Sebelum kita berdoa dan usaha, kena ada sikit ilmu agar doa kita lebih makbul dan usaha kita di jalan yang betul, iaitu kita kena faham erti berdamai dengan takdir.
Sebab ada kes, ibu bapa yang ada anak OKU, tapi dia kata dia sangka baik dengan Allah, dan Allah akan bertindak ikut sangkaan hambanya, lalu guna kaedah Hukum Tarikan dengan cara yang salah, tepuk dada anak, tepuk dada sendiri cakap, sambil bisik, anak saya normal berulang ulang dengan harapan, bila kita sangka baik maka kebaikkan akan datang.
Tapi masalahnya, dalam kita cuba hokum tarikan (Law of Attraction) kita tiba tiba menjadi orang yang tak berdamai dengan takdir, itu yang jadi bila parent ada anak OKU, mereka akan berkata positif seperti:
"Anak saya normal, ini bukan OKU lah, dia okay lah, baru 3 tahun lah, biasalah tu, its all about mentality lah, lama lama nanti okay lah"
Tapi sedar tak sedar, konsep tertalu positif dalam law of attraction membuatkan kita jauh dari konsep reḍā dan acceptance, jauh dari berdamai dengan takdir dan berusaha dnegan betul.
Akhirnya pemikiran "positif" berubah bentuk menjadi in denial. BIla dan in denial maka usaha yang betul tidak berlaku lagi, hinggalh anak tak dapat di selamatkan, jumpa pakar dan berkata”
“Maaf Tuan Puan, anak awak memang OKU, tapi awak masih fasa in denial ni".
Memang lah berat ujian dapat anak OKU, tapi inilah hidup, pentas ujian, kita kena beriman dengan takdir baik dan buruk semua dari ALLAH, tugas kita adalah untuk terima takdir, dan perlahan-lahn dengan kadar kemampuan kita, merawat (bukan menyembuhkan) gelaja anak.
OKU boleh di rawat, tapi tak bolehdisembuhkan, itulah takdir.
Sebab tu zaman Nabi ada sahabat OKU buta, tapi tak pernah sahabat ini minta Nabi guna doa makbul untuk celikkan mata dia, sebab aturan hidup bukan begitu, hidup ni bukan nak ubah takdir tanpa ilmu, tapi aturan hidup adalah berdamai dengan takdir, sangka baik pada Allah, dan dengan baki nikmat digunakan untuk mendekatkan diri pada NYA mencari KeredhaanNYA.
Kena faham takdir tentang Kudrat Allah (yang tak boleh di ubah) dan Iradah Allah (yang boleh di ubah dengan usaha betul)
Sebab tu untuk orang sakin mental pun, jangan tepuk dada hari hari mengulang-ulang frasa, "Saya tidak sakit!". Jangan menipu diri!
Salah macam tu! Yang betul kena sedar saya sakit, kena berdamai bahawa saya ada sakit mental, lepas tu buat usaha jumpa pakar yang boleh merawat. Makan ubat. Banyakkan berdoa di samping ikhtiar dengan perubatan komplementari yang diiktiraf KKM juga bersama ubatan hospital yang tetap perlu diambil.
Bila usaha dan betul, maka waktu itu doa akan menjadi sangat makbul!
Itu bab Oku, bab lain, Sebagai contoh, jika muka korang hodoh lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah: “Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Brie Larson hero filem Captain Marvel, Lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang korang nampakkan? Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak bunuh diri?
Jadi doa macam tu salah, dan menyusahkan diri sendiri, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah.
Sepatutnya korang doa macam nih… “Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini: (sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi orang yang muka lebih buruk dari korang) lepas doa, korang pergi tengok cermin.. apa yang berlaku? Kalau doa ‘sabar’ korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih, ada iras iras Maya karin apa? Woha!
Sama jugak bila ada anak OKU, kita doa nak anak kita normal macam budak bukan lain, tapi lepas doa terus stress sebab anak masih OKU, padahal kita kena faham OKU anak kita setakat mana kemampuannya boleh pergi, dan berdoalah untuk sampai ke arah lebih positif, jika OKU autism tak bercakap, doa agar dia bercakap dan dalam masa yang sama berdoa agar dikurniakan kesabaran dalam menjaganya.
Doa paling betul adalah: minta pada Allah hari-hari agar dikurnia hati yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan hati yang sentiasa bersabar dengan segala ujian.
Bila doa syukur dan sabar kita diterima, maka mudah untuk kita bantu anak OKU kita ke arah lebih positif. InsyaAllah.
Jadi cuba tanya diri sendiri, sekarang ada tak saya doa sabar dengan apa yang saya tak suka? .. berapa kerat antara kita yang doa sabar dengan kesusahan berbanding yang berdoa supaya kesusahan tu hilang?
Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai, lambatnya gaji, lambatnya raya, lambatnya nak dapat anak, lambatnya kekasih balas whatsapa, maka apatah lagi kita nak sabar dengan benda yang kita tak suka?
Jadi kita ada terfikir tak akan kenapa Allah bertalu-talu bagi kita susah? Adakah Allah nak kita ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan kesusahan? Atau Allah nak kita bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat kita naik?
Dan jika kita sedar diri kita tak mampu nak sabar, kenapa tak minta sungguh sungguh agar dikurnia ‘hati yang sentiasa bersabar’?
Nampaknya saya kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, baginda di uji dengan kehilangan harta benda, anak semua mati, dan isteri yang ramai semyanya lari, dan dia terkena pula penyakit kusta, lalu menderita seorang diri, tapi ada Nabi Ayub doa supaya hartanya dikembalikan, anaknya dihidupkan, isterinya kembali pulang? Ada? Nabi Ayub berdoa agar hatinya sentiasa bersabar.
Dalam doa kita minta kebaikkan di dunia dan di akhirat apabila Tabieen bertanya kepada Sahabat Nabi, apakah maksud kebaikkan di dunia? Jawab sahabat: Antara nikmat yang terbesar dalam hidup adalah memiliki sekeping HATI YANG SENTIASA BERSABAR dan BERSYUKUR.
Cuba rajinkan diri buka kitab, rujuk kisah sahabat Nabi S.A.W yakni: bila batu dihempap atas dada Bilal Ra, Bila Khabbab RA di seret atas bara api sampai bara api padam kerana lelehan lemaknya, Bila Sumayyah di seksa, Bila Abu Bakar Ra di pukul sampai rata mukanya, Bila Nabi sendiri di baling batu,
Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir? Buat batu tu stop macam Neo dalam the matrix stopkan peluru? Kenapa Allah biarkan sahaja Nabi Muhammad SAW kekasihNya di baling batu atau Sahabat Nabi di seksa..?
Tak lain tak bukan, Kerana Allah nak uji iman mereka, dengan perantaraan sabar!
Sungguh Allah sangat suka dengan golongan yang bersabar dengan segala musibah!
Apa pesan Nabi pada Bilal?, Khabab?, sumayyah?, kelarga Yasir dan lain lain? Bersabarlah, sesengguhnya Allah bersama kita, Bersabarlah, Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar, Bersabarlah kerana sabar itu sebahagian daripada iman!
Lepas sabar, Nabi ajar syukur, dan Nabi yang taka da dosa solat sampai bengkak kaki, aisyah isterinya bertanya, kenapa tuan solat terlalu lama sampai bengkak kaki? Bukankah tuan taka da dosa? Nabi jawab: Sebab saya ingin jadi hamba yang bersyukur.
Nabi yang diuji hidupnnya, dicaci maki, di ludah, dipukul dan dibaling batu, malahan baginda dan penyokongnya dipulau dilembah Abu Mutalib, tidak boleh berjual beli dengan orang islam, sehingga anak kecil mati di ribaan ibunya kerana lapar, dan anak lelaki baginda semua mati sewaktu masih keciil, malahan Nabi di ancam bunuh, namun apa Nabi buat?
Bersabar dan Beryukur sehingga akhirnya Allah memberi kemenangan di dunia dan di akhirat.
Sebab tu saya nak tanya bailk, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup kita? Ada tak kita mintak hati yang bersabar? Tidak, sebaliknya kita menjerit terlolong sana sini dan salahkan orang lain, salahkan kerajaan, salahkan polis, salahkan sekolah, salahkan ustaz yang mana akhirnya jiwa kita sendiri yang menderita..tertekan, gila babi, lalu bunuh diri!Nauzubillah.
Bila anak kita ditakdirkan OKU, kita salahkan masyarakat yang tak faham, kita salahkan pasangan, kita salahkan jiran, kita salahkan mak mertua, kita salahkan kerajaan sedang diri kita tak pernah nak belajar sabar dan jika tahu diri tak mampu bersabar, buatlah solat hajat minta dikurniakan hati yang mampu bersabar,
Maka bila doa sabar kita makbul, maka ilham untuk bantu anak OKU kita akan terbuka selebar dunia, inyaAllah.
Cuba rujuk kisah Nabi zakaria a.s yang bersembunyi dalam pokok, lalu di gergaji oleh orang kapir, Nabi Zakaria mengerang kesakitan, lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’ menahan kesakitan di gergaji sampai terbelah dua.
Cuba rujuk kisah Nabi s.aw waktu di baling batu area kampung Taif, malaikat offer nak terbalikkan bumi Taif, Nabi sabar dan doa kebaikkan untuk mereka sambil air mata Nabi bergenang memohon keredhaan Allah.
Cuba rujuk kisah ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba seekor kambing telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu sebab menyusahkan dia, tapi Nabi Musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini?
Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanaAllah…
Itu belum saya cerita kisah Nabi khaidir yang enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar
Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yang besar dalam hidup adalah memiliki hati yang sabar…
Korang tahu apa itu sabar? Sabar terbahagi kepada dua: (Satu): Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan (Dua): Sabar menahan segala ujian.
Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah: TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!
Dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH DENGAN SABAR!
Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI, jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu,.so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..
Ni lagi satu…, bila korang ada hajat dan buat solat hajat, berapa raka’at korang solat hajat? Apa? Tak dengar…Dua?.. DUA SAJER!?
Saidina Ali yang tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah ruah, kita yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sahaja supaya dimudahkan urusan hutang, urusan ajaga anak OKU dan lain lain?
Oh, kalau lah malaikat tu sejenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa saya, adohai…
MORAL: bila susah, bersolatlah dan lepas solat mintak dengan Allah hati yang sentiasa bersabar. Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..
Jadi yang tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar dengan sifat suami?
Yang tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa belum sabar dengan rezeki Allah?
Yang tak tahan dengan karenah anak-anak OKU, dah doa belum sabar dengan sifat anak?
Tahu tak?, sumpah syaitan nak sesatkan anak adam bukan melalui serangan fizikal sebab itu dan takdir, bukan kerja syaitan susahkan kita dengan rosakkan kandungan lalu anak menjadi OKU, bukan! Kerja syaitan adalah bisikan dalam hati agar sentiada mengeluh bila susah dan sentiasa kufur nikmat.
Jadi nak lawan bisikan syaitan, kena lawan dengan bisikan doa kepada Tuhan agar hari kita kuat, sabar dan syukur ulang ulang kita minta dalam solat, dan diluar solat, kita zahirkan sabar dan syukur kita, waktu itu syaitan akan tewas dengan hina sehina-hinanya.
Lagipun, logic manusia, Bila kita dan ada sifat sabar, maka masalah kita akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang mengeluh waktu ditimpa masalah.
Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang Berjaya, isteri yang Berjaya, Parent yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat sabar yang luar biasa.
Jadi kesimpulanya, Apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh, kecacatan anak, dan lain-lain takdir Allah, tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah minta Allah ubah takdir yang lepas, ada benda lain lagi yang patut korang doa sampai keluar air mata darah iaitu takdir esok!
Minta HATI YANG SENTIASA BERSABAR walau sebesar besar ujian, dan hati yang sentiasa bersyukur walau sekecil kecil nikmat.
Bila kita ada sifat syukur, masalah kita akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat syukur ditimpa masalah.
Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang Berjaya, isteri yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, Parent yang Berjaya, mereka semua ada sifat syukur yang sangat luar biasa.
Akhir kata: selamat berdoa dengan cara yang betul, InsyaAllah kita akan mendapat pertolongan yang betul.
Ya Allah, kau telah PILIH saya untuk di uji, maka Bantulah saya Ya Allah dengan kurniakan kepada saya hati yang Sentiasa Bersabar dengan ujian ini, dan berilah ilham untuk hati ini bersyukur dengan ujian ini kerana sekiranya beginilah caranya Engkau Redha dengan saya, dan ampunkan dosa saya, dan selamatkan saya dari azab api neraka, dan masukkan saya ke dalam syurga yang kekal abadi, maka alangkah indahnya ujian ini. Sungguh permintaan saya tidak banyak, saya hanya mahukan sabar dan syukur sampai syurga, Moga RedhaMU menjadi milikku.
Terima kasih Ya Allah.
Amin.
Ps: siapa Berjaya baca sampai habis, korang memang seorang yang sabar, Woha!
(Artikel ini diambil dan diolah semula dari buku Hamka Kereta Mayat)
doa ketika sedih dan kecewa 在 Professor Chef Zam Facebook 的精選貼文
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dari semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila dtg kesusahan. Kami lupa kepada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezki kpd keluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 yang kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, bersangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kpd mereka, jika ada dikalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati. dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami daripada golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan Ramadan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dengan juju n Ramadhan yg akan datang…
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah Ramadan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah Ramadan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal dimalam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami...ampunkanlah segala dosa-dosa kami...amankanlah kehidupan kami Di sana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… Aamiin3x Ya Robb.
doa ketika sedih dan kecewa 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.
Bacaan sebelum mati kepada orang bukan islam.
Saudara...
Tuhan itu sudah pasti ada, buktinya adalah kewujudan kita yang sebaik baik kejadian, jika kita melihat lukisan yang cantik, lalu kita memuji dengan berkata, sungguh hebat orang yang melukis lukisan ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pelukis walaupun kita tak pernah jumpa dengan si pelukis.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, juga sangat hebat dan mengkagumkan, alangkah hebatnya Pencipta alam semesta ini? maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.
Lalu marilah saya pimpin anda untuk mencari Tuhan. InsyaAllah.
Dengan izin, sebelum itu kredit saya dahulukan kepada penulis buku “The Man in the Red Underpants” yang di tulis oleh A.R. Green.
Buku itu adalah mencerita berkenaan Common sense dalam mencari Tuhan. Dan sebahagian dari apa yang saya kongsikan di bawah, di olah dari beberapa contoh dari buku tersebut.
Contohnya, Apa yang korang akan buat, jika tiba tiba ada lelaki yang hanya pakai seluar dalam warna merah datang ketuk pintu nak semak meter elektrik?
Adakah korang akan benarkan dia masuk?
Atau tanya surat kuasa?
Atau aku rasa, korang pasti akan halau dia, yang mana apapun tindakan korang, maka ianya adalah berdasarkan logic tindakan manusia.
Dan secara logic kita tahu lelaki itu tak datang secara tiba tiba, pasti di hantar oleh seseorang, atau pasti ada sebab yang buat dia tergamak pakai seluar dalam warna merah dan tiba tiba ketuk pintu rumah nak semak bil elektrik.
Ya, logiknya dia seorang yang gila. Atau mungkin dipaksa oleh satu kuasa, kena ugut oleh gangster mungkin? Apa pun yang bermain di fikiran kita, lelaki berseluar dalam itu muncul bukan secara semula jadi, ada sebab dia bertindak demikan…
Tak payah siasat, Cuma bila kita bercerita tentang logic, kita bersetuju bahawa kita ini adalah sebahagian dari alam semesta. Kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’?
Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of Organitation.
Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone? Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang, cacak, terung, pisang, panda, dan tiba tiba anatar semua hidupan itu, muncul manusia?
Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya.
Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan, kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah lelaki yang pakai seluar dalam merah tu tiba tiba sahaja ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Aku ada baca komen dari Atheist yang nak bunuh diri kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam keadaaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan aku juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini.
Maka carilah seorang Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.(hint)
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
Sebagai penutup, cuba baca keluhah beberapa atheist di bawah:
Atheist 1:
“Bro, Saya tidak pasti jika anda sengaja menyindir atau benar-benar percaya . Tidak setiap atheist membunuh diri yang alami kemurungan. Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa kekurangan agama buatkan athest membunuh diri, orang agama percaya kehidupan mereka mempunyai tujuan, walaupun mereka lakukan pada dasarnya adalah perkara yang sama dalam kehidupan hari seorang atheist. Tapi perbuatan mereka di sandarkan untuk kehidupan seterusnya, membuatkan mereka, dalam perang pun lebih berani daripada atheist. Saya percaya bahawa agama sangat membantu psikologi manusia untuk meneruskan kehidupan di saat sukar dalam hidup. Bila mereka sakit, agama juga membuatkan mereka tabah menghadapi kematian. Saya pun tiada masalah pujuk mereka yang kemurungan agar memilih agama sebagai penyelesaian.”
Atheist 2:
Saya seorang yang tidak percaya kepada Tuhan, namun hidup saya baik sahaja, sehinggalah anak perempuan saya membunuh diri tahun lepas, saya sedih. Saya menggalakkan anak saya yang lain untuk hidup dengan beragama, sekurangnya mereka tidak bunuh diri macam anak sulung saya. Percayalah, mendengar berita anak kesayangan membunuh diri adalah perkara buruk dalam hidup. Saya akui, kehidupan orang yang percaya pada tuhan, jauh lebih baik jika mereka tidak berlebihan. Sama macam makan ubat, jangan berlebihan, jadi saya nasihat anak saya supaya hidup Bergama, tapi jangan berlebihan.
Atheist 3:
Dua bulan yang lepas, seorang teman saya mati bunuh diri. Beliau adalah orang pertama dalam hidup yang saya berjaya pengaruhi daripada hidup Beragama kepada atheist. Walaupun saya tidak tahu punca beliau bunuh diri, tapi saya rasa bersalah kerana saya pasti, jika beliau dalam agama yang lama, pasti beliau tidak bunuh diri, saya sangat kenal dia. Terbaru, seorang kawan kepada beliau, yang juga masih baru menyesuaikan diri dengan realiti bahawa Tuhan tidak wujud telah alami masalah kemurungan. Walaupun saya tidak fikir dia akan membunuh diri, tapi saya tidak terkejut jika beliau berfikir untuk bunuh diri setiap masa.
Ini adalah sesuatu yang kita tidak suka mengakui, tetapi ia adalah benar. Terdapat masalah dalam masyarakat atheist iaitu masalah kemurungan dan bunuh diri. Saya tahu bahawa kita semua ingin percaya bahawa atheist adalah orang yang lebih bahagia daripada orang beragama dengan kebebasan hidup kita. Tetapi kita juga perlu menerima hakikat bahawa dalam beberapa cabang kehidupan, mereka orang beragama jauh lebih bahagia. Terutama when shit happens.
Perasaan teruja adalah kebahagiaan. Manusia gembira apabila mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku di masa depan lalu menempuhnya dengan penuh teruja. Tetapi apabila manusia tahu apa yang sedang berlaku, apabila mereka benar-benar mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai realiti, bahawa tuhan tidak wujud, dan hidup ini semakin memburuk, yang muda menjadi tua, yang kuat menjadi lemah. Di hujung usia kita hanyalah makluk lemah yang menderita pelbagai penyakit. Lalu kenapa perlu hidup lama dengan penuh menderita jika mati tiada apa apa kesalahan?
Di sini bermula kemurungan, Orang yang beragama, apabila hadapi tekanan hidup, mereka boleh mencari bantuan dan harapan dalam institusi agama mereka, tetapi atheist biasanya hanya boleh mencari dalam internet atau mencari bantuan dalam komuniti kecil tempatan yang selalunya tidak membantupun.
Kemudian terdapat tempoh peralihan di mana seorang atheist baru yang baru sedar tuhan tidak wujud, tapi kehilangan tuhan merupakan bencana besar bagi mereka, apabila tuhan yang mereka percaya rupanya adalah palsu. Sehingga mereka benar-benar merasa kesepian dan juga marah dan juga kecewa lalu menjadi murung yang tidak berkesudahan yang kebanyakkanya membunuh diri(berlaku pada orang yang saya kenal)
Kita perlu bertindak dengan lebih baik. Atheist tidak perlu hidup dengan menderita semata-mata. Kita perlu cuba untuk mendekati mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang memerlukan bantuan perlu sebenarnya mendekati dan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Mujurlah, terdapat banyak atheist yang pergi ke dalam bidang psikologi dan psikiatri. Jangan menderita secara senyap-senyap dan hadapi seorang diri. Jiwa tidak mampu menjawab persoalan secara sendirian.
Bergabunglah dengan athesti yang lebih tua, kongsi masalah dan falsafah hidup bersama, kita orang yang tidak bertuhan adalah insan paling bebas, gunakan kebebasan kita untuk nikmati hidup. Bukan guna kebebasan untuk akhiri hidup. (bunuh diri)
Tolong jangan bersendirian hadapi kemurungan, bergaullah dengan kawan kawan yang senasib dengan kita.
Aitheist 4:
Saya telah menjadi atheist sejak umur 14 tahun, selepas itu hidup saya tertekan kerana tiada tujuan, dan saya pernah membunuh diri tapi gagal, semenjak itu saya menjadi seoarang yang sangat murung. Sekarang saya masih berfikir tentang membunuh diri. Sebab saya tak tahu kenapa perlu teruskan hidup, Tiada orang bodoh datang berbohong dan memberitahu saya keadaan akan menjadi lebih baik. Hanya Dr. dengan pil yang cuba membantu tapi tidak Berjaya.
Saya kini 46. There are atheists in fox holes. I'm there dan bukan sahaja Tuhan tidak wujud bagi saya, malahan cinta dan kawan juga tidak wujud dalam hidup saya. Saya ada perasaan cinta pada orang lain, tapi orang lain tiada perasaaan cinta pada saya, kerana cinta tidak wujud dalam dunia saya, inilah pengakuan jujur dari saya, Saya benci dunia ini dan bertambah sedih kerana tiada dunia lain yang boleh saya miliki. Hidup tanpa kasih sayang wanita buatkan hidup saya tiada makna, kini saya hanya menjerit dalam gelap.
Ex-Atheist 5:
Saya datang ke forum ini ketika mencari hubungan antara ateisme dan bunuh diri selepas mendengar berita Robin Williams bunuh diri. Saya pernah menjadi seorang nihilist dan bila baca someone on this forum fear non-existence was close but not true for me.
Semasa saya nihilist, saya tidak mempunyai rasa takut kepada non-existence, I knew that I was fundamentally absurd, just like the rest of reality. dan itulah yang memberi tekanan yang maha hebat dalam hidup saya. Saya tahu bahawa saya akan hilang begitu sahaja, I was a hypocrite whenever I lived or did anything contributing to the delusion that life is important, special, valuable, or real. Sehinggalah akhirnya saya cuba membunuh diri untuk melepaskan diri dari non-existence. Tapi akhirnya saya diselamatkan, dan saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman rohani di sini namun hidup sebagai seorang beragama sekarang, adalah sejuta kali lebih baik dari hidup sebagai nihilis.
******
Ok, cukuplah 5 keluhan Atheist yang aku copy paste. Akhir kata kepada Pakcik yang yang mencari Tuhan.
Sesungguhnya.
Hidup perlukan kasih sayang dan kasih sayang boleh datang daripada pasangan, rakan rakan, dan keluarga. Tetapi pasangan, rakan-rakan, dan keluarga boleh mengasihi kita satu hari dan tidak mengindahkan kita pada hari esok. Sebab tu ramai yang bunuh diri bila pasangannya curang. Bagi orang yang beragama, cinta dari Tuhan adalah infiniti dan akan sentiasa ada untuk kita.
Hakikatnya, penderitaan membawa kita lebih dekat dengan sumber untuk dicintai dan disayangi, biasa orang menderita akan pergi pada pelukan orang tersayang, isteri, ibu, anak-anak, tapi bagaimana jika orang tersayang berpaling tadah atau sudah tiada?. Di sinilah masalah berlaku bagi orang yang tidak bertuhan, mereka mungkin akan pergi pada doctor atau mengasingkan diri dan ditimpa kemurungan kerana tiada kasih sayang dari Tuhan.
Keperluan manusia bukan setakat makanan, udara, pakaian, tapi semua manusia perlu pada harapan. Tanpa harapan hidup akan musnah.
Orang yang beriman mengetahui bahawa hidup bersendirian adalah ilusi kerana semua insan hidup diperhatikan Tuhan. Tapi bagi seorang atheist, hidup bersendirian adalah realiti. Jika kehidupan sosial anda tidak berjalan dengan baik, anda keseorangan. Jika anda ada masalah kewangan yang teruk, anda keseorangan. Jika anda kekurangan, anda keseorangan.
Sudah tentu terdapat banyak atheist gembira. Tetapi apabila kehidupan ditimpa masalah besar, di mana mereka boleh berpaling? Pergi ke pakar psikiatri, terapi talk, pil tenang fikiran, atau bunuh diri?
Agama bukan sekadar sistem sokongan. Ia adalah sudut pandang. Kita dapat melihat dunia ini berhubungan dengan dunia lain yang jauh lebih besar kerana sudut pandang yang berbeza. Kita tahu bahawa minda sedar kita hanya mampu melihat sebahagian kecil daripada keseluruhan dunia.
Atheist mengecilkan sudut pandang mereka. Anda memandang keseluruhan dunia dengan ego sedar anda.
Bila anda di timpa masalah, ego sedar anda hanya mampu meminta bantuan dari manusia yang juga lemah seperti anda, mereka pun ada masalah mereka sendiri, tapi bagi orang agama, masalah di minta kepada Yang Maha Berkuasa, sebab itu hati mereka tenang walaupun di timpa masalah.
Menjadi seorang yang beragama tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang sukar. Hidup selalu di uji. (jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji). Jika hidup bergagama itu mudah, maka semua orang akan layan agama macam pesta.
Sesungguhnya, Di dunia ini ada orang Beragama yang tidak bahagia, dan ada orang yang tidak beragama juga menderita. Begitulah sebaliknya, ada orang agama yang bahagia dan ada orang yang tidak beragama juga bahagia, tapi di waktu mati, orang beragama lebih bahahagia kerana mereka berfalsafah dengan kematian. Woha!
Bak kata seorang pengomen, If I die and I’am right I WIN! If I die and you are right I still WIN! Why? Cause I lived my life with a greater hope. If I die and I’am right You LOSE! If I die and you are right YOU still LOSE,cause Atheism produces hopelessness in life. Deep nih, Please take note.
Akhir kata (berapi kali akhir kata daa), Sebagai orang Islam, dan selepas baca pengakuan Atheist yang masuk islam seperti Bekas Paderi, Doktor, Ahli Sukan, dan lain lain, terbukti islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness Book of World Records, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Copy/paste
According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.
Jadi, pointnya di sini, sama macam urusan dunia, iaitu dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hokum. Beza antara testomoni dan expert opinion, juga beza psedoscince dan sains. Yang mana at the end. Fakta tetap fakta.
Maka dalam bab agama, bagi Atheist di luar sana, perkara sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita rujuk data, kena buat perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.
Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu, (orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain.
Ok, sudah panjang saya membebel, selamat masuk agama Islam.
Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat si awek dia jerit:
“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”
Perggh, deep betul ayat dia. Woha!
Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan kita semua; Syurga yang abadi.
Amin.
Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.