Korang pernah bawak kereta secara mengundur dan kemudian berlari macam orang gila?
Aku pernah.
Al kisahnya semalam aku berhenti stesen minyak nak ke tandas di sebuah RnR Lebuh raya pantai Timur.
Elok keluar tandas, aku tengok ada perempuan duduk dekat kerusi pemandu, rupanya bini aku.
Katanya nak bawak kereta.
Aku sangat susah hati nak bagi bini bawak kereta terutama waktu nak jalan jauh, tapi sebab aku rasa penat, aku bagilah dia bawak.
Binipun bawak dan aku bersenang senang dikerusi sebelah, aku tanya bini nak abang menyanyi lagu apa? Bini cakap lagu “apa-apa”
Amboi, jika suruh masak “apa-apa: tahu marah, takpe, aku cari lirik lagu melayu lama lama dan cuba nak menyanyi, sebab aku tak hafal lirik, memang nak kena tengok lirik, pilihan lagu “senja nan merah” nyanyian Awie dan Ziana Zain, sebab waktu itupun dah nak senja.
Sambil menyanyi aku toleh belakang, tengok kereta luas semacam, ok dua orang anak baru aku hantar ke asrama tadi, tapi kenapa dua orang sahaja anak di belakang?
Aku Tanya kakak N: “Adik K ada kerusi belakang tidur ke?”
Terus bini aku yang sedang drive menjerit dan brek mengejut! Nasib baik tak ada kereta mengekor dibelakang.
“anak kita tertinggal di steten minyak, tadi saya suruh dia beli Coklat”
Jerit bini menjelaskan segala-galanya, aku ambik alih kerusi memandu, dan terus undur kereta, jarak lebih kurang 2km dah terlajak.
Tapi aku rasa kereta bergerak terlalu perlahan dan bahaya sebenarnya buat macam ni, terus aku hentikan kereta dan berlari!
Dalam kepala macam macam ada, seperti anak panik dan lari ke jalan raya lalu mati kena langgar, anak kena culik, anak ramahkan mulut mengaku kena buang lalu orang ambik jadikan anak angkat. Anak baru umur 10 tahun tu! Ya Allah
Berkat sebulan sekali aku Hiking, akhirnya aku berjaya sampai ke stesen minyak dan terus cari anak aku. Takde luar stesen, takde berkeliaran, aku masuk dalam stesen minyak.
Alhamdulillah anak aku sedang bergaduh dengan Cashier tentang harga barang!
Dia tak tahupun dia kena tinggal, al kisahnya dia bawak duit RM3, sekali dia nampak coklat Kit Kat RM1.50, dia ambik dan beratur, tapi waktu nak bayar harga sebenar RM3.60 sen, terus anak aku cuba fahamkan si Cashier ni tapi si Cashier ni tak faham, anak aku cerita ada orang nak bayarkan coklat tu, tapi dia tak nak, dia tak faham kenapa lebel RM1.50 tapi harga sebenar RM3.60?
Jadi tugas akulah marahkan si Cashier ni, kenapa menipu dalam melebel? Kesian pada pembeli, dah ambik tak kan nak pulangkan balik?
Terus dia mengaku salah dia, dan susun coklat tu tempat lain.
Aku peluk anak, dan belanja dia coklat tu.
Alhamdulillah semua selamat.
Terus aku yang pandu kereta lepas tu, nak marahkan bini semua dah takdir, amalan aku sebelum drive, aku akan kira bilangan anak, jadi kepada semua ibu bapa, jangan buat silap sama macam aku, sepatutnya naik kereta, baca doa, bukan menyanyi lagu Ziana Zain. woha!
Ps: Ada hikmah jugak kedai tu salah tag harga, buatkan anak aku stay lama dalam kedai dan sempatlah aku cari dia, Allahu…
Search