NASI DAGANG EKSPRES HABANG STAIL🍛🐟🥒🍍🥕🍅
(3 jenis beras😄)
BAHAN NASI DAGANG
2 cawan beras basmathi *rendam semalaman sebaiknya
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
*Boleh juga kalau nak kurangkan/lebihkan
Halia dihiris *jumlah ikutlah selera
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa secukupnya
*Ikut jumlah cawan beras
*kalau nampak nasi macam kurang masak boleh je tambahkan santan kelapa.
CARANYA
1.Basuh semua beras,masukkan semua ke dalam periuk.
2.Campurkan 1 kotak santan dgn air.Sukat santan ikut jumlah beras dan kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.*Saya lebihkan sedikit santan biar berminyak/berkilat sedikit nasi dagang.
3.Masukkan hirisan bawang dan halia serta ketumbar.Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL(ikan tongkol ayer hitam)
1 ekor ikan tongkol,dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam.Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap🌹mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap🌹mawar
1 btg kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan *ikut selera
Cili kisar ikut tahap kepedasan masing-masing
Bawang besar,halia dan bawang putih dikisar
Lengkuas dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya
Sedikit kerisik *saya suka lebihkan
Garam secukup rasa
Minyak masak
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus
CARANYA
1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak.Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
2.Masukkan semua rempah,gaul rata.Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan.Biarkan sampai mendidih.
3.Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan.Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka,tomato/belimbing buluh dan cili.Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak.*Paling sedap biarkan gulai semalaman atau beberapa jam untuk mendapatkan kuah yg lebih sedap dan cantik.
ACAR
Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
❤️ Niatlah memasak kerana Allah ta'ala,in sha Allah dipermudahkan,beroleh keberkatan memberi orang makan dengan ikhlas.Pahala dapat,nasi dagang pun dapat.
同時也有16部Youtube影片,追蹤數超過3,800的網紅Dapur Chef Zam,也在其Youtube影片中提到,Nasi Dagang Terengganu 3 cawan beras basmati 3/4 cawan beras pulut 2 cawan santan cair/air 1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula 2 h...
「nasi kuah telur」的推薦目錄:
nasi kuah telur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Nasi Ganja
Bahan-bahan:
3 cawan beras bashmati - cuci bersih, rendam 30 minit, toskan
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 biji bawang putih - hiris*
1 biji bawang besar - hiris*
1 inci halia - hiris*
3 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 bungkus kecil serbuk rempah Sup Adabi*
beberapa titis pewarna kuning telur
6 sudu besar sos cili
garam secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair/panas.
2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.
4. Tambahkan garam secukupnya.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api. Biar nasi tanak lebih kurang 5 - 7 minit (nampak wap2 keluar dari tudung periuk). Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.
Untuk Ayam Goreng
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk paprika
1 sk serbuk lada hitam
3 tangkai daun kari dimayang
3 sb tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan kisar:
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
5 inci halia
4 batang serai
Cara:
1. Perap kesemua bahan kecuali minyak.
2. Setelah memerap lebih kurang 30 minit, bolehlah goreng ayam tadi dengan menggunakan api sederhana panas supaya masak sekata.
Kuah Kari Ummi
Bahan-bahan:
4 sb bungkus kecil rempah kari ayam + kari ikan
1 sb serbuk cili
Bahan tumbuk/hiris - tumisan
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
3 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3 cm
Terung
Lobak merah - potong panjang 2 inci
garam
1 sk pati asam jawa
4 cawan santan cair atau air kosong
Kaki ayam dan bahagian2 tulang dan lehernya (optional)
3 tangka
Kredit:empunya resepi
#bestmalaysiafoodviral
nasi kuah telur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Nak buat nasi beriani. Tapi minyak sapi, rempah beriani semua tak ada. Malas nak keluar beli. Cikgu guna je bahan apa ada kat dapur. Dari nasi beriani jadilah nasi wangi namanya. Makan dengan kerutuk ayam pencen. Fuhh berpeluh sedap.
Makan dua kali tambah nasi cikgu semalam. Tak jadi-jadi diet.
Jom siapa nak cuba resepi ringkasnya.
Resepi Nasi Wangi
Tumis sekejap bahan di bawah dalam kuali;
- 1 senduk kecil marjerin Pelangi
- 1/2 sudu besar rempah kari
- sebatang kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- sebatang serai
- 2 helai daun pandan simpul
1. Basuh beras basmathi ekstra panjang 2 pot.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Tuangkan bahan tumisan tadi. Masak nasi seperti biasa.
4. Selepas nasi mengering, masukkan setitik dua air bancuhan pewarna kuning telur di atas bahagian nasi beberapa tempat.
5. Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan-lahan untuk elakkan bijinya patah.
Memang wangi bau nasi ini.
Sedia untuk dimakan bersama dengan kuah kerutuk lazat selepas ni.
Kalau ramai berminat nak tahu resepi kerutuk konpem jadi tu bagitahu suka ya. Nanti cikgu kongsi rahsia kesedapannya.
Kredit: Afy AL Habibi
nasi kuah telur 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最讚貼文
Nasi Dagang Terengganu
3 cawan beras basmati
3/4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair/air
1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula
2 helai daun pandan disimpul
6 ulas bawang merah )
1 inci halia. ) dimayang
1 1/2 sudu kecil halba
*beras basmathi dan beras pulut dicampur, dicuci & direndam 2-3 jam
*kukus beras serta daun pandan selama 8 minit
*keluarkan nasi tadi dari pengukus setelah 30minit letak dlm besen. Masukkan santan cair ..kacau perlahan2 dan biarkan santan meresap dlm nasi tadi. Kukus semula hingga masak.
*Masukkan nasi dalam besen , gaulkan santan pekat, taburkan campuran bawang merah, halia & halba. Gaul hingga sebati.
Kuah Gulai Ikan Tongkol
2 kg ikan tongkol di potong mengikut saiz kesukaan
3/4 keping asam gelugur
Sedikit gula Melaka
garam
air secukupnya
Renihkan semuanya selama 1-2 jam atas api perlahan
Gulai:
2 biji bawang besar sederhana saiznya*
3 ulas bawang putih*
cili kisar (ikut kepedasan)
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang
1 sudu kecik kerisek
sedikit belacan*
santan pekat
1/2 cawan minyak masak
gula melaka dan garam
air rebusan ikan tadi
panaskan minyak, masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...kisar bahan bertanda * hingga halus dan tumiskan dlm periuk tadi dgn api perlahan dan masukkan rempah gulai hingga garing & pecah minyak. Masukkan air rebusan ikan tadi, santan pekat & renihkan hingga sedikit pekat. Masukkan ikan tonkol rebus & sesuaikan rasanya dengan garam & gula Melaka. Hidangkan bersama telur rebus & jelatah.
*tips..kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan...
nasi kuah telur 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Buat korang yang dah buntu nak masak lauk apa untuk lunch and dinner, boleh lah cuba resepi ni. Lagi-lagi resepi yang ke-3 tu, memang pasti pikat selera korang!
Bagi korang yang tak tahu nak masak apa korang boleh lahh refer resepi di link ni ?
1. Resepi Ikan Siakap Stim Limau : https://youtu.be/rPdxQOKAygg
2. Resepi Ayam Sambal Hijau Balado Pedas : https://youtu.be/_QapjB2VRnw
3. Resepi Udang Mentega Telur Masin Terlajak Sedap : https://youtu.be/g_yUeiTMbSQ
4. Resepi Ayam Bakar Madu & Kuah Pedas : https://youtu.be/3Te0VzNC2Xk
5. Resepi Kari Ayam Pekat Lazat : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #menulunch #menudinner #resepiikansiakap #resepikariayam #resepiayambakar #resepiudangbutter #saltedegg #prawnsaltedegg #resepiayambalado #resepiayamsambalhijau #resepi #TikTokChef #TikTokGuru
#kisahdunia #rasaflix
nasi kuah telur 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Kalau korang dah buntu nak masak apa lagi untuk keluarga di rumah, apa kata buat masakan ayam lemon madu ni. Kerangupan ketulan ayam bersama sos gabungan lemon dan madu memang ‘terangkat’ bila dilawankan dengan nasi panas. Jom cuba buat !
Resepi Ayam Lemon Madu Rangup, Rasa Masam-Masam Manis Yang Memikat Hati
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Ayam Lemon Madu
Bahan-bahan (Perapan)
2 bahagian dada ayam (dihiris)
1 sk garam
1 sk lada hitam
2 sb tepung jagung
1 biji telur
1 cwn tepung jagung (coating)
3 sb kicap cair
minyak masak (secukupnya)
Bahan-bahan (Kuah)
2 biji lemon (diparut kulit & diperah jus)
2 sk tepung jagung
2 sk tepung kastard
3 sk gula
2 sb madu
1/2 cwn air panas
Cara memasak
1. Perap hirisan dada ayam bersama tepung jagung, telur dan kicap cair.
2. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
3. Perap ayam selama 30 minit.
4. Salutkan ayam perap tadi dengan tepung jagung.
5. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan toskan minyak.
6. Kuah: Campurkan kulit lemon yang diparut, jus lemon, tepung kastard, tepung jagung, gula, madu dan air panas. Kacau rata.
7. Tuangkan dalam kuali dan masak sehingga kuah pekat.
8. Tuangkan ayam yang digoreng ke dalam kuah dan gaul rata. Angkat.
9. Ayam Lemon Madu siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Irresistible Sweet & Sour Flavor, Crispy Honey Lemon Chicken Recipe
If you have no ideas to cook for family at home, why not you try make this honey lemon chicken recipe. The crispy marinated chicken with the sweet honey and sour lemon sauce is so delicious especially when eat with hot rice. Let's try !
Honey Lemon Chicken Recipe
Ingredients (Marination)
2 parts of chicken breast (sliced)
1 tsp of salt
1 tsp of black pepper
2 tbsp of corn starch
1 tsp of custard flour
1 nos egg
1 cup of corn flour (coating)
3 tbsp of light soy sauce
cooking oil (as needed)
Ingredients (Sauce)
2 lemon (grated lemon skin, squeezed)
2 tsp of custard flour
2 tsp of corn starch
3 tsp of sugar
2 tbsp of honey
1/2 cup of hot water
Cooking methods
1. Marinade sliced chicken breast with corn starch, custard flour, egg, and light soy sauce.
2. Season with salt and black pepper.
3. Marinade the chicken for 30 minutes.
4. Coat the marinated chicken with corn flour to all parts.
5. Deep-fried the chicken until golden brown. Take out and strain the excess oil.
6. Sauce: Mix grated lemon skin, lemon juice, custard flour, sugar, corn starch, honey and hot water. Mix well.
7. Pour the mixture into the cooking pot and cook until the sauce thicken.
8. Add in fried chicken and mix all well. Remove from heat.
9. Honey Lemon Chicken ready to be served with hot rice.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #ayamlemonmadu #honeylemonchicken #ayam #lemon #madu #chicken #masakanpanas #resepimasakanpanas #resepilauksimple #resepimasakanayam #resepimudah
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom