Kepada Pengamal Perubatan Malaysia di Barisan Hadapan Covid 19:
Saya dimaklumkan bahawa sebahagian daripada golongan anda yang terasa hancur lebur akibat tekanan yang bertubi-tubi ini. Oleh yang demikian, saya rasa perlu menulis surat ini untuk menyampaikan salam dan penghargaan kepada anda semua.
Apa khabar anda? Selera anda baik? Tidur dengan baik? Saya berharap anda sanggup menjaga diri-sendiri dengan baik sementara menjaga pesakit-pesakit.
Anda mungkin berasa risau diri anda akan dijangkiti virus, anda khuatir samada sistem dan peralatan perubatan cukup sempurna, anda menghadapi tekanan daripada ahli keluarga (ataupun rasa tersingkir), memandang ahli keluarga pesakit-pesakit yang tidak memahami tetapi memaki-maki di depan hospital, tambahan pula anda kini dalam keletihan akibat kurang rehat……
Segala tekanan ini adalah begitu berat untuk anda buat masa kini.
Siapa sanggup menerima atau mengalami segala tekanan ini? Anda amat khuatir bahawa penularan covid-19 lagi sukar dikawal pada masa akan datang, dan hati anda penuh dengan ketakutan.
Saya tidak dapat membantu anda di barisan hadapan. Namun begitu, sebagai seorang pekerja sosial perubatan (Medical Social Worker) yang pernah berkhidmat di sistem perubatan selama 8 tahun, saya ada sepatah dua kata yang ingin berkongsi dengan anda:
1) Izinkan diri anda merasai perasaan yang sedih sekali, izinkan anda meluahkan kesedihan melalui air mata anda. Kita rasa sedih bukan kerana kita gagal atau lemah, tetapi disebabkan hati kita cukup lembut. Semasa kita menghadapi cabaran yang maha besar, kita bukan sahaja perlu memiliki hati yang kuat tetapi lebih memerlukan hati yang cukup tabah.
Angin kencang boleh menumbangkan pokok besar, akan tetapi rumput kecil yang tabah masih diri menegak. Oleh yang demikian, hati kita haruslah cukup lembut dalam keadaan krisis. Jangan sekali-sekala memaksa diri supaya sentiasa rasa diri cukup kuat.
2) Izinkan diri anda memiliki hati yang stabil. Pastikan anda meneruskan cara hidup seperti biasa. Tidak kira betapa sibuk urusan kerja anda, meluangkan sedikit masa, sungguhpun 15 minit, untuk menenangkan hati dan fikiran anda.
Sekiranya anda suka menonton drama TV, melayari facebook, main game, gunakan masa lapang yang singkat ini untuk membuat demikian. Kerana ia adalah cara yang terbaik untuk membantu anda tenangkan hati anda.
3) Kekalkan komunikasi: Selalu berhubungan dengan saluran yang memberi tenaga positif kepada anda, seperti simpan gambar ahli keluarga dalam poket, selalu dengar mesej ahli keluarga yang memberi sokongan moral, saling dorong-mendorong dalam kumpulan whatsapp rakan-rakan, sembayang, pandang ke langgit atau matahari dan lain-lain lagi.
Dalam keadaan yang perlu anda menyumbangkan tenaga secara berterusan ini, anda mesti cukup kreatif untuk mencipta cara-cara atau saluran-saluran yang dapat memberi tenaga positif kepada anda.
4) Bersendirian: Sila memberi sedikit masa, sungguhpun 5 minit, untuk rakan sekerja dan diri anda bersendirian. Bersendirian amat penting apabila kita menghadapi krisis, kerana ia dapat mengurangkan atau menghilangkan gangguan dari orang ramai.
Lakukan pernafasan dalam semasa anda bersendirian, Selalu mengingatkan diri untuk melakukan pernafasan dalam dari semasa ke masa. Anda boleh berdoa kepada Tuhan, atau letakkan tangan di dada dan berterima kasih kepada anda sendiri. Terima kasih kepada diri sendiri kerana tidak menyerah kalah demi diri dan Negara, dan anda telah cukup berusaha untuk anda sendiri, dan terus berkhidmat untuk masyarakat.
5) Menerima batasan dan kurang keupayaan diri. Cadangan ini paling sukar diterima oleh semua. Setiap kali saya bersama Doktor dan jururawat, saya dapati bahawa pengamal-pengamal perubatan ini amat sukar mengatasi emosi menyalahkan diri sendiri, menyesal, serba-salah, marah dan lain-lain lagi apabila pesakit mereka meninggal dunia.
Saya tidak dapat mengubah fikiran dan emosi anda, kerana ia menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang mengambil berat kepakaran anda, dan anda mementingkan nyawa setiap insan. Saya dapat lihat kesungguhan dan ketekunan anda, dan saya berterima kasih kepada anda yang menaruh belas kasihan membantu setiap pesakit. Akan tetapi, pesanan saya adalah, terimalah batasan, kekurangan dan kelemahan anda. Terima hakikat ini, barulah anda dapat terus melangkah ke hadapan.
6) Sila minta bantuan apabila diperlukan. Apabila anda rasa tidak dapat menanggung sebarang tekanan lagi, sila minta bantuan daripada orang lain. Simpankan tiga nombor telefon yang anda boleh hubungi bila-bila masa, di mana jua anda berada. Ketiga-tiga orang yang penting dalam kehidupan anda sanggup bergilir-gilir mendengar anda meleter, membenarkan anda menangis dan meluahkan segala emosi, yang mendorong anda supaya tidak berputus asa.
Akhirnya, saya ingin berkata:
Wahai Rakan-rakan Pengamal Perubatan, apabila pesakit-pesakit anda berada dalam keadaan kritikal atau meninggal dunia, jangan anda rasa kesepian. Sungguhpun anda tidak nampak kami, tetapi melalui kata-kata ini, saya berharap anda dapat ketahui bahawa ramai antara kami yang ingin berada di sisi anda, menepuk bahu anda, dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada anda.
“Terima kasih kepada anda, sungguh berterima kasih kepada anda”
Di mana ada harapan, di situ ada kehidupan. Kepayahan di depan bukan lagi kepayahan.
THANK YOU. You stay work for us, we stay home for you.
Yee Leong
Pengkhidmat hospis dan pengebumian
25/03/2020 (7p.m.)
Versi Bahasa Inggeris:
https://www.facebook.com/130028873696510/photos/a.318646528168076/3100873906611977/?type=3&theater
Versi Bahasa Mandarin:
https://www.facebook.com/130028873696510/photos/a.318646528168076/3100712239961477/?type=3&theater
Penulis:Fong Yee Leong
Penterjemah:
Bahasa Inggeris: Kaichyne Woon
Bahasa Malaysia: PT Tan & SJ Yee
Ilustrator: Rongo Wong
kata-kata bahasa mandarin 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
['Kami Nak Mati Sebagai Muslim' : Muallaf 78 Tahun]
Minggu lepas kami menziarahi sepasang suami isteri yang telah memeluk Islam 2 minggu yang lalu. Beliau meminta kami menziarahi mereka dengan kadar yang segera kerana ada sesuatu yang amat mustahak mereka mahu bincangkan dengan kami.
Setelah mencari rumah mereka selama hampir 2 jam, barulah kami menemui rumah mereka. Komunikasi terbatas kepada Mandarin & Hokkien sahaja kerana mereka berdua kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.
Ada sebabnya mereka mahu berjumpa kami dengan segera kerana mereka tidak mahu memberitahu kepada anak-anak mereka tentang pengIslaman mereka kerana menurut mereka, anak-anak mereka tidak mempedulikan kehidupan mereka sangat maka tidak ada keperluan untuk memaklumkan kepada mereka namun entah dari mana anak-anak mereka mengetahui bahawa mereka berdua telah memeluk Islam.
Menantu mereka menghubungi pihak kami dan meminta kami menarik balik pengIslaman ibu dan bapa mertuanya. Ujarnya, mereka berdua yang mahu keluar dari Islam dan bukannya dipaksa oleh beliau dan anak-anak mereka. Kami sangsi akan kenyataannya kerana mereka berdua bersungguh-sungguh mahu memeluk Islam.
Menurut mereka, sepatutnya mereka memeluk Islam beberapa bulan yang lalu tetapi pegawai di jabatan agama daerah tidak hadir dan menghubungi mereka namun mereka masih sanggup menunggu dan akhirnya doktor yang merawat mereka menghubungi MRM dan kami ke kawasan mereka bagi memudahkan pengIslaman mereka.
Suami isteri warga emas ini memeluk Islam kerana tertarik dengan akhlak orang Islam di sekeliling mereka dan juga proses serta kos pengebumian Islam yang mudah dan murah dibandingkan dengan kos dan proses pengebumian adat masyarakat Cina yang agak rumit dan mahal. Ini kerana anak-anak mereka pernah merungut kos pengebumian mahal kepada mereka berdua dan ini serba sedikit membuatkan mereka merasa kecewa.
Selepas shahadah, antara pesanan mereka kepada kami adalah,
"Bila saya mati, kamu orang mesti pastikan kamu orang pertama hadir dan uruskan jenazah saya dan bukannya anak-anak saya. Saya tak mahu mayat saya dibakar mereka dan saya mahu mati sebagai Muslim dan diuruskan menurut cara Islam."
Tersentuh hati kami mendengar kata-kata mereka itu. Ayat yang hampir sama mereka ulang apabila kami berjumpa minggu lepas. Mereka juga memberitahu kepada kami bahawa mereka tiada niat nak keluar Islam cuma menantu dan anak-anak mereka sahaja yang mahu mereka keluar. Ujar mereka, selama ini tak peduli sangat pun mereka ni hidup atau mati tapi bila mereka dah memeluk Islam terus mereka masuk campur.
Mereka meminta jasa baik kami untuk carikan rumah atau bilik untuk mereka berdua dan kalau boleh biarlah berdekatan dengan pejabat kami kerana mereka sangat-sangat berharap kami dapat uruskan jenazah mereka secepat mungkin apabila mereka meninggal nanti. Selain itu, mereka mahukan kami mengajar mereka cara untuk solat dan menutup aurat kerana mereka tidak tahu caranya tetapi mereka nekad mahu ikut ajaran Islam walaupun kedua-dua mereka telah lanjut usia dalam 70an.
Banyak lagi yang dibincangkan dalam pertemuan hampir 2 jam itu dan kami berjanji kepada mereka bahawa InshaAllah kami akan berusaha untuk dapatkan rumah atau bilik sewa untuk mereka dan menguruskan jenazah mereka apabila mereka meninggal dunia nanti. Mereka tidak meminta duit tetapi kami tahu mereka memerlukan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
Mereka memberitahu kami bahawa mereka tiada duit untuk membantu dakwah dan program kebajikan kami tetapi menawarkan untuk membantu kami dengan apa jua jenis bantuan yang mereka boleh seperti memasak untuk kami dan juga mengemas pejabat kami. SubhaAllah... Walaupun baru memeluk Islam dan telah lanjut usia, tetapi semangat mereka untuk menyumbang untuk Islam begitu tinggi.
Semoga Allah Subhanu Wa Ta'ala kurniakan semangat sebegitu kepada kita semua dan mematikan mereka berdua dan kita semua di dalam iman. Allahuma Ameen...
kata-kata bahasa mandarin 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
[Islamisasi Atau Westernisation?]
Ketika sesi 'Live' Pocket Times di Sin Chew tempohari, moderator program kerap menggunakan perkataan Islamisasi di Malaysia membimbangkan mereka yang Belum Muslim di Malaysia. Malahan beliau menekankan perkataan Islamisasi dan di waktu itu saya terpaksa mencelah kerana saya perlu memperbetulkan persepsi itu dan saya berkata;
"Apabila kita menyebut Islamisasi membimbangkan mereka yang Belum Muslim, tetapi tahukah anda bagi Muslim di Malaysia, mereka beranggapan 'Westernisation' pula sedang berlaku di Malaysia. Persoalan, kebimbangan siapakah yang betul?
Apabila kita menyebut Islamisasi, kita mengatakan sedang melihat Islamisasi ataupun sebenarnya para peniaga melihat peluang perniagaan kerana pasaran Halal yang begitu besar (pasaran Halal diramal akan mencecah USD3.7 Trillion pada 2019) maka mereka berebut-rebut untuk menampakkan diri sebagai peneraju dan pilihan dalam pasaran Halal.
Contoh, pada 90an, Sin Chew tidak membuat live program seperti ini (Pocket Times) maka adakah kita akan kata hari ini Sin Chew melalui proses 'Westernisation' atau sebenarnya Sin Chew melihat ini adalah teknologi dan trend pada masakini maka perlu dimanfaat sepenuhnya bagi memastikan Sin Chew kekal relevant? (moderator bersetuju)."
Islamisasi bukan perkataan yang sesuai digunakan dan saya menasihati moderator dan penonton agar tidak menggunakan perkataan Islamisasi kerana ianya dilihat pada konotasi menzalimi dan masuk campur dalam urusan seharian mereka yang Belum Muslim. Saya memetik kata-kata Ketua Propaganda Nazi iaitu Joseph Goebbels yang berkata;
“If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it."
Masalah bukan pada Islamisasi tetapi masalah terletak pada sikap kita. Sikap kita yang suka memperbesarkan sesuatu perkara. Ada beberapa lagi soalan panas menarik sepanjang 75 minit program itu yang ingin saya kongsikan.
*Ada permintaan dari sahabat untuk kami terjemahkan temuramah tempohari di Sin Chew namun kami kekurangan tenaga kerja. Ada sesiapa yang sanggup membantu kami menterjemahkan temuramah dalam Mandarin ke Bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai sarikata serta untuk edit? Jikalau anda mahu menyumbang kepakaran anda untuk dakwah, sila hubungi kami di dakwah@askislam.my atau 03-41443300.
kata-kata bahasa mandarin 在 Kata-kata Mutiara Bahasa Mandarin - 首頁| Facebook 的美食出口停車場
Kata-kata Mutiara Bahasa Mandarin 。 283 個讚· 1 人正在談論這個。您应该加油,今天! Nin yingai jiayou ,jintian! Anda harus semangat sekarang! ... <看更多>