Kuala Lumpur, 18 April - Duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki dan kerjasama syarikat perkhidmatan prabayar, Tune Talk melancarkan kad prabayar 'Freedom For Palestine' (Bebaskan Palestin) sebagai usaha berterusan jangka panjang untuk membantu kemenangan rakyat Palestin.
Konsep yang mudah iaitu 'Guna & Derma', pengguna Sim Kad ini hanya perlu menambah nilai sebanyak RM30 sebulan dan secara automatik RM3 akan disumbangkan kepada tabung Palestin Aqsa Syarif tanpa pengurangan nilai kredit pra-bayar. Hal ini bermakna, RM30 pembelian kemudian RM3 menderma tetapi RM30 kekal untuk penggunaan.
Afdlin Shauki juga berkata, "Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang berminat untuk memberi pendekatan terhadap projek amal ini". "Saya amat berbesar hati atas kerjasama ini dan berharap agar orang ramai mengambil peluang ini untuk menyumbang kepada rakyat Palestin", Afdlin menambah. "Sim kad bebaskan Palestin ini adalah projek pertama Tune Talk dalam usaha menderma dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin.
Sebagai syarikat perkhidmatan pra-bayar dengan kadar terendah di Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari usaha murni Afdlin Shauki", kata Jason Lo, Ketua Pegawai Operasi Tune Talk. Turut hadir di sidang akhbar ini adalah Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr. Tahir Abd Rahman dan Pengurus Besar Aqsa Syarif, En. Kamarul Zaman Shaharul Anwar.
"Setakat ini kami menyasarkan sebanyak 100, 000 pengguna yang akan membeli kad ini dalam masa sebulan. Sekiranya sasaran ini berjaya, sumbangan sebanyak RM300, 000 sebulan dapat diberikan kepada rakyat Palestin", ujar Jason.
Sim Kad Bebaskan Palestin boleh didapati dari syarikat Afdlin Shauki, Vision Works dan Aqsa Syarif Berhad yang mempunyai cawangan di 14 buah negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
------------------------------------------------------------------
FAQ
1. Bagaimana kalau saya tidak menambah nilai RM30?
Tiada sumbangan untuk bulan tersebut. Selagi Freedom SIM anda aktif, anda boleh terus menderma dengan menambah nilai sehingga mencecah RM30 untuk bulan-bulan berikutnya.
2. Bolehkah saya mengekalkan nombor lama dari rangkaian lain dan menggunakan TuneTalk Freedom SIM?
Ya, boleh. Sebaik sahaja anda membeli sim ini, hubungi 010-777 7112. untuk memulakan proses pertukaran rangkaian (port in)
3. Jika saya pelanggan TuneTalk sedia ada, bolehkah saya menderma kepada Tabung Palestin tanpa sim kad ini?
Tidak boleh. Anda perlu mendapatkan sim ini untuk menderma. Anda tidak boleh memindah talian Tune Talk anda sedia ada ke SIM khas Tune Talk Freedom.
4. Jika saya mempunyai isu dengan Tunetalk Freedom SIM saya, dengan siapa saya perlu hubungi untuk bantuan?
Hubungi 13100 atau 03-7949 0000 untuk bantuan.
5. Jika saya mempunyai sebarang soalan mengenai sumbangan Tabung Palestin, siapakah yang yang perlu saya hubungi?
Anda boleh hubungi Visionworks, yang menguruskan derma kepada Tabung Palestin, 03-4143 5097
------------------------------------------------------------------
Tune Talk:
Facebook: https://www.facebook.com/tunetalk?ref=ts&fref=ts
Twitter: https://twitter.com/tunetalk
Website: http://www.tunetalk.com/my/
Afdlin Shauki:
Facebook: https://www.facebook.com/afdlinshauki?fref=ts
https://www.facebook.com/victorysimcards?fref=ts
Twitter: https://twitter.com/afdlinshauki
VisionWorks:
https://www.facebook.com/pages/Vision-Works-M-Sdn-Bhd/108453225857651
Berita lanjut:
1. http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp…
2. http://galaksi-media.com/semasa-tune-talk-afdlin-shauki-la…/
Gambar:
https://www.facebook.com/media/set/…
Search