“Sejak saya rapat dengan Muslim, saya lebih tenang dan berhenti sembah berhala, berhenti makan daging babi, tidak pakai tangkal, berhenti berjudi & minum arak”
.
Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Selasa lepas seorang lelaki berbangsa Cina telah mengucapkan dua kalimah syahadah di WISMA MRM. Alhamdulilah.
.
Alkisahnya kakitangan beliau yang beragama Islam telah menghubungi PA saya untuk mengatur pertemuan pada minggu lepas untuk bosnya berjumpa dengan saya kerana beliau mempunyai beberapa persoalan tentang Islam yang memerlukan penjelasan. Pertemuan telah diatur pada 20 April di pejabat kami. Antara soalannya adalah isu hudud, kenapa Jabatan Agama berebut mayat, kenapa saya memeluk Islam, apa yang boleh dilakukan & tidak boleh dilakukan seorang Muslim. Alhamdulilah beliau sangat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
.
Saya juga mengambil kesempatan bertanya kepada beliau apakah kecantikan Islam yang menyebabkan dia berminat untuk mendalami Islam memandangkan beliau adalah seorang bos yang mempunyai 8 cawangan perniagaan? Beliau menjawab,
.
“Saya lahir dalam keluarga Buddha dan saya banyak ikut sahaja tanpa saya tahu kenapa saya buat semua itu. Namun sejak saya rapat dengan Muslim, saya lebih tenang dan mula berhenti menyambah berhala, tidak memakai tangkal, berhenti makan daging babi, berhenti berjudi & tidak minum arak.”
.
Setelah pertemuan pada 20 April, beliau mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan untuk memeluk agama Islam. Alhamdulilah. Dari interaksi saya dengan beliau, walaupun beliau berkedudukan dan lebih berusia, tetapi beliau sangat merendah diri apabila saya memberitahu kepada beliau bahawa kami akan sediakan kelas Fardhu Ain kepadanya secara percuma dan adakah dia kisah andai Eksekutif Dakwah MRM iatu Adam Tan yang baru berusia 25 tahun mengajarnya dan beliau menjawab;
.
“Saya ok sahaja. Tiada masalah pada umur yang penting dia lebih tahu mengajar dan sesiapa yang lebih berilmu dari saya walaupun dia lebih muda, dialah guru saya.”
.
Alhamdulilah. Dari pengalaman saya, kerapkali mereka yang merendah diri & ikhlas mencari kebenaran akan diberikan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Selamat kembali kepada Islam wahai saudaraku. Andai yang masih tercari-cari jawapan, tunggu apa lagi? Hubungi kami di wasap.my/601110500414 untuk mendapatkan jawapan yang akan memandu anda kepada kebenaran!
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #cinamuslim #muallafcina #chinesemuslim #dakwahmrm
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「muallafcina」的推薦目錄:
- 關於muallafcina 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於muallafcina 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於muallafcina 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於muallafcina 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於muallafcina 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於muallafcina 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於muallafcina 在 #muallafcina - Explore | Facebook 的評價
muallafcina 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
Telah berada di Ipoh sejak semalam untuk meninjau perkembangan pusat dakwah MRM di Ipoh yang akan bekerjasama rapat dengan JAIPk dan NGO2 bagi memperkasakan dakwah di Perak.
.
Selain itu saya juga akan mengendalikan kes sepasang suami isteri berbangsa Cina yang telah memeluk Islam tetapi menerima tentangan dari ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga malahan diboikot oleh kawan di WhatsApp group sehingga ditendang keluar dari group hanya kerana mereka yakin agama Islam agama yang benar lalu memeluk Islam.
.
Doakan untuk mereka dan doakan untuk kami agar MRM terus dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan projek dakwah dan kebajikan serta menjadi asbab kebaikan.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmipoh #jaipk #muallafcina #cinamuslim @ Ipoh, Perak
muallafcina 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
Masih ingat tentera laut yang memeluk Islam tempohari dan kemudian difitnah seorang individu bernama Arun Dorasamy kononnya dia dipaksa memeluk Islam?
.
Semalam beliau, Mohd Al Fateh telah menghubungi saya dan Alhamdulilah beliau akan membuat laporan polis dan pihak kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM akan membantu beliau memfailkan saman ke atas Arun Dorasamy yang berani celupar tetapi takut apabila memadam statusnya itu.
.
Apakah golongan seperti Arun berfikir hanya mereka yang memiliki peguam dan kami tiada peguam untuk membantu?
.
Terus Mohd Al Fateh dengan semangat seperti Sultan Mohd Al Fateh berjuang menegakkan kebenaran, mempertahankan negara & agama. Kami dari MRM akan terus menyokong anda. Demi persaudaraan Islam yang tidak membezakan bangsa dan warna kulit. Bersatu dan membantu dalam kebaikan kerana akidah yang satu!
.
Jazakallahu Khairan kepada sahabat yang turut menyokong dan mendoakan Al-Fateh.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #indiamuslim #muallafindia #cinamuslim #muallafcina
muallafcina 在 #muallafcina - Explore | Facebook 的美食出口停車場
“Sejak saya rapat dengan Muslim, saya lebih tenang dan berhenti sembah berhala, berhenti makan daging babi, tidak pakai tangkal, berhenti berjudi & minum ... ... <看更多>