“Abang keretamayat, tolong ulas mimpi makcik dapat tahu masa depan!”
*******
Alkisahnya, sebelum PKP hari itu, pada satu hari, saya sedang nyenyak tidur, tiba tiba Smart Phone saya bergetar korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’, saya capai telephone, tolak butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, saya cam itu adalah suara seorang sahabat saya, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, rupanya dia nak tanya pendapat tentang mimpi seorang blogger dapat melihat tanda kiamat.
Katanya,
“Hamka, ada baca tak kisah Blogger yang ada berdialog dengan bishop?, jiran dia, dan Bishop tu cerita bahawa kiamat akan berlaku 2012, saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan, semua yang dia cakap tu logic, dan buat saya sedar dan berfikir, dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya..., semua ada ciri ciri Dajjal, terus membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 2012 tahun akan datang muncul makhluk tu.”
Saya pejam celik celik cuba hadam kata kata kawan saya tu, sekarang depan mata saya terlihat dua anak lelaki saya sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur empat tahun, sorang nak masuk tiga tahun. saya melilau mencari sorang lagi anak saya, pusing kepala 120 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri saya? Bisik dalam hati..
Sahabat dalam tepon sambung cerita:
“Lepas tu kan Hamka.., nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..malay subtitle.. Saya sambil menonton tu berdebar-debar...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...”
Aduhhh, saya sambil dengar kawan cerita, sambil cuba sedarkan diri sebab suasana rumah ni, bukan rumah saya, tapi anak anak macam dah biasa kat rumah ni, apa hal telah berlaku pada saya?
Saya sekarang tengok anak perempuan saya umur dua tahun sepahkan surat khabar, terus saya tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, saya dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini saya nampak tentu kena tegur.. Mana bini saya?
Sahabat dalam telefon teruskan cerita:
“Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau.. kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang... makin sesat dan tak sedar lagi, Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang tak nak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...”
Dajjal apa pulak ni? tapi saya masih selamba dan kelihatan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor dua saya menangis, si abanglah yang usik, saya jenggilkan mata pada anak sulung saya dan terus pasang telinga..
“Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni, gunakan blog keretamayat kau itu, ini peluang kau berdakwah... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..”
Sambil pasang telinga, Saya terdengar suara isteri dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak saya sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru saya synchronize bahawa saya sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini saya, lepas solat tadi, saya tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan saya serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,
Abang ipar saya ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, saya tumpang satu bahagian sebab anak saya perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat cerita ini di tulis) sedang menangis pulak, saya hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..
Cerita sahabat tu tiba ke fasa seterusnya, katanya..
“Video “the arrivals” tu ada 50 siri... dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu... dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,
Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya..., saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan... yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul... tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...
banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan" Saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampai sekarang takde berita... Saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...”
Anak saya masih menangis, saya selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, saya dukung dia dan cari bini saya sambil terus pasang telinga..
Kawan terus bercerita:
“Hamka, Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yang sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!
Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian dua orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun di Britain + 83 tahun di Amerika + 10 tahun dalam proses ke Jerusalam."
Sedang rancak kawan bercerita, masa tu bini saya datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;
“Abang cakap dengan siapa? Serius sangat muka tu?”
Saya kepit telefon dengan bahu, dan guna dua tangan saya buat Bahasa isyarat yang bermaksud:
"Kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, , pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”
Bini saya angguk tanda paham, walaupun Bahasa isyarat saya merapu, mungkin isteri saya ada menggunakan kuasa gelobang magnetik.(tipu)
Sahabat tu cerita lagi tentang Dajjal:
“Hamka, Kita ada masa lagi 10 tahun lagi dalam dunia ni nak elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dalam video tu ada beritahu, Friendster dan facebook adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...
Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...
Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang , ini yahudi durjana punya.. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...”
Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, saya teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, saya belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya saya, nanti saya kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!
Kawan saya masih gigih bercerita: “Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah tulis kisah ni di blog, Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... “
“kejap Bro, Panjang gila kau cerita, aku baru bangun tidur, mamai lagi ni, sekarang baru jelas, kau dah tengok video Arrival dan percaya itu tanda Dajjal nak keluar?”
“Ya betul, Video tu kejap jer Youtube delete sebab Youtube ejen Dajjal, dia tak nak orang tahu rahsia dia, tapi penerbit tu ada kod rahsia dan akan sebarkan lagi, jika Youtube delete, saya boleh bagi link baru”
“Memanglah Youtube delete sebab video tu petik filem Matrix, Filem Lord Of The Rings, penerbit Arrival tu dah cetak rompak karya orang, memanglah kena delete, siapa dajjal sekarang ni? Pencuri hak karya orang atau Youtube yang nak pengguna dia bermoral?”
“Eh? Hamka, kau tak percaya semua video tu?”
“Memang Tak Lah sebab video tu adalah TEORI KONSPIRASI yang boleh di reka oleh semua orang, yang percaya adalah bodoh, atau senang diperbodohkan.
Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..
Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)
Ok, aku teringin sangat nak bebel panjang lebar, tapi aku kat rumah abang ipar, lepas ni kita ngeteh, aku ulas betul betul bagi kau faham! Maaf letak telefon, aku sangat-sangat perasan sibuk, Bye!”
Tamat panggilan, terus saya bersiap nak solat Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati saya sendiri..
"Hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”
"ye tak ye juga”.
Lalu saya pergi ke dapur minum teh tarik yang bini saya buat, sebelum berangkat pulang, saya bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu saya membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....
Sekian.
Ps: Kejadian berlaku sekitar 2008, dan pada tuhun 2012, kiamat telah berlaku dalam filem Hollywood, dan Youtube masih delete siapa siapa guna keratan filem tanpa izin walaupun dengan niat berdakwah, Youtube tetap akan delete. Now you know.
Woha!
「lagu sahabat tak akan pergi」的推薦目錄:
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 Facebook 的最佳解答
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 Facebook 的最佳解答
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 Sahabat Tak Akan Pergi (Lyrics) - YouTube 的評價
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 SAHABAT TAK AKAN PERGI ( Official Music Video ) - YouTube 的評價
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 Betrand Peto Putra Onsu & Anneth Delliecia - YouTube 的評價
- 關於lagu sahabat tak akan pergi 在 Lagu Sahabat Tak Akan Pergi Betrand Peto Putra Onsu Dan ... 的評價
lagu sahabat tak akan pergi 在 Facebook 的最佳解答
Salam encik Hamka
Saya pernah di tanya soalan yang membuatkan saya garu kepala beberapa jam, Mohon tuan Hamka kongsi pendapat.. Soalan dia macam ni..
Solat di Mekah, ganjaran tak sama dengan di sini.. Doa di sana lebih mustajab berbanding di lain-lain tempat..
Persoalannya ..kenapa?..
Adakah Allah tu tidak adil?,macam tu,untung la pada orang yang dah pergi sana,dan lebih beruntung penduduk sana..
Terima kasih tuan..
Harap sudi kongsi pendapat..
***********
(Jawapan dari abang mayat)
Salam. Memang betul terdapat hadis Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.
Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.
Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.
Dengan pendedahan ini, Bukanlah saya nak galakkan korang semua supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah siapa yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi saya nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.
Iaitu pahala berada di jalan Allah.
Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) agama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.
Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadis Fadail yang biasa.
Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!
Saya petik beberapa hadith:
Hadis riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad (mekah) di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.
Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) agama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.
Pernah ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.
Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”
Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.
So, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Sebagai penutup: saya kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.
Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 3 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.
Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:
Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban,
bermesyuaratlah antara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.
Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.
Abdullah bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi,
Korang just imagine betapa besarnya pahala bersolat jumaat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, dan ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi dan dengan kuda yang pantas, sehabis solat jummat, akan terus ke jalan Allah menyusur sahabat lain yang sudah bergerah selepas subuh tadi.
Tapi korang tahu apa jawab Nabi?
"wahai Abdullah bin rawahah, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah"
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.
Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.
Ada riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.
Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghitung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz,
Tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan Allah.
So, menjawab soalan di atas, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Akhir kata, sungguh betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Siapa sedia! Keluar ke Jalan Allah? Berdakwah pada jiran, berdakwah pada kawan tak solat, berdakwah pada member yang tak bersyukur dan berdakwah pada sahabat bukan islam?
Siapa sedia? Sila bagi nama pada AJK masjid anda yang pernah keluar tabligh.
Woha!
lagu sahabat tak akan pergi 在 Facebook 的最佳貼文
Perang Palestin dan Israel ni bermakna Kiamat dah dekat?
Benar kiamat sudah dekat, tapi tarikhnya tiada siapa yang tahu? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Namun kiamat tidak akan berlaku selagi orang islam buat kerja Dakwah.
Zaman Nabi dulu, semua sahabat buat dakwah, malahan Syaitan datang 'ajar' agama kepada sahabat
Tak cukup Syaitan, Berhala dan Dajjal pun ber'dakwah' korang tahu tak?
(Kena baca habis atikel ini sebab jika baca separuh takut sesat-dan sila bersetuju di akhir perenggang sebagai persiapan untuk permulaan hidup baru-Woha!)
Al kisahnya, Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika, di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.
Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam, lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan liar di pinggir Kota Madinah barangkali.
Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.
Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan iman.
Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.
Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.
Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis. Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya”
“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”
Untuk pengetahuan pembaca, Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.
Inilah pengorbanan di awal keislaman, dah macam PKPD, orang islam di sekat ekonomi.., lapar dah jadi makanan harian.
Maka tercatatlah dalam sejarah, akan seluruh harta benda jiwa raga di korbankan demi agama, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan agama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.
Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya wafat sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, buatlah jambatan, buatlah pedang, buatlah apa sahaja, semua sanggup di korbankan sampai ke tulang temulang.
Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?
Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.
Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan."
Itu belum saya cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.
Belum cerita kisah Abu Zar, yang mati bersendirian di padang pasir.
Korang semua yang saya muliakan, Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama.
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa Penaklukan Kota Makah, Islam akhirnya menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam agama islam.
Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.
Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling, akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam selamanya.
Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat.
Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya, lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut dari cengkamannya.
Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,
"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”
Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala boleh bercakap?"
Dengan selamba serigala menjawab: “Ada berita yang lebih hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”
Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk islam.
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Saya bagi cerita lain yang lebih gempak.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir bernama Ghassan bin Malik yang berkata:
“Mahukah engkau wahai Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan perintah berhalaku?”
Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan perintah Tuhanku.”
Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..
Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari, berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di Madinah”
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Ingat kisah Syaitan mengajar Abu Hurairah rahsia ayat Kursi?
Kata Syaitan: "Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.”
Ok, berhala dah, Syaitan dah, sekarang saya bagi cerita lain yang lebih gempak gila. Ha ha!
Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa Dajjal.
Lalu Dajjal bertanya:
“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?
Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.
Korang semua yang saya muliakan sekalian.
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat dakwah)
Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz sebab kisah ni panjang)
Syaitan pun ‘berdakwah’? wow!
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap agama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana agama, dan menitiskan darah serta air mata kerana agama!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas agama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah..
Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya, serigala, berhala, syaitan dan DAJJAL pun ‘berdakwah’ kepada islam.
Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk saya tidak membuat pengorbanan ke atas agama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat, jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang dakwah!
Pernah ada ustaz dan AJK Surau yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..
Tapi itu dulu, sekarang smeua dah buka mata, Cuma zaman PKP ini, SOP agak tidak mesra agama, tapi kita akur, sebab taat pemerintah juga sunah kerana sekarang sedang darurat. Semoga Alalh hindari kita semua dari wabaj penyakit.
Namun pesan saya, agar kita semua orang islam tolong jangan bergaduh, walau beza bab akidah atau mazhab, jangan terus caci mencaci, dalam politik parti, jangan kafir mengkafir, jangan menghina ulama dan jangan mendoakan bala sesama islam, jangan cepat mebidaahkan semua perkara, cuba berpalang dada dan Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.
Tapi apa itu pengorbanan?
Sebenarnya, saya dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun, tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK.
Contoh, kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan.
Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana agama, menanggung susah demi orang lain, dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,
Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda, tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!
Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.
Saya hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi, Apa kejadah?
Sebagai contoh: saya belum menunaikan Hak Solat, Yang mana saya wajib solat jemaah awal waktu tempat azan di azankan, juga saya sepatutnya banyakkan solat sunnat dan solat tahajjud tapi saya kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!
Hampeh kepada diri sendiri!
Saya juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana saya wajib Khatam Al-quran setiap tahun dengan tahu semua makna, tapi saya biarkan masa lapangku dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog? atau baca teori kospirasi?
Adohai..
Saya juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana saya sepatutnya berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi saya dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika saya sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!
Saya juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana saya wajib ajak kawan kawan bukan islam masuk islam dan ajak orang islam amal agama tapi saya masih bersenang lenang depan TV layan movie, ohhhhhhh..
Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa kejadah?
Pesanan ini di tujukan khas kepada diri sendiri.
Akhir kata: Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat, maka kenapa kita dalam hidup beragama Islam boleh bergaduh sesama kita?
Renung-runungkan, dan selamat muhasabah diri!
Woha!
Ps: Gambar buku tu dah takde stok, habis, tiada cetakan lagi, nak buku lain karangan saya InsyaAllah ada, terima kasih.
lagu sahabat tak akan pergi 在 SAHABAT TAK AKAN PERGI ( Official Music Video ) - YouTube 的美食出口停車場
A Media Onsu Perkasa Presents: SAHABAT TAK AKAN PERGI Cipt : dodi hardianto Performed by : Betrand Peto Putra Onsu & Anneth delliecia ... ... <看更多>
lagu sahabat tak akan pergi 在 Betrand Peto Putra Onsu & Anneth Delliecia - YouTube 的美食出口停車場
... Peto Putra Onsu & Anneth Delliecia Lagu : Sahabat Tak Akan Pergi ... pergi Selamanya di dalam hati Kau sahabatku, takkan terganti Ho oh. ... <看更多>
lagu sahabat tak akan pergi 在 Sahabat Tak Akan Pergi (Lyrics) - YouTube 的美食出口停車場
Lirik lagu sahabat tak akan pergi yang dibawakan oleh Betrand Peto bersama Anneth Delliecia tayang perdana pada (11/09/2021) melalui channel ... ... <看更多>