Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata bijak singkat」的推薦目錄:
- 關於kata-kata bijak singkat 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於kata-kata bijak singkat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於kata-kata bijak singkat 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於kata-kata bijak singkat 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於kata-kata bijak singkat 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於kata-kata bijak singkat 在 Kata Kata Bijak Terbaru 2021 - YouTube 的評價
- 關於kata-kata bijak singkat 在 Kata Bijak Singkat Jelas | Facebook 的評價
kata-kata bijak singkat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Bagaimana menjadi Penulis? Aku rasa aku layak bagi nasihat sebab aku ada blog dan FB yang ribu ribu follower, dan sudah keluarkan beberapa bijik buku dipasaran dan antaranya sudah diulang cetak, entry ini mungkin agak berlagak dan ‘deep’, adohai..
Nasihat aku, setiap orang yang nak jadi penulis, wajib kena ada buku catatan yang di tulis sendiri tentang nota kehidupan yang ‘make sense’, perlu di ingat, nota kehidupan adalah tidak sama dengan diari. Diari di tulis tanpa isi ilmiah dan lebih kepada peristiwa syok sendiri dengan niat merakam peristiwa sedangkan nota kehidupan adalah fakta dan bahan berilmiah atau peristiwa bersifat ‘sharing and someone can learn from history’.
Aku dari zaman remaja lagi sudah ada menulis nota secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting seperti Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, petikan kata kata hikmat buku tertentu, idea idea bab berniaga, idea idea untuk dijadikan skrip komik, atau filem dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang usia muda.
Dalam nota itu jugak, aku menulis balik kefahaman dari buku yang aku baca atau dari filem yang aku tonton dengan menggunakan pendekatan bahasa yang aku rasa lebih sesuai, akhirnya buku itu dah jadi macam ‘kitab’ bagi aku untuk rujuk balik bila rasa down atau lost.
Lebih kelakar, ada kawan kawan yang fotostat buku aku tu sebab kata mereka, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat tinggi nilai kemanusian dari segi akedemik dan falsafah!. Mereka juga akan rujuk kitab aku bila rasa down atau lost!,
Woha!, ini satu penghormatan pada buku nota kehidupan aku, walau aku rasa tindakan kawan kawan aku itu agak pelik.
Dipendekkan cerita, bila masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, aku tokok tambah dengan ilmu baru kerana hidup sudah lebih berpengalaman(kononnya), dan setiap entry aku cuba masukkan drama dan punch line agar lebih dramatic, dan bila pembaca serta kawan kawan baru merasa pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh update setiap minggu akan blog keretamayat dengan bahan ‘rare’ yang lain dari yang lain, (rujuk entry dari tahun 2006)lalu bertanya; dari mana datang idea?
Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk kolej, keluar university, masuk penggung wayang keluar konsert, ada yang koyak serta bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke mana..
Namun, Alhamdulillah, sejak zaman internet, masalah buku koyak sudah berakhir, dengan istiqamah update blog setiap minggu sekurangnya satu entry, dan di tulis kembali dengan niat sebagai himpunan nota peribadi kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap hari ada orang baca (and counting) dan ada yang berterima kasih secara personal dan ada yang mengaku hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku,
(Alhamdulillah, Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina)
Kesimpulannya, jika nak menulis, tulislah dengan ikhlas, tulis dalam buku cacatan atau blog sebagai rujukan diri, dan jika ada orang mahu fotostat, mahu copy/pate, itu adalah satu kehormatan...
Membaca itu bagus, tapi lebih bagus menulis balik apa yang di baca dengan kefahaman yang sesuai, sama jugak dengan mendengar ceramah, itu bagus, tapi lebih bagus jika kita menyampaikan pula dengan kefahaman yang sesuai dalam bentuk penulisan.
Nasihat aku, jangan tunggu sudah tua, sudah pencen, baru korang nak menulis tentang nota kehidupan, tulislah bila bila masa terluang, mula mula korang buat nota kehidupan, kemudian tulis dalam blog atau FB, jika nota kehidupan korang bagus dan bermutu serta bermanfaat, maka korang akan dapat ramai follower, yang mana bila follower dah cecah puluh ribu, maka penerbit buku sendiri akan datang tawar untuk jadikan blog korang sebagai buku. Simple!
Mendapat follower ribu ribu ini bukan ambik masa seminggu atau sebulan, tapi bertahun tahun, namun waktu aku menulis dulu, aku bukan niat nak ramaikan follower, tapi aku tulis dengan ikhlas sebagai nota kepada diri, malahan, jika aku tak ada idea, aku tak paksa tulis sebab nanti kualiti akan teruk, so ada juga sebulan satu entry, tapi yang penting tulis dengan ikhlas. Aku tak tahu macam mana nak terang bab menulis dengan ikhlas ini..
Penting jugak bila nak menulis, tolong jangan tulis benda yang beribu ribu orang lain dah tulis, dan andai kata dah ada, korang kena tulis dengan gaya atau tamsilan yang berbeza. Apa gunanya membaca tulisan yang sama jer dengan penulis lain, buang masa ni kerja orang bodoh, so make sure menulis perkara yang belum orang tulis, atau ditulis semula dengan olahan Bahasa yang lebih baik. Macam filem remake, banyak kesilapan penulis skrip dan pengarah bila copy paste jer dalam buat remake, buang masa betul, atau jika diubah jalan cerita pulak, jadi lebih bosan nak mampos! Adohai..,
Untuk menulis sesuatu yang baru, korang bukan boleh hentam kromo, korang kena ada buat kajian dan bullshit detector yang baik, Contoh waktu orang tanya aku isu video arrivals, memang aku tak setuju, lalu bila aku nak tulis aku survey internet dulu, dan takde sorangpun blogger melayu yang bangkang (setakat yang aku search waktu tu), semua pakat percaya video tu bulat bulat siap share dan promote, maka akupun tulis dengan fact bangkang video tu sebab teori konspirasi ni buang masa dan mengarut, komen negative dan positif melambung aku dapat, dan lepas tu aku tengok dah mula ada blogger yang berani kritik teori konspirasi. Sekarang keadaan kembali stabil dan ramai sudah penulis mula menjadi bijak dalam menganalisa fakta sebelum mengkiritik.
Dari situ aku belajar akan kelemahan paling ketara dalam penulisan adalah apabila menulis tanpa fakta, alangkah celakanya bila korang menulis guna sentiment dan emosi semata-mata. Sesungguhnya menulis ni kena ikut adab yang paling utama iaitu berdasarkan fakta, contoh bab manusia ke bulan, ada yang bukan pakar angkasa tapi tulis teori komspirasi manusia ke bulan dengan hujah yang sungguh celaka, siap rujuk laman web sampah apa kejadah!
Paling penting dalam menilai fakta adalah bab agama, nak tulis pastikan ada sumber, jangan tiru Hamka Keretamayat yang guna sumber BUZNAMA , aku akui tak boleh guna sumber Buznama tapi jika guna common sense, BUZNAMA yang aku maksudkan adalah, (jika korang rajin, pasti dapat jawapan, aku akui malas nak cari sebab dah tak sabar nak post dalam nota rujukan diri sendiri) dan aku pastikan BUZNAMA punya sumber ni, tak makan 10 paratus rujukan dalam setiap entry, 90 paratus lagi, aku quote sumber dari Al Quran dan hadis. Sila check jika tak percaya. (aku azam, akan mengurangkan seminina yang boleh akan suber buznama ni sedaya upada dalam entry yang mendatang, insyaAllah)
Okey tambah lagi satu nasihat kepada penulis diluar sana, jangan menulis dengan gaya Bahasa yang bosan kecuali korang dah jadi tokoh atau artis, contoh macam buku Dr Mahadhir, tak apa beliau nak tulis dengan gaya mendatar dan bosan bosan sebab beliau seorang tokoh, aku dan orang ramai akan baca jugak, tapi korang yang belum jadi tokoh, kenalah tulis dengan gaya yang unik, lain dari yang lain, baru aku dan pembaca yang lain tak bosan baca penulisan korang.
Tapi jangan cuba tiru keunikan penulisan orang lain, macam Jacky Chan bila Bruce lee terkenal di dunia filem kungfu menjerit “woooooo” waktu bertarung, semua pelakon kungfu lain nak menjerit “wooooo”, tapi Jacky Chan cakap, “I never wanted to be the next Bruce Lee. I just wanted to be the first Jackie Chan” dan beliau akhirnya Berjaya dengan gaya unik yang tersendiri.
Nampak?!
So, nak jadi penulis, jadilah diri sendiri yang mana sekiranya ada yang mendapat manfaat dari tulisan korang, seronok membaca, malahan menunggu nunggu korang menulis, maka dah ada bibit bibit kejayaan seorang penulis di situ.
Tapi jangan jadi perasan unik pulak, bagi yang tak tahu, Perasan Unik adalah ditujukan kepada mereka yang otaknya slow, lalu cuba menjadi lain daripada yang lain, tapi akhirnya menyusahkan orang...
Tulis bahasa inglish tapi ada banyak z : “Finazlly! I've beenz waitinz 4 some1 to condemned diz "trash". Waa...looz at diz. U kow? We R so stupid coz wez juz zzzzzzz, I likes yos blozz soz muzz..
Aduhai, tolonglah jangan susahkan aku yang dah tua ni, aku tahu ada mat saleh yang tulis macam ni dalam blog mereka, ‘I wuz ere’ atau apa-apa, tapi itu mat saleh bangang!, benda yang bangang tak payah nak ikut, nyusahkan orang jer, tolonglah jangan ikut mereka dalam perkara kebodohan, niz yangz akuz nakz marah gilezz ni, akuzz lemapngzz teruz z, fuz u!
Perasan unik juga kepada penulis yang menulis dengan gaya tulisan terlalu singkat.. “ cik km, knp x u/d bg lg? I u/d hari2 x de pun?tlg u/d, sbb i sk sgt u pya blg bl bl bl..”
Aduh.., maaf jika ada yang terasa, blog aku bukan sms, email akupun bukan sms, tolonglah tulis elok elok, korang nak tulis bab ugama, tapi aku tak paham apa korang tulis, lalu bila aku tak layan, korang email pulak.. “cik km, sy dh mail tny soklan, knp x jwb lg? Sy sdg ssh, tlg sy bl blb bl..
Korang perasan tak? Aku mana ada tulis short cut dalam blog aku, memang aku akui waktu mula tulis blog dulu, aku ada tulis ringkas-ayat, seperti ‘yg’ untuk ‘yang’.., sebab waktu tu aku tulis nota kepada diri sendiri.., tapi bila aku tahu ramai orang baca blog aku, aku dah tak tulis ‘yg’ lagi untuk yang.., sebab aku tak nak menyusahkan orang, jadi jika korang nak jadi bijak, bila berurusan dengan orang, tulis elok elok, jangan tulis macam ni:
“emm stlh aku bc bog en hamka ni psl ni,mmg peras trgaggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...”
Tolong, jangan perasan unik, tak unikpun bila menyusahkan orang.., itu belum lagi tulisan yang sekejap kecik sekejap besar, atau Allah di tulis dalam bentuk huruf, 4LL1, atau ada muzik kat blog yang buat aku kelam kabut cari volume nak tutup, atau blog yang sekejap sekejap tukar wana background dan template, lepas tu tanya suka tak lay out baru? Apa ke jadah?
Orang tak membaca tulisan korang sebab warna background atau corak template, tapi sebab ISI! Kandungan penulisanlah yang menentukan tulisan korang, best, tak best, bodoh atau bangang!
Mengerti?
Sekarang sudah tahun 2017, ada berjuta blog/FB diluar sana, maka janganlah korang membuat blog dengan menulis blog yang bosan nak mampos! Adohai..
Walaubagaimanapun, sebelum korang mengamok, ada jugak akan kebaikkan seseorang apabila menulis walaupun mungkin bosan nak mampos, iaitu:
Seadainya apa yang korang tulis itu salah, maka orang akan tahu korang salah dan terbukalah peluang untuk orang menegur dan korang akan terbaiki insyaAllah, maka janganlah takut salah dalam menulis, kerana jika korang takut nak menulis kerana takut salah, maka tiada seorangpun yang tahu korang punya salah dan berbuatlah korang akan salah itu sampai mampos!
So, jangan takut nak menulis, jika tulisan korang bosan, akan ada yang tegur, jika tulisan korang yang salah, akan ada yang maki, so kita boleh improve, dan seandainya betul, maka orang akan orang akan mendapat manfaat walaupun korang dah lama jadi mayat, itulah kuasa menulis ilmu yang bermanfaat.
Akhir kata:
Masih segar dalam ingatan, waktu aku masih remaja, waktu aku down dan lost, ketika aku sangat sedih setelah mengetahui hakikat kehidupan bahawa dunia ini tidak seindah yang aku sangkakan, lantas aku dapat ilham memujuk diri dengan menulis satu falsafah dalam buku catatan yang berbunyi:
“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Tidak aku sangka, falsafah yang di tulis dengan penuh kesedihan bersama air mata di waktu remaja itu akhirnya di tulis dalam blog keretamayat, Facebook keretamayat, dan paling best: tercetak dalam buku Permata yang Hilang dan Kamar Sutera lalu di baca oleh ribuan orang, semoga ilmu yang bermanfaat akan terus aku nikmati walaupun mayat aku sudah hancur di mamah bumi..
Rupa-rupanya, tindakan kawan kawan aku fotostat buku nota kehidupan aku satu ketika dulu itu adalah benar.
Woha!
Ps: Jom jumpa saya di bengkel penulisan 25 March Ini Di Terengganu! Jom! Saya ni pemalu, tapi sanggup tebalkan muka untuk kongsi ilmu tulis buku tebal tebal- woha!
kata-kata bijak singkat 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
kata-kata bijak singkat 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kata-kata bijak singkat 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kata-kata bijak singkat 在 Kata Bijak Singkat Jelas | Facebook 的美食出口停車場
Kata Bijak Singkat Jelas : 1.Berakhlak baik dan sopanlah selama anda berada di grup ini, jangan pergunakan kata-kata jorok ataupun kata-kata kasar. ... <看更多>
kata-kata bijak singkat 在 Kata Kata Bijak Terbaru 2021 - YouTube 的美食出口停車場
Kata Kata Bijak Terbaru 2021Kata kata bijak singkat penuh makna terbaru 2021KATA KATA BIJAK ... ... <看更多>