mokde Subang
5, Jalan Lapangan Terbang Subang U5, 40150 Shah Alam
☎️ Telefon » 016-279 6885
⏰ Waktu Operasi » Dibuka hari Sabtu hingga Khamis dari 10 pagi hingga 6.30 petang (Jumaat Tutup)
- - - - - - - - - - - - - - - -
Patin Sungai atau lebih dikenali sebagai Patin Buah merupakan antara spesis ikan patin yang liar yang memang terkenal dengan isi yang lebih “solid” dan manis. Disebabkan ikan patin buah ini liar dan memakan apa sahaja makanan sebagai diet pemakanannya, harganya telah melonjak sehingga boleh mencecah lebih dari RM200 untuk 100gram. Di Samudra Anjung Patin, kami mencuba gulai tempoyak patin buah yang dimasak dengan resipi turun temurun dari keluarga Encik Kamarul. Rasanya yang unik membuatkan gulai tempoyak disini tidak seperti gulai tempoyak yang dijual di restoran lain.
?Lokasi 3 » Samudra Anjung Patin Ville
51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru 50300, Kuala Lumpuar
☎️ Telefon » 019-607 6737
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 10 malam
Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis masakan ikan patin yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan makanan-makanan yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
SEMBANG BROS » https://www.instagram.com/sembangbros/
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
AMAL HASNOR » https://www.instagram.com/amalhasnor/
AZRY B » https://www.instagram.com/azrybom/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW TWITTER KAMI:
SEMBANG BROS » https://twitter.com/sembangbros
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW FACEBOOK KAMI:
SEMBANG BROS » https://www.facebook.com/sembangbros-...
- - - - - - - - - - - - - - - - -
For business inquiries, please email: sembangbros@gmail.com
rasa tempoyak 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Selamat datang ke rancangan baru Destinasi TV dan buat pertama kalinya kami mengeluarkan rancangan memasak! Rancangan terbaru ini dibawakan khas oleh Panglima Frozen Food.
Memperkenalkan hos terbaru kami Ahmad Imran, seorang jejaka muda yang suka memasak. Dalam episod pertama rancangan memasak ini, Imran ingin mengajar cara-cara untuk membuat masakan Udang Masak Lemak Tempoyak. Terdapat beberapa teknik memasak yang diajar dalam episod ini. Jom cuba untuk buat resipi mudah dan cepat ini dirumah.
Bahan-bahan untuk 2 orang makan:-
Satu ikat kacang panjang
4 biji cili padi
2 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
10 ekor udang sederhana besar
5 sudu santan kotak
1 sudu tempoyak
Garam secukup rasa
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan »
Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Creamy Prawns cooked with Fermented Durian
Hi guys! Finally, for the first time ever, Destinasi TV has released a cooking show series! This cooking show is brought to you by Panglima Frozen Food.
Introducing our new host Ahmad Imran, a young cook with a great personality. In this first episode, Imran wants to learn how to make Creamy Prawns with Fermented Durian dish. There are few techniques taught in this episode. Let's try this simple and quick recipe at home.
Ingredients:-
1 bunch of long beans
4 small chilis
2 inch of turmeric or turmeric powder
10 medium sized prawns
5 tbsp of coconut milk
1 tbsp fermented durian
Salt
Panglima Frozen Food also known as PFF ia a wholesale and retail shop of frozen food. There are many types of seafood and high quality meats sold there. During the Movement Control Order (MCO) period, PFF provide shipping services to any nearby areas. Book your slots now!
?Location » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Operation Hours during Movement Control Order » Monday to Saturday - 9am to 5 pm
Sunday - 9am to 1.30pm
Thanks for supporting Destinasi TV! Don’t forget to subscribe and like our video. Thanks for watching and see you guys in the next episode of cooking show..