TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 65)
Australia (II)
Interaksi saya dengan pelbagai pihak di Australia di kalangan masyarakat Islam & profesional Australia banyak memberi perspektif baru.
Mungkin kerana mereka berada di Asia, Australia tak nampak sangat macam negara Barat dari sikap & cara fikir. Lebih senang didekati. Lebih humble (hampir sama dengan Ireland).
Saya pernah ke Parlimen Victoria di Melbourne membincang isu percukaian dua kali kepada produk kewangan Islam secara murabahah. Akhirnya, kerajaan negeri Victoria (Melbourne), berbeza dengan kerajaan negeri New South Wales (Sydney) telah meluluskan perlepasan cukai ini bagi mengelak cukai dua kali.
Perbincangan di kalangan pegawai ofis percukaian & beberapa ahli parlimen mudah sahaja. Sempoi. Hanya di cafe. Apabila data & fakta jelas, terus diambil tindakan. Ini pengalaman kedua saya ke Parlimen luar negara selepas Cape Town.
Oleh kerana ekonomi Australia berasaskan perlombongan, pertanian, penternakan, pelancungan serta pendidikan, jelas sangat kerajaan Australia benar2 menjadikan sektor2 ini anak emas. Semuanya dimudahcarakan. Amat fokus. Bila saya berbincang dengan persatuan industri lembu atau iron ore, yang datang ke mesyuarat adalah semua ekosistem seperti bank, dana pelaburan awam & pensendirian, jabatan ekspot, universiti yang menjalankan kajian, pihak undang2 & juga semestinya pemain utama. Ini jarang berlaku di tempat2 lain. Ianya berlaku di Australia. Semangat bekerja sama sebagai sebuah pasukan untuk negara amat luar biasa. Mereka tidak hidup & bekerja secara terpisah (isolation).
Teori saya secara peribadi: oleh kerana mereka terasing daripada dunia, mereka dekat & intim dalam negara mereka.
Secara tidak sedar, saya sudah mendampingi beberapa rakan baru di Australia dalam bidang politik. Seronok berbincang dengan mereka di cafe2 di Sydney, Melbourne, Adelide & Brisbane tentang cara pandang mereka kepada isu2 politik & ekonomi di rantau Asia Pasifik & juga dunia. Sekolah pemikiran Australia menarik untuk dibaca selalu (disamping kajian2 kertas polisi bermutu tinggi dari Singapura).
Sebuah benua yang cukup unik & jauh. Dikhabarkan penduduk asli di sini berasal dari DNA Melayu.
MDB
Search