Bagi mereka yang selalu tanyakan asal-usul sepet ni…. yer…. ayah asalnya orang Hakka…ni abg brian payungkan resipi tradisi yang mane di-halalkan
#AbangBrianCooks
NASI KACANG PANJANG
Bahan A
* 8 bawang merah, dihiris nipis
* 3 ulas bawang putih, dicincang
* 20g udang kering, direndam air panas
Bahan B
* 8 cendawan shitake segar, dihiris kasar
* 250g daging ayam cincang
Bahan C
* 200 g kacang panjang, dipotong 2 inci
* 1 lobak merah, dipotong 1 inci
* 3 pot beras
* 500 ml air
Bahan D
* 1½ sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu kecil minyak bijian
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu kecil gula perang
*
* 1 sudu kecil serbuk kari ikan
1. Dalam rice cooker/ pressure cooker, tumiskan bahan A sehingga bau naik.
2. Masukkan Bahan B dan masak sehingga ayam cincang kekeringan.
3. Masukkan bahan D dan gaul mesra.
4. Masukkan Bahan C dan gaul mesra. Masak nasi seperti biasa. ( Gunakan fungsi “rice” pada pressure cooker atau “white rice” pada periuk nasi elektrik)
#tipsAbangBrian
-kalo menggunakan cendawan shitake kering, rendamkan untuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga cukup lembut
- kalo masak dalam periuk biasa (bukan periuk nasi elektrik/ pressure cooker), di langkah 4, panaskan sehingga mendidih dan biar mereneh atas api sederhana sehingga beras masak.
#longbeanrice #nasikacangpanjang #nasi #beras #longbeans #kacangpanjang #hakka #hakkadishes #malaysianfood #malaysianrecipes #asianrecipes #recipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #resipi
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
nasikacangpanjang 在 Nasi Goreng Kacang Panjang - Pinterest 的美食出口停車場
Nasi Goreng Kacang Panjang (Fried Rice with Long Beans, Chili, Anchovies) Long. bel8868. Bella Natasya. 47 pengikut. Informasi lainnya. ... <看更多>