Cawangan kedua MyKampungfreshmart di Seksyen 7 Shah Alam dibuka pada 3 April 2021 manakala cawangan pertama Balak.Co pula dibuka 16 April 2021.
Namun dua bulan selepas pembukaan kedua-dua perniagaan milik Multiracial Reverted Muslims - MRM di bawah inisiatif #dakwahnomi kami, kerajaan mengumumkan PKP 3.0 bermula 15 Jun 2021.
Menipulah kalau saya mengatakan PKP tiada sebarang impak kepada perniagaan kami. Namun kedua-duanya masih beroperasi & banyak yang telah kami pelajari.
In Sha Allah, kedua-dua MyKampung Fresh Mart & Balak.Co bakal diberikan nafas baharu dalam sebulan dua ini. Apakah bentu nafas baharu?
In Sha Allah, MyKampung Fresh Mart akan menambah kepelbagaian barangan dari 3,000 kepada lebih 6,000 jenis produk manakala produk segar seperti ayam, ikan & sayur juga akan dipelbagaikan dengan bekalan yang konsisten serta PROMOSI BERBEZA setiap hari!
In Sha Allah cawangan ketiga MyKampung Fresh Mart dijangka dibuka pada bulan Oktober manakala cawangan keempat dijangka dibuka pada Disember 2021.
Manakala untuk Balak.co pula, In Sha Allah 'pasukan' kami sedang giat menjalankan eksperimen untuk meningkatkan kualiti setiap menu kami khususnya produk 'smoked' selain menambah citarasa 'fusion' dalam menu kami. In Sha Allah Balak.Co juga bakal menjalin kerjasama dengan pemain industri yang berkepakaran & berpengalaman bagi memastikan kualiti menu berada pada tahap terbaik.
Kami tidak akan melakukan perubahan kosmetik sahaja tetapi kakitangan kami akan dilatih oleh pakar-pakar bagi meningkat kualiti menu kami. Untuk menjayakan usaha ini, kami akan menutup restoran Balak.Co dari 10-14 hari bagi membolehkan kakitangan kami membuat persiapan untuk menghidangkan menu yang lebih berkualiti untuk sahabat semua.
Saya ingin memohon agar sahabat semua dapat mendoakan kejayaan inisiatif #dakwahnomi MRM yang berfungsi sebagai tunjang untuk menjana pendapatan bagi menyokong usaha dakwah & kebajikan kami di MRM selain membuka peluang pekerjaan untuk lebih ramai orang.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「mykampungfreshmart」的推薦目錄:
- 關於mykampungfreshmart 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於mykampungfreshmart 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於mykampungfreshmart 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於mykampungfreshmart 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於mykampungfreshmart 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於mykampungfreshmart 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於mykampungfreshmart 在 MyKampungfreshmart - Facebook 的評價
- 關於mykampungfreshmart 在 MyKampungfreshmart 添加了1 张新照片。 - Facebook 的評價
- 關於mykampungfreshmart 在 By 黄伟雄Firdaus Wong Wai Hung | InshaAllah.. 请大家稍待 ... 的評價
- 關於mykampungfreshmart 在 dakwahnomi的推薦與評價,FACEBOOK、YOUTUBE、PTT 的評價
- 關於mykampungfreshmart 在 dakwahnomi的推薦與評價,FACEBOOK、YOUTUBE、PTT 的評價
- 關於mykampungfreshmart 在 dakwahnomi的推薦與評價,FACEBOOK、YOUTUBE、PTT 的評價
mykampungfreshmart 在 Facebook 的最讚貼文
YB Diperlukan…
Orang mengambil kesempatan dan menipu untuk mendapatkan bantuan bukan sesuatu yang baru. Pelbagai alasan diberikan tetapi yang paling popular ialah;
“Kami dah mohon tapi tak pernah terima apa-apa bantuan dari Zakat, Jab agama atau mana-mana NGO”
Dahulu ramai yang walk-in minta bantuan kewangan tetapi setelah mereka tahu kami akan siasat dahulu dan nama mereka akan disenarai-hitamkan kalau menipu, semakin kurang yang walk-in minta bantuan kerana majoriti menipu.
Bila kami mulakan Foodbank di MyKampungfreshmart pada Jun 2020, ramai yang ambil tetapi seperti biasa ada yang ambil kesempatan. Kami perbaiki sistem dengan meminta mereka isi borang dan melihat kekerapan mereka mengambil dalam sebulan.
Kami akan berusaha menyiasat agar bantuan benar-benar sampai kepada yang memerlukan bukan mereka yang mengambil kesempatan. Mereka yang memohon tetapi enggan membenarkan kami ziarah dan siasat, maka kami tidak akan berikan bantuan kerana itu antara tanda-tanda mereka sedang menyembunyikan sesuatu!
“Tapi Bro, mereka pergi gereja tak perlu isi apa-apapun boleh dapat. Kenapa nak susahkan?”
Ya betul. Ada yang boleh pergi ke tempat lain dan dapatkan bantuan tanpa isi apa-apa tetapi berapa lama mereka boleh bertahan dan lakukan begitu? Letak je barang, tak sampai sejam habis dibolot!
Muka yang sama dan adakala dari rumah yang sama ambil satu pek setiap seorang!
Kami ada SOP kami bagi memastikan wang sumbangan masyarakat dimaksimakan. Kami ada database yang dikongsi dan cross check dengan pihak berkuasa dan NGO lain bagi mengelakkan pertindihan dan penipuan.
Kami mempunyai banyak permohonan tetapi kekurangan sukarelawan. Kami dalam proses melantik YB untuk membantu seramai mungkin. Apa tu YB? Yang Berhormat ke? Bukan. YB ialah Yang Berkhidmat. Prosesnya seperti ini;
1. MRM terima kes
2. Salurkan pada YB untuk siasat dalam 24 jam
3. YB laporkan kepada MRM
4. Status permohonan dalam 24 jam
5. MRM transfer duit ke akaun YB atau YB belikan dan ‘claim’ dari MRM berdasarkan jumlah yang diluluskan.
Anda sanggup berkhidmat? Jikalau sanggup berkhidmat, sila wasap.my/601110500414 nama, nombor telefon & kawasan anda (ikut DUN) supaya anda boleh menjadi ‘YB’ kami untuk siasat & menyalurkan bantuan .
Tak mampu bantu semua, jangan tak bantu langsung..
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
mykampungfreshmart 在 Facebook 的最讚貼文
Setakat jam 3pm, kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM telah terima 12,026 permohonan. Hampir 2,000 permohonan telah disalurkan bantuan bekalan asas dengan perbelanjaan hampir RM150,000.
Tiga lokasi untuk ambil bekalan asas;
1) Balak.Co di Setapak
2) MyKampungfreshmart Seksyen 24 Shah Alam
3) MyKampungfreshmart Seksyen 7 Shah Alam
Hampir 10% permohonan berulang atau memberikan info palsu atau tidak berikan kerjasama;
- Duduk serumah, gunakan maklumat ahli keluarga untuk mohon
- Pernah terima dari NGO atau pergerakan lain, elakkan dikesan maka ubah nombor IC
- Pemohon tidak memberi kerjasama kepasa kami untuk mendapatkan maklumat tambahan
Lebih kurang 65% pemohon adalah dari Kuala Lumpur & Selangor. Di setiap negeri kami berusaha bekerjasama dengan NGO yang berpusat di situ.
Namun ada NGO yang sanggup bekerjasama tetapi mengalami tiada dana. Kami salurkan apa yang kami mampu.
InshaAllah doakan agar Allah murahkan rezeki kami untuk membantu baki 10,000 lagi pemohon dan kami jangka jumlah pemohon akan bertambah lagi.
Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Tak mampu bantu semua, jangan tak bantu langsung.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
(Al-Isra 17:7)
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
mykampungfreshmart 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
mykampungfreshmart 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
mykampungfreshmart 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
mykampungfreshmart 在 MyKampungfreshmart 添加了1 张新照片。 - Facebook 的美食出口停車場
MyKampungfreshmart 添加了1 张新照片。 ... <看更多>
mykampungfreshmart 在 By 黄伟雄Firdaus Wong Wai Hung | InshaAllah.. 请大家稍待 ... 的美食出口停車場
InshaAllah.. 请大家稍待我们 MyKampungfreshmart 即将在2020 年6 月12 日(星期五)正式开张。营业时间从早上十点至晚上九点。 请大家按赞, ... ... <看更多>
mykampungfreshmart 在 MyKampungfreshmart - Facebook 的美食出口停車場
@MyKampungfreshmart · Grocery Store. Send message. More. Home. Groups. Events. Reviews. MyKampungfreshmart · Albums · All albums. Mobile uploads. 151 photos. ... <看更多>