KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURÀN DAN SUNNAH :
1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.
(Surah an-Nuur: 24/31)
2. Tidak bergaul bebas dgn kaum lelaki bukan mahram, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan.
(HR. Bukhari)
3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja.
(Surah al-Qasas: 28/25)
4. Sentiasa bercakap dengan nada suara tidak dimanja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkan.
(Surah al-Ahzab: 33/32)
5. Menjauhi gaya tabarruj, penggayaan diri yang mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya.
(Surah al-Ahzab: 33/33)
6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(Surah al-Ahzab: 33/59)
7. Sentiasa bersih dan berbau segar. Tidak memakai minyak wangi.
(HR. Bukhari)
8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur alis kening, dan sebagainya.
Surah an-Nisaá : 4/19
(Hadith Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmidhi)
9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HR. Ibnu Abbas)
*Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara:*
1) tangan adalah aurat.
2 ) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka melepasi dada.
*Perempuan selalu alpa dua perkara:*
1) pandang remeh dengan aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.
*Dan perempuan leka tentang dua perkara:*
1) aurat mereka adalah maruah mereka.
2) kecantikan bukan pada muka, tapi padahati.
*Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.*
*"Perempuan"*
Dia tengah tidur, tapi Malaikat tulis dosa dia.
Dia tengah solat, tapi Malaikat tulis juga dosa dia.
Dia makan, belajar, mandi, tapi Malaikat tetap juga catit dosa dia.
Dia tak buat apa-apa pun Malaikat tetap catit dosa dia.
Ehh.... apa salah dia?
Ohh, rupa-rupanya banyak mata sedang melihat gambarnya yang tidak menutup aurat di media sosial.
Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya.
Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.
Semoga bermanfaat.
同時也有23部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Baru-baru ini Haqiem Rusli mengejutkan ramai pihak apabila dia kata mahu berkahwin dengan wanita pilihan hati semasa buat IG Live. Kata Haqiem, dia se...
「identiti」的推薦目錄:
- 關於identiti 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於identiti 在 Facebook 的最佳解答
- 關於identiti 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
- 關於identiti 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
- 關於identiti 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於identiti 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於identiti 在 Identiti | Schaumburg IL - Facebook 的評價
- 關於identiti 在 Bike Check - My Identiti Mettle - YouTube 的評價
identiti 在 Facebook 的最佳解答
Tak sah kalau tak bergurau dengan Opah bila dapat berjumpa.
Semalam Bengah beli makanan untuk makan bersama keluarga, Bengah memang suka belanja keluarga. Rasa puas! Makan sikit pon dah rasa kenyang bila tengok keluarga makan. Dapat keberkatan..
Opah makan 2 kali. Sebab Opah dah pelupa.. tapi Bengah ok je sebab suka tengok Opah makan banyak. Lepas makan Opah baring berehat dekat ruang tamu depan tv. Bengah nak balik dah..
Tiap kali Bengah datang atau nak balik.. macam dalam video ni jugak. Takde buat², memang Bengah manja tak bertempat dengan Opah. Salam dan cium sayang kat Opah sangat 🤣
Maka Bengah pon dedahkan identiti Kwang Sood kat Opah.. Harini Opah ingat Bengah lagi tapi esok Opah tak ingat dah Bengah ngan Si Sood 😂 yang penting Opah tak lupa sejarah silam membesarkan anak cucunya dan solat tiap waktu. 😊
Doakan Opah Bengah sihat ya.. Terima kasih yang suka tengok video Opah ❤️
#AbangYangPenyayang
#HammadMeonCucuOpah
#SoodKawanYangBaik
identiti 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
Hari ini adalah hari kedua lawatan kerja saya di Sabah dan pagi tadi saya telah ke Pulau Larapan, Semporna, bagi melihat aktiviti jangkau luar pemberian vaksin CanSino (vaksin 1 dos) kepada penduduk di pulau tersebut dan pulau-pulau di sekitarnya.
Bersama-sama saya di Pulau Larapan adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga EXCO Kesihatan negeri, YB Ir Shahelmey Yahya, serta pengurusan tertinggi KKM.
Aktiviti vaksinasi di Pulau Larapan ini adalah antara contoh program vaksinasi jangkau luar yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk kita mencapai sasaran 60 peratus populasi dewasa di Sabah mendapat vaksinasi lengkap pada hujung September ini dan 80 peratus pada penghujung Oktober 2021.
Kita telah merancang lebih 130 program vaksinasi jangkau luar ini yang melibatkan kerjasama JKN Sabah, Kerajaan Negeri serta NGO dengan menggunakan pejabat-pejabat kesihatan daerah sebagai PPV sementara. Hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan yang menawarkan dewan terbuka mereka untuk kita jalankan aktiviti vaksinasi.
Kita mensasarkan 1,000 dos untuk diberikan pada program vaksinasi jangkau luar di Pulau Larapan ini. Keseluruhannya, 16,000 dos vaksin CanSino akan dihantar ke Daerah Semporna dan sehingga hari ini, sebanyak 3,000 dos telah pun diterima.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa program vaksinasi ini diberikan oleh Kerajaan untuk semua penduduk di Malaysia dan kita tidak menolak sesiapa pun. Tidak kiralah individu tersebut mempunyai dokumen ataupun tidak.
Di Pulau Larapan ini dan juga di aktiviti vaksinasi jangkau luar lain yang dijalankan, ada dalam kalangan mereka yang hadir tidak mempunyai pengenalan diri yang sah dan hanya membawa bersama mereka surat dari Kerajaan Negeri ataupun ketua kampung yang mengesahkan identiti mereka. Kita terima.
Saya telah bincangkan perkara ini di peringkat KKM dan juga bersama Jemaah Menteri bahawa apa yang lebih utama adalah soal kesihatan awam. Kalau mereka adalah penduduk di Malaysia, saya harap mereka akan hadir di mana-mana PPV atau program jangkau luar seperti ini untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Saya ingin tegaskan juga bahawa tidak ada yang selamat sehingga semuanya selamat.
identiti 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Baru-baru ini Haqiem Rusli mengejutkan ramai pihak apabila dia kata mahu berkahwin dengan wanita pilihan hati semasa buat IG Live. Kata Haqiem, dia seperti tidak percaya dia dapat kekuatan untuk berkongsi niat untuk berkahwin kepada peminatnya di media sosial. Haqiem mengakui dia akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, tidak lama lagi.
"Tak ada apa yang saya nak rahsiakan. Perkahwinan adalah perkara yang baik dan saya mengaku sudah sedia untuk 'mendirikan masjid' seperti lelaki lain.
"Cuma setakat ini, saya masih belum ada tarikh yang tepat untuk melangsungkan majlis itu. Dan siapakah identiti wanita berkenaan, saya akan umum pada majlis nikah nanti," katanya lagi.
Difahamkan, Haqiem dan 'calon isteri' sudah saling berkenalan dan menjalin hubungan rapat sejak dua tahun lalu. Kata Haqiem, dia juga sudah mengikuti kursus kahwin pada tahun lalu. Apapun, kita ucapkan tahniah dan sama sama kita doakan semoga segala urusan perkahwinan dirancang itu berjalan lancar.
Sementara itu, Haqiem Rusli terpaksa menutup restoran miliknya, SanThai Village yang terletak di Setapak sementara waktu ketika lockdown dilaksanakan di seluruh negara.. Haqiem mengakui dia terpaksa mengambil keputusan itu demi menjaga keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarganya. #HAQIEMRUSLI
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
identiti 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Sidang Media Janna Nick pada petang tadi menjelaskan kapsyen gelaran 'Lisa Blackpig' itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefilem berkenaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
"Janna menerima kecaman apabila akaun IG milik produksinya telah memuat naik gambar pelakon yang membawa watak Lisa dengan kapsyen 'Lisa Blackpig'. Kapsyen tersebut merujuk kepada watak Lisa iaitu antagonis.
"Lisa adalah watak seorang perempuan yang menjengkelkan tetapi berasakan dirinya menjadi pujaan ramai. Oleh itu, kapsyen gelaran tersebut diberikan bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan, (individu itu) tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
"Ia sama sekali tidak memburukkan nama Blackpink tetapi sebagai satu penghargaan kerana watak Lisa itu dilihat sebagai seorang tidak layak untuk disama tarafkan dengan Lisa Blackpink. Malah telefilem itu lebih menghargai Blackpink dan budaya Korea," ujarnya.
Sementara itu, Ben turut memberitahu kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan anak guamnya menerima ugutan bunuh daripada pengguna media sosial.
Pihak mereka juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap pengguna yang sudah dikenal pasti menyebarkan fitnah sehingga memberi impak negatif kepada reputasi dan perniagaan Janna.
"Janna menerima kecaman daripada pengguna media sosial termasuk ugutan bunuh, jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis sudah dilakukan. Kes ini masih dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mendapatkan identiti pemilik akaun yang menggunakan nama samaran.
"Pihak kami juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah akta fitnah terhadap pengguna media sosial yang dikenal pasti kerana menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan reputasi serta perniagaan anak guam kami bagi menuntut bayaran pampasan terhadap kerugian anak guam kami alami," katanya.
#JANNANICK #BLACKPINK #LISABLACKPINK
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw - My Vlog
identiti 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Selepas buat pengakuan tukar jantina, Sajat mengakui dia kini berdepan gangguan emosi dan tekanan jiwa kerana mengubah ciptaan Allah daripada lelaki kepada rupa paras wanita.
Menurut Sajat, dia mula mengalami masalah kekeliruan identiti dan beranggapan jiwanya terperangkap dalam tubuh yang salah.
Selain itu pada posting sama Sajat yang sebelum ini menafikan dia dilahirkan sebagai lelaki membangkitkan persoalan sama ada ibadahnya selama ini diterima oleh Allah SWT atau tidak.
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
identiti 在 Bike Check - My Identiti Mettle - YouTube 的美食出口停車場
A little more info about my Identiti Mettle GX. Instagram: @willgreenfield1 Camera gear: Samsung Galaxy S8 Fotopro phone tripod Thanks for ... ... <看更多>
identiti 在 Identiti | Schaumburg IL - Facebook 的美食出口停車場
Identiti, Schaumburg, Illinois. 189 likes · 7 talking about this · 3 were here. We get signage. And we get it done right. Planning, Managing,... ... <看更多>