Semalam, Parti MUDA telah buat pertama kali mengesyorkan 3 agenda pembaharuan baru untuk negara. 3 agenda ini bertujuan untuk mengelakkan insiden krisis politik dari terus berulang semula.
1. Melaksanakan sistem “recall election” untuk mencegah budaya lompat parti. “Recall election” memberdayakan pengundi setempat untuk menggerakkan satu permohonan pilihan raya kecil sekiranya wakil mereka berpaling ke sebuah parti lain.
2. Menggubal undang-undang untuk menghalang ahli-ahli yang diundi masuk melalui pilihanraya daripada memegang jawatan dalam lembaga GLC.
3. Membentuk Jabatan Pendakwaan yang bebas. Peguam Negara pada masa ini adalah Penasihat Perundangan Kerajaan dan juga Pendakwaraya. Ini boleh membawa kepada konflik kepentingan dan tanggapan terdapatnya pengaruh daripada pemerintahan Eksekutif atas keputusan pendakwaan. Oleh yang demikian adalah lebih berhemah sekiranya fungsi pendakwaraya dipecahkan kepada pejabat Pendakwaraya yang bebas, yang seharusnya dilantik oleh Parlimen dan memegang tempoh perjawatan yang mempunyai tempoh yang mana akan ditetapkan melalui pindaan perlembagaan.
MUDA mengiktiraf bahawa perlunya butiran lanjutan berkenaan dasar-dasar ini. Kami akan terus bekerjasama dan mendengar maklum balas masyarakat awam serta berbincang dengan golongan pakar untuk membentuk rangka dasar yang lebih menyeluruh.
Saya mahu bertemu dan berbincang dengan lebih ramai orang untuk membina dasar yang lebih baik untuk negara.
Masa hadapan negara di tangan kita semua!
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/10/742858/muda-syor-pembaharuan-elak-krisis-politik
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...