DULU TAKUT JADI KAYA
Di kala pahit menimpa, segala rintangan dapat ditepisnya dengan penuh sabar. Ikuti kisah wanita ini yang taat kepada gurunya meskipun beliau dicaci dan dilemparkan pelbagai tomahan.
.
Baca sampai habis, hayati dan teladani kisah Puan Nora Yusof ini. Mungkin kerana adab dengan gurunya, mengalirnya barakah dalam usaha Puan Nora Yusof bina bisnes berjaya. Syabas Puan Nora. Kami tumpang bangga.
.
Apa yang anda rasa lepas baca sharing ni? Komen sikit..
Credit : Puan Nora Yusuf
#AzizanOsman
#ResultMatters
#TeamRichWorks
#NakUbahHidup2020
#BangkitBerniagaBangsaku
—————
Terima kasih DAO. Terima kasih Richworks.
.
Sekali lagi turning point saya lepas balik NUH. Saya mengucapkan jutaan terima kasih untuk DAO guru yang dimuliakan. Setiap kali saya hadir mana-mana sahaja program richworks saya akan belajar banyak benda dan benda baru serta pemahaman saya akan lebih mendalam tentang apa yang saya nak faham. Semualah. Semuanya terbaik. The best ever in my life.
.
DIA GURU YANG SAYA SANGAT SAYANG.
.
Bismillahirahmanirahim...
.
Salam sejahtera buat DAO yang dihormati.
Maafkan saya anak murid doc yang dah hampir dua minggu tak muncul kat sini. Saya sedang betulkan keseluruhan hidup saya. Jadi saya perlukan masa untuk senyap sekejap. Dua minggu lepas tempoh pantang baru habis. Habis je pantang terakhir esoknya tu saya terus masuk ofis dengan imej baru, dengan semangat baru, dengan jadual baru. Lepas balik NUH. Kali pertama saya masuk NUH. Masih berpantang. Degil nak masuk jugak belajar. Alhamdulillah Itupun hari pertama saya tak hadir sebab jaga baby dulu menyusu badan. Hari kedua dan ketiga saya hadir.
.
Doc, saya sayang doc. Pagi tadi masa saya baca quran. Saya nangis teringatkan doc. Saya sebak. Saya tak boleh nak baca quran. Saya renung sekejap segala apa yang berlaku dalam hidup saya, saya dapat support dari guru saya. Saya belajar ilmu dari dia. Saya kenal diri saya asbab dia. Saya faham tujuan hidup saya kerananya. IMKK 2013 dia buat saya percaya bahawa semua orang boleh jadi jutawan. Dia ubah mindset saya totally 360 darjah. Seminar AMP turning point saya dalam bisness saya. Semangat dan ilmu yang saya dapat dalam kelas doc yang beri saya ilham untuk mengarang FTR.
.
Doc. Saya takut jadi kaya sebenarnya. Saya takut. Tapi doc buat saya hilang ketakutan tu. Sebab saya asalnya miskin. Zero. Tak punya apa-apa.
.
Tiga tahun tanpa mentoring doc. Lepas AMP 2014. Saya capai 1 juta pertama 2017. Saya janji pada diri saya. Kalau aku dapat 1 juta pertama, aku nak jumpa DAO. 2017 saya capai hasil saya percaya asbab saya masuk kelas IMKK doc. Lepas tu saya terima mesej untuk panggilan LAST IMKK. Ya Allah IMKK dah takda ke lepas ni. Aku nak masuk. Aku rindu nak jumpa DAO. Aku rindu nak masuk kelas dia. Aku rindu nak belajar lagi. Aku nak tunjuk dekat doc. Aku salah seorang anak murid dia yang ada result.
.
Sepanjang saya kenal doc. Orang cakap macam-macam pasal doc. Orang cakap doc penipu. Orang cakap doc cekik duit orang. Orang cakap doc sesat. Doc tak betul. Orang cakap doc macam-macam. Saya pekakkan telinga. Aku kenal siapa dia. Kalau betul dia buat salah. Biarlah tu urusan dia dengan Allah. Kalau betul dia anayai orang. Tu urusan dia dengan orang. Bukan dengan aku. Manusia tak sempurna. Aku belajar dengan dia aku ambil yang betul. Aku ambil apa yang aku nak pakai dan guna. Aku taknak judge siapa-siapa. Sebab dalam dunia ni takda manusia yang sempurna. Takda manusia yang tak buat salah. Dan silap. Guru kita pun sama. Saya kata pada diri saya macam tu. Saya tak dengar sebelah pihak. Saya tak menilai orang tanpa saya kenali dan dengar orang tu dulu. Alhamdulillah doc orang yang sangat baik dan humble.
.
Tahun 2018. FTR capai 1.4 Juta. Lepas balik IMKK last tu saya terus sign up TITANIUM. Tahun pertama titan saya dengan doc masa tu saya ada konflik dengan team. Leader aka stokis saya keluar berjemaah. Ramai yang keluar dari FTR. Tinggal berapa ketul je yang masih setia. Dahlah 2019 tu tahun saya takda ilmu leadership yang betul. Tambah lagi pulak tahun 2019 saya pregnant alahan teruk tak terbangun dan sebagainya. Dua bulan tak masuk ofis. Team makin lari dan hilang. Staff tak terurus. Ada yang berhenti. Ramai yang asyik cuti. Sepanjang join titan, Kelas-kelas dan icm richworks yang saya join beri saya semangat. Saya ada circle jutawan yang luar biasa. Beri saya pemahaman, beri saya keyakinan untuk tidak putus asa. Alhamdulillah dengan macam-macam cabaran dan dugaan 2019. Saya pecahkan rekod tahun 2018 dengan pencapaian 2.19 juta. Walaupun titan saya tak komit dengan baik. Tapi amazing saya boleh pecahkan rekod. Hanya dengan jual buku yang tak repeat order. Dengan stokis yang ramai keluar. Sales saya makin naik. Bukan makin jatuh. Semuanya datang dari semangat yang saya dapat dalam kelas-kelas richworks.
.
Ramai tanya saya, you jual buku je boleh buat juta-juta. Macam mana you buat? Buku ni pulak kena cari kastemer baru selalu, tak repeat order macam produk baju, makanan kosmetik, yang lain.
.
Saat saya tengah typing ni anak saya bangun tido dan merengek-rengek mintak perhatian. Sakit perutlah. Nak susulah. So saya stop menulis warkah untuk doc ni sebentar. Inilah cabaran saya setiap kali saya tengah menulis ke. Buat kerja ke. Sebab saya jaga dan urus sendiri rumahtangga saya. Anak-anak saya. Inilah struggle saya doc. Struggle seorang ibu dan isteri. Saya menangis keletihan setiap hari. Menyusu sangat meletihkan. Ditambah saya siapkan buku FTR yang baru dalam waktu berpantang. Kenapa saya kata saya takut jadi kaya. Sebab saya asalnya miskin.
.
Sekarang dengan situasi saya 2020 ni saya tak pernah bermimpi saya kena ada pembantu rumah. Kena ada PA. Terkejut habis semua orang. Family saya. Kawan saya. Sampai kawan saya yang 15 tahun dah tak contact tiba-tiba datang cari saya balik asbab nampak saya aktif gila-gila buat live seminggu ni share kejayaan-kejayaan saya untuk inspirasi ramai orang. Diorang cakap saya sombong. Dia kata saya dah lupa diri. Dah lupa kawan. Aduhaii. Selama 15 tahun tak contact dia tak pernah tanya saya kat mana, khabar dan sebagainya. Tiba-Tiba. Penuh inbox team lama stokis lama mesej saya balik. Saya tengok je mesej tu tanpa perasaan.
.
Sekarang saya faham kenapa orang kaya, mereka melayan orang yang perlu dilayan sahaja. Sekarang baru saya faham kenapa doc cakap ambik PA. Ambik pembantu. Ya Allah. Saya nak tengok mesej diorang pun saya berfikir dulu sebelum nak balas. Penting ke tidak. Sebab staff saya sendiri pun saya tak sempat layan. Stokis saya dan team saya pun dah macam sotong. Jadual saya yang baru sangat gila pack. Sebab banyak masa nak dihabiskan untuk menguruskan benda dan tanggungjawab yang lebih besar. Saya kena cepat-cepat cari pembantu untuk uruskan pakaian saya. Anak-anak saya. Saya tak boleh buat sendiri semua benda lagi dah. Saya tak sempat masak. Saya tak sempat lipat kain. Saya tak sempat nak kejar anak-anak saya. Saya tak sempat tengok nfon. 😭
.
Sekarang baru saya faham bertapa penatnya bercakap, bercakap dan bercakap. Saya teringatkan doc. Saya rasa ya Allah bertapa letihnya doc bercakap bertahun-tahun non stop. Sekarang, setiap hari saya bercakap dengan team. Dengan hasben. Dengan staff. Buat live. Impaknya sangat luar biasa selepas saya ubah semua ni. Lain macam peginya. Saya sedang buat benda betul dalam hidup saya seminggu ni saya konsisten. Saya kena terus konsisten je untuk capai target saya tahun ni.
.
Panjang pulak ceritanya ni. Takpalah saya nak cerita jugak. Doc baca sampai habis ya. Terima kasih bagi saya semangat. Walaupun dengan kerusi roda saya datang kelas doc. Saya nak belajar. Saya nak berjaya lagi tinggi. 2020 ni saya siap dua buah buku baru saya. Kenapa saya buat buku baru. Sebab buku lama dah habis stok. Lepas tu ada tajuk-tajuk yang saya nak buang dan saya nak edit lagi beberapa bahagian nak berikan yang lebih baik. Semua saya buat sendiri. Menulis. Editing. Hasben bantu sikit bahagian editing. Menulis saya tetap kena buat sendiri. Nama pun penulis FTR. Tak boleh nak suruh orang lain tulis. Saya juga kena sendiri. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya siapkan. Syukur.
.
Group ni saya tengok je orang lain share wins. Saya nak share wins baru nak typing anak saya dah kacau. Anak saya dah nangis. Baru je nak tulis post, saya kena keluar pegi sana sini. Orang ketuk-ketuk bilik saya cari saya dan sebagainya. Hilang habis feeling saya. Saya tertangguh-tangguh dan tertangguh. Lepas tu lupa habis apa saya nak tulis. Ermm. Gerammmmm.
.
Alhamdulillah sepanjang saya bermentorkan Doc. Banyak ilmu yang saya belajar. Saya dapat. Banyak benda-benda best dalam hidup saya berlaku.
.
Asbab doc. Saya ada motivasi untuk siapkan penulisan FTR sehingga ke tahap ni. Sentiasa support untuk saya berjaya dengan apa saya buat. Asbab doc saya menjadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain. Dengan FTR perkara paling best dan paling nikmat yang saya capai. Saya berjaya menjadi asbab 18 orang non muslim masuk islam hanya dengan baca buku yang saya tulis. Allahuakbar. Asbab doc, saya jadi pendakwah melalui tulisan. Semoga pahalanya mengalir juga untuk doc. Tqq so much sebab buat saya faham banyak benda. Saya berjuang untuk bantu agama saya dengan tulisan saya. Inilah kemenangan paling besar saya asbab doc yang ubah mindset saya suatu ketika dulu hingga kini. Saya tak pernah jemu menuntut ilmu dalam program-program richworks.
.
Asbab doc saya jadi orang kaya. Saya jadi jutawan. Lepas balik nuh. Hilang terus ketakutan saya jadi orang kaya. Ada aha point. Ahaa moment yang betulkan mindset saya sekali lagi saat nuh. Asbab doc, saya ada syarikat saya. Saya ada big why yang jelas. Saya ada mission yang jelas. Saya clear dengan apa saya nak capai. Saya boleh ada saving yang banyak. Saya keluarkan rm15 ribu simpanan saya untuk repair rumah mak ayah saya. Saya sponsor 19 orang ahli keluarga saya menunaikan umrah. Saya bawak mereka jalan-jalan ke turki. Staff saya Ke korea. Saya berjaya sponsor stokis saya menunaikan umrah bersama suami isteri. Tahun 2020 ni saya berjaya lahirkan stokis yang berpendapatan 6 angka sebulan. Banyak benda best dalam hidup saya yang saya dah capai asbab seorang manusia yang bernama Dr Azizan Osman. Tak dapat saya nak senaraikan lagi dah. Terlalu banyak. Terima kasih DAO.
.
Gambar di bawah. Gambar rumah mak ayah saya yang sedang renovate. Gambar jadual baru saya lepas saya balik nuh. Gambar imej baru saya yang saya ubah total hari pertama masuk ofis. Gambar buku baru saya.
.
Alhamdulillah syukur pada Allah saya selesai semuanya dengan baik. InshaaAllah saya kommit untuk tahun ni 10 kali ganda. Aamiin.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...