Sejarah Tarian Naga Dan Tarian Singa
Tahun Baru Cina seolah-oleh tidak akan lengkap tanpa tarian naga mahupun tarian singa. Di Malaysia, tarian singa lebih popular.
Bermulanya Tarian Naga
Menurut lagenda, naga adalah seekor haiwan sakti yang bertanggungjawab menurunkan hujan dan kebiasaannya tarian naga ini akan berlangsung sepanjang perayaan Tahun Baru Cina sebagai doa bagi mendapat hujan sepanjang tahun.
Disebalik tarian ini terdapat kisah yang dikatakan pada zaman dahulu dalam sebuah kota masyarakat hidup dengan aman dan memiliki tanah yang subur. Pada suatu hari, berlaku bencana secara tiba-tiba, langit menurunkan hujan tidak henti-henti. Berlaku banjir besar dan telah memusnahkan harta benda di kota itu. Tetapi anehnya, hujan dan bencana itu hanya berlaku di dalam kota itu sahaja manakala di luar kota pula kemarau kering kontang. Di luar kota itu terdapat sebuah gunung yang didiami oleh seekor naga yang baik hati yang dikenali sebagai naga Hijau.
Naga Hijau itu merasakan ada yang tidak kena mengenai kejadian bencana ini. Lalu ia terbang ke langit ke tempat Maharaja Jed (Yu Huang Da Di). Naga Hijau berjumpa dengan dewi-dewi di langit lalu dewi itu mengkhabarkan Maharaja Jed mabuk dan sambil mencoret buku catatan hujan. Lalu Naga Hijau pergi menghadap Maharaja Jed untuk mendapat kepastian.
Didapati Maharaja Jed masih lagi tidak sedar dari mabuknya dan dia sedang tidur. Lalu Naga Hijau memeriksa buku catatan hujan di dalam istana Maharaja Jed lalu terdapat kesalahan tulisan di dalam buku itu dan mengakibatkan banjir di kota dan kemarau di luar kota tersebut. Demikian itu, naga Hijau memperbaiki kesalahan di dalam buku catatan hujan tersebut. Akhirnya keadaan mula stabil kembali.
Akan tetapi, Maharaja Jed menyedari ada orang yang mengubah buku catatan hujan itu. Dia sangat marah dan mahu menghukum naga Hijau. Lalu Maharaja Jed menghantar utusannya untuk menghukum naga Hijau itu. Lalu kedua-duanya bertarung dan didapati naga itu kalah dan cedera parah.
Disebabkan itu masyarakat Cina mula memperingati jasa naga Hijau pada hari ke 15 tahun baru cina ia diraikan. Oleh itu setiap kali tahun baru, masyarakat cina akan membuat patung naga lalu mengelilingi kampung bagi merai jasa naga tersebut.
Bermulanya Tarian Singa
Sejarah tarian singa memiliki banyak versi. Salah satunya dikatakan pada zaman dinasti Han Timur, Kerajaan Tokhara (di persempadanan India dan Parsi) menghadiahkan seekor haiwan buas kepada kerajaan Han. Ia berkepala dan mulut besar, berbulu emas. Ia adalah haiwan kuno yang hanya dimiliki oleh kerajaan Tokhara sahaja. Selain buas, berbulu emas, ia juga dijuluki sebagai raja hutan iaitu Singa Berbulu Emas. Diceritakan wakil dari Tokhara meminta untuk Maharaja Cina mencari seseorang yang berbakat mencari jalan untuk menjinakkan singa itu agar rakyat Tokhara tidak diterkam olehnya lagi. Lalu wakil dari Tokhara berjanji akan datang pada tahun berikutnya yakni pada 15 haribulan pertama untuk melihat hasilnya. Jika berjaya dijinakkan maka kerajaan Tokhara akan memberi ufti setiap tahun, tetapi sekiranya gagal hubungan kedua kerajaan ini akan terhenti pada saat itu sahaja. Lalu Maharaja bersetuju di atas taruhan itu.
Setelah itu, dibuat pengumunan untuk mencari siapakah orang yang dapat menjinakkan singa yang ganas itu. Hari demi hari rakyat jelata mencuba nasib untuk menjinakkanya tetapi hasilnya tidak ada seorang pun berjaya. Sehingga pada suatu hari datang seorang pakar penjinak binatang yang menawarkan untuk menjinakkan singa tersebut. Lalu diberi kepercayaan kepadanya.
Dia menggunakan daging digantung di sebatang kayu lalu diacu ke singa. Akhirnya singa itu terkam kepadanya dan disebabkan ingin menyelamatkan nyawanya maka para pengawal istana memukul singa itu sehingga mati. Maharaja sangat marah diatas perbuatan pengawalnya lalu menjatuhkan hukuman mati kepada para pengawalnya kerana nilai seekor singa itu sangat penting untuk hubungan antara negaranya dengan Tokhara. Malah dengan berita ini mungkin boleh mencetuskan peperangan antara mereka.
Pada saat itu salah seorang pengawal merayu kepada Maharaja dan memberi idea bahawa dia dapat pulihkan situasi ini malah dapat menjinakkan singa itu sebelum hadirnya perutusan dari Tokhara pada hari yang dijanjikan. Lalu dia menyuruh untuk dibuat pakaian kostum seperti singa berbulu emas beserta topeng kepala singa yang besar untuk mereka memakainya.
Bila tiba 15 haribulan satu yang mana hari yang dijanjikan. Maka mereka mula membuat tarian singa sempena mereka dapat menjinakkan singa itu walhal di dalam kostum itu adalah para pengawal yang melakonkan menjadi singa. Wakil Tokhara kagum dengan persembahan itu lalu setelah itu hubungan kedua-dua negara ini menjadi baik. Dari situlah tradisi tarian singa beserta kostum singa dijadikan tradisi.
Dalam versi lain pula menyebut pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung di negara China, tarian singa ini dimainkan untuk menakutkan raksasa yang dipercayai keluar untuk merosakkan dan memudaratkan manusia serta tanaman. Akhirnya, raksasa itu berlari pergi dari kawasan yang diganggunya kerana takutkan singa yang bertopengkan kostum tersebut. Oleh sebab itu, masyarakat di sana percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh mendatangkan tuah.
Begitulah versi-versi kewujudan tarian singa ini. Setelah itu tarian singa mula diinovasi dengan beberapa kepercayaan lain. Sehingga hari ini wujud tarian singa disertakan dengan kepercayaan menghalau roh-roh jahat dan membawa tuah. Ia dilakukan ketika pembukaan kedai dan seumpamanya.
Kesimpulan
Tarian naga dan singa merupakan dua mitos yang berlainan. Malah tradisi dan kepercayaan di sebalik tarian itu juga berbeza. Apa yang menarik tentang tarian di dalam masyarakat Cina tidak sama dengan tarian di dalam tradisi alam Melayu seperti tarian Zapin, Kuda Kepang, Ulek Mayang, Main Teri (Kelantan) kerana unsur-unsur tarian alam Melayu kebiasaannya memiliki pemujaan dan juga ada istilah ‘naik angin’ seperti dirasuk. Berbeza dengan tarian singa dan naga yang bersih daripada jampi serapah, kemenyan, rasukan dan seumpamanya.
Akan tetapi akhir-akhir ini, tarian singa sudah dipalitkan dengan kepercayaan menghalau sial dan roh jahat. Sehingga wujud unsur-unsur ritual keagamaan. Walhal dalam sejarah dan lagenda awal, tarian singa tidak melibatkan dengan keagamaan. Berlainan dengan tarian naga yang dipalitkan dengan mitos di dalam Taoisme dan juga dewa-dewi dalam kepercayaan masyarakat Cina.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
「pakaian zapin」的推薦目錄:
- 關於pakaian zapin 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於pakaian zapin 在 Tarian Zapin | Cultural dance, Satun, Southeast asia 的評價
- 關於pakaian zapin 在 马来舞蹈~Tarian Zapin Melayu - YouTube 的評價
- 關於pakaian zapin 在 Tarian Zapin - YouTube 的評價
- 關於pakaian zapin 在 Tarian Zapin - Facebook 的評價
- 關於pakaian zapin 在 BM CARNIVAL 2019 | Tarian Zapin - 2S | By SRSP 博恩私立小学 的評價
pakaian zapin 在 马来舞蹈~Tarian Zapin Melayu - YouTube 的美食出口停車場
珍排舞团Zhen Line DanceAlor Setar , KedahMalaysia城市花园早班每逢星期日7.00-8.30am星期三7.00-8.30amZapin Melayu马来西亚民间舞蹈音乐: Lesti ... ... <看更多>
pakaian zapin 在 Tarian Zapin - YouTube 的美食出口停車場
Tap to unmute. Your browser can't play this video. Learn more. All hands on deck. Open App. Tarian Zapin. 1 view · 8 minutes ago ...more ... ... <看更多>
pakaian zapin 在 Tarian Zapin | Cultural dance, Satun, Southeast asia 的美食出口停車場
Tarian Zapin Satun, Cultural Dance, Belitung, Yala, Dance Art, Borneo,. More like this. Prachya Opoop. 40 followers. Satun. Photo by. varell18_constantine. ... <看更多>