Semusim di Syurga part 47
--------------------------------
Kisah masjid dikampung lain bukan sini bersambung lagi. Adohai..
Sedekad lalu, iaitu ketika Pengerusi lama dan Imam lama belum bersara, ketika beliau masih mentadbir masjid itu, orang kampong tidak pernah terfikir akan berlangsungnya 'pesta arak' secara terbuka dan besar-besaran di kawasan masjid.
Walaupun Pengerusi lama sering dituduh sebagai tidak cukup Islam oleh Tok siak, dan ada kalanya dilebel sebagai Maha Firaun, tetapi masjid itu masih ada program program islamik mengikut lunas-lunas Islam tanpa menidakkan hak penganut agama lain menjalani cara hidup masing-masing secara terkawal di sekitar kampong.
Pada ketika itu, ada kedai arak dihujung kampung yang dijadikan senjata utama oleh Tok siak untuk menyerang Pengerusi masjid dan imam lama. Kononnya, sekiranya Tok siak dilantik jadi pengerusi, maka kedai arak tersebut akan dirobohkan serta merta.
Sebahagian 'doa' Tok Siak akhirnya termakbul apabila Pakatan kiri AJK masjid berjaya merampas 2/3 undi ahli jemaah, sekali gus memberi kuasa mentadbir kepada pakatan itu. Tidak cukup itu, Imam lama telah di tangkap polis kes rasuah dalam renovate rumah.
Namun, apa yang berlaku selepas Tok Siak berkuasa melalui kerjasama dengan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim ialah bukan sahaja kedai arak tersebut tidak dirobohkan, tetapi pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan sekitar masjid, jauh mengatasi jumlah sedia ada di bawah pemerintahan pengerusi lama dan Imam lama.
Maka, Tok siak memberi alasan bahawa mereka tidak punya kuasa penuh untuk menjalankan perintah Allah SWT di masjid itu serta tidak wajar dipersalahkan kerana pengerusi baru adalah pilihan Bilal dan Tauke Cina jual aiskerim. Tok siak masih lagi Tok siak. Jika Tok Siak dah jadi Imam mungkin boleh bersuara.
Bertitik-tolak dari itu, peluang 'doa' Tok siak seakan makbul apabila Imam baru dipecat setelah bergaduh dengan pengerusi baru dan ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab beliau ada kes polis liwat budak, lalu beliaupun melantik isterinya sebagai imam baru dan akan baca khutbah jumaat sekaligus mentadbir tabung derma masjid.
Ketua kampong yang tidak setuju dengan lantikan imam baru (bini pengerusi pulak tu) namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon lelaki lain.
Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahalluf siyasi. Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain.
Akhirnya Tok siak yang ada peluang menjadi imam, dan bolehlah meroboh kedai arak dihujung kampong dengan dana masjid jika perlu, telah menolak peluang dan melantik bilal menjadi imam baru, sekaligus menyimpang kunci tabung derma di hari jumaat.
Padahal Tok siak, walaupun pengerusi dan tauke cina jual ais krim tak mahu beliau jadi imam dan pegang tabung masjid, Tok siak mempunyai kuasa majoriti dengan disokong sepenuhnya oleh AJK lama dan mampu dapat undi 2/3 jika keluar pakatan dan dengan kuasa mutlak tersebut, Tok siak boleh sahaja menjalankan perintah Allah SWT dan merobohkan kedai arak sepertimana yang 'diimpikan' mereka selama ini.
Malangnya, Tok Siak lebih sayangkan kerjasama dengan Pakatan AJK yang sokong pasukan bola kegemaran dari Allah SWT. Tok Siak tidak sanggup memegang kuasa sendirian dan tetap akur ingin berkongsi kuasa dengan rakan-rakan sekutunya. Malah, lebih dari itu, Tok siak sanggup berkorban pula menjadi suara minoriti dalam mesyuarat bulanan Masjid.
Setelah melakukan pengorbanan dengan menolak tawaran menjadi imam, Tok siak melatah pula apabila pesta arak bakal diadakan di sekitar kampong.
Kawan Tok siak kemudiannya pantas 'menyelamatkan keadaan' dengan membuat kenyataan yang bersifat menyokong pesta arak dianjurkan atas alasan hak bukan Islam.
Kita faham bahawa Tok siak enggan menyinggung perasaan Pengerusi baru dan Tauke Cina jual aiskerim dengan menentang pesta arak secara terang-terangan. Penentangan Tok Siak bagaimanapun disampaikan secara halus dengan menyiarkan kenyataan ABIM di FB peribadi Tok siak yang menyelar penganjuran tersebut.
Hakikatnya, Tok siak sememangnya ‘tiada hak’ untuk melatah atau marah dengan penganjuran Pesta arak. Bukankah Tok siak mampu menolak semua ini dari berlaku sejak dari awal dahulu?
Dengan meletakkan kesetiaan kepada Pakatan AJK melebihi segala-galanya, maka Tok siak adalah sebenarnya merupakan rakan subahat dalam program pesta arak.
Nafikanlah dan putarbelitlah ke mana pun jua, namun hakikat bahawa Tok siak turut menyumbang kepada maksiat yang semakin berleluasa di kampong itu tetap merupakan satu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.
Oleh itu, tiada apa lagi yang dapat dikatakan selain ‘Tahniah’ kepada Tok siak kerana berjaya mempertontonkan cara pemerintahan Islam ala Tok siak melalui dasar perkongsian kuasa dengan pengerusi baru dan Tauke Cina jual aiskerim. Kesiankan, tengok tok siak yang sibuk kafirkan pengerusi lama bila buat salah, tapi berdiam diri bila pengerusi baru buat salah, islamlah sangat, adohai..
Mohon kepada Allah agar dibukakan hati Tok Siak untuk muhasabah diri dan bertaubat. Amin.
Akhir kata, kisah ni bukan kat tempat sini, tapi tempat lain. (woha!)
Search