HARI ANTARABANGSA MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA
Sejak pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan, kes penderaan terhadap wanita terutamanya keganasan domestik telah meningkat. Sebanyak 3,080 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Oktober lalu. Kebanyakan mangsa keganasan rumah tangga adalah wanita.
Sebagai seorang aktivis dan peguam yang memperjuangkan hak-hak wanita, isu berkenaan keganasan rumah tangga amat dekat dihati saya. Saya telah banyak mengendalikan kes berkaitan penderaan secara fizikal, seksual, psikologi serta sosial. Malah ada mangsa yang seolah-olah sudah berputus asa dan tidak ada jalan keluar sewaktu pertama kali saya bertemu mereka.
Sepanjang menjadi seorang peguam, ada satu kes yang terpahat dalam ingatan saya iaitu melibatkan penderaan rumah tangga selama lapan tahun. Suami mangsa merupakan seorang penagih dadah dan tidak mempunyai pekerjaan yang stabil. Perkara paling menyayat hati adalah apabila suami mangsa pernah memukul mangsa dengan kayu hoki. Bayangkan sebagai seorang isteri dan ibu, bagaimana mangsa menghadapi hari-hari disamping suami yang kejam ini.
Saya menitiskan air mata apabila pertama kali mendengar kisah ini. Saya telah mewakili mangsa dan ini kes ini difailkan sebagai ‘Civil Family mattes which was petition under the Law Reform (Marriage and Divorce) Amendments Act 2017’. Mangsa diarahkan untuk menjalani pemeriksaan tubuh badan dan laporan pemeriksaan tubuh badan menyebelahi mangsa. Mahkamah menggunakan bukti ini sebagai bukti yang kukuh dan membenarkan tuntutan penceraian juga.
Memandangkan mangsa telah melalui pelbagai bentuk penindasan, saya telah mengambil keputusan untuk memohon mahkamah untuk memberikan ‘Interim Protection Order (IPO)’ dan ‘Emergency Protection Order (EPO)’ untuk melindungi mangsa dan anak beliau. Suami mangsa telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap isteri sendiri. Ini merupakan salah satu kes dan saya percaya banyak lagi kes diluar sana yang tidak dilaporkan kerana mangsa takut untuk membuat laporan.
Memandangkan 25 November merupakan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita, saya mengajak semua pihak untuk sama-sama melindungi dan menghormati wanita dengan sewajarnya. Kita semua tidak mengira jantina wajib memastikan tiada keganasan terhadap wanita berlaku di tempat tinggal, kerja dan persekitaran kita. Keganasan Terhadap Wanita tiada tempat dalam masyarakat kita.
Ainie Haziqah
Ketua Wanita Muda Negara
#hentikankeganasanterhadapwanita #stopviolenceagainstwomen #hormatiwanita
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
hormatiwanita 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
hormatiwanita 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
hormatiwanita 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
hormatiwanita 在 #hormatiwanita - YouTube 的美食出口停車場
Di vidio kali ini saya membahas tentang beberapa hal yang bisa membuat pria kehilangan rasa hormat dari wanita, tonton ... Di vidio kali ini saya membahas ... ... <看更多>
hormatiwanita 在 #hormatiwanita - Explore | Facebook 的美食出口停車場
explore #hormatiwanita at Facebook. ... <看更多>