" Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara tuan? Lagi satu kenapa Tuhan bersifat kejam dengan menyiksa hambanya di neraka?”
****
OK, kamu kata Tuhan tidak adil sebab tak ampunkan dosa syirik, dan Tuhan kejam sebab seksa manusia di neraka.
Satu bab adil, kat dunia ni siapa yang hina Allah, murtad, buat dosa, tak solat, takde pun terus Allah azab ke neraka, atau Allah terus lumpuhkan, atau datang wabak kusta, tapi Allah akan datangkan peringatan dalam bentuk common sense, macam teguran, nasihat, dan lain lain.
Ada hadis bagitahu, kasih sayang Tuhan lebih dari ibu kepada anaknya, mari kita buktikan:
Jika Mak Cik Kiah panggil anaknya, Wahab, oh Wahab, mari sini jap mak nak ajar mengaji, dan Wahab buar bodoh aje, maka mak cik Kiah panggil lagi sampai lapan belas kali, dan saya rasa kali yang ke sembian belas tentu mak cik kiah akan menjerit dan mungkin anaknya wahab kena rotan. (saya dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat! Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai 60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde pulak korang tiba tiba mati kena panah petir ke. Bumi merekah telan korang hidup hidup ke, mati terhempap peti ais ke, takde! Ini bukti Tuhan lebih rasional dari mak cik Kiah atau mana mana Mak dalam dunia ni.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab panggilan Tuhan.
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.
En Hamka, boleh Bagi bukti lain tak?, bukti tu tak sesuai sebab ambil dari kisah rakyat!
Baik! Saya yang menurut perintah, jadi kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun dalam Al quran.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!
Berkenaan Allah zalim sebab azab manusia,
Mari rujuk Al quran, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa buat baik masuk syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan akan dinilai walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa banyak dosa, tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai Tuhan yang Maha Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji, Tapi Janji mesti ditepati!
Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan SANGAT MENEPATI JANJI!
Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan mencuri, merompak dan sebagainya, maka kerajaan yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang-undang.
Walaupun yang buat salah tadi anak perdana Menteri, tak patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya anaknya mati diseksa di kerusi elektrik kata korang yang tak faham undang-undang. Tapi jika benar ada PM yang macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak sendiri walaupun buat salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi PM yang tidak menunaikan janji? Korang pun marah jika PM tak tunai Janji tapi kenapa bila Allah nak tunaikan Janji korang kata zalim pulak?
Adohai..
Zalim ke jika diseksa hanya kepada yang engkar. Jika korang hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak takut masuk neraka? Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:
“Berani kerana benar, Takut kerana salah”
So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk kepada kesalahan masing masing. Engkar arahan PKP akan ditangkap tak kita Menteri atau orang awam, tiada dua undang undang pilih kasih, itulah PM yang adil!
So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.
Tapi bang ni saya nak bagitahu satu rahsia, kita bercakap Allah ni zalim macam kita dah sampai ke mahkamah Allah, sedang Allah bagitahu DIA MAHA PENGAMPUN!
Ni yang ramai terlepas pandang, Allah bagitahu banyak kali DIA Maha Pengampun, bunuh 100 orang dan bertaubat, Allah ampun, berzina, merompak, mencuri, Allah Maha Pengampun.
Bab Allah tak ampunkan dosa syirik, Ayat tu di tuju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk dalam neraka!
Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk neraka SEBAB ALLAH DAH JANJI
Tapi Maha PengapunNYA Allah, waktu korang hidup ni, SYIRIK pun ALLAH ampun!
Siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun dosa syirik.!
Jadi, kepada kita semua, Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham?
Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam, maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi, Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat, waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!
Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!
Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah walaupun korang sedang Syirik, bertaubatlah, kerana Allah MAha Pengampun : Nabi pernah bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (HR. Muslim)
PS: Jangan berkata Allah zalim sebab Neraka belum di buka depan mata kita, tapi kitalah yang menzalimi diri sendiri kerana abaikan Pintu Taubat yang sedang terbuka depan mata kita. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Penyayang, Hayatilah kasih sayang Allah yang sedang terbuka ini sepenuhnya sebelum pintu kereta mayat pulak terbuka!
Woha!
janji tidak ditepati dalam islam 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Abang Mayat, tuhan tidak adil, buktinya:
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.
Sewaktu kecil, hadis ini sering diwar-warkan oleh ustaz di sekolah. Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang seorang ibu. Namun jika diteliti ajaran agama dan kitab sucinya, kita akan dapati pelbagai percanggahan dengan maksud hadis di atas.
Sejarah manusia pertama pun dah menunjukkan percanggahan itu. Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.
Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya dihiasi dengan ancaman seksaan yang tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya diseksa, dibakar, disepak terajang setiap hari untuk tempoh yang infiniti.
Yang pasti banyak statement dari agama bercanggah antara satu sama lain. Sifat tuhan tidak konsisten dan lebih kepada sifat diktaktor yang mempunyai masalah emosi. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.
******
Hamka said:
Terima kasih kerana sudi share masalah ini kepada saya yang bukan ustaz, mungkin dah ada ustaz diluar sana yang mampu jawab dengan lebih baik, tapi saya just rajin nak menulis..
Baik, balik kepada persoalan diatas, bab “benarkah Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya ini” pernah di tanya pada Nabi Muhammad SAW. Kisah seorang mak cik dan anaknya sedang menyalakan ungun api, apabila api itu menjadi besar, si makcik ini pun alih anaknya ke belakang badannya agar anaknya tidak terasa bahang panas api..,
Kemudian lalulah Nabi dan sahabat berhampiran makcik dan anaknya tadi, dan si makcik ini telah mengambil peluang untuk bertanya soalan lebih kurang maksud:
“Wahai pesuruh Allah, saya dengar Allah lebih sayangkan hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya, tapi mengapa Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan saya, walau sejahat manapun anak saya, saya tidak tergamak untuk mencampakkan anak saya ke dalam api. Bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari saya menyayangi anakku?
Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis.
Hingga turunlah wahyu memberi jawapan, panjang cerita saya pendekkan sebab saya sangka buruk, si penanya tentu bosan jika saya quote al quran dan hadis sebab mereka memang tak percaya, mereka mahu guna hujah logik. Jadi lebih baik saya tulis guna dalil yang logik dan tidak bertentangan dengan fizik sahaja. Mudah mudahan.
Baik!, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa buat baik masuk syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan akan dinilai walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa banyak dosa, tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai Tuhan yang Maha Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji, Tapi Janji mesti ditepati!
Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan SANGAT MENEPATI JANJI!
Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan mencuri, merompak dan sebagainya, maka kerajaan yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang-undang.
Walaupun yang buat salah tadi anak perdana Menteri, tak patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya anaknya mati diseksa di kerusi elektrik kata korang yang tak faham undang-undang. Tapi jika benar ada PM yang macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak sendiri walaupun buat salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi PM yang tidak menunaikan janji?
Balik kepada Tuhan, sama jugak, diseksa hanya kepada yang engkar. Jika korang hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak takut masuk neraka? Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:
“Berani kerana benar, Takut kerana salah”
So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk kepada kesalahan masing masing. Engkar arahan PKP akan ditangkap tak kita Menteri atau orang awam, tiada dua undang undang pilih kasih, itulah PM yang adil!
So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.
Bab kasih sayang Tuhan lebih dari ibu pula, boleh dibuktikan:
Jika Mak Cik Kiah panggil anaknya, Wahab, oh Wahab, mari sini jap mak nak ajar mengaji, dan Wahab buar bodoh aje, maka mak cik Kiah panggil lagi sampai lapan belas kali, dan saya rasa kali yang ke sembian belas tentu mak cik kiah akan menjerit dan mungkin anaknya wahab kena rotan. (saya dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat! Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai 60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde pulak korang tiba tiba mati kena panah petir ke. Bumi merekah telan korang hidup hidup ke, mati terhempap peti ais ke, takde! Ini bukti Tuhan lebih rasional dari mak cik Kiah atau mana mana Mak dalam dunia ni.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab panggilan Tuhan.
Sama jugak macam Mak si Malin Kundang!, pun sama!, sumpah anak jadi batu walau anak dan bersujud merayu, tapi tuhan, jika dosa korang 100 kali ganda dosa Tanggang dan Malim Kundang, Allah akan tetap ampunkan bila korang sujud merayu kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.
En Hamka, boleh Bagi bukti lain tak?, bukti tu tak sesuai sebab ambil dari kisah rakyat!
Baik! Saya yang menurut perintah, jadi kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun dalam Al quran.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!
“Tapi bang, Tuhan tidak adil, sebab ada orang kafir yang baik baik, tidak sejahat firaun, takkanlah kena duduk azab juga dalam neraka?”
Saya kata: kalau kau ada anak yang perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau Mak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, dia ni bukan anak kandung kau, dia ni konon anak orang lain yang lebih kaya, kau tak marah?! kau nak mengaku dia anak?, kau kan perempuan, tentu faham bila si tanggang yang bini dia puji dan pak mertua dia sanjung sebab begitu rajin , dan budak baik.., tapi bila tak ngaku yang kau tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha ha, padan muka!
So, budak baik, yang tak mengaku dia ni Hamba Allah atau dalam kes Tanggang, tak mengaku dia ni anak mak dia, maka Allah janji akan azab sebab JANJI DITEPATI!
Bab lain, Ada hadis memberitakan Tuhan lebih cemburu bab hamba memilih tuhan lain, lebih dari suami yang cemburu kepada bininya yang curang dengan cemburu yang lebih berkali-kali ganda. So cuba tengok kes bini curang apa suami buat? Atau dalam kes kau, jika bini kau berzina dengan lelaki lain apa kau buat?
Jika Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai..
Jika Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj jiran, garaj tu runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai.
Jika isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, kebetulan korang duduk rumah flat dan satu flat telah terbakar, korang marah tapi taklah sampai nak pukul ke apa?
Jika isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak menyebabkan anak tunggal korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan. So do Tuhan!
Tapi jika korang balik rumah, tengok anak semua elok dan bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, rumah tak terbakar, tapi korang dapati isteri korang sedang berzina dengan beberapa ekor jantan lain.! Memang habis!
Habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai , ada kes siap kena siksa sebelum bunuh!
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…, korang taubat, Allah ampun. Walaupun dosa korang tinggi mencecah awan, still diampuni, Tapi bila dosa syirik (curang) Memang Azab Allah tak masuk akal bagi kita yang bertaraf Hamba ini memikirkanya, adohai..
So hidup ini memang ujian dari Tuhan.
Kenapa Nabi orang arab? Itulah ujian.
Kenapa Mukjizat tak ada sampai sekarang? Senang sikit nak beriman? Itulah ujian.
Kenapa orang Tabligh yang ketuk pintu berdakwah rumah saya, kenapa bukan orang wahabi? Itulah ujian.
Kenapa dulu dah ada agama nasrani, lepas tu kristian, sekarang nak kena ada islam pulak? Itulah ujian.
Kenapa saya tengok ramai orang islam yang jahat jahat? Itulah ujian.
Hidup ni adalah ujian, Allah dah buat makhluk yang Nampak Tuhan tapi tak diuji macam malaikat, Allah dah cipta makhluk super derhaka yang berdialog dengan Tuhan tapi pilih untuk derhaka iaitu iaitu syitan, dan Allah cipta manusia yang tak Nampak tuhan dan jadikan hidup ini sebagai pentas ujian, lalu sebahagian pilih jalan syaitan, sebahagian pilih jalan malaikat, dah sendiri pilih jalan sesat kemudian nak salahkan Tuhan pulak? Adohai..
Bro, Allah Maha Adil, sehingga orang islam pun ramai masuk neraka tau!, sebab JANJI DITEPATI.
Lagi satu, pintu taubat masih terbuka, Pintu syurga belum tertutup, dan Allah janji nak terima Taubat tapi tiba tiba korang melalak Allah tidak adil apa kejadah?
Ibaratnya di musim PKP polis suruh kau masuk rumah, polis cakap elok elok, tapi kau melalak kata kerajaan zalim sebab denda rm1000 dan tetap keluar rumah nak berjongging untuk sihatkan badan, bila kena tangkap semua orang cakap polis tu betul dan kau tu yang selfish bodoh!
So buat apalah nak melalak tentang azab neraka sedangkan pintu taubat masih terbuka siang dan malam? Sungguh tiada orang yang halang korang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh tutup pintu taubat kau, jangan sampai saya tutup pintu keretamayat untuk jenazah kau nanti baru nak bertaubat tak guna dah!, woha!
Last, kisah Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.
Kata kamu, jika Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu. Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!
Bro, inilah masalahnya bila kita anggap Tuhan tu lemah macam ibu kita atau macam Mak Cik Kiah...
Bila ibu kita membuang anaknya ke luar rumah, atau ke dalam hutan, ibu kita tak ada kuasa nak halang ular atau harimau makan kita, dah tentu kita akan merana dan mati dalam hutan, tapi bila Tuhan takdirkan Adam dan Hawa terpisah jauh di dunia yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula perkhidmatan kereta dan mungkin masih ada saki baki dinasour belum pupus yang lapar, tapi…
Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada? Atau Siti Hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena virus Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa-jumpa?
Mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga. Simple.
Begitulah kita didunia ni, diuji dengan pantauan Allah, Ada kajian mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Jawapannya, sebab Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah yang Jaga kita!
Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau kita. Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam kereta, kan susah?
Begitulah jugak alam ini, sebagai tanda kepada kewujudan Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan Allah. Andai kita mahu berfikir.
Akhir kata, dunia ini terlalu singkat untuk berada dalam kefahaman yang salah, gunakan akal dan mata hati dalam menilai fakta, kerana hidup selepas kematian itu bukan perjudian, tapi result berdasarkan fakta yang kita pilih. Pesan pada diri sendiri.
“Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun, tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”. (Surah Yunus: 44).
Sekian, stay home guys, jangan merayau nanti kerajaan tangkap mulalah nak kata kerajaan zalimlah apalah, duduk rumah tu bacalah kitab dan bertaubatlah.
Lain kali, Nampak buku tulisan Hamka Keretamayat, baca!
Woha!
janji tidak ditepati dalam islam 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
UNTUK BAHAGIA DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN.
#Drhamidarsyad
1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.
3. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain
3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.
4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.
4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.
5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.
6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.
7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.
8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.
9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.
11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.
12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.
13. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.
14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.
15. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
16. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.
17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.
18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.
19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.
20. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.
21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.
22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
23. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.
24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.
26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.
27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.
28. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
30. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
31. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.
32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.
RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.