Kursus Latihan Pengendali Makanan👨🍳👩🍳
Wahai pengendali makanan, pernah tak pergi Latihan Pengendali Makanan (LPM) dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia??
Belum pergi?? Tahukan anda pengendali makanan samada di restoran, kilang, jual beger, food truck, kilang ais, kantin, dewan makan sekolah, food court, home based dan lain2 tempat penyediaan makanan adalah di WAJIB kan menghadiri LPM.
Kursus pengendali makanan ni adalah kursus yang paling asas sebagai pengendali makanan. Tak perlu cerita tinggi-tinggi pasal BeSS, MeSTI, GMP, HACCP, HALAL, ISO22000.. kalau kursus asas ini pon belum hadir.
Kenapa KKM KEJAM mintak pengendali makanan ni pergi kursus LPM ni? Kalau tak pi, kena denda sampai RM10ribu dan boleh di penjara tidak lebih dari 2 tahun. KEJAM kan !
Dah la kena bayar RM50 !
Siapa lagi kejam.....Kalau
1. Anda pi makan kat kedai makan, tukang masak korek hidung sambil masak.. Silap2.. Tahi hidung termasuk dalam masakan...
2. Pi beli roti, dalam roti ada kaki lipas german... Badan lipas pulak.. Dah tertelan.. Patut la ranggup..
3. Penebar roti canai keluar dari tandas, lepas tu kita nampak dekat cincin dia ada sesuatu..
4. Makan maggi goreng, tetiba terjumpa rambut .. Bila tengok tukang masak.. Botak.. Tapi bulu hidung panjang..
5. Pi pasar malam, pengendali makanan tak basuh tangan, tak pakai penyepit, tak pakai senduk, cedok makanan bagi pelanggan..
Perkara ini boleh di elak jika pengendali makanan ni BERILMU.. Mana nak dapat ilmu ni? Dari SLPM yang telah diiktiraf. RM50 tak banyak mana pun berbanding keuntungan yang dia dapat..LPM adalah penting untuk memberikan tuan puan kefahaman berkenaan pengendalian makanan yang selamat, bersih dan berkualiti.
Sekarang lagi senang kursus online je, guna henfon boleh guna laptop pun boleh. Jom join kami dalam kursus latihan pengendali makanan sekarang ! Sijil lpm ni pergi sekali je seumur hidup tau..
Pilihan tarikh kursus :
https://forms.gle/s2MFBiJZnb89Af1KA
Whatsapp untuk sebarang pertanyaan :
https://wasap.my/60182184129/KursusLPMonline
Sebelum memesan makanan, jeling-jeling juga pengendali makanan ye.
Pengendali makanan.. Anda mampu mengubahnya...
Jom share pengalaman ngeri anda yang melibatkan kes2 pengendali makanan ni 👇🏻
kredit penulisan : sazly tulih
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Buat orang-orang bujang diluar sana, jom belajar macam mana nak masak maggi kari yang sedap RESEPI AYAM KICAP PEDAS MAHSURI I MASAK-MASAK #1 https://...
maggi dari mana 在 Facebook 的精選貼文
Rasa mi MAGGI ni memang klassik. Tak kisah kita pergi mana-mana pun, mesti akan bawak. Lebih2 kalau pergi luar negara masa musim sejuk, layan mi Maggi yang panas panas, ooohh...memang mantul! Ceritakan pulak Memori Maggi anda and tag Nabil.
.
Cepat join Peraduan MAGGI Sah Malaysia untuk peluang memenangi hadiah istimewa dari MAGGI. Pada masa yang sama, korang juga beramal sebab setiap pembelian MAGGI akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.
Peraduan ni sehingga 30 September so join sekarang ok!
.
For more info, visit MAGGI’s website.
@Maggi.Malaysia
#MemoriMAGGIKu
#MAGGISahMalaysia
maggi dari mana 在 Facebook 的精選貼文
“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
maggi dari mana 在 David Teo Youtube 的最佳解答
Buat orang-orang bujang diluar sana, jom belajar macam mana nak masak maggi kari yang sedap
RESEPI AYAM KICAP PEDAS MAHSURI I MASAK-MASAK #1
https://youtu.be/L-XVA5G67Ic
RESEPI AYAM PANGGANG & SOS LADA MAHSURI I MASAK-MASAK #2
https://youtu.be/vB2Jo5K78tI
RESEPI KARI AYAM DARI ZARINA ZAINUDDIN #6
https://youtu.be/5ez3zDmaIFo
Sedapnya Resepi Udang Masak Lemak Belimbing Ni
https://youtu.be/6z9bzdc4H2c
Resepi Oden Viral Simple dan Mudah | Masak-Masak
https://youtu.be/2odWlt9qvE4
#AlaDapoorBujang #MasakMasak #ResepiMudah #TelurMasakKicap #MigMovie #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
maggi dari mana 在 Fizo Omar Youtube 的最讚貼文
Haaa..episod kali ni abe joe ada bawa tetamu yg istimewa..dari set shooting maaf tak indah..sampai ke program mana mau makan..Abe joe ber "hidang" U pada si dia..heheh..mesti korang tak puaskan cerita Maaf Tak indah? Meh Abe Joe puaskan
.
.
Restoran I Hidang Catering, Bandar Baru Bangi
FB- https://www.facebook.com/ihidangcatering/?ref=br_rs
IG- https://www.instagram.com/ihidang/
Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
No/telefon: +60132885935
.
Haa korang mesti cairkan episod 2 tadi? kalau korang ada cadangan nak Abe Joe try makan di restoran best2.korang boleh suggest kat komen Abe Joe.. SERIUS!! Abe Joe nak try!!! Rasa nak makan ja ni..
.
#ManaMauMakan
#AzarAzmi
#Fizoomar
#Habislahdietaku
#ihidang
.
.
selain itu korang boleh layan episod sebelum ni..terliur lah korang...
DULANG RAJA
https://youtu.be/8j-uyyosWkY
MAGGI KETAM
https://youtu.be/J4CU1_6O_b8
.
.
SHARE THIS VIDEO...