THINGS TO DO IN KUALA LUMPUR
Hai kalau ada kenalan yang nak melancong atau melawat Kuala Lumpur, ini antara list tempat yang korang boleh cadangkan. Kalau korang ada tempat lain nak tambah selain list ni, silakan kalau boleh nak yang public transport friendly. ✌🏼
Mungkin bagi kita rakyat Malaysia atau penduduk Kuala Lumpur, rasa semua tempat ni biasa2 je, tapi tahukah anda semua yang melancong ke Malaysia memang berebut nak pergi semua tempat ini. Jadi kita kena lah ambil tahu serba sedikit ya gais.
📍MUZIUM NEGARA (National Museum)
Dari KL Sentral Station, cari MRT ikut sahaja penanda arah ke muzium.
📍MASJID NEGARA (National Mosque)
15minit jalan kaki dari muzium negera, boleh juga naik bas atau grab.
📍DATARAN MERDEKA (Merdeka Square)
10 minit jalan kaki dari masjid negara, jangan lupa ambil gambar di sign board I❤️KL dan juga di bangunan Sultan Abdul Samad.
📍MASJID JAMEK (Jamek Mosque)
Boleh jalan kaki dari dataran merdeka melalui bangunan Sultan Abdul Samad.
📍NIGHT MARKET JALAN TAR
Lintas jalan dari Masjid Jamek.
📍BATU CAVES
Dari KL sentral, naik KTM ke Batu Caves station.
📍PETRONAS TWIN TOWER (KLCC)
Dari KL Sentral Station, ambil LRT ke station KLCC, banyak benda yang boleh di buat di sini, antaranya membeli belah, melawat ke aquaria, petrosains, gallery petronas, duduk santai di taman KLCC dan juga makan.
📍KL TOWER
Naik shuttle percuma atau grabcar.
📍CENTRAL MARKET
Ambil LRT ke station Pasar Seni.
📍PETALING STREET
Jalan kaki dari pasar seni.
Kredit: Suraya Arifin
📷 @ilhamku1 (IG)
Pakej percutian di KL, https://goo.gl/ou6prx .
#KualaLumpur #Malaysia
Search