“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
同時也有11部Youtube影片,追蹤數超過568的網紅REEF OMAR OFFICIAL,也在其Youtube影片中提到,SENSORY Sudah sampai masanya! Kita ni bukannya masih muda, takkan nak menyewa atau duduk dengan famili seumur hidup. Come on! Kalau rasa rumah di K...
parkir 在 Aqeef Anaqi Amyramarjr Facebook 的最佳貼文
Kereta Neelofa pula buat hal dlm kompleks mahkamah Sampai Peguam kemuka aduan
parkir 在 Facebook 的最佳貼文
“KALAU ISTERI ‘TAKDE’.. SUAMI NAK CARI PENGGANTI TAK?”
Soalan ni timbul sebab tinggalkan isteri dekat parkir kereta tadi Bengah nak pergi beli minuman starbak bawa anak soleh ni sekali.. tak jauh pon. Depan kedai je tapi bahaya tu tetap akan berlaku tidak kira tempat. So.. Bengah dengan pantas pergi beli!
Bila dah sampai kereta masih tak dapat jawab lagi.. Yela, bahaya kalau nak jawab tanpa berfikir. Isteri tanya lagi.. “SUAMI JAWAB LA. SAYANG ISTERI TAK? KALAU ISTERI DAH TAKDE?”
Dia nak jawapan paksa tanpa Bengah fikir panjang Bengah pon jawab la.. “MESTI LA SAYANG ISTERI! KITA DAH ADA ANAK”
Lepastu diulang lagi.. “KALAU ISTERI DAH TAKDE?? SUAMI TINGGALKAN ISTERI TADI KALAU APA-APA TERJADI??”
Rasa macam beremosi sikit nak jawab jugak.. “SUAMI MANA YANG TAK SAYANG ISTERI? TAPI KALAU ISTERI DAH TAKDE.. KENA LA CARI PENGGANTI.” Terdiam dia Bengah cakap camtu.. lepastu Bengah sambung lagi
“NANTI SUAMI AKAN CERITAKAN KENANGAN MANIS SUAMI DAHULU DENGAN ISTERI.. TAKDE SIAPA BOLEH MENANDINGI KASIH SAYANG ISTERI.. HMM” isteri Bengah pandang dengan muka tanda soal.. ada soalan lagi tu
“HABIS TU KENAPA CARI PENGGANTI??!” dengan spontan Bengah jawab bagi mematikan soalan soalan seterusnya
“YELA NAK MEMBIAK. NAK ADA KETURUNAN KITA. LEPAS TU TAMBAH LAGI SA…” belum sempat habis cakap dah kena debik manja isteri 🤣 dia yang tanya mintak jawapan lepastu marah suami? HAHAHA!
Takde masa aku nak cari yang lain. Dengan jaman now PKP bersambung lagi ni! Nak keluar kesana kesini pon susah? Inikan pula nak cari lain? Kahwin lain? Bersyukur la Bidadari yang satu ni.. ☺️ Habis la aktiviti bawa anak isteri pergi berjalan harini.. esok PKP oi!
Esok ni tak tahu nak gaduh ngan siapa.. anak ke isteri? Tak tahu nak gaduh apa 😅 begitulah kehidupan…
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak
#SayaSayangIsteriSaya
parkir 在 REEF OMAR OFFICIAL Youtube 的精選貼文
SENSORY
Sudah sampai masanya!
Kita ni bukannya masih muda, takkan nak menyewa atau duduk dengan famili seumur hidup. Come on!
Kalau rasa rumah di KL mahal, apa kata anda tinjau Sensory Residence Southville City! Jarak dengan KL tak sampai 30 minit dan harga yang ditawarkan bermula daripada RM389k sahaja! Mana nak dapat serviced apartment dengan harga begini dekat Lembah Klang sekarang?
Bestnya beli rumah di Sensory Residence Southville City ini adalah:
➡️Pegangan Bebas
➡️Deposit cuma RM20
➡️43 fasiliti termasuk kolam renang
➡️Partially Finished
➡️Ada promosi Maybank HouzKey
➡️2 parkir setiap unit
Kalau anda sedang mencari rumah tu bolehlah intai-intai kejiranan di Sensory Southville City ini. Mana tahu boleh jadi jiran saya! ?
Hubungi 03-92120199 untuk info lanjut.
#MahSing
#SouthvilleCity
#Sensory
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/8VuWTk2UIz8/hqdefault.jpg)
parkir 在 70cleam Youtube 的精選貼文
メルちゃんと警察ごっこをして遊びました。駐車違反をした車を注意しました。
キツネさんがラーメン屋さんでお金を払わずに帰っってしまったので
警察署にきてもらいました。楽しくおままごと遊びができました。
チャンネル登録お願いします。
Please subscribe
Other videos
ふわふわ プリンセス馬車 警察ごっこ おまわりさん メルちゃん / Mell-chan Doll and Princess Carriage | Police car Play Tent
https://youtu.be/b41bGFOGNjE
メルちゃん ドキドキはじめてのお留守番 / Mell-chan Doll First Time Home Alone! with Playhouse
https://youtu.be/iJsM7g1UR5Y
メルちゃん かくれんぼ ダンボールの中 宅配便で運ばれる / Mell-chan Hide and Seek in Cardboard Box
https://youtu.be/oDnc72h-rs8
メルちゃん レンガのおうち ダンボールレンガ作り / DIY Playhouse Makeover Brick House
https://youtu.be/SR7f3O0EkwM
メルちゃん ラーメン屋さん おままごと料理 / Ramen Noodles Cooking Toy Playset with Mell-chan Doll
https://youtu.be/VDqQ_33bsgU
Translation and subtitling welcome!
#メルちゃん #警察ごっこ #駐車禁止
Tik Tok
http://vt.tiktok.com/d1tR3n/
インスタグラム
https://www.instagram.com/70cleam/
ツイッター Twitter
https://twitter.com/70cleam
70cleamのグッズ
ショップのURL
https://muuu.com/users/105db354f88f9514
おうえんメッセージ等の送り先 ↓
〒107-6228東京都港区赤坂9-7-1
ミッドタウン・タワー 28階
UUUM株式会社 70cleam宛
お人形遊び、おもちゃ遊びの70cleam(70クリーム)チャンネル。
幼児・子供向けのかわいい人形・かわいいおもちゃを紹介して
います♪ メルちゃん、ぽぽちゃん、ハローキティ、リカちゃん、
バービーや、赤ちゃんの人形、Baby Dollなどかわいいおもちゃが
いっぱいです。楽しんでもらえたら嬉しいです。
Hi, welcome to 70cleam Channel.
Thank you for visiting and watching our videos.
This channel is a cute toys and dolls play channel with videos featuring famous characters such as Mell-Chan, Popo-Chan, Hello Kitty, Licca-Chan, Barbie-doll and more!
Please subscribe, press the like button, and leave the comment, if you enjoy our videos. Also, if you speak Japanese, you can also help us add subtitles! Just click the cogwheel icon on the video display and select the "add subtitles" option to add your own line-by-line text and help our channel reach even more fans!
Please send me a fan letter here :slightly_smiling_face:
6-10-1 Roppongi Minato-Ku Roppongi Hills Mori Building 37F 106-6137
UUUM Co.,Ltd 70cleam
------------------------------------------------------------------------------
楽曲提供:Production Music by http://www.epidemicsound.com
------------------------------------------------------------------------------
素材提供 PIXTA
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/qo3VlAbaIAY/hqdefault.jpg)
parkir 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
The Nasi Kandar Show kini kembali bersama hos terbaru Destinasi TV, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar akan mencuba pelbagai Nasi Kandar di Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.
Dalam episod ini, kami sempat singgah ke Kampung Pandan untuk mencuba hidangan special Nasi Kandar disini iaitu Kari Kepala Ikan. Bermula dengan hanya berniaga digerai tepi jalan, kini Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan bertapak di tengah-tengah Kampung Pandan dan mempunyai ruangan makan dan parkir yang luas. Idea Kari Kepala Ikan secara tidak sengaja dimana pada tahun 70an, ikan dimakan tanpa kepala. Tapi sekarang, Kari Kepala Ikan telah menjadi satu menu utama pada sesetengah pelanggan.
Kalau anda sendiri penah try makan di Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan, tulis rating yang anda nak bagi diruangkan komen dibawah. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.
?Lokasi » Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan
Lot 149, Jalan Thaver Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
? https://g.page/rkpandan?share
☎️ 03-92845837 » Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7 pagi hingga 10 malam
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/BG2DVU83xeM/hqdefault.jpg)