JANGAN MENGAKU BERIMAN SELAGI KAMU TIDAK DI UJI
Orang yang baik tak akan mengeji/ mengutuk/ memperlekehkan orang lain.
Setiap orang ada ceritanya tersendiri.
6 hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, Bidadari saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya kerana hamil di luar rahim dan ada beberapa lagi masalah. Tiga hari di hospital. Dan baby Amin telah selamat dikebumikan.
Doktor bagi MC 44hari. Dalam keadaan yang tidak sihat dan sedih kerana kehilangan zuriat yang telah ditunggu hampir 7 tahun usia perkahwinan kami. Tetapi kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah Kembara Iman Saudara Baru, bidadari saya pergi juga umrah bersama dan gembira kerana masih dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamuNya di Tanah Suci.
Hari pertama sampai di Mekah saya bantu Bidadari saya pakai wheel chair tunaikan umrah kerana tak boleh berdiri dan berjalan lagi.
Hari ke3, pada pukul 10:30mlm program kami mendaki Bukit Nur / Jabal Nur pula.
Hasrat isteri saya ingin tunggu dalam bas sahaja sementara jemaah lain mendaki bukit tak kesampaian, apabila toleh belakang, bas dah pergi. Nak tak nak kena mendaki juga
Bidadari saya kata;
"Mungkin Allah nak kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat. Isteri Rasulullah S.A.W , Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang dan juga Asma yg hamil 8 bulan. ok je alhamdulillah."
Alhamdulillah.... Bidadari saya selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12:15malam dengan izin Allah...
Ketika saya dan bidadari say sampai di kemuncak seluruh jemaah terkejut yang Bidadari saya boleh sampai ke Gua Hira dalam keadaan tidak sihat, perut baru lepas di bedah... Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam.
Kami seluruh jemaah Kembara Iman Saudara baru seperti dpt merasai kepayahan Rasulullah S.A.W mendaki Jabal Nur ketika dahulu.
Alhamdulillah..
Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan,
tetapi Allah tahu hambaNya yang mana satu mampu tempuhi.
setiap kata-kata adalah doa. Jadi berkatalah yang baik-baik sahaja.
semoga kita semua menjadi hambaNya yang terbaik di sisi Allah.
senyum selalu
selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
Atau, apakah mengira orang yang mengerjakan kejahatan itu bahawa mereka akan mendahului Kami (Allah)? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.
SURAH AL-ANKABUT - ayat 2-6
ADAM CORRIE
Kembara Iman Saudara Baru
makanan untuk program hamil 在 Awas, Calon Ibu Program Hamil Jangan Makan Ini! | Kata Dokter 的美食出口停車場
... tengah mengikuti program kehamilan agar memiliki keturunan. Untuk para calon ibu, sebaiknya menghindari makanan - makanan yang akan dibah. ... <看更多>
makanan untuk program hamil 在 Komunitas Bumila - Hindari 5 Jenis Makanan Terlarang dalam ... 的美食出口停車場
Terutama dalam masa program hamil dan jika Kamu mengidap PCOS sebelumnya. Gula dan karbohidrat dalam makanan-makanan seperti cake, kue kering atau pun kue ... ... <看更多>