Selamat ambik exam SPM kepada anak lelaki saya.
Tua sangat dah ni bila anak sedang SPM.
Jawab elok elok sebab hidup yang mendatang macam exam SPM juga terutama bagi yanh berumahtangga.
Eh? Betul ke Kahwin ni macam exam SPM?
Ya, Ada yang lulus cemerlang, ada keputusan sederhana, ada yang gagal, ada yang repeat! Dan ada yang tak nak ambik langsung!
Lebih bagus yang cemerlang SPM sambung tahap ijazah, lepas tu master, lepas tu Phd..
Wow ada 4 tahap dalam pendidikan macam jumlah kahwin pun ada empat! Woha!
Tapi exam kahwin ni bukan lah straight macam exam SPM, exam kahwin ni macam open book exam, boleh meniru, boleh guna talian hayat, dan boleh rujuk buku.
Eh? Ada ke exam boleh buka buku?, boleh meniru?
Ada dik, masuk Universiti nanti ada exam boleh buka buku dan tirulah jawapan dalam buku, ada tugasan take home jadi boleh bincang dengan kawan cari jawapan, lagi lagi zaman online semua ni.
Maka balik bab kahwin, Rugilah jika fail open book exam sebab salah rujuk buku, so gambar ni contoh rujukan untuk open book exam kahwin, buku lain pun boleh beli untuk rujukan, gambar ni contoh sahaja.
Bagi yang baru nak kahwin atau sedang berkahwin.. atau dah lama kahwin dan perlukan open book bab rumah tangga, Abang pun malas nak cakap banyak. Bagitahu abang jika nak beli.
Jangan kata abang tak payung!
Woha!
Ps: Buku Kisah Laki Bini baru habis dan sedang di restok, tempah awal InsyaAllah dapat siap bertanda tangan. No wasap dalam komen pertama.
「gambar rumah sederhana tapi bagus」的推薦目錄:
gambar rumah sederhana tapi bagus 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Kisah Laki Bini- Raya!
---------------------------
(gambar album raya tahun lepas)
Kebanyakkan Puan Bini, suka kita orang lelaki, layan mereka macam layan kanak-kanak, sebagai kanak kanak mereka suka kepada benda benda yang meriah, baju nak meriah, hias rumah nak meriah, kuih raya nak meriah, semua nak meriah, jika tak dilayan, mereka akan merajuk, macam kanak-kanak.
Tapi mereka tak tahu, orang lelaki ni pulak, sebenarnya nak bini layan laki bukan macam layan kanak-kanak, tapi macam layan bayi.
Baju seluar nak puan bini sediakan dan siapkan, jika boleh nak puan bini tolong pakaikan, (ikat tali leher tu paling kurang, lagi bagus sarung seluar dalam laki). Makan pulak dah siap hidang sekali dengan air basuh tangan, kalau boleh suap makan tu sekali, ha ha, waktu tidur nak kena dodoikan, dah tidur, tak boleh bising nanti laki terjaga dan marah marah-macam bayi!.
Tapi itulah, kami tolak ansur, Puan bini tak layan kami macam bayi, kami tak merajuk, dan kami tak layan Puan Bini macam kanak-kanak-Puan bini tak merajuk. Kita saling mengalah, sama sama menjadi dewasa.
Jadi berayalah dalam sederhana, berjimat amalan mulia. Tatamu di rai bersama. Ukur bajet akaun sendiri, perintah Allah jangan di alasani, sama sama kita saling mengalah tidak menuntu hak, sama sama kita menjadi matang dan dewasa dalam bercinta di medan rumah tangga. Chewah!
Nanti bila Puan bini dah capai tahap matang, dari kanak kenak kepada keibuan, ketika itulah kami orang laki akan turut matang, dari tahap bayi kepada kanak-kanak!
Woha!
Selamat Hari raya, Maaf zahir dan Batin!