I Januari 2020
Hari ini adalah permulaan tahun 2020 dan juga dekad baru. Kita tidak tahu apa akan berlaku besok apatahlagi sepanjang tahun. Rasa bimbang dan takut bercampur keyakinan serta harapan. Inilah manusia.
Aktiviti pertama saya adalah mesyuarat khas ALKIS (alumni KIM, KIK dan KISAS). Inilah namanya aktiviti persatuan atau NGO. Hari cutilah yang menjadi habuan dan harapan bagi melunaskan tanggungjawab berpersatuan. Orang yang sudah biasa dengan persatuan dan NGO, masa rehat bukan lagi untuk diri sendiri. Ia untuk orang lain. Mengapa kita perlu berpesatuan ya? Saya tidak ada jawapan langsung. Jawapan saya adalah dalam bentuk soalan juga; "Apa akan jadi kepada masyarakat dan diri kita sendiri kalau semua orang hanya pentingkan diri sendiri dan ingin rehat ?" Sudah tentu kita tidak boleh mengkebumikan jenazah kita sendiri di kubur. Bolehkah anda?
Selepas mesyuarat di waktu petang, saya sempat menyantuni manuskrip The Theory of Wealth Circulation and Risk Sharing in Islamic Finance. Alhamdulillah, dah sampai bahagian conclusion...nak kena semak semua bab2 untuk kemas kinikan dan lebih uptodate. Memang memenatkan nak siap sesebuah draf manuskrip (ini bukan lagi final)....tapi apakan daya..memang nak jadi seorang penulis...kena harungi lautan berapi. Hari ini permulaan tahun baru tapi juga permulaan kepada pengakhiran manuskrip saya.
Sebelah petang dijemput minum petang di rumah keluarga besan dan ada juga tetamu istimewa dari Cape Town....Yasin dan keluarga beliau. Kami sembang2 petang tentang pasukan Afrika Selatan yang menang Piala Dunia rugby. Kenapa mereka menang? Sebab mereka 'composed'. Apa erti composed? Sabar, tenang dan geliga. Ini skil baru dalam sukan.
Kami juga sembang tentang karakter kapten pasukan rugby iaitu Siyamthendra Kolisi (Siya Kolisi), kapten pertama berkulit hitam. Banyak cerita menarik tentang beliau. Tapi kena baca banyak lagi tentang beliau untuk dipetik hikmah dan mutiara kemanusiaan.
Hari pertama tahun 2020 sudah berlalu. Besok ramai yang mempunyai anak2 yang mula bersekolah semula. Tanamkan motivasi yang tinggi kepada mereka supaya lebih suka, senang dan ringan belajar, membaca, mencipta (idea) dan berimpian tinggi.
MDB
Search