REVIEW (Ulasan)- Siri penjagaan wajah Mediheal Tea Tree Biome Blemish Cica
Saya hanya ulas tiga produk sahaja iaitu toning pad, ampoule dan cream sebab ini je yang saya pakai. Ulasan berbentuk fizikal dan cepat. 😎
☘️ Toning pad
Pad tidak terlalu basah atau kering. Kelembapan sangat berpadanan dan lembut untuk disapu ke wajah. Corak segi empat memerangkap lebih banyak kotoran.
Rasa sedikit sensasi dingin lembut dan menyegarkan.
Boleh menyingkirkan debu halus, minyak dan kotoran kecil. Bahkan saya sendiri membuang mekap menggunakan pad ini. Boleh Menanggalkan maskara tau!
Cuma tiada kesempatan untuk merakam ketika menanggalkan mekap, maafkan saya. 😅
Toning pad ni dah serupa micellar makeup remover pun ada kan. Peringatan, sapu ringan saja di wajah ya kerana kulit kita di wajah sangat lembut.
☘️ Ampoule
Tekstur cair seperti air tapi tidak meleleh. Tidak rasa melekit, cepat menyerap dan rasa seperti tidak memakai apa-apa. Sangat ringan!
☘️ Cream
Seakan-akan gel air yang sejuk bahkan sangat ringan dan tidak pekat seperti lazimnya sesuatu krim. Juga seperti ampoule, terasa seperti tidak memakai apa-apa!
————————— 🍃
Kesemua produk ini mempunyai bau teh harum yang sangat lembut dan hampir tiada bau langsung. Antara lain, semuanya memberi rasa yang menyegarkan.
Pilihan terbaik bagi sesiapa yang tidak suka rasa penuh dengan produk di wajah.
Anda boleh dapatkan produk Mediheal ini di Guardian. Saya selitkan panduan harga di bawah.
Produk dan harga Mediheal Tea Tree Biome Blemish Cica:
🌱 Cleanser 200ml - RM89.90
🌱 Toner 320ml - RM89.90
🌱 Ampoule 50ml - RM109.90
🌱 Cream 100ml - RM89.90
🌱 Toning Pad 170ml /70 pad- RM89.90
Produk ini boleh digunakan sehingga tiga bulan jika menggunakannya hari-hari pagi dan malam. Serta tahan setahun selepas dibuka. Agak lama juga. 🥰
P/s: Sila baca kandungan bahan produk untuk menghindarkan diri daripada kesan alergik dan sebagainya. Pandangan peribadi saya, saya mempunyai kulit sensitif dan siri ini sesuai di wajah saya.
P/p/s: Background dan pasu dalam terrarium tu beli kat @kaisonmalaysia. Kalau nak beli terrarium pun ada kat Kaison. 😉
@guardianMY
#guardianMY
@medihealmalaysia
#medihealmalaysia
Search