“Ayah, betul ke dunia ini penjara orang islam, syurga orang kafir?”
“Ya, betul anakku, ada hadis Nabi cerita tentang dunia ini adalah syurga orang kafir”
“Apa maksudnya? Kita semua banduan ke?”
“Ya, kita banduan yang sedang diperhatikan, jika berkeluakuan baik, waktu keluar penjara dapat masuk syurga”
“Apa salah kita hinga menjadi Banduan?”
“Rujuk kisah Nabi adam yang buat salah, tapi Allah tak terus hantar ke Neraka, Allah hantar ke dunia jadi Banduan sementara, yang mana semua anak cucu Adam akan jadi Banduan di Penjara dunia ini, jika berkelakuan baik, akan dapat Kembali ke Syurga, dan jika berkelakuan jahat akan di hantar ke Neraka yang jauh lebih dahsyat dari Penjara dunia, jadi bersyukurlah dapat ‘penjara’ best macam ni”
“Tak adilah, Nabi adam buat salah kita semua kena tanggung”
“Dunia ini mana ada adil? Dunia ini penjara, dan penjara bukan tempat yang adil, di sini akan ada pelbagai ujian, yang mana ujian pertama adalah, berdamai dengan Takdir”
“apa maksud berdamai dengan Takdir?”
“Begini.., Tuhan boleh takdirkan kita jadi binatang yang makan najis, Tuhan boleh takdirkan kita menjadi Syaitan yang masuk Neraka selamanya, Tuhan boleh takdirkan kita jadi cacing dalam najis haiwan, tiba tiba dengan Ehsan Tuhan, Dia Takdirkan kita jadi manusia yang hidup dalam penjara dunia, berdamai dengan takdir ini dahulu, namun bersyukur lebih baik, bersyukur dicipta sebagai manusia, alhamdulillah”
“Syukur jadi manusia sebab dapat buat pilihan, kan Ayah?”
“Ya betul, Sebagai manusia, kita boleh pilih nak jadi banduan atau hidup bebas macam orang kafir, tapi setiap pilihan ada harganya”
“Kenapa kita kena pilih jadi banduan di penjara dunia?”
“Kerana kita memilih Islam, dan itulah ujian kepada oran islam, dunia menjadi penjara kita”
“Bagaimana nak jadi banduan yang Berjaya?”
“Kena ada sifat Banduan yang baik, InsyaALlah Berjaya”
“Apa sifat Banduan yang Berjaya?”
“Pertama, Banduan mestilah yakin dengan rezeki, tiada banduan yang susah hati masuk penjara nak makan apa? Sebab kerajaan dan tangkap saya masukkan dalam penjara, maka Kerajaan kena sediakan rezeki saya, maka konsep sama pada umat islam, Allah hantar kita ke penjara dunia, maka rezeki kita dah ada, InsyaAllah”
“Oh, baru saya faham”
“apa kamu faham?”
“Biasa tengok dekat mahkamah lepas jatuh hukum, banduan akan menangis, baru perasan mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki nak makan apa dalam penajra, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara.”
“Betul, Jadi bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka kita pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki kita semua! Jangan nak risau sebab, Allah yang hantar kita ke penjara dunia, Maka Allah jugalah yang sediakan rezeki kita”
“menarik, Apa lagi sifat Banduan yang Berjaya?”
“Kamu tahu kan? dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka suka nak pakai baju melayu ke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara, ada warna oren, ada warna ungu, ada belang hitan putih, maka pakaian orang islam tak akan sama dengan orang kafir, Wanita islam berpakaian cara islam, tutup aurat, lelakipun sama tutup aurat, tak akan sama pakaian banduan dan orang bebas, maka tak akan sama pakaian orang islam bakal ahli syurga dengan orang kafir bakal ahli neraka, tak sama!”
“Oh, sebab itu lah ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat” jadi kita kena berjubah ke ayah?”
“Tak semestinya korang kena berjubah atau berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, yang penting tak menyerupai orang kapir dalam bab berpakaan yang haram, contoh pakai baju seksi bagi Wanita, haram! Mereka orang kafir tak apa pakai seksi sebab dunia ni syurga mereka, kita orang islam, tutup aurat, perempuan pakai tudung, labuhkan baju, sebab dunia ini penjara kita, dan tutup aurat adalah pakaian kita sebagai banduan yang baik”
“Ada berepa ciri Banduan ayah? Yakin dengan Rezeki, pakaian cara islam? Lagi”
“Ada empat sahaja yang asas akan sifat banduan yang baiik”
“Ohh sikit sahaja,, maka yang ketiga?”
“ketiga, Kalau korang tengok banduan dalam penjara, meraka semua sangat rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara… mereka selalu bercerita tentang dunia indah luar penjara. Kadang-kadang mereka menangis bila terkenangkan dunia luar penjara”.
“Okey saya faham, orang dalam penjara seronok cerita tentang dunia luar penjara, maka kita orang islam mesti seronok bercakap hal akhirat, seronok cerita hari kematian, seronok nak keluar dari penjara dunia cepat cepat, tidak takut mati, tidak cinta dunia, begitu kan ayah?!”
“Bagus kamu dah faham, Alhamdulillah”
“Ok, yang last?”
“ Ayah nak bagi contoh, Pergilah mana-mana penjarapun meraka pasti ada undang-undang, yang mana banduan tak boleh sesuka hati nak tidur jam berapa, nak lepak waktu bersukan, nak tengok TV waktu tengah malam, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, ada waktu basuh baju, ada waktu dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut undang-undang, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nanti!”
“Okey, saya dapat ayah, Ini paling payah, tentu ramai orang islam yang terkantoi kat sini, yang mana jika dalam penjara ada undang undang yang wajib banduan patuhi, maka di dunia ini ada Hukum Hakam yang mesti orang Islam patuhi, kita tak bebas macam orang kafir, kita kena solat lima waktu SETIAP HARI, Puasa selama SEBULAN, Zakat SETAHUN sekali, dan Pergi Haji Sekali seumur hidup, juga kita wajib tolong orang susah, hormat ibu bapa, berkasih sayang sesama makluk, dan lain lain perintah Agama, semua tu kena follow jika nak jadi Ahli syurga waktu keluar dari penjara dunia ini, betul kan ayah?!”
“benar anakku, rukun islam, rukun iman, itu semua adalah undang-undang kita dalam penjara dunia ni, ada yang kita tak boleh buat, macam makan babi, minum air arak, berzina… dan banyak lagi larangan, oleh sebab itu, kejayaan kita kat ‘penjara dunia’ ini adalah bila kita dapat taat segala perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW”
“Jika kita berkelakuan baik, akan dapat masuk syurga awal, kan ayah?”
“InsyaAllah, dan jika tak dapat keluar awal sebab dah takdir tempoh masa di penjara dunia, rujuk ayat Al quran, siapa bersyukur Allah akan tambah nikmat, maka ada Banduan yang diberi keistimewaan dan kemewahan dalam penjara, boleh makan sedap, Berkat kesyukuran dan kesabaran, tapi siapapun kita, tetap rukun islam dan rukun iman kena follow sampai mati, yang penting kita bersyukur dapat hidup dipenjara dunia ini sebagai orang islam, inilah nikmat hidup paling besar!”
“Tapi Ayah, orang dalam penjara ada warden yang pantau mereka, kita di penjara dunia ni, siapa warden kita?”
“Warden kita adalah Hati kita, itulah tempat bagi IMAN dan TAKWA, yang mana ‘Warden kita tu’ nanti, akan dapat gaji kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik, sebab tu Nabi pesan, jika hati baik, maka baiklah semua anggota badan kita, maka pastikan Warden kita baik, maka baiklah nasib kita di akhirat”
“Tapi kan Ayah, bagaimana jika orang kafir pertikaikan logik hadis ini? Sebab Nabi cakap, dunia ni syurga orang kapir, dan penjara orang islam, tapi ada orang islam menjadi raja yang kaya raya di ‘penjara’ dunia, sedangkan orang kafir ramai yang susah, jadi pengemis pun ada, padahal dunia ini Syurga mereka, tapi jadi gelandangan pulak, macam mana tu?”
“Bagitahu mereka, jika nak di bandingkan kehidupan seorang raja islam dengan kehidupan seorang ahli syurga, dan jika ahli syurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja islam zaman sekarang, maka pasti ahli syurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara sebab tak bebas, penuh dengan undang-undang, tak boleh minum arak, tak boleh beristeri ramai, tak boleh makan banyak, adohai.., sungguh dunia ini adalah penjara bagi ahli syurga..”
“Ok, faham.., bermakna orang kafir..“
“Biar ayah habiskan, sesungguhnya, seorang ahli neraka jika di beri kehidupan mengemis seperti mana mana orang kafir yang gelandangan sekarang ini, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan syurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu…., hidup dibakar api siang dan malam, dapat jadi orang paling miskin atas dunia pun dah heaven anak oiii”
“Terima kasih Ayah! Syukur dapat hidup dalam penjara Bersama ayah”
Woha!
Ps: Siapa nak tanya beli kat mana meja PDPR tu, atau Rak tanjak tu, atau kerusi membaca tu, atau buku taklim itu, saya akan jawab kat komen, sungguh penjara dunia tak salah nak hias sikit sikit rumah, bagi cantik sikit ruang taklim , atau hakikatnya, ruang penjara masing masing, now you know.
link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「makan siang jam berapa」的推薦目錄:
- 關於makan siang jam berapa 在 Facebook 的精選貼文
- 關於makan siang jam berapa 在 Facebook 的精選貼文
- 關於makan siang jam berapa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於makan siang jam berapa 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於makan siang jam berapa 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於makan siang jam berapa 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
makan siang jam berapa 在 Facebook 的精選貼文
Ada orang bukan Islam tanya, kenapa Allah tak hentikan Rogol?
Mereka nak dunia ni akan auto stop bila buat jenayah, mereka nak bila orang nak buat jahat, terus keluar malaikat stop perkara tu.
Bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta, orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan dirikan suruh solat.
Orang nak makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik sahaja sebab jika buat sikap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih? Semua kena ikut program macam robot?
Padahal Tuhan dah buat babi yang makan najis, tak pernah ubah menu, Tuhan dan buat harimau makan daging sejak beribu ribu tahun tak pernah ubah menu? Kenapa?
Kerana hidup binatang ni tiada kebabasan memilih, mereka akan kekal bertelanjang, makan menu yang dah ditakdirkan, dan hidup bebas ikut nafsu! Tuhan dah buat makluk yang takde akal macam manusia.
Best ke jika hidup macam binatang yang takde idea langung nak tukar menu makanan? hidup nafsu nafsi, berak kencing tak payah basuh, bebas!
Deep sikit, binatang macam teruk sangat contohnya, tahukah anda, Tuhan juga dah cipta malaikat yang takde nafsu, hidupnya ibadat sahaja siang malam, tiada syurga neraka untuk Malaikat.
Tiada yang berkahwin, tiada yang makan, semua ibadat sahaja, Tuhan dah buat makluk macam tu.
Kemudian Tuhan cipta manusia makluk paling unik yang dikurniakan kebolehan pilih apa sahaja nak buat, hidup adalah ujian, buat baik balas baik, buat jahat di balas jahat.
Maka menu makanan manusia tak sama tiap tahun, berubah rubah, ada nasi goreng kampung melayu, mee goreng mamak india, nasi goreng cina, mee pedang korea, nasi goreng USA, macam macam! Tuhan benarkan, nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Pakaian juga macam macam fesyen. 60-an, 90-an, GenX, Gen Y, macam macam! Semua Tuhan benarkan. Nak seksi nak seksa, Tuhan benarkan, takde yang sedang seksi tiba tiba kena sopak, tapi ingat, semua itu uJian, ada mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan pelbagai pilihan, nak buat baik boleh, nak buat jahat pun boleh.
Jika nak hidup yang dikawal macam robot, Tuhan dah buat babi yang makan tahik tadi, makan sahaja najis tak perlu fikir apa apa, sampai masa mati jadi tanah.
Tapi manusia, Tuhan cipta dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah.
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat, lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika kita kemalangan sebab orang langgar lari, kita lumpuh, anak isteri mati, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu pasti! dan itulah keadilan!
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh, juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, akan dapat keadilan hidup si syurga!
Anak anak orang bukan islam yang mati sebelum baligh, akan terus masuk syurga!
Orang OKU yang sabar akan dapat syurga.
Orang yang merogol, bunuh orang, munafik, kafir, akan masuk neraka!
Dan Hidup ini hanyalah mimpi, kita bila bangun dari mimpi ngeri tak rasa pun susah dan sakit, begitulah perasaan ahli syurga, akan anggap susah di dunia hanya mimpi.
Perkara sama yang menimpa ahli neraka, senang didunia hanya rasa bagai mimpi.
Maka kita semua tak payah sombong lah, sebab hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan, esok lusa semua mati, Tak akan ada yang mampu hidup selamanya, semua akan ke mahkamah Allah,
Dan tolong jangan bercakap macam pintu Taubat dah tertutup, atau macam korang dah di jatuhkan hukuman ke dalam neraka, sebab Pintu taubat masih terbuka, maka semua orang kafir yang masih hidup boleh bertaubat.
Orang islam pun bukan semua ke syurga, kena bertaubat dulu! Sebab semua orang akan berdosa namun sebaik baik pendosa adalah yang minta ampun pada Allah dan berjanji tidak akan buat dosa lagi!
“Tapi Hamka , Masalah islam ialah, islam tak boleh ada flaw sebab Tuhan sepatutnya perfect . Even kalau ada 1 flaw pun, islam itu adalah palsu. Cuba buka minda dan fikir,berapa flaws yang mungkin ada dalam islam? Poligami?, wanita dipinggirkan? Puasa tahan lapar 12 jam? Kuasa cerai tangan suami? Wanita kena bertudung? Murtad hokum bunuh? Dan lain lain, Itu semua adalah kecacatan dalam Islam, Islam have flaws. That’s why god doesn't exist”
Adohai, jika nak bantah memang tak habis 1400 tahun pun, sedanh hidup 63 tahun lebih dari cukup, senag beginilah, Islam datang dari Tuhan, dan datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam.
Bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada Adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t mean God does not exist.
I rest my case!
Ps: semoga Alla berikan hidayat kepada kamu, kami, dan kita semua. Amin.
makan siang jam berapa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 13)
Keluarga adalah segala2nya.
Kewangan pun adalah segala2nya.
Dengan kemampuan kewangan yang terhad sebab tanggungan keluarga & baru bekerja di UIA (baca: gaji tak besar), saya hanya mampu menyewa rumah lama di kawasan 'hitam'. Berhampiran stadium Dundee. Setiap hujung minggu, ramai pemabuk berkeliaran. Manusia jadi mindless creature. Seram.
Dah la wang simpanan & gaji tak banyak, saya kena belanja beli tiket pulang ke Malaysia bagj bawa keluarga ke Dundee. Pejam mata. Beli tiket di travel ofis@ Student Union. Harga melambung. Musim Krismas. Saya balik pada awal Disember dan pulang semula ke Scotland melalui L/terbang Edinburgh pada 26 Disember 1990.
Sewaktu saya datang kali kedua, anak saya yang kedua Izzatie baru berumur 40 hari. Isteri saya Faizah baru lepas pantang. Satu perjalanan yang panjang & susah. Tapi kami dah ada rumah walaupun rumah lama. (Foto adalah gambaran suasana dalam rumah di awal Januari 1991. Meja study second hand. Katil second hand. Meja makan second hand. Makan pun dalam bilik sebab nak kurangkan belanja gas di musim sejuk. Bilik tidur utama adalah segala2nya)
Isteri saya terpaksa memasak dalam suasana sejuk. Tak ada heater di dapur. Baju sejuk anak2 saya semuanya beli kat kedai second atau pakaian terpakai. Baju saya juga. Hampir setiap hari di bulan Oktober & November1990, saya masuk beberapa kedai terpakai sampai saya dikenali. Mereka menyantuni saya dengan baik. Memang niat mereka nak membantu. Mereka juga tahu saya pelajar.
Di dalam bilik tidur inilah, saya mula menulis 2 bab pertama tesis saya sehingga jam 1 & 2 pagi. Saya nak cuba tukar & upgrade program saya dari MPhil ke PhD. Bila melihat isteri & dua orang anak yang masih kecil tidur nyenyak dalam selimut tebal di musim sejuk di tengah malam, terasa sayu. Mereka terpaksa berusah payah memberi laluan kepada saya mengejar sebuah cita2 suci.
Di siang hari pula, saya bertapa di perpustakaan St Andrews sampai petang. Saya naik bas dari Dundee ke St Andrews. Isteri bekalkan sandwich & kadang2 nasi goreng untuk makan tengahari.
Dalam mengejar sebuah impian, jangan letakkan tempoh berapa lama kena bersusah payah sebelum berjaya.
MDB