Perkara yang kita selalu pandang remeh tetapi sebenarnya agak penting bila kita memilih tv dan perabot iaitu jarak antara sofa tempat kita duduk berehat, dan juga skrin tv. Jarak antara dua item ini sebenarnya bergantung pada saiz skrin tv itu sendiri.
.
.
Macam mana nak kira? Senang je, guna formula ini:
Saiz skrin tv (dalam inci) x 4.5 cm = Jarak yang sesuai antara tv dan sofa
Contohnya, saiz skrin tv anda ialah 40 inci. Jadi darabkan 40 dengan 4.5 dan anda akan mendapat jarak yang sesuai antara dua item ini iaitu 180 cm ataupun 1.8 meter.
.
.
Ukuran jarak ini akan dapat membantu anda untuk memastikan kualiti imej yang dipaparkan terbaik supaya anda tidak terlepas sebarang butiran dalam rancangan kegemaran anda. Kalau kedudukan tv anda terlalu dekat atau terlalu jauh, ianya boleh merosakkan mata anda. Jadi, selepas ini, sebelum anda membeli tv, pastikan anda tahu saiz ruang di rumah anda dan pilih tv dengan saiz skrin yang sesuai.
#decoguru #decogurutips #decogurushare #rumahidaman #rumahimpian
Kredit Deco Guru
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...