Bersesuaian Jumaat Sayyidul Ayyam, moga kisah ini menjentik hati kita. Bacaan asal saya Cikgu Aidil daripada tulisan Uthman Daud. Mari hayati kisah ini, baca bersama anak-anak :
Hidup kanak-kanak miskin bernama Zhang Da yang memberi MOTIVASI kepada ramai orang.
Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da terpaksa menerima kenyataan ibunya telah lari dari rumah. Ibunya tertekan kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana merasa tidak sanggup lagi mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya, dan tiada harta. Dan dia tidak mahu membantu keluarganya.
Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab keluarga. Dia mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasak, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, dan sebagainya.
Yang sangat menjadi inspirasi, dia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, dia pergi ke sekolah berjalan kaki melalui hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, dia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan cendawan-cendawan untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, dia memilih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan dirasa tidak sesuai dengan lidahnya, dia tinggalkan dan berubah ke tumbahan berikutnya. Sangat bertuah kerana dia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun.
Selesai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. Ia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya dia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk dia pejalari.
Zhang Da ternyata cerdas. Dia tahu ayahnya tidak hanya memerlukan ubat yang mesti dimakan atau minum, tetapi juga memerlukan ubat yang mesti disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayah ke doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara menyuntik. Dia membeli buku untuk mempelajari caranya. Setelah mengetahui caranya, dia membeli jarum suntikan dan ubat-ubatan lalu menyuntikkannya secara rutin pada ayahnya.
Kegiatan merawat ayahnya itu terus dijalaninya hingga jangkamasa lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Wilayah Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006, pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselit nama Zhang Da. Ternyata dia menjadi tokoh terpilih yang termuda.
Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung di media secara China. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. Dia menjawab : "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab,"
Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Segala apa sahaja yang kamu mahukan, sebutkan sahaja.
Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Sekarang ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar tv, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.
Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapan nya. pengacara mesti mengingatkannya lagi. "Sebut sahaja!" kata pengacara menegaskan.
Zhang Da yang pada waktu itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui tv, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da.
"Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu Papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.
Zhang Da tidak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, tetapi seorang ibu dan juga kasih sayang dari ibunya itu sangat tidak ternilai.
Pengajaran moral yang sangat sederhana, tetapi amat bermakna.
Berbaktilah kepada IBU & BAPA kita sementara mereka & kita masih ada. Perbanyakkan Doa, Amal Baik, Tilawatul Qur'an & Sedekah untuk mereka disana...buat yang tiada,,,
Semoga arwah ibu ayah yang telah pergi dahulu sebelum kita sejahtera di sana, aminn...
Al-Fatihah...
inspirasi rumah sederhana 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Throw Back...Anak Desa ke Persada Antarabangsa
Pagi ini selepas balik berjalan kaki (morning walk) mendapat banyak forward dari rakan2 sosial media berkenaan cerita saya dalam dunia pendidikan. Tak tahu kenapa ramai yang forward cerita ini kepada saya pagi ini wpun sudah ramai yang dah membaca. Tanpa mengetahui rahsia di sebalik ini, saya ingin uploadkan sekali lagi.....enjoy membaca dengan minda otak (aql) dan minda hati (fuad).
ANAK DESA KE PERSADA ANTARABANGS
Saya dilahirkan pada 5 Mac 1964 dalam satu keluarga yang sederhana. Tempat kelahiran ialah Jalan Lumpur, Alor Setar, Kedah. Saya masih ingat rumah tempat kelahiran saya walaupun sudah tiada. Saya anak keempat tapi kakak sulung saya telah meninggal dunia semasa beliau berumur 10 tahun. Sudah pasti beliau berada di syurga sekarang. Ayah saya seorang peniaga ikan di pasar besar Alor Setar dan pendapatannya adalah mencukupi walaupun tidak banyak.
Namun segala kesederhanaan dan kecukupan hidup sekelip mata berubah apabila emak saya diceraikan waktu umur saya baru 10 bulan. Emak saya (Ain Noor Ain) terpaksa mencari pelbagai pekerjaan sampingan hanya untuk menyediakan sedikit makanan supaya tidak kelaparan. Keluarga dan masyarakat malangnya suka memandang rendah kepada janda. Mereka belum mengetahui betapa tinggi semangat dan daya juang serta sikap kehidupan emak saya ini.
Di saat itulah, seorang jejaka muda yang bernama Mohd Jamil Abdullah tampil untuk melamar emak saya sebagai isteri beliau dan juga ayah kepada saya yang masih kecil. Dengan rasa keberatan, emak saya telah menerima lamaran beliau kerana mengetahui keluarga suaminya yang baru ini akan terus memandang hina dan rendah kepada janda anak empat. Betul dan tepat. Abah saya (dialah sebenarnya berlian dalam kehidupan dan pembelajaran saya) telah dipinggirkan oleh keluarganya.
Kami bertiga telah meninggalkan bandar Alor Star ke satu bandar kecil bernama Bedung berdekatan Sg Petani kalau anda tidak pernah mendengar nama tempat ini. Pekerjaan abah sepenuh masa adalah pencari kayu api di hutan pokok getah. Saya adalah pembantu utamanya semasa berumur 5-6 tahun. Kerjaya emak? Membasuh dan mengosok baju orang dan juga memasak bila ada permintaan. Pengajaran hidup: apabila ada halangan dalam kehidupan, Allah pasti akan buka banyak lagi pintu-pintu kehidupan. Burung yang terbang di awal pagi tidak tahu di mana dan bagaimana mendapat rezekinya.
Semasa saya berumur hampir 7 tahun, kami berpindah balik ke Alor Star. Kami menyewa di Simpang Kuala iaitu jalan ke Kuala Kedah. Abah dapat kerja baru: pembantu di kantin di sekolah Maktab Mahmud. Gaji RM20 sebulan. Anugerah hebat. Pendapatan tetap. Alhamdulilah. Emak saya menjadi guru al-Quran kampung. Di zaman mudanya, beliau sempat belajar al Quran dengan guru yang sama dengan Ustaz Ismail Hashim johan qari antarabangsa beberapa kali. Namun terpaksa berhenti belajar kerana desakan kerja dan kemiskinan.
Emak saya adalah guru al Quran untuk seluruh kawasan 2-3 kilomoter radius. Pembantu beliau adalah saya. Itu berita baik. Berita kurang enak bagi saya di zaman kanak-kanak, saya tidak mempunyai masa bermain yang banyak kerana terpaksa menunggu sehingga semua habis mengaji. Geram. Perasaan seorang budak kampung yang banyak aktiviti permainan. Saya cukup gembira belajar al Quran - Kalam Allah yang Suci - daripada emak sendiri dan juga mengajar al Quran kepada rakan-rakan kampung iaitu abang2, kakak2, rakan sebaya dan adik2. Resume saya bermula sebagai pembantu pencari kayu api dan pembantu guru al Quran sebelum saya menjadi pensyarah dan juga penasihat dan usahawan Syariah global.
Nasib kita dalam pendidikan tidak sama. Ada yang berkesempatan belajar dan ada yang tidak. Bersyukurlah kepada Allah kalau anda tergolong dalam golongan pertama. Emak saya, walaupun celik al-Quran, tidak berpeluang kerana faktor kemiskinan. Emak saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru tapi tak kesampaian.
Bagi diri saya, saya mulai dengan mengaji al-Quran dengan emak sendiri. Sekolah pertama saya adalah Sekolah Kebangsaan Sg Korok Baru di Alor Star yang terletak sejauh lebih kurang 2 km dari rumah. Terpaksa berjalan ke sekolah setiap hari. Saya amat suka pergi sekolah kerana dapat belajar sesuatu yang baru dan juga kerana cikgu-cikgunya yang dedikasi dan penyayang. Saya tak suka ponteng sekolah. Suka sangat-sangat.
Cikgu Ibrahim adalah mentor dan idola saya yang pertama. Beliau mengajar dan juga mendidik serta memberi inspirasi. Beliau mengamanahkan saya memeriksa jawapan dalam latihan ilmu hisab atau metamatik semasa saya darjah 5 dan 6. Saya jadi popular sebagai pembantu guru walapun bukan sepandai Victor Frenkestein atau al-Jabri atau al-Khawarizmi. Saya kena datang awal pagi dalam pukul 6.45 pagi untuk membantu cikgu dan lebih penting lagi, tanpa saya sedari, membina keperibadian saya seawal umur 11 -12 tahun.
Gelombang tsunami pertama berlaku apabila tamat darjah 6. Ramai rakan-rakan telah memilih sekolah menengah arus perdana. Abah dan emak nak masukkan saya ke sekolah agama Maktab Mahmud. "Sekolah Arab" itulah nama diberi oleh masyarakat. Negatif sangat. Kata masyarakat, "Peluang pekerjaan kepada budak sekolah Arab adalah ustaz, imam, bilal dam penganggur". Tambahan lagi saya terpaksa masuk kelas peralihan bahasa Arab selama setahun. "Not fair" kata orang sekarang. Ini tidak patut berbanding rakan-rakan saya. Saya adalah pelajar terbaik penilaian darjah 5 (iaitu UPSR di zaman sekarang). Mana mungkin pelajar terbaik sekolah hanya berakhir di sekolah Arab? Pemikiran negatif. Bukan masyarakat sahaja yang negatif, saya pun terpengaruh dengan prasangka hitam masyarakat. Saya mencuba nasib di MRSM tapi gagal dalam ujian IQ. Minda saintifik saya lemah. Akhirnya, terpaksa akur dengan kemampuan sendiri dan juga harapan abah dan emak untuk saya belajar agama.
Hari pertama di Maktab Mahmud amat luar biasa sekali. Seolah-olah ada perancangan Allah yang tersimpan untuk saya. Hari pertama terus jatuh cinta dan minat belajar bahasa Arab dan agama. Jangan benci sesuatu takut dalamnya ada kebaikan dan sebaliknya. Itulah mesej al-Quran. Saya rasa bangga kerana dapat belajar bahasa asing pada umur 13 tahun berbanding rakan2 saya di sekolah biasa. Dengan izin Allah, saya mendapat kejayaan paling cemerlang dalam kelas peralihan dan terus lompat ke tingkatan 2. Maktab Mahmud menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Hebat sekali. Skil bahasa Arab saya berputik di sini. Pengajian Nahu dan Saraf di tingkatan 2 bersama Ustaz Ghani Ibrahim membuka minda Nahu dan Saraf atau morfologi saya sehingga hari ini. Bagi saya, beliau adalah guru Nahu terbaik di dunia.
Selepas SRP atau PMR, saya ditawarkan belajar di Kolej Islam Klang (KIK). Sekolah impian kepada semua pelajar agama dan bahasa Arab di Malaysia pada masa itu. Satu-satunya sekolah asrama penuh untuk aliran agama. KIK mengajar saya displin belajar dan skil kepimpinan. Ia juga menjadikan saya celik apa erti beragama dalam konteks kehidupan. Tasawwur Islam yang jelas dan mengerakkan untuk beramal.
Sebelum sempat menduduki peperiksaan STP di Tingkatan Enam Atas, saya mendapat tawaran belajar di Universiti Kuwait dengan biasiswa penuh kerajaan Kuwait. Bak kata pepatah "pucuk dicita ulam mendatang" (moga-moga peribahasa ini betul diungkap), saya terus menerima tawaran ini. Siapa yang akan menolak tawaran sebagini?
Gelombang tsunami kedua berlaku. Ramai 'penasihat-penasihat' abah di kampung 'menasihati' abah jangan benarkan saya belajar tinggi di luar negara hanya kerana saya adalah anak tiri dan mungkin lupa daratan..seperti kacang lupakan kulit. Mereka prasangka buruk terhadap saya dan mereka belum mengenali hati budi saya. Emak saya telah melaluinya sebelum ini dan sekarang giliran saya.
Saya perlukan wang tunai untuk membeli tiket penerbangan dan sedikit pakaian baru berjumlah RM1200. Abah datang ke Kuala Lumpur untuk memujuk supaya saya tolak tawaran. Kami berjumpa di Masjid Negara. Tiada wang yang dibawa. Dunia macam nak runtuh. Kiamat. Menyerah kalah? Tidak sekali-kali. Saya berkata kepada abah bahawa saya akan cuba cari wang sendiri. "Abah jangan bimbang. Akan diusahakan nanti. Kalau ada rezeki, Daud boleh pergi ke Kuwait. Kalau tidak, memang tiada rezeki kita", itulah kata-kata saya sewaktu menghantarnya di stesen bas Pudu Raya untuk balik ke Alor Star.
Pengajian saya di Kuwait adalah peluang terbaik kerana pelajar2 Malaysia di sana tidak ramai. Saya adalah pelajar Malaysia yang pertama di bidang Syariah. Bahasa Arab dapat dikuasai dengan baik, lancar, yakin, mempersona dan anggun. Saya selalu mendapat pujian akademik setiap semester atau Dean's List dalam bahasa moden. Satu lagi aspek, saya sempat bekerja di Kuwait secara separuh masa waktu tengah belajar dan juga sepenuh masa setelah tamat. Ini kelebihan yang ramai rakan2 saya tidak ada.
Seterusnya, pada tahun 1990 saya mendapat biasiswa JPA dan UIA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di St Andrews, UK. Bidang kajian usul fekah dengan rujukan khusus kepada fenomena ikhtikaf ulamak dan instrumen tarjih. Saya lebih suka melihat diri saya sebagai peribadi usul fekah lebih daripada kewangan Islam. Itu ilmu teras saya.
Gandingan antara tradisi ilmu di negara Arab dan UK adalah jelas dalam membentuk keperibadian saya.
Saya pulang ke Malaysia pada tahun 1994 dengan PhD. Pada tahun 1996, saya telah mendaftar sebagai pelajar kursus undang-undang jurisprudens (program eksternal) di Universiti Malaysia. Selepas 6 tahun, saya berjaya menamatkannya. CGPA....jangan tanya. Rahsia. Hujung minggu saya selama 6 tahun habis di kelas-kelas hujung minggu. Perit tapi apakan daya. Walaupun rezeki burung dah ada dalam kitab Ilahi, Allah tak akan meletak makanan burung dalam paruhnya.
Kemungkinan besar saya adalah satu-satunya sarjana Syariah di Malaysia yang mempunyai dua ijazah Syariah dan Undang-undang dalam tempoh pengajian 10 tahun sebagai ijazah utama. Saya rasa puas sebab sebab saya ada kedua-dua aspek undang-undang sepertimana saya juga puas dengan menguasai dua bahasa iaitu Arab dan Inggeris.
Saya tahu cerita ini agak panjang sikit. Maklumlah cerita 23 tahun. Kalaulah boleh saya kembali ke zaman lampau, saya menginginkan dua perkara. Pertama saya akan menjauhi setiap maksiat yang telah dilakukan di masa lepas terhadap Allah dan kesalahan terhadap manusia dan yang kedua untuk belajar semula.
Belajar adalah mudah dan menyeronokkan. Anda ada guru-guru hebat di hadapan anda. Tanyalah mereka ilmu dan skil kehidupan sebab mereka adalah gudang ilmu dan inspirasi. Berinteraksilah dengan mereka. Ambillah ilmu dan hikmah sebanyak mungkin. Jangan jadi pelajar yang kosong ruh dan jiwanya (soul-less). Kaku dan membisu. Ada seperti tiada.
Semoga Allah merahmati guru-guru kita yang masih hidup atau telah meninggalkan kita. Diri kita adalah apa yang dipelajari dari mereka. Jangan sombong dan bongkak dengan diri sendiri sebab semua orang kena belajar dari orang lain.
Ikuti cerita2 lain dalam buku saya Anak Desa ke Persada Antarabangaa ( 2018).
MDB
inspirasi rumah sederhana 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
ANAK DESA KE PERSADA ANTARABANGSA

(Semoga anak2 kita, anak2 saudara kita dan masyarakat kita rajin dan SUKA belajar).
MDB