KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.
Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Buat korang yang dah buntu nak masak lauk apa untuk lunch and dinner, boleh lah cuba resepi ni. Lagi-lagi resepi yang ke-3 tu, memang pasti pikat sele...
「nasi telur mentega」的推薦目錄:
- 關於nasi telur mentega 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於nasi telur mentega 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於nasi telur mentega 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於nasi telur mentega 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於nasi telur mentega 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於nasi telur mentega 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
nasi telur mentega 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Resepi Puding Pisang Bersos Karamel
Bahan-bahan :
● 2 sudu besar gula merah dan tambah 1/2 cawan gula merah diasingkan.
● 1 biji pisang yang dihiris halus dan tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek.
● 1 biji telur dan dipukul sedikit
● 30g mentega yang dicairkan dan tambah 60g mentega yang diasingkan
● 2 sudu besar susu
● 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
● 1 cawan tepung penaik
Bahan-bahan sos karamel :
● 300ml krim
● 80g mentega
● 1/2 cawan gula merah
Cara-cara membuat puding :
1. Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi.
2. Selepas itu, tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tadi.
3. Kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan.
4. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang ditabur dan letakkan ke tepi.
5. Campurkan mentega yang dicairkan dan gula merah telah diasingkan, serbuk kayu manis, telur, pisang telah dilenyek dan susu ke dalam mangkuk.
6. Tapis tepung dan campurkan ke dalam adunan tersebut.
7. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi
8. Ratakan permukaan adunan dahulu dan masak dalam masa 5 minit. Apabila, psriuk nasi telah ke mod 'warm' rehatkan ia untuk 10 minit
9. Masa sama, masak puding dalam 10 minit
10. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak.
11. Jika sudah masak, terbalikkan puding ke atas pinggan & buang kertas pembakar.
Untuk membuat sos karamel :
1. Masukkan krim, mentega dan gula merah ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih.
2. Masak dan kacau selama 5 minit.
3. Masukan sos yang dimasak ke dapam jag kalis haba.
4. Sedia untung hidang. Potong puding pisang dan tuangkan sos karamel ke atas puding tersebut.
nasi telur mentega 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Nuget Buatan Sendiri Lebih Enak
Bila buat sendiri, rasa puas hati kerana kita tahu setiap ramuan yang kita masukkan di dalamnya.
Tahu Semua Isi Kandungannya
Kata orang, versi lebih sihat lah kan? Cara nak membuatnya pun mudah je. Bahan pun tak banyak.
Hujung minggu ni bolehlah buat nuget ala tempura ni dan simpan untuk stok anak-anak. Tak perlu lagi beli yang frozen di luar. Rasanya gerenti lebih sedap sebab kita buat fresh, terus goreng.
Jom tinjau Resipi Nuget Homemade Ala Tempura ini. Selamat mencuba!
Resipi Nuget Tempura Homemade
Bahan bahan:
3 keping isi ayam bahagian dada
2 biji telur
1/2 labu bawang merah besar (bawang kecil pun boleh)
3-4 ulas bawang putih
5 sudu kecil tepung ubi
Sedikit tepung serba guna (saya guna tepung bestari)
Sedikit mentega
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng
* Untuk baby tak perlu letak garam dan lada hitam, boleh tambah sayur seperti lobak merah, brokoli dan lain lain. Tambah nasi pun boleh.
Cara memasak:
Nuget Tempura Homemade, Sedap Ya Amat!
Potong semua bahan,satukan di dalam blender dan kisar hancur. Kecuali tepung serba guna dan mentega.
Nuget Tempura Homemade, Sedap Ya Amat!Masukkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang disapu mentega untuk mengelakkan ia lekat. Kukus selama 30 minit atau tunggu sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dan tunggu sejuk sebelum dipotong mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.
Nuget Tempura Homemade, Sedap Ya Amat!
Bancuh tepung serba guna dengan sedikit air masak. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair. Celup nuget ke dalam bancuhan tepung tadi. Kemudian goreng atau grill sehingga warna kekuningan.
NugetTempura Homemade, Sedap Ya Amat!Ada dua cara sebenarnya. Boleh juga golek dalam serbuk roti sebelum goreng. Ikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba! Kiri dengan serbuk roti. Kanan tanpa serbuk roti. Menggunakan adunan yang sama tadi. Selamat mencuba!!
Sumber: MingguanWanita
nasi telur mentega 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Buat korang yang dah buntu nak masak lauk apa untuk lunch and dinner, boleh lah cuba resepi ni. Lagi-lagi resepi yang ke-3 tu, memang pasti pikat selera korang!
Bagi korang yang tak tahu nak masak apa korang boleh lahh refer resepi di link ni ?
1. Resepi Ikan Siakap Stim Limau : https://youtu.be/rPdxQOKAygg
2. Resepi Ayam Sambal Hijau Balado Pedas : https://youtu.be/_QapjB2VRnw
3. Resepi Udang Mentega Telur Masin Terlajak Sedap : https://youtu.be/g_yUeiTMbSQ
4. Resepi Ayam Bakar Madu & Kuah Pedas : https://youtu.be/3Te0VzNC2Xk
5. Resepi Kari Ayam Pekat Lazat : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #menulunch #menudinner #resepiikansiakap #resepikariayam #resepiayambakar #resepiudangbutter #saltedegg #prawnsaltedegg #resepiayambalado #resepiayamsambalhijau #resepi #TikTokChef #TikTokGuru
#kisahdunia #rasaflix
nasi telur mentega 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Dapatkan bahan mentah segar dan beku anda di PFF Frozen Food Distributor.
Mereka menyediakan penghantaran percuma dengan pembelian bernilai RM 100 dan ke atas. https://shopee.com.my/pff.food
Bahan-bahan:-
Sotong 10 ekor
Telur 1 biji
Keju Cheddar 3 Keping
Susu Segar 200 ml
Tepung Goreng Serbaguna 180g
Bawang Besar 1/2 biji
Gula
Garam
Lada Hitam
Mentega
Minyak
Cara-cara penyediaan sotong tepung:-
Bersihkan sotong dan potong sotong dengan ketebalan lebih kurang 1 inci.
Pecahkan satu biji telur dan kacau sebati.
Celupkan sotong ke dalam telur dan salutkan sotong dengan tepung goreng serbaguna.
Panaskan kuali bersama minyak masak. Masukkan sotong yang bersalut tepung ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga sotong bertukar ke warna kuning keemasan.
Angkat sotong tepung dan tos lebihan minyak. Hidang sotong tepung ke atas pinggan.
Cara-cara penyediaan butter cheese:-
Potong kiub separuh bawang besar.
Panaskan kuali bersama sedikit minyak masak dan mentega.
Masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan susu segar dan kacau sebati.
Letak keju cheddar, gula, garam dan lada hitam. Kacau sehingga semua bahan sebati didalam kuah.
Tuang kuah butter cheese keatas sotong tepung tadi.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
nasi telur mentega 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Menangi satu set Starter Kit AYA Food dengan hanya perlu Like Video Ini, Subscribe Destinasi TV dan Kongsikan makanan kegemaran anda ketika waktu sahur diruangan komen. Seorang pemenang bertuah akan kami pilih pada episod seterusnya pada hari Jumaat ini!
? Promosi Ramadhan Aya Real Food (www.ayarealfood.com)
? Kita Jaga Kita Packs (3 mini packs) for only RM30
? Stay at Home Packs (1 large pack and 2 mini packs) for only RM50
? Starter Kit (all 4 flavours) for only RM19.90
? Shopee(https://shopee.com.my/ayarealfood)
? Lazada(https://www.lazada.com.my/shop/aya-real-food/?spm=a2o4k.pdp.seller.1.17275d5frHIRG2&itemId=433928601&channelSource=pdp)
Starterkit (4 flavours) for RM19.90
Ramadan Kita Packs (140g) for only RM5 per pack
??♂️ Selamat Datang ke rancangan terbaru Mat Salleh Masak Sahur. Ramai sangat yang comment cakap nak tengok Rhys masuk dapur dan masak kan? Jom tengok macam mana Rhys masak Nasi Goreng Karashi Bilis, resipi sahur yang simple dan sangat mudah untuk dibuat. Tak sampai 10minit pun nak masak Nasi Goreng ni!
Bahan-bahan untuk hidangan 2 orang makan:-
✅ 2 sudu mentega
✅ 5 ulas bawang kecil
✅ 2 ulas bawang putih
✅ 4 tangkai cili padi
✅ 2 biji telur
✅ 1 pinggan nasi putih
✅ 1 mangkuk sayur
Cara-caranya:-
1. Tumbuk kasar bawang kecil, bawang putih dan cili padi.
2. Panaskan kuali bersama mentega.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kasar. Bila dah naik bau, pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Masukkan satu bungkus pek mini Karashi Bilis dan gaul bersama nasi putih.
5. Akhir sekali, masukkan sayur (mixed vege)
Beli AYA Real Food secara online:-
Official Website » https://ayarealfood.com
Lazada » https://www.lazada.com.my/shop/aya-real-food/
Shopee » https://shopee.com.my/ayarealfood
Follow Social Media AYA Real Food:-
Facebook : https://www.facebook.com/ayarealfood/
Instagram : https://www.instagram.com/ayarealfood/
Kesemua produk AYA Real Food ini dicipta khas dengan menggunakan bahan semula jadi yang tidak mengandungi MSG, tiada bahan pengawet dan tiada warna tiruan. Produk AYA Real Food dapat membuatkan anda menyediakan makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga dalam hanya beberapa minit sahaja.
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..