PKP buatkan saya berdamai dengan budak-budak sekolah SIHIR!
Alkisahnya, dalam hidup ini, ada benda yang kita suka dan kita tak suka, tapi tak kenal maka tak cinta, lalu tiap pagi semenjak PKP, kami satu keluarga tujuh orang (lima anak: empat lelaki satu perempuan, ada calon SPM, PT3, form 2, UPSR, dan autism- kami bertujuh akan mensyuarat aktiviti harian kami agar PKP ini tak bosan dan boleh do something better than nothing.
Selain mesyuarat siapa jadi Bilal?, siapa jadi Imam?, siapa ceramah?, siapa lead muzakarah?, siapa baca taklim?, siapa masak? Kami juga mesyuarat filem apa yang akan kita tonton satu family?
Awal PKP hari tu kitaorang tonton drama Korea Kingdom, kisah Zombie! Semua enjoy layan!
Dah habis Season 2 Kingdom, saya tanya anak anak nak layan filem apa pula?
Maka anak anak cadang filem Harry Potter!
Filem yang saya tak pernah tonton sebab tengok poster pun tak suka! Filem ni muncul waktu saya baru habis belajar di IPTA dan masih bujang (2001), sebagai budak budak baru nak up zaman tu, tak kan lah nak tonton filem Harry potter? Dan bila tahu filem tu kisah budak pandai Magic, boleh terbang, boleh sembuhkan luka, boleh hidupkan orang mati, tapi budak tu rabun pakai cermin mata tak boleh sembuhkan, saya rasa filem ni akan bosan di tonton.
Maka 23 tahun kemudian, saya dah kahwin, dan kini terpaksa PKP demi mencegah virus covid 19, maka akhirnya demi quality time bersama anak anak, maka saya dan keluarga telah tonton filem ini buat pertama kalinya dalam hidup.
Ada beberapa fakta yang menarik tentang Harry Potter iaitu penulisnya orang perempuan (saya sangka orang lelaki jer suka tulis kisah fiksyen) yang bernama JK Rowlings, lebih menarik, dia dulu hidup susah, pernah kemurungan dan nak bunuh diri sebab ada banyak masalah hidup, ibunya meninggal, perkahwinannya gagal, terpaksa jaga anak kecik tanpa ada kerja tetap, hidup dengan bantuan kebajikan dan macam macam masalah hidup. Lepas tu tulis buku kisah budak sihir beratus ratus muka surat guna type writer tapi bila siap, hantar ke penerbit, semua reject! ada 12 penerbit tolak.
Tak murung kau!?
Tapi Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya. Gagal masuk pintu depan, masih boleh masuk pintu lain. Gagal jadi PM 5, 6, 7, 8, masih ada peluang untuk jadi PM ke 13 jika ikut teori Harry Poter ni, woha!
Okey, serius sikit, buku pertama Harry Potter’s and the Sorcerer’s Stone yang pernah ditolak oleh 12 buah penerbit hinggalah Penerbit ke 13. Bloomsbury Publishing yang mengambil pendekatan yang berbeza, yang mana penerbit buku tersebut memberikan manuskrip Rowling kepada anaknya yang berumur 8 tahun untuk dibaca. Alice Newton sangat tertarik dengan kisah budak sihir pergi sekolah lalu merayu agar Ayahnya mesti terbitkan!
Jadi berterima kasihlah kepada kanak-kanak berumur 8 tahun telah mengubah nasib seorang ibu tunggal menjadi jutawan kerana buku Harry Potter telah terjual lebih dari 500 juta unit di seluruh dunia – menjadikannya buku bersiri yang paling banyak terjual dan telah diterjemah ke 80 buah Bahasa di seluruh dunia!.
J.K. Rowling kini kaya raya dan siap beli rumah dekat kawan kawan yang pernah bantu waktu dia hidup susah satu ketika dulu.
Jadi… jika nak tonton filem Harry Potter ni, kata kena setkan minda ke sudut pandangan kanak-kanak belum baligh, dan kena sedia terima filem ini akan kurang aksi dan banyak bercakap sebab penulisnya perempuan dan akan ada kisah cinta dan plot twist yang simple tapi bagi kanak-kanak, dah seronok dah.
Ok jom layan! (spoiler akan menyusul)
1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001)
Kisah bermula dengan budak rabun bernama Harry yang berstatus anak yatim piatu tinggal bersama pakcik makcik yang tak suka pada beliau, selalu kena buli.
Tiba tiba dapat tawaran masuk tingkatan satu berasrama penuh di sekolah Sihir, lalu Pakcik gergasi dari dunia Sihir datang naik motor terbang ajak Harry pergi daftar sekolah sihir. Nak masuk sekolah sihir kena beli kayu magic, penyapu terbang, dan bawa binatang sebagai bahan pelajaran, Harry bawa burung hantu.
Sampai di sekolah, ada pulak rumah merah, rumah hijau, rumah kuning, rumah biru macam sekolah di Malaysia, tapi mereka tak panggil ikut warna, nama rumah dinamakan dengan nama tokoh, jadi ada rumah Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan juga Hufflepuff.
Harry terpilih masuk rumah Gryffindor dan bertemu dengan Ron Weasley and Hermione Granger lalu mereka bertiga menjadi sahabat baik tapi masih belum bercinta sebab belum baligh.
Tak lama di sekolah, Harry akhirnya tahu arwah mak ayahnya dulu penyihir hebat, pernah tewaskan ahli sihir paling jahat bernama Lord Voldemort hingga mak dan ayahnya terkorban. Dan satu hari nanti orang jahat ni akan kembali untuk lengkapkan kuasanya dengan bunuh Harry, maka Harry kena jadi best student di sekolah sihir agar dapat membela diri jika berlaku serangan kelak.
Filem ini ada plot twist, cikgu sihir yang kita sangka jahat rupanya baik, cikgu baik yang nampak gelabah rupanya jahat.
Babak gergasi menyerang dalam tandas, anjing gergasi kepala tiga, sukan penyapu terbang antara pencerah mata waktu menonton filem magic ini.
Babak akhir ada muncul Lord Voldemort dalam bentuk roh nak bunuh Harry tapi gagal sebab factor tertentu, tak naklah cerita semua. Ha ha.
Apa apapun, filem nombor satu Harry Potter ini enjoy jer kami satu family menontonnya. Babak di asrama ada dorm, ada dewan makan, ada acara sukan, ada kelas dan cikgu, buatkan anak anak faham situasi sekolah berasrama sama sahaja di seluruh dunia walaupun sekolah sihir (baca: anak saya tiga orang tinggal di asrama)
Cuma tak aci sekolah sihir ni, dewan makan takde tukang masak, sebab pengetua baca jampi terus makanan sedap-sedap keluar dari meja makan, aduh..
2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
Harry, Ron, and Hermione dah tingkatan dua, banyak latar belakang Harry di bongkar, antara yang menarik dah ada kereta terbang rupanya! Ada ular gergasi, ada Debby makhluk bunian, ada hikmat bertukar badan, ada labah labah gergasi, dan macam biasa, ada plot twist.
Babak babak tadi menyelamatkan filem yang banyak borak ni, dari segi aksi, sangatlah kurang tapi dah begitu kot buku itu ditulis, maka follow the book sahajalah.
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
Harry Potter dah tingkatan tiga, dah nak baligh. Dah pandai memberontak dan menyihir makciknya yang sakitkan hati dia, lalu filem ni menjadi lebih serius, ada menteri hal ehwal Sihir turun padang, ada serigala jadian yang kurus, ada tikus jadian, ada anjing jadian, ada hantu seram mengawal penjara.
Harmoni dah makin besar, dan makin pandai selesaikan masalah, dan kaedah sihir undur masa menarik! Plot twist untuk part 3 ni sangat menjadi! Tak sangkap pulak rupa rupanya banduan jahat itu adalah.. okey, filem yang menarik!
4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
Ok, filem ni antara yang terbaik rasanya, Harry dah tingkatan empat, dah jadi remaja, dan masing masing dah pandai bercinta, Dah pandai merajuk, dah pandai pendam perasan, mujur tak ada babak LGBT. Semua straight. Ha ha!
Babak lawan naga, lawan ikan duyung, dan cinta tak kesampaian, menambahkan dramatik, apatah lagi Culling turut berlakon.
Dari satu sekolah sihir ada perlawanan sukan denqan sekolah sihir lain! Dan muncullah Robert Pattinson yang disangka akan sambar Harmonie, tapi plot twist lagi, hahaha.
Plot twist paling tak sangka, Harmonie tak jatuh cinta pun pada Harry, aduhhhh.. Harry minat kat awek cina, tapi awek cina tu tak minat dia, aduh…
Babak last sedih sikit sebab ada watak penting mati. Dan Lord Voldemort akhirnya muncul dalam bentuk manusia dan bertarung dengan Harry!
5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
Harry dah tingkatan lima, dan filem ini makin dark dan masuk isu politik.
Dah ada Rebelion yang Harry turut serta menentang Kementerian Sihir! Tapi macam biasa filem Harry potter kurang aksi, kena tahan mengantuk sikit, dan dalam filem ini ada lagi watak penting mati, kesian Harry sebab yang mati tu kira waris terdekat.
6.Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
Dalam banyak banyak filem Harry Potter, yang ni paling bosan bagi saya, sembang banyak, lawan serta aksi sangat kurang aduh!
Minit terakhir ada watak penting mati, tapi plot twist dia di simpan untuk filem akan datang.
7/8.
Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 (2010) and Part 2 (2011)
Kemudian muncul filem terakhir! Best!
Akhirnya! Harry dah habis SPM dan free banyak masa tapi musuh makin kuat dan untuk kalahkan musuh kena cari tujuh objek yang dah dijampi, perjalanan diteruskan, dan final akhirnya bertarunglah mereka di sekolah sihir, semua rujukan dari tujuh filem sebelum digunakan sebaiknya, banyak watak penting yang mati, aksipun dah banyak, dan babak 19 tahun kemudian buatkan filem ini puas hati menonton endingnya.
Tiga sekawan, Harry, Ron Weasley dan Hermione Granger mengingatkan saya dengan komik Naruto, yang mana Harry sebagai Naruto, Ron sebagai Sasuke, dan Harmoni sebagai Sakura. Lepas tu ada sekolah ninja, (sekolah sihir) dan ada kampong daun, kampong angin, air dan api. Ayah Harry buat jampi perlindungan untuk keselamatan Harry sama macam Naruto yang dikurung serigala ekor Sembilan. Pengetua bekorban untuk naruto sama macam kisah Harry potter.
Jadi mungkin Naruto tiru Harry Potter saya rasa. Tapi takpelah, semua menghiburkan!
Untuk sedikit fakta, tahukah korang?
1) Harry Potter telah menggunakan 160 pasang cermin mata
2) Parut di dahi Harry Potter telah disolek sebanyak 5,800 kali
3) Sebanyak 250 haiwan telah digunakan dalam kesemua filem HARRY POTTER. Haiwan yang paling besar ialah Hippo manakala yang paling kecil ialah lipan.
4) Kucing dan burung hantu adalah haiwan yang paling sukar berlakon, banyak babak terpaksa diulang.
5) Penulis buku ini plan nak berlakon jadi ibu Harry Potter, tapi cancel last minit
6) Ketika filem pertama di keluarkan, baru 4 buku Harry Potter di pasaran, bermakna baki lagi tiga buku di tulis lepas filem pertama dapat sambutan.
7) Semua makanan penuh meja dalam dewan makan adalah makanan betul, dan akan di tukar bila basi kepada makanan baru kerana tempoh pengembaraan yang lama.
8) 5000 budak datang ujibakat untuk watak Harry Potter, tapi yang dapat adalah budak tak pergi uji bakat, pelakon kanak kanak filem David Copperfield (1999).
9) Anak pengarah filem ini ada masalah membaca, tapi boleh baca buku Harry Potter, buatkan pengarah ini nak sangat arah filem ini, tapi dah ramai nama besar nak arahkan filem ini termasuk Steven Spielberg, maka Chris Columbus tulis skrip filem selama 10 hari hingga jam 3 pagi dan pergi jumpa dengan penerbit filem bagitahu dia sedia tulis skrip secara free, asalkan dapat arahkan filem Harry potter dan akhirnya dia dapat!
10) 70 tongkat sihir telah dipatahkan oleh Harry Potter sebab beliau buat ketuk drum.
Okey, cukuplah ulasan tentang filem Harry Potter, satu pengalaman menonton yang indah bersama anak bini,
Baik! lain kali saya akan berdamai dengan Gollum dan Smeagol pulak.
Woha!
#hamkafilm
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「drama korea terbaik」的推薦目錄:
- 關於drama korea terbaik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於drama korea terbaik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於drama korea terbaik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於drama korea terbaik 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於drama korea terbaik 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於drama korea terbaik 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
drama korea terbaik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Selamat hari polis, maaf terlambat satu hari sebab plan nak post di page Movie Addict, tapi Page tu dah hilang? Aduhh.
Siapa siapa pernah save review movie saya kat sana, yang berhastag #hamkafilm, tolong email kepada saya, saya nak koleksikan
Jadi sempena Hari Polis dibatalkan sambutannya berikutan ancaman Covid 19, dan sempena kita lepak duduk rumah, saya nak kongsi pengalaman menonton filem bertema Polis yang terbaik bagi saya dari segi aksi, plot, drama dan lain lain.
Layan...
1. End of Watch (2012)
Cerita polis jujur lepas tu kena sabotaj sebenarnya dah klise tapi filem ni masih mampu bagi nafas segar dengan cara pengolahan cerita yang focus pada aktiviti polis hari ke hari yang masih mampu tersenyum di celah celah kejahatan jenayah dan masalah di sekitar, ending filem ini, bila kawan polis mati, maka rakan polis yang lain kena bagi ucapan, tapi oleh sebab terlalu sedih, polis lain hanya mampu berkata; "He was my brother." Dan kita dapat rasa feel Brother dalam kehidupan dua polis ini. Sebuah filem yang ada waktu lawak gila, dan ada waktu cemas, dan ada waktu sedih. Sampai bro!
2. Die Hard (1988)
Bila penjenayah mendapat instant karma?, terbaiklah filem polis ini, kisah polis dijemput ke opis bini ada sambutan pejabat, sekali pejabat kena rompak tapi silaplah sebab ada polis hebat dalam bangunan tu. Filem ini ada sekual sampai lima, semua best kecuali part 5.
3. Hot Fuzz (2007)
Ini Filem British, nak tengok polis muda belasah pakcik makcik dan nenek serta atok, boleh tengok filem ni, lawak! Kisah polis jujur yang terpaksa pindah ke kampong dan boring sebab kat kampong tak de jenayah, tapi.., tiba tiba? Boleh layan!
4. Face/Off (1997)
Polis terpaksa menyamar jadi orang jahat, buat bedah muka, dan masuk penjara sebab nak korek rahsia dari adik orang jahat, tiba tiba orang jahat yang sedang koma terlepas dan bedah muka jadi polis, lepas tu amatlah susah polis muka orang jahat nak lawan orang jahat bermuka polis. Saya tengok filem di di Pawagam Kelantan, feel dia sampai! Aksi dari John Woo usah cakaplah, slow motion, tembak guna dua pistol, burung merpati terbang, muzik slow waktu aksi ganas, tapi ingat?!, filem ni tahun 1977 sebelum aksi John Woo menjadi klise, ha ha!
5. Speed (1994)
Susah jadi polis ni, orang jahat bagi masalah macam macam, boleh pulak letak bom dalam bas dan jika bawak slow bom tu akan meletop, kena bawak laju baru tak meletop, aduhhh, nasib baik awek bawak bos tu cantik, berbaloilah jika mati bersama awek cantik. Ha ha ha, jadi bagaimana polis nak selamatkan semua penumpang tanpa hentikan bas? Kena tengok!
6. RoboCop (1987)
Gigih kayuh basikal masa kecik pergi tengok wayang filem polis robot ni, dalam peha ada pistol tau?!, dan robot ni diprogram untuk bunuh orang jahat tapi tak boleh bunuh ketua polis walaupun jahat, kan susah tu? Jadi bagaimana Robocop nak bunuh ketua polis yang jahat tapi tak mampu sebab programming tak benarkan, aduhhhh.
7. Memories of Murder (2003)
Dah puas tengok movie Mat saleh, apa kata kita pergi Korea, kisah susah payah polis korea nak cari pembunuh dan perogol bersiri, ending filem ni power.
8. Theri (2016)
Apa? Filem korea tadi susah nak hadam ending dia, terlalu berat, penat nak pikir, terlalu berselirat dan pening!?
Yelah yelah, mari kita layan filem tamil, kisah polis bersara, hidup bahagian dengan anaknya, tiba tiba ada gangster kacau cikgu perempuan yang mengajar anak hero, maka hero yang muka macam budak budak, tiba tiba mengamuk dan membuka sejarah bahawa dialah polis terhebat di india! Perghhhhh!
9. Infernal Affairs (2002)
Alamak?, tak nak layan filem tamil sebab polisnya anti fizik, boleh terbang dan elak peluru? Nak cari filem yang real polis? Jom layan filem Hong Kong, kisah Polis baik vs Polis jahat terbaik dalam sejarah filem perpolisan hingga Hollywood buat remake. Terbaik! Ending versi Hong Kong jauh lebih dramatic berbanding ending Holywood the Departed (2006)
10. One Two Jaga (2018)
Di Malaysia ada juga filem polis terbaik, kisah polis bujang yang baik bersama polis dah berkahwin yang rasuah, masalah pendatang asing kerja tanpa permit,dan macam macam lah! best filem ini, sangat rekomen.
Ok, cukuplah sepuluh filem tu untuk dilayan sempena hari polis, ada lagi filem lain seperti police story lakonan Jackey Chan, tapi yang tu kena buat ulasan katogori lain, ulasan ini berdasarkan ingatan yang masih tersisa..
Alamak ada satu lagi kisah polis best dari jepun, lain kali cerita
Polis gaban!
Woha!
#hamkafilm
drama korea terbaik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
10 filem zombie paling best
Bila duduk berkurung dirumah, dan wabak sedang merebak di luar, layan filem zombie menambah insaf untuk kita tidak merayau, jadi saya senaraikan 10 filem zombie yang best bagi saya.
1. The Night Eats the World (2018)
Mula mula korang boleh layan filem Perancis berbajet rendah ni, tapi feel dia sampai, Kisah simple lelaki terakhir di bumi, sunyi yang mencekam hingga zombie dalam filem ini juga bisu, tiada roar…, lalu hero hanya mengurung diri dalam rumah, dan mengurung jiran yang jadi zombie untuk ajak bercakap. Ada jugak cubaan hero untuk berkawan dengan kucing tapi risiko ada kawan di waktu wabak zombie amat merbahaya. Dalam kesunyian, hero sempat bekarya dengan hasilkan muzik indah guna barang terpakai. Lalu muncul seorang wanita dengan idea berbeza, kata wanita itu: nak teruskan hidup, kena pindah randah jadi nomad, tapi hero pulak, prinsip hidup dia, kekal selesa di satu tempat sahaja, tiba tiba ada plot twist, aduh, sedihlah pulak. Layan!
2. The Rec (2007)
Jika filem French tadi bosan sebab tak ramai pelakon dan terlalu sunyi, jom layan filem Spanish ini, kisah Wartawan buat dokumentari pahit getir ahli bomba, dan ikut ahli bomba ke lokasi kecemasan, sekali ada virus zombie kat sana, Feel cemas movie ini sampai sebab rakaman guna hanya video cam. Oleh sebab filem Spanish ini sangat best, Holywood buat remake bertajuk Quarantine (2008) sama jer jalan cerita Cuma bajet lebih mahal dan bercakap English.
3. Train to Busan (2016)
Dari Spanish, kita terbang ke Korea, jom tengok kisah orang asia dan anak kesayangan terperangkap dalam keretapi yang wabak zombie sedang merebak, ruang keretapi yang sempit mencemaskan lagi babak serangan zombie. Filem zombie terbaik asia!
4. World War Z (2013)
Dari Korea kita pulang ke tempat asal usul Zombie yang mana Wabak zombie di gambarkan pada skala besar, hero menjelajah dunia mencari penawar, pergi Korea tapi semua dah jadi zombie hingga bom nuclear meletup, dan begitu pantas viris ini merebak seluruh dunia, dan bagaimana yahudi membina tembok tinggi di Palestin demi mencegah zombir panjat dinding!Kelemahan filem ini, zombienya kurang kejam tak berdarah sangat, lebih kepada nak menjangkitkan viris sahaja, tapi dengan bajet filem ini yang mahal, bolehlah kita tengok serangan zombie pada skala global.
5. Dawn of the dead (2004)
Oleh sebab filem War of Z tadi zombienya kurang ganas, dan lokasinya terlalu luas, apa kata kita layan Kisah sekumpulan manusia berlindung dalam pasar raya apabila wabak zombie merebak di sebuah bandar, maka di pasaraya semua ada, makanan, hiburan, dan macam macam, tapi manusia bila tamak, tingkat pasaraya pun berebut, hingga terpaksalah guna hokum rimba, yang kuat akan menindas yang lemah, dan walaupun di pasaraya semua ada tapi manusia tetap rindukan alam semula jadi, lalu mereka plan nak lari ke pulau, dan bermulalah masalah. Filem ni semua zombie layak mendapat anugerah pelakon pembantu terbaik. Tapi sayang ada dua tiga saat babak seks, mandi bogel, membuatkan filem ni tak sesuai untuk tontonan keluarga. Aduh.
6. 28 days later (2002)
Filem zombie di pasar raya tadi jika zombie gigit orang, masa nak bertukar jadi zombie tu makan masa beberapa jam, jadi masih boleh ikat mangsa gigitan tunggu dia mati dan tembak bila dan bertukar, tapi ada filem lagi seram, 20 saat lepas gigit terus jadi zombie, 28 days later ni memang zombienya ganas walaupun bajet file mini murah tapi feel seram tu sampai.
Babak awal lelaki berbogel koma di hospital, bila sedar dari koma, seluruh dunia tiada orang, heropun merayau cari orang tapi tak jumpa, rupanya semua dah jadi zombie yang aktif pada waktu malam. Kisah sisi jahat manusia bernama lelaki bila dah lama gersang tiba tiba jumpa perempuan. Pelakon tak ramai, tapi suasana ancaman zombie dan ancaman manusia jahat itu ‘sampai’.
7. The girl with all the gifts (2016)
Dari Hollywood, kita layan pula filem British, yang mana satu sudut dunia, ada harapan untuk kanak kanak di zaman virus merebak, lalu kajian sains menemukan zombie ini boleh dikawal kepada kanak kanak yang IQ tinggi, tapi begitulah, bukan semua rancangan manusia itu terjadi dengan baik, lalu kanak kanak ini memberontak!
8. Zombieland (2009)
Dah penat layan keseraman filem zombie, cari filem yang ringan sikit:
Apa akan berlaku jika dalam dunia ini hanya tingga empat orang manusia sahaja bersama ribuan zombie, empat manusia tu pulak sangat berbeza personality buatkan mereka bergaduh dan terpaksa berdamai, dan gaduh lagi, begitulah. Ceroita ni tak seram, zombie versi kreatif dan kelakar. Layan!
9. Shaun of the dead (2004)
Ok, tak cukup kelakar filem Zombieland sebab pelakon tak ramai? Jom layan Filem ini, masih ada ruang untuk ketawa dalam wabak zombie.
10. Land of the dead (2005)
Apa? Tak suka filem zombie yang kelakar, dan tak suka juga filem zombie yang terlalu ganas, nak yang sedan sedan sahja, hmmm, kena rujuk bapa zombie si Gorge Romero.
Maka bolehlah layan filem ini, fokos pada pasca zombie yang mana lepas dah lama zombie merebat, maka masyarakat terbahagi kepada dua, ada kisah kapatalist yang dapat layanan istimewa di zaman zombie, mereka duduk dalam bangunan mewah, bebas dari zombie, orang miskin pula terpaksa berjuang melawan zombie di luar pagar, maka sifat tamak manusia, dendam dan dengki pada orang kaya, dan mahu susah sama sama, maka usaha untuk buka pagar agar zombie serang golongan kaya agar semua susah sama sama. zombie dalam filem ni dah mula berelovasi serta bereformasi hingga dah nak pandai guna senjata.
Baik, demikianlah 10 filem zombie buat modal berjaga jaga dengan wabak serta virus, banyak lagi filem zombie lain tapi 10 ini bagi saya menghiburkan, feel nya sampai, dan boleh layan dua kali, jika durasi filem korang rasa pendek sangat sebab 1 jam setengah tak sempat nak karaktor development, maka boleh layan drama zombie.
Untuk drama saya layan Walking dead, tapi cukuplah episod Rick vs Gebenor kat penjara tu, lepas Rick lari dari penjara rasanya dah meleret leret sebab Rick asyik buat silap yang sama dan zombie lepas zaman penjara tu dah tak rasa ancaman sangat, makin slow dan sangat mudah dibunuh.
Mujur ada drama Kingdom dari Korea kisah zombie ganas, laju, mudah berjangkit dan oleh sebab filem tu zaman purba maka lebih susah nak bunuh dan perebutan takhta raja di zaman itu menambahkan dramatic drama tersebut. (tolong jangan tulis spoiler drama kingdom sebab saya belum habis menonton)
Sekian, ulasan filem zombie dari saya, seram juga menulis artikel ini di waktu perintah berkurung, jiran yang sunyi, larangan bebas bergerak, tiada terdengar azan, tiada bunyi kereta macam biasa.
Kena ambik wudhu, baca al quran, solat hajat, minta Allah selamatkan kita semua dari virus dan wabak.
Amin ya Rabbil alamin.
Ps: Ada penyakit akhir zaman yang merbahaya kata Nabi, namanya WAHAN, iaitu cinta dunia dan takut mati, apa tandanya? Layan semua filem zombie berjam jam ada masa, tapi nak solat, baca al quran tak ada masa, aduh.., pesan pada diri sendiri.
#hamkafilm