Dark Side Ejuice!!!!!
Ini list kedai kedai yg ada jual. Tengok video ini dulu sebelum beli!!!
The 81vapeshop (kuantan)
Ophiz Vape Ipoh (Ipoh)
Vape kaki (subang jaya)
Vaperfection, icon city (penang)
RK Vapour ,Batu Ferringhi, (Penang)
Vape XL , (Shah Alam)
Hyper vape ,Sungei wang plaza (K.L)
Hyper vape (kepong)
Fogging Ministry yulek (cheras)
Vapeboss (cheras)
Vapekirin (cheras)
Vape juntion (pudu ulu)
Mont vape (bintulu)
Vapestronomy (ipoh)
Vapestronomy (selangor)
Distributor & reseller welcome
+6016 6878828
-Facebook link : https://m.facebook.com/darksidebrewco/
-Instagram:http: //instagram.com/dark_side_vape
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
kedai vape shah alam 在 Adrian Lo Dejavu Facebook 的最讚貼文
SUSULAN SIDANG MEDIA MEVTA
Berlansung di Shah Alam pada petang ini, MEVTA telah menjayakan suatu sidang media bersama-sama media semasa. Diantara pendirian media yang dikeluarkan oleh MEVTA adalah mengenai isu-isu berikut:
1. Rampasan ke atas kedai peniaga "vape" dan pengharaman penjualan "vape" di tahap kerajaan negeri dan tempatan.
Kerajaan pusat telah melalui siaran akhbar bertarikh22.12.2015, melalui Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Hilmi Yahya, bahawa "KKM tidak akan mengharamkan rokok elektronik dan hanya akan "mengawal penggunaan dan penjualan" di Malaysia.
Selanjutnya, beberapa hari selepas itu, melalui minit Dewan Rakyat bertarikh 25.12.2015, Menteri Kesihatan, telah memberi jaminan yang sama bahawa tiada sebarang serbuan akan dilakukan ke atas peniaga "vape" sehingga kerajaan pusat mengeluarkan undang-undang selanjutnya bagi mengawal selia industri "vape" di negara ini.
Akan tetapi, pekembangan terbaru mengenai isu ini, melalui surat KKM yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah yang dialamatkan kepada pihak kerajaan tempatan, jelas menunjukkan bahawa KKM memohon agar "lesen (perniagaan kerajaan tempatan) tidak diberikan kepada pengusaha peniagaan rokok elektronik". Surat ini adalah mungkin penyebab utama tindakan terburu-buru kerajaan tempatan sesetengah negeri baru-baru ini melakukan dan/atau mengambil tindakan susulan keatas peniaga-peniaga "vape" di negeri masing-masing.
MEVTA dalam isu ini menyambut dengan besar hati penyataan dan sikap terbuka pemerintahan kerajaan tempatan negeri Kedah dan Melaka yang bernas dan tidak terburu-buru untuk tidak mengambil sebarang tindakan, sementara menunggu penggubalan undang-undang kerajaan pusat.
MEVTA sentiasa mengalukan mana-mana pihak yang berminat dan berwajib, terutamanya pihak KKM untuk merujuk sebarang perkara mengenai isu "vape" kepada MEVTA, melalui samada rundingan, perbincangan damai dan sebagainya, bagi membantu kerajaan dalam proses mengawal selia industri ini, sebagai wakil daripada industri "vape" di Malaysia.
2. "Roadshow" pendidikan dan kesedaran umum mengenai "vape" oleh MEVTA.
Dalam usaha MEVTA untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan umum mengenai isu "vape" dan penggunaan rokok elektronik di kalangan rakyat Malaysia, pihak MEVTA telah merancang untuk melakukan "Roadshow" di beberapa lokasi seluruh negara sepanjang tahun 2016 kelak.
"Roadshow" pertama akan dijadualkan pada penghujung bulan Januari 2016, bermula secara serentak di kawasan utara dan selatan negara.
Liputan penuh media mengenai sidang media hari ini boleh didapati di:
(a) Rakyat Post
http://www.sinar.tv/…/vape-mevta-pertikai-kepakaran-kkm-1.4…
(b) Astro Awani
http://www.astroawani.com/…/kkm-mana-garis-panduan-vape-mev…
(c) Berita Harian
http://www.bharian.com.my/node/108161?m=1
(d) Sinar TV
http://www.sinar.tv/…/vape-mevta-pertikai-kepakaran-kkm-1.4…
(e) Star Online
http://www.thestar.com.my/…/vape-players-want-talks-over-f…/